You are on page 1of 37

Pengintegrasian Kandungan

Bahan-bahan Berasaskan ICT


Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Melayu

2006 MDeC

SENARAI KANDUNGAN

Pengenalan

Aktiviti 1
Suai Kenal

Aktiviti 2
Pemahaman dan perspektif guru-guru Bahasa Melayu mengenai
pengintegrasian kursus Bahasa Melayu

Aktiviti 3
Pengajaran Praktikal: Pengenalan dan pengkelasan perisian kursus
Bahasa Melayu

11

Aktiviti 4
Teori-teori pembelajaran dalam pengintegrasian perisian kursus
ke dalam pengajaran Bahasa Melayu

15

Aktiviti 5
Pendekatan untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa Melayu
di dalam bilik darjah

22

Aktiviti 6
Praktis dan perancangan rancangan mengajar untuk pengintegrasian
perisian kursus di dalam kelas/makmal

23

Aktiviti 7
Perbincangan dan penyiapan rancangan

24

Lampiran
Lampiran 1: Rancangan Mengajar 1:
Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik darjah

26

Lampiran 2: Rancangan Mengajar 2:


Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik makmal

31

PENGENALAN
Perkembangan pendidikan semasa dan akan datang adalah berfokuskan kepada aplikasi
Internet dalam carian dan akses maklumat. Teknologi Internet ini telah membuka
dimensi baru dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran kerana keupayaannya
membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan enjin pencari dan enjin
direktori yang efisyen (Sonnenreich, 1998). Selari dengan perkembangan pesat teknologi
Internet, konsep e-Pembelajaran telah diperkenalkan yang kemudiannya telah membuka
dimensi baru dalam pendekatan pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah Malaysia, terutamanya di sekolah-sekolah menengah dan peringkat universiti.
Hakikat ini disokong oleh Kanendra, Savarimuthu dan Durga Kumar dari Sunway College
(2004) yang mengatakan, In todays world, a new level of commitment is required in
order to educate the young generation and e-Learning perhaps emerges as an important
tool of imparting knowledge and information.
Secara umumnya, definisi e-Pembelajaran adalah merujuk kepada sebarang pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet)
untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet,
satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media
elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini (Koran, 2002).
Dalam e-Pembelajaran ini, pengajaran boleh disampaikan secara synchronously
(pada waktu yang sama) ataupun asynchronously (pada waktu yang berbeza). Bahan
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks,
grafik, animalsi, simulasi, audio dan video. Selain itu, ia juga harus menyediakan
kemudahan untuk kumpulan pembelajaran dan bantuan professional isi pelajaran secara
dalam talian (Learnframe, 2001).
Sehubungan dengan itu, cara pembelajaran elektronik ini atau lebih dikenali sebagai
e-Pembelajaran boleh dikatakan merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan
dan perlaksanaan pembelajaran kolaboratif. Ini adalah kerana e-Pembelajaran boleh
diaplikasikan dalam perlaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga
boleh digunakan untuk tujuan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran
bersemuka di sekolah-sekolah menengah.
Konsep e-Pembelajaran yang berfaktorkan pembelajaran jarak jauh adalah dimanifestasikan melalui saluran teknologi elektronik bermaklumat, yang merentasi sempadan serta
rutinnya melewati ruangan dewan-dewan kuliah, bilik tutorial, perpustakaan dan
bangunan fakulti yang menghiasi halaman universiti dan kolej. Cara pembelajaran ini

telah membolehkan golongan pelajar tidak perlu bersemuka secara langsung dengan
pensyarah mereka dan hanya berhubung dengan menggunakan teknologi perkomputeran. Ini kerana semua maklumat seperti nota mahupun tugasan yang diperlukan oleh
pelajar akan dihantar oleh pensyarah melalui e-mel manakala CD-ROM dan Internet
pula menjadi kunci kepada semua pintu-pintu ilmu yang bermanfaat.

Pendekatan e-Pembelajaran ini adalah berbeza dengan cara pembelajaran tradisional. Ini
adalah kerana di dalam kelas tradisional, guru dianggap sebagai pendita di atas pentas,
iaitu guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk menyalurkan
ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan pada kebiasaannya
adalah berpusatkan guru. Berlainan pula di dalam e-Pembelajaran, di mana fokus
utamanya adalah pelajar. Pelajar ini perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan
bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana e-Pembelajaran ini akan memaksa
pelajar memainkan peranan yang lebih aktif di dalam pembelajarannya. Ini adalah kerana
pelajar perlu membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha
serta inisiatif sendiri. Manakala peranan guru telah berubah daripada seorang pendita
kepada seorang fasilitator seperti yang dikatakan dalam kenyataan ini iaitu, Teachers
act as facilitators and guides in this student-centred system. In a sense, technology has
propelled this paradigm shift by placing enormous amounts of know-how and know-what
easily at our finger tips. (www.tutuionplaza.com/articles/aintortoelearning.htm)

Objektif Bengkel
Setelah menghadiri bengkel ini, guru-guru akan dapat:
1. menerangkan konsep pengintegrasian perisian kursus di dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran hands-on;
2. membuat keputusan bersuara tentang bila dan bagaimana hendak menggunakan
perisian kursus secara efektif di dalam pengajaran Bahasa Melayu;
3. menilai kesesuaian kandungan perisian kursus untuk pengajaran kelas secara
spesifik;
4. membuat rancangan mengajar yang akan mengeksploitasi perisian kursus Bahasa
Melayu sepenuhnya secara efektif; dan
5. menghargai dan memberi sokongan kepada usaha kerajaan untuk membangunkan
pengintegrasian ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan


1. Peserta boleh menggunakan model-model pengajaran perisian kursus dalam
menghasilkan rancangan pengajaran.
2. Peserta mendapat kemahiran membina akitiviti pengajaran menggunakan perisianperisian kursus yang pelbagai untuk kelas pengajaran masing-masing.
3. Peserta boleh menghasilkan rancangan pelajaran menggunakan perisian kursus untuk
pengajaran kelas masing-masing.
4. Peserta membuat demonstrasi rancangan pelajaran berdasarkan perisian kursus.
Strategi Pembelajaran
1. Bengkel ini menggunakan kaedah penerangan untuk menerangkan sesuatu
konsep berkaitan dengan teori, model, perisian kursus, rancangan pelajaran dan
sebagainya.
2. Peserta dikehendaki menyiapkan lembaran kerja yang disediakan untuk tujuan
pemahaman yang lebih kukuh.
3. Menggunakan pengajaran praktikal untuk menghasilkan rancangan pelajaran
berdasarkan kepada perisian kursus.
4. Menggunakan pelbagai komunikasi khususnya semasa membuat penerangan kepada
peserta, umpamanya soal-jawab serta merta, soal-jawab di akhir pembentangan.
Selain itu, memberi peluang peserta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
oleh rakan mereka.
5. Peserta membentangkan hasil kerja pengajaran praktikal iaitu rancangan pengajaran.
6. Di akhir bengkel, peserta dikehendaki membuat refleksi tentang bengkel untuk
mengingat kembali isi-isi penting bengkel ini.
Rujukan
1. Jaya Kumar C. Koran. (2002). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Di Sekolah-Sekolah Malaysia. (Atas Talian). www.tutor.com.my/tutuor/pix. 5 September
2005.
2. Kanendran T.A., Johnny Sararimuthu & B.V. Durga Kumar. (2004). Technical Report:
Issues & Strategies of E-Learning. Sunway College Journal 1, 99-107.
3. Learnframe. (2001). (Atas Talian). http://www.elearningshowcase.com/elearnfaq.
7 September 2005.
4. Sonnenreich, Wes. (1998). Web Developer.com. Guide to Search Engines. New York.
John Wiley & Sons. Inc.

AKTIVITI 1
Suai Kenal

Pengenalan
Aktiviti pertama ini merupakan aktiviti yang sangat penting, terutamanya apabila
mengadakan sesuatu bengkel. Ini adalah kerana untuk sesuatu bengkel itu berjalan
dengan lancar, kesemua peserta perlulah mengenali antara satu sama lain supaya mereka
dapat berinteraksi dengan baik semasa mengadakan kerja berkumpulan mahupun secara
individu.
Selain itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan antara pembentang dengan para
peserta. Ini penting kerana peserta tidak akan berasa malu untuk bertanyakan soalan
sekiranya terdapat sebarang kemusykilan kerana mereka sudahpun biasa dengan
pembentang.
6

Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan


Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:
1. berinteraksi antara satu sama lain untuk menjalankan perbincangan dalam kumpulan
berdasarkan kepada tugasan pada setiap aktiviti yang disediakan.
2. mengenalpasti tentang kepakaran yang dimiliki oleh setiap ahli dalam kumpulan yang
mana ia boleh digunakan semasa aktiviti kumpulan yang disediakan kemudian.
Arahan Kepada Peserta
1. Peserta dikehendaki membina 11 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 8 orang
peserta. [5 minit]
2. Peserta dikehendaki mendengar pembentang memperkenalkan dirinya. [1 minit]
3. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dalam kumpulan masing-masing.
[24 minit]

AKTIVITI 2
Pemahaman dan perspektif guru-guru Bahasa Melayu mengenai
pengintegrasian perisian kursus Bahasa Melayu
Pengenalan
Untuk aktiviti kedua ini, para peserta akan membincangkan tentang pemahaman dan
perspektif guru-guru Bahasa Melayu mengenai pengintegrasian perisian kursus Bahasa
Melayu. Secara terperinci, mereka akan didedahkan dengan masalah yang dihadapi oleh
guru-guru, khususnya guru-guru Bahasa Melayu dalam menggunakan perisian kursus
yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi sekolah Bestari. Sebagai seorang
guru di sekolah Bestari, mereka tidak seharusnya menghadapi masalah yang sama. Atas
sebab ini mereka perlu didedahkan dengan realiti sebenar, iaitu terdapat banyak guru
yang masih tidak kompeten dengan penggunaan ICT, khususnya dalam penggunaan
perisian kursus.
Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan
Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:
1. mengenalpasti apakah yang diperlukan untuk melaksana pengajaran secara interaktif
menggunakan perisian kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
2. menyenaraikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi yang diperlukan untuk
menghasilkan pengajaran Bahasa Melayu secara interaktif menggunakan perisisan
kursus.
Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas pada hari ini memerlukan institusi
sekolah membuat persediaan dari segi pengetahuan dan kepakaran berkaitan dengan
pelaksanaan e-Pembelajaran dalam sekolah masing-masing. Tambahan pula, literasi
mengenai tele pendidikan yang menggunakan Internet sangat penting untuk diketahui
oleh para guru. Untuk mencapai matlamat ini, guru-guru yang terlibat perlu diberi latihan
melalui beberapa kursus tentang pengetahuan dan kemahiran penggunaan peralatan
berteknologi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Selain itu, guru-guru juga
perlu diberi pendedahan meluas tentang kaedah penggunaan aplikasi Internet seperti
e-mel, newsproup, protokol perpindahan fail dan telnet dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran. Pendedahan ini boleh diperluaskan melalui kursus-kursus Internet
sama ada kursus jangka panjang atau jangka pendek dan dikendalikan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui Unit Latihan dan Perkembangan Staf, Jabatan Pendidikan
Teknikal. Ini adalah kerana melalui kursus-kursus sebegini lebih ramai guru berpeluang
untuk menimba pengetahuan dan kepakaran tentang aplikasi Internet dan seterusnya
boleh mengendalikannya.

Maka dengan adanya kepakaran ini, guru boleh merekabentuk bahan pengajaran secara
elektronik menggunakan perisian tertentu serta jenis komunikasi yang sesuai untuk
digunakan sebagai program pengajaran interaktif. Mengikut Phillips (1997), pengajaran
interaktif adalah merujuk kepada pendekatan pengajaran yang menggunakan bahan
pengajaran berasaskan e-Pembelajaran supaya dapat mewujudkan persekitaran yang
menggalakkan penyertaan maksimum pelajar sesama pelajar dan pelajar dengan
guru. Pendekatan yang sering digunakan termasuklah berkongsi idea secara dua hala
secara serentak antara pengajar dengan pelajar menggunakan bilik sembang maya dan
komunikasi sehala dengan pelajar yang menghantar pertanyaan tentang sesuatu perkara
yang sukar difahami melalui papan bulletin, ruangan forum dan mel elektronik.
Kesan negatif akibat penggunaan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
di sekolah ialah peluang pelajar untuk bersosialisasi adalah terbatas disebabkan oleh
peluang untuk berkontak secara langsung di antara pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan guru adalah sangat minimum (Wildavsky, 2001). Ini adalah kerana pelajar-pelajar
ini hanya berkomunikasi di antara satu sama lain hanya menggunakan e-mel ataupun
kaedah forum dalam talian sahaja. Akibat itu, penggunaan e-Pembelajaran ini tidak dapat
membantu atau mengembangkan rasa bermasyarakat di dalam sanubari pelajar.
8

Selain itu, penggunaan e-Pembelajaran di dalam pengajaran di sekolah pada hari ini
mungkin akan melahirkan sekumpulan pelajar yang tidak mempunyai perasaan hormat
terhadap guru-gurunya. Menurut Jowati Juhary (2001), keadaan ini berlaku akibat dari
segi pedagogi, e-Pembelajaran ini tidak mempunyai interaksi secara berhadapan antara
guru dan pelajarnya. Menurut beliau lagi, kehilangan nilai-nilai tersebut akan merosakkan
hubungan antara seorang guru dan pelajarnya. Ini merupakan salah satu kesan negatif
penggunaan e-Pembelajaran di sekolah.
Oleh yang demikian, kepakaran guru untuk mengajar dan menggunakan e-Pembelajaran
ini adalah sangat penting untuk menarik perhatian serta kefahaman pelajar tentang
sesuatu topik pengajarannya.
Keberkesanan aplikasi e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah menengah pada hari ini adalah merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan
aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar
sendiri untuk mengakses dan belajar daripada bahan yang disediakan. Ini kerana jika
infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisyen, maka guru dan pelajar tidak dapat
menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan pelaksanaan e-Pembelajaran
dalam pengajaran dan pembelajaran akan gagal. Sehubungan itu, masih banyak ruang
kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan e-Pembelajaran, terutamanya dalam era globablisasi
di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja yang memungkinkan informasi
bergerak tanpa had dan sempadan.

Oleh yang demikian, didapati kejayaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan


e-Pembelajaran ini terletak di atas sejauh mana dasar, galakan, kemudahan prasarana yang
dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Selain itu, peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan terutamanya guru-guru
yang penuh dengan semangat, kesungguhan dan iltizam yang tinggi adalah amat penting
untuk membawa kejayaan pelaksanaan e-Pembelajaran di sekolah-sekolah.
Justeru itu juga, satu lagi perkara yang harus ditekankan ialah e-Pembelajaran ini tidak
dapat sepenuhnya menggantikan kegiatan pembelajaran konvensional di dalam kelas
(Lewis, 2002). Dengan erti kata lain, e-Pembelajaran ini hanya dapat menjadi rakan atau
saling melengkapi dengan pembelajaran konvensional di kelas, bahkan ia akan menjadi
komplemen besar terhadap model pembelajaran di kelas atau sebagai satu alat yang
amat berguna untuk program pengayaan.
Walau bagaimanapun, memang kita tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan ePembelajaran di sekolah akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih menarik dan bermakna. Di samping itu, ia juga dapat menarik minat pelajar untuk
mencari maklumat sambil belajar melalui Internet. Cara pembelajaran ini bukan sahaja
akan melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif tetapi mempunyai pengetahuan
yang luas. Akhir kata, gabungan pengajaran guru yang berasaskan teknologi maklumat
dan komunikasi melalui e-Pembelajaran, terutamanya semasa penerokaan ledakan
sumber maklumat melalui Internet dalam era globalisasi ini akan menjayakan matlamat
pelaksanaan sekolah Bestari serta dapat melahirkan warga negara yang berketrampilan
dan berinovatif.
Arahan Kepada Peserta
1. Bersedia untuk berkongsi pengalaman anda dalam mengintegrasikan perisian kursus
Bahasa Melayu untuk pengajaran. Sila ambil perhatian bahawa dalam bengkel ini,
fokus perbincangan adalah mengenai pengintegrasian perisian kursus. Anda diberikan
masa 10 minit untuk menyatakan:
(i)

tahap kemahiran anda menggunakan perisian kursus; sekolah rendah, menengah


rendah atau menengah atas.

(ii) keupayaan anda mengintegrasikan perisian, berdasarkan kategori rendah,


sederhana atau tinggi.
(iii) kaedah pengintegrasian anda.
Tahap kemahiran anda menggunakan perisian kursus:

Sekolah:

Keupayaan anda mengintegrasikan perisian (nyatakan sama


ada anda dalam kategori rendah, sederhana atau tinggi):

Kategori:

Kaedah pengintegrasian yang anda praktikkan:

2. Lima minit akan diberikan untuk sesi soal-jawab. Bersedia untuk menjawab sebarang
soalan berkaitan dengan perbincangan tadi. [15 minit]
3. Fasilitator akan membuat kesimpulan tentang amalan mengintegrasikan perisian
kursus yang telah dibincangkan oleh peserta. [5 minit]

Rujukan
1. Jowati Juhary. (2001). E-Learning Di Malaysia: Kajian Rintis Semasa Persidangan
Pendidikan Antarabangsa. (Atas Talian). http://www.elearning.unimas.my/articles/
archives/000011.html. 29 Ogos 2005.
2. Lewis, Diane E. (2002). A Departure from Training by the Book, more companies
seeing benefits of E-Learning. (Atas Talian). http://bostonworks.boston.com/globe/
articles/052602/elearn.html. 5 September 2005.
3. Philips. R. (1997). The Developers Handbook to Interactive Multimedia. London.
Kagan.

10

4. Wildavsky. Ben. (2001). Want More From High School?. Special Report: E-Learning.
(Atas Talian). http://www.usnews/edu/learning/articles. 22 Ogos 2005.

AKTIVITI 3
Pengajaran Praktikal: Pengenalan dan pengkelasan perisian kursus
Bahasa Melayu
Pengenalan
Aktiviti ini akan memberi pengenalan dan pengkelasan perisian kursus Bahasa Melayu.
Dengan menggunakan kaedah pengajaran praktikal, peserta adalah digalakkan untuk
sentiasa bertanya kepada pembentang sekiranya terdapat kemusykilan. Dalam aktiviti
ini, peserta akan didedahkan dengan cara penggunaan perisisan kursus secara bijak, di
mana mereka perlu mengetahui bagaimana untuk menggunakan perisian kursus tersebut
dengan sebaik-baiknya. Selain itu, mereka juga akan diberitahu tentang keprihatinan
guru-guru Bahasa Melayu terhadap pengajaran berdasarkan kepada perisian kursus yang
sedia ada, yang mana kebanyakan daripada guru-guru tidak dapat mengenalpasti cara dan
kaedah yang bersesuaian dalam menggunakan perisian kursus yang telah disediakan.
Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan
Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:
1. mengelaskan perisian kursus Bahasa Melayu melalui aktiviti pengajaran praktikal;
dan
2. mengenalpasti beberapa cara dan kaedah yang bersesuaian dengan pelbagai jenis
perisian kursus yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahan Yang Dihasilkan Sebagai Perisian Kursus
Bahan e-Pembelajaran yang berkualiti tinggi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains telah dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan untuk
memastikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut dapat dilaksanakan
dengan lancar selepas pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris. Tujuan bahan-bahan ini disediakan adalah supaya pengajaran guru dalam
Matematik dan Sains dapat dijalankan dengan baik dan lancar serta para pelajar dapat
memahami pengajaran guru dalam bahasa Inggeris dengan berkesan.
CD-ROM yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber Pendidikan
Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru (PKG).

11

Tanpa talian Internet, CD-ROM merupakan alternatif terdekat untuk menjayakan


e-Pembelajaran. Ini dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah yang tidak mempunyai
talian Internet tetapi mempunyai komputer. Cara ini dilaksanakan dengan bahan-bahan
e-Pembelajaran perlu dicari dan dimuat turunkan (download) di tempat lain terlebih
dahulu, misalnya di PKG.
Seterusnya bagi sekolah-sekolah yang tiada kemudahan komputer, maka bahan
e-Pembelajaran perlu diperkenalkan dengan cara lain kepada pelajar. Sumber-sumber
lain seperti TV boleh digunakan untuk mendedahkan pelajar kepada e-Pembelajaran.
Bahan-bahan yang dicetak dari Internet di PKG atau di tempat lain seperti siber caf
boleh digunakan sebagai bahan rujukan pelajar atau latihan di dalam bilik darjah (Koran,
2002).
Pengintegrasian Teknologi Dalam Pendidikan

12

Integrasi bermaksud menyatukan beberapa bahagian yang berlainan untuk membentuk


perkara baru. Literasi pengintegrasian ialah kemampuan untuk menggunakan komputer
dan pelbagai teknologi lain digabungkan dengan beberapa strategi pengajaran untuk
meningkatkan pembelajaran murid. Selain itu, ia boleh membantu guru-guru untuk
mengintegrasikan teknologi ke dalam kurikulum kelas mereka dan akhirnya objektif
pengajran boleh dicapai dengan jayanya.
Kurikulum pula boleh didefinisi sebagai bidang subjek yang ditawarkan atau diajar di
dalam persekitaran sekolah. Dalam konteks ini, ia bermaksud sebagai pengalaman yang
dialami oleh seseorang murid di bawah pengawasan dan didikan guru-guru. Ia termasuk
rancangan atau dokumen bertulis yang mempunyai satu siri matlamat dan objektif
pengajaran yang dirangka melalu Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. Ia dihasilkan untuk memantau polisi
kerajaan dan menyediakan sekolah dengan bantuan kurikulum.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pengintegrasian Teknologi
1. Merupakan kombinasi kesemua bahagian teknologi, seperti perisian dan perkakasan,
bersama-sama dengan setiap subjek yang berkaitan untuk meningkatkan tahap
pembelajaran.
2. Menguasai Pengintegrasian Teknologi bukannya mudah. Teknologi tidak semestinya
boleh meningkatkan tahap pembelajaran kerana ia hanyalah satu jenis alat. Perkara
yang paling penting adalah faktor manusia.
3. Guru-guru akan mampu menggunakan dan mengaplikasikan penggunaan teknologi
melalui pengalaman harian dalam kelas.
4. Dalam pengintegrasian teknologi, guru-guru seharusnya menggunakan teknologi
yang tertentu pada masa yang sesuai untuk meningkatkan pembelajaran.

Halangan kepada Pengintegrasian Teknologi di Sekolah disebabkan terdapat kalangan


guru yang menolak perubahan, masalah kewangan, masa terhad untuk guru merancang
pengajaran, kurang sokongan pihak pentadbiran, guru kurang kemahiran dan kekurangan
pekakasan dan perisian. Walau bagaimanapun pihak sekolah boleh mengatasi masalah
ini dengan memberi latihan yang bersesuaian kepada guru, merancang dan komited
untuk meningkatkan proses pengajaran dengan menggunakan komputer.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran menggunakan perisian kursus
ialah pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif membenarkan konsep-konsep dihidupkan
dengan pelbagai gambar, warna, pergerakan dan bunyi yang mana ia selaras dengan
pengintegrasian teknologi. Menerusinya, pelajar dibenarkan untuk membina slaid
persembahan untuk persembahan umpamanya menggunakan perisian PowerPoint dan
merentasi bilik darjah iaitu e-mail. Akhir sekali, pembelajaran ini membawa pelajar
ke dunia di luar pengetahuan mereka dan mendapat informasi secara tanpa batasan
umpamanya perisisian kursus dan tapak web.
Menilai Keberkesanan Pengintegrasian Perisian Kursus
Soalan-soalan berikut perlu dijawab:
1. Adakah pelajar mempelajari apa yang hendak mereka pelajari?
2. Bolehkah pelajar mendemonstrasi pemahaman mereka tentang kandungan
pelajaran?
3. Adakah teknologi atau perisian yang dipilih berkesan?
4. Adakah penggunaan teknologi atau perisian menepati objektif pembelajaran?
5. Objektif pembelajaran ini lebih baik diajar dengan menggunakan teknologi atau
sebaliknya?
6. Apakah yang saya akan ubah?
7. Apa yang saya tidak akan ubah?
Sebagai kesimpulan, mengintegrasikan perisian kursus memerlukan guru memahami
bidang-bidang di bawah yang berkaitan dengan teknologi maklumat iaitu:
1. Mengenalpasti apa yang hendak dicapai dalam kurikulum.
2. Merancang pembelajaran yang menggunakan teknologi.
3. Perkakasan dan perisian yang bersesuaian.
4. Mendapat latihan yang bersesuaian dalam kemahiran teknologi maklumat.
5. Tindakan dan Implementasi.

13

Arahan Kepada Peserta


1. Dengar dan beri perhatian kepada pembentangan tentang pengenalan dan
pengkelasan perisian kursus Bahasa Melayu. Jangan teragak-agak untuk bertanya
soalan dan berbincang tentang isu yang diketengahkan. [20 minit]
2. Buat refleksi terhadap kaedah pengajaran anda dalam mengintegrasikan perisian
kursus. Bincang dalam kumpulan anda berdasarkan tahap-tahap di sekolah: (i) rendah,
(ii) menengah rendah, dan (iii) menengah atas. Isikan lembaran kerja di bawah.
Penentu kejayaan boleh dinyatakan dalam bentuk motivasi murid, pencapaian,
peningkatan sikap, keyakinan dan sebagainya. Bersedia untuk membentangkan hasil
perbincangan kumpulan anda. [40 minit]
Aplikasi yang telah digunakan

Penentu kejayaan sesuatu pengintegrasian

Perisian kursus yang telah digunakan

Penentu kejayaan sesuatu pengintegrasian

14

Rujukan
1. Jaya Kumar C. Koran. (2002). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Di Sekolah-Sekolah Malaysia. (Atas Talian). www.tutor.com.my/tutuor/pix. 5 September
2005.

AKTIVITI 4
Teori-teori pembelajaran dalam pengintegrasian perisian kursus ke dalam
pengajaran Bahasa Melayu
Pengenalan
Aktiviti 4 akan membincangkan tentang teori-teori pembelajaran yang berkaitan dalam
pengintegrasian perisian kursus dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu.
Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan
Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:
1. menggunakan teori-teori yang berkaitan dengan pengintegrasian perisian kursus
dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk memilih model yang sesuai bagi sesuatu
topik;
2. membandingkan beberapa jenis model yang berlainan untuk jenis bilik darjah
berlainan; dan
3. mengaplikasikan model yang bersesuaian dengan penggunaan perisian kursus
tertentu sebagai pilihan sebagai aktiviti pembentangan kumpulan.
Prinsip, Teori Dan Metodologi
Kebanyakan guru ingin mempelajari bagaimana untuk menggunakan teknologi pendidikan
dengan berkesan, tetapi mereka kekurangan kerangka konsep, masa, akses komputer dan
sokongan yang diperlukan untuk berbuat begitu (Guhlin, 1996). Apa yang diperlukan
oleh mereka ialah program pengembangan profesional berterusan dan terancang, yang
diasaskan oleh model teori, berkaitan dengan objektif kurikulum, menggabungkan aktiviti
penilaian formatif dan dipelihara dengan kewangan mencukupi serta sokongan staf.
Semua aspek ini perlu diambil kira jika mereka ingin menggunakan teknologi dengan
berkesan bagi memperbaiki pembelajaran pelajar (Guhlin, 1996).
Apabila kita merekabentuk atau mengimplementasi sebarang program pengembangan
profesional guru untuk teknologi, adalah amat penting program itu selari dengan konteks
kerangka teori bagi pembelajaran orang dewasa. Satu kerangka teori yang direka oleh
Reeves dan Reeves (1997), boleh digunakan berdasarkan 10 dimensi pembelajaran
interaktif. Setiap dimensi ini diwakili oleh satu garis masa, berlawanan dengan nilai-nilai
tertentu di hujungnya. Pengembangan profesional guru dalam penggunaan teknologi
mesti di rekabentuk dan diimplementasi untuk membawa guru dan secara tidak langsung
pelajar ke arah hujung sebelah kanan garis masa ini (rujuk Jadual 1).

15

Jadual 1: Kerangka Teori untuk Pembelajaran Dewasa


OBJEKTIF
Dimensi Pembelajaran
Interaktif

16

Mula Garis
Masa

10

Tamat Garis
Masa

Falsafah Pedagogi

Instrukivist

Konstruktivist

Teori Pembelajaran

Behavior

Kognitif

Orientasi Matlamat

Berfokus

Umum

Orientasi Kerja

Akademik

Keaslian

Sumber Motivasi

Ekstrinsik

Intrinsik

Peranan Guru

Deduksi

Fasilitatif

Sokongan
Meta-Kognitif

Tiada sokongan

Integrasi

Strategi Pembelajaran
Kolaboratif

Tiada sokongan

Mencukupi

Sensitiviti Budaya

Tidak sensitif

Dihormati

Fleksibiliti Struktur

Ditetapkan

Terbuka

Kerangka ini memberi penekanan kepada potensi pengajaran berasaskan web untuk
menyumbang kepada reformasi pedagogikal, bukan sekadar ciri-ciri teknologi multimedia
yang pelbagai ataupun kemampuannya untuk mengakses kepada sumber maklumat
seluruh dunia. Secara ringkas, teknologi boleh mempromosi pengajaran berkesan yang
lebih berpusatkan pelajar, penggabungan disiplin, lebih berkait rapat dengan peristiwa
dan proses sebenar dan boleh diadaptasi kepada stail pembelajaran individual. Pengajaran
seperti ini menggalakkan perkembangan pemikiran tinggi dan kemahiran penakulan
maklumat (bukan hafalan) di kalangan pelajar, dan pembelajaran berkonstrukkan sosial
(kolaboratif), di mana semua perkara ini semakin diperlukan dalam ekonomi global
berasaskan pengetahuan ataupun k-ekonomi. Potensi teknologi bagi memperbaiki
pengajaran perlu diintegrasikan (dicontohi) ke dalam rekabentuk dan penyampaian
program pengembangan guru dalam penggunaan teknologi. Paling penting sekali ialah
teknologi memberi implikasi dalam perubahan peranan guru, daripada menjadi sumber
utama pengetahuan dan penyampaian kepada menjadi fasilitator pembelajaran pelajar,
yang boleh diperolehi daripada pelbagai sumber.
Kegagalan untuk menggabungkan 10 dimensi pembelajaran interaktif ini ke dalam
program pengembangan profesional guru akan mencacatkan potensi teknologi sebagai
alat untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud pengembangan
profesional guru dalam menggunakan teknologi patut mengambil kira atau mencontohi

bentuk pedagogi yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Sebagai contoh,
program latihan ini perlu mencapai aspek-aspek berikut:
1. Membolehkan guru mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka secara
aktif melalui pengalaman, dalam kepelbagaian persekitaran pembelajaran, secara
individual ataupun kolaboratif.
2. Mencakupi pelbagai strategi pembelajaran, menunjukkan pengajaran secara
langsung, deduksi, perbincangan, latih tubi dan latihan, induksi, dan perkongsian.
3. Bermatlamat ke arah kemahiran berfikir peringkat tinggi.
4. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang autentik supaya guru-guru terlibat
dalam tugasan yang konkrit dalam senario yang realistik.
5. Menekankan cara bagaiamana teknologi dapat memudahcara dan meningkatkan
kehidupan professional guru.
6. Menggalakkan guru-guru untuk menjadi mentor, pengajar, dan panduan kepada
proses pembelajaran pelajar (bukan penyampai pengetahuan dan maklumat
ringkas).
7. Mengembangkan kemahiran guru dalam mempelajari bagaimana untuk menentukan
objektif pembelajaan, merancang dan menilai strategi pembelajaran, memantau
kemajuan, dan mengubahsuai apabila diperlukan.
8. Menggalakkan kerjasama dan pembelajaran kolaboratif.
9. Sensitif terhadap budaya dan kepelbagaian guru sebagai pelajar, menggunakan
pendekatan yang pelbagai untuk memberi reaksi kepada stail pembelajaran yang
berbeza, peluang, persekitaran, dan permulaan.
10. Membolehkan pembelajaran sebarang waktu dan tidak mengira tempat dan lokasi.
Secara konkritnya, ini bermaksud pengembangan profesional guru dalam menggunakan
teknologi perlu menggabungkan kuliah atau persembahan kumpulan kecil dengan
perbincangan, aktiviti individual dengan kolaboratif, dan memberi peluang untuk guru
menilai kembali amalan pengajaran sebenar mereka dan bagaimana mereka boleh
melakukannya dengan lebih baik dibantu oleh teknologi.
Pendekatan seperti ini juga memberi makna bahawa bahan pengajaran perlu dalam
bentuk pelbagai format; bercetak, CD-ROM, sisipan email, dalam talian (HTML dan Java),
sehinggalah DVD. Ia juga memberi kesan bahawa perlunya untuk mengembangkan modal
serentak dan tidak supaya guru boleh mendapat peluang latihan mengikut kesesuaian
masa mereka dan tidak semestinya dengan kehadiran pelatih sahaja.

17

Kunci kepada program pengembangan profesionalisme guru yang berjaya ialah struktur
modularnya yang sesuai dengan tahap pengalaman guru dan kepakaran menggunakan
teknologi yang berbeza. Mengadaptasi bahan dengan tahap keselesaan guru dan titik
permulaannya amatlah diperlukan. Dengan cara ini, guru-guru yang masih baru dengan
teknologi boleh didedahkan kepada modul pengembangan profesional yang lengkap,
manakala mereka yang lebih maju boleh memulakan dari tahap di mana mereka berhenti
dan dalam pada masa yang sama membantu rakan-rakan mereka yang kurang mahir.
Prinsip asas kepada pembelajaran dewasa mesti diterapkan dalam program latihan. Ini
bermakna program tersebut mestilah tinggi nilai sosial dan kerjasama, dengan peluang
untuk berkongsi kemahiran dan menggabungkan pengajaran dengan perbincangan,
refleksi, aplikasi, dan penilaian. Sebagai tambahan kepada prinsip ini, teknologi membolehkan pendekatan yang lebih kolaboratif digunakan dan memaksimakan perkongsian
sesama rakan mengenai cabaran, kekecewaan, kebaikan, dan kejayaan menggunakan
teknologi dalam pengajaran atau pembelajaran mereka sendiri. Pendekatan seperti ini
membolehkan mereka meneladani kegagalan sebenar dan mencontohi amalan terbaik
dalam penggunaan teknologi dalam bilik darjah.

18

Akhir kata, prinsip-prinsip ini memberi implikasi akan keperluan untuk membina komuniti
yang berterusan dan sistem sokongan daripada rakan, mentor dan pakar. Program latihan
yang berdiri sendiri dan berbentuk one-shot yang membiarkan guru tanpa impak patut
dielakkan pada masa hadapan.
Empat Model Untuk Melaksanakan E-Learning
Menurut Koran (2002), terdapat empat model yang boleh dicadangkan untuk digunakan
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perisian bagi sekolah-sekolah
Malaysia iaitu:
1. Model Selective
2. Model Sequential
3. Model Static Station
4. Model Makmal
Model Selective
Model ini adalah sesuai digunakan jika bilangan komputer di sekolah adalah sangat
terhad. Di dalam model ini, guru terpaksa memilih salah satu alat yang paling berkesan
untuk menyampaikan pelajaran beliau. Jika guru terjumpa bahan e-Pembelajaran yang
berkualiti, maka ianya hanya dapat ditunjukkan kepada pelajar sebagai bahan demonstrasi
sahaja. Jika ada lebih daripada satu komputer, maka pelajar harus diberi peluang untuk
mendapat sedikit pengalaman pengajaran praktikal.

Didapati dalam model ini,


pelajar kurang berpeluang
belajar menggunakan komputer
secara
hands-on
akibat
penggunaan komputer yang
terhad. Kaedah ini banyak
digunakan oleh sekolah-sekolah
menengah di luar bandar yang
kurang mendapat bantuan
kewangan untuk mendapatkan
bilangan
komputer
yang
mencukupi
untuk
para
pelajarnya.

Model Sequential
Model ini adalah sesuai
digunakan
jika
bilangan
komputer di sekolah adalah
sedikit. Dalam model ini,
pelajar yang berada di dalam
kumpulan kecil, bergerak dari
satu set sumber maklumat
ke sumber yang lain. Pelajar
akan menggunakan bahan
e-Pembelajaran sebagai bahan
rujukan atau untuk mendapat
kan maklumat yang baru. Jika
ada beberapa komputer, maka
pelajar harus diberi peluang
untuk mendapatkan penga
laman pengajaran praktikal.
Kaedah
ini
dapat
juga
membantu dalam pengajaran
dan pembelajaran guru di
dalam kelas kerana pelajar
diberi peluang untuk mencari
dan mendapatkan maklumat
yang baru tentang sesuatu topik
dan tidak hanya bergantung
kepada ilmu yang diberikan
oleh guru sahaja.

Model Selective

Model Sequential

19

Model Static Station

20

Model Static Station


Model ini juga lebih kurang sama dengan
model sequential kerana model ini adalah
sesuai digunakan jika bilangan komputer
adalah sedikit. Tetapi di dalam model ini,
guru mempunyai beberapa sumber yang
berbeza untuk mencapai objektif pengajaran
yang sama, iaitu bahan e-Pembelajaran
adalah digunakan oleh satu atau dua
kumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu
objektif pelajaran, manakala kumpulan
pelajar yang lain akan menggunakan sumber
lain untuk mencapai objektif pelajaran yang
sama. Sumber yang lain yang dimaksudkan
adalah seperti alat pandang dengar iaitu
radio dan televisyen. Maka dengan kaedah
ini, pelajar didedahkan dengan pelbagai
sumber pengajaran termasuklah penggunaan
e-Pembelajaran agar suasana pengajaran
dan pembelajaran di kelas adalah hidup,
menarik dan berkesan.

Model Makmal
Model Makmal
Pelaksanaan model ini dilakukan jika
bilangan komputer mencukupi untuk
semua pelajar. Ini adalah kerana bahan ePembelajaran dapat digunakan oleh pelajar
sebagai bahan pembelajaran kendiri. Model
ini adalah digunakan sekarang terutamanya
di sekolah-sekolah Bestari di Malaysia
yang mempunyai makmal komputer yang
dilengkapi dengan talian Internet. Dengan
penggunaan sebuah komputer untuk setiap
seorang pelajar, maka pelajar ini akan
memperoleh pengetahuan dengan lebih
cepat kerana pelajar ini telah diberi peluang
pengalaman pengajaran praktikal untuk
mendapatkan maklumat tanpa mengenal
sempadan dan batasan daripada Internet.

Arahan Kepada Peserta


1. Peserta dikehendaki memberi perhatian semasa pembentang sedang membentangkan
dan membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan dengan pengintegrasian
perisian kursus dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. [1 jam]
2. Peserta dikehendaki melengkapkan lembaran kerja di bawah untuk merancang
strategi memilih model yang akan digunakan dalam membina rancangan pelajaran
harian. [1 jam]
Topik/Kurikulum

Peralatan yang ada

Rasional

21

Pilihan: Model

Rujukan
1. Guhlin, M. (1996). Stage a well-designed Saturday session and they will come!
Technology Connection, 3(3), 13-14.
2. Jaya Kumar C. Koran. (2002). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia. (Atas Talian). www.tutor.com.my/tutuor/pix.
5 September 2005.
3. Reeves, T.C., & Reeves, P.M. (1997). The Effective Dimensions of Interactive Learning
on the World Wide Web. In Khan, B.H. (ed.). Web-Based Instruction. Englewood
Cliffs, NJ: Educational Technology, pp. 59-66.

AKTIVITI 5
Pendekatan untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa Melayu
di dalam bilik darjah
Pengenalan
Untuk Aktiviti 5, peserta dikehendaki turut serta dalam aktiviti Hands-On yang akan
membincangkan tentang praktis dan aplikasi Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu
1 dan 2, berkaitan dengan pendekatan untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa
Melayu di dalam bilik darjah. Setiap rancangan mengajar adalah dalam 35 hingga 40
minit. Kemudian, mereka dikehendaki mengkritik dan melakukan perbincangan tentang
Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu 1 dan 2.
Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan
Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:

22

1. memahami praktis dan aplikasi yang bersesuaian dengan pendekatan untuk


mengintegrasikan perisian kursus Bahasa Melayu di dalam bilik darjah melalui aktiviti
pengajaran praktikal;
2. praktis dan mengaplikasikan rancangan mengajar yang bersesuaian dengan
penggunaan perisian kursus tertentu, berdasarkan sampel rancangan pengajaran
yang telah dibincangkan;
3. mengkritik rancangan pengajaran; dan
4. memahami bagaimana sesuatu perisan kursus itu boleh digunakan sebagai sejenis alat
bantu mengajar berdasarkan kepada Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu 1
dan 2.
Arahan Kepada Peserta
1. Peserta dikehendaki berbincang tentang Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu
2, dari segi pendekatan yang sesuai untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa
Melayu di dalam bilik darjah.
2. Kemudian, mereka dikehendaki melakukan tugasan secara berkumpulan, iaitu
mengkritik Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu 2. Ini dilakukan secara
berkumpulan; setiap kumpulan akan mengkaji sama ada perisian kursus sekolah
menengah atau sekolah rendah.
3. Selepas itu, perbincangan secara berkumpulan tentang pendekatan untuk
pengintegrasian Rancangan Mengajar 1 dan 2 akan dijalankan, yang mana peserta
dikehendaki turut serta dalam perbincangan. Beberapa kumpulan akan dipilih untuk
membentangkan dan mendemonstrasi bagaimana pengajaran dapat dilakukan
menggunakan sampel rancangan mengajar di dalam kelas.

AKTIVITI 6
Praktis dan perancangan rancangan mengajar untuk pengintegrasian
perisian kursus di dalam kelas/makmal
Pengenalan
Dalam aktiviti ini, kaedah pengajaran praktikal akan digunakan untuk membincangkan
tentang praktis dan perancangan rancangan mengajar untuk pengintegrasian perisian
kursus di dalam kelas/konteks makmal. Peserta akan kemudiannya disuruh untuk bekerja
secara berkumpulan untuk merancang dan menyiapkan satu rancangan mengajar Bahasa
Melayu untuk bilik darjah atau dalam konteks makmal. Setiap rancangan mengajar yang
akan dihasilkan hendaklah lebih kurang 35 hingga 40 minit. Hasil perbincangan secara
berkumpulan untuk aktiviti Rancangan Mengajar akan dibentangkan pada 20 Disember
2006.
Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan
Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:
1. mengenalpasti cara-cara membina rancangan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu untuk pengintegrasian perisian kursus di dalam kelas melalui aktiviti
pengajaran praktikal; dan
2. menghasilkan satu rancangan mengajar Bahasa Melayu untuk bilik darjah/konteks
makmal secara berkumpulan dengan mengaplikasikan perisian kursus yang disediakan
untuk sekolah Bestari.
Arahan Kepada Peserta
1. Peserta hendaklah turut serta dalam perbincangan secara pengajaran praktikal, iaitu
tentang praktis dan perancangan rancangan mengajar untuk pengintegrasian perisian
kursus di dalam kelas/konteks makmal (kerja berkumpulan).
2. Kemudian, mereka akan diberikan latihan berkumpulan, iaitu Perancangan dan
Persiapan satu Rancangan Mengajar Bahasa Melayu untuk bilik darjah/konteks
makmal. [1 jam]
3. Peserta hendaklah menyiapkan rancangan mengajar tersebut dalam tempoh masa
yang diberikan.
4. Hasil perbincangan secara berkumpulan untuk aktiviti Rancangan Mengajar akan
dibentangkan pada 20 Disember 2006.

23

AKTIVITI 7
Perbincangan dan penyiapan rancangan

Pengenalan
Bagi aktiviti terakhir ini, peserta dikehendaki menyiapkan dan membentangkan rancangan
mengajar yang telah mereka lakukan semasa dalam Aktiviti 6. Pembentangan ini akan
dijalankan dalam dua sesi, iaitu Sesi 1 dan Sesi 2. Untuk rekod, pembentangan ini akan
dinilai, dengan menggunakan kaedah Penilaian Rakan Sebaya mengikut kumpulan.
Akhir sekali, aktiviti refleksi dan perbincangan akan menyusul untuk mendapatkan
respon daripada peserta tentang hasil bengkel yang telah dijalankan.
Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan
Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:
24

1. demonstrasi rancangan pelajaran menggunakan perisian kursus berdasarkan hasil


kerja kumpulan-kumpulan; dan
2. menghasilkan refleksi terhadap bengkel yang telah dijalankan dari kekuatan dan
kelemahan jika ada.
Arahan Kepada Peserta
1. Persiapan Rancangan Mengajar dan persediaan pembentangan. [1 jam]
2. Peserta dikehendaki melakukan pembentangan Rancangan Mengajar dengan rasional
Sesi 1 dan Sesi 2 (Penilaian Rakan Sebaya mengikut kumpulan). [2 jam 15 minit]
3. Peserta dikehendaki memberi refleksi dan perbincangan terhadap bengkel. Mereka
juga digalakkan memberi respon tehadap bengkel ini secara keseluruhan. [30 minit]

Borang Refleksi
Perkara

Refleksi

Prinsip, teori dan


model pengajaran

Kaedah membina
rancangan pelajaran

Pengetahuan baru
yang diperoleh

25

Pembinaan sintesis
(pengalaman lama
disatukan dengan
pengetahuan baru)

Pengajaran fasilitator

Hal-hal lain

Lampiran 1
RANCANGAN MENGAJAR 1
Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik darjah
Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 2

Bilangan Pelajar : 35
Tarikh

: 19 Disember 2006

Masa

: 8.30 pagi 9.30 pagi

Tajuk Pelajaran

: Pekerjaan

Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan


Di akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:
1. menyebut suku kata terbuka dan suku kata tertutup;
26

2. membina perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup;


3. mengeja dan membunyikan suku kata dengan intonasi dan sebutan yang betul;
4. membina ayat tunggal dan majmuk; dan
5. menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Kandungan
1. Suku kata terbuka dan tertutup.
2. Ayat tunggal dan ayat majmuk.
Pengetahuan Lepas Pelajar
1. Murid-murid mengetahui cara-cara untuk memainkan cakera padat perisian kursus di dalam
komputer.
2. Murid-murid boleh menggunakan mouse dan menaip dengan baik.
Nilai Murni
1. Menghargai keluarga.
Bahan/Sumber
1. Cakera padat perisian kursus pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2, Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Projektor.
3. Komputer.

Peringkat
Pembelajaran
Set Induksi
( 5 minit)

Aktiviti Guru
1. Beritahu semua murid
bahawa mereka akan
belajar satu tajuk baru,
iaitu Pekerjaan dengan
menggunakan perisian
komputer.
2. Sebelum memulakan
pengajaran, guru
menanyakan kepada
murid-murid tentang
maksud pekerjaan.

Aktiviti Pelajar

Alat Bantuan
Mengajar

1. Meningkatkan
motivasi
pelajar, kerana
mereka pasti
teruja untuk
menggunakan
komputer.

1. Memberi
perhatian
terhadap apa
yang dicakapkan
oleh guru.
2. Menjawab apa
yang ditanya
oleh guru.

2. Menaikkan
minat muridmurid untuk
mengambil
bahagian dalam
aktiviti yang
akan dijalankan.

3. Kemudian, guru menanya


beberapa murid tentang
pekerjaan ahli keluarga
mereka.
Peringkat 1
( 15 minit)

1. Arahkan semua pelajar


mengalihkan kerusi mereka
mendekati skrin projektor
dan memberi perhatian
kepada pembentangan
oleh guru.
2. Terangkan cara
menggunakan perisian
kursus bertajuk Pekerjaan
dengan betul, dari segi
bahagian mana yang
sepatutnya dilihat dahulu,
cara-cara mengenalpasti
ikon yang boleh hiperlink
ke slaid yang sepatutnya,
dan apakah yang
sepatutnya murid baca
terlebih dahulu.

1. Beri perhatian
kepada skrin
projektor
dan dengar
penjelasan yang
diberikan oleh
guru.
2. Membaca teks
seperti yang
disuruh oleh
guru.

Nelayan

Doktor

Rasional

1. Komputer
2. Cakera Padat
Perisian
daripada
Kementerian
Pendidikan
bertajuk
Pekerjaan
3. Projektor

1. Menerangkan
tentang cara
penggunaan
perisian tersebut
dengan betul.

27

Peringkat
Pembelajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Alat Bantuan
Mengajar

Rasional

3. Buka slaid yang


mengandungi teks tentang
beberapa jenis pekerjaan,
seperti penoreh getah,
nelayan, dan doktor.

Penoreh Getah

4. Biarkan teks itu dibacakan


kepada pelajar.
5. Kemudian, suruh beberapa
orang pelajar membaca
teks yang tertera di atas
skrin projektor secara lisan
kepada kelas.

28
Peringkat 2
( 20 minit)

1. Seterusnya, guru menyuruh


pelajar balik ke tempat
mereka.
2. Arahkan murid supaya
membaca teks tentang
pekerjaan doktor yang
ditayangkan (guru akan
menayangkan teks tentang
pekerjaan doktor di atas
skrin projektor).
3. Kemudian, arahkan
mereka supaya menjawab
beberapa soalan yang telah
disediakan (Lampiran A),
berkenaan dengan tajuk
yang telah diajarkan.
4. Pada ketika ini, guru
berfungsi sebagai fasilitator.
Sebaik-baiknya, jangan
memberi jawapan terus
kepada murid, sebaliknya,
bantu mereka memperolehi
jawapan.
5. Beritahu murid bahawa
sesiapa yang pantas
menyelesaikan semua
soalan dengan betul akan
diberikan ganjaran.

1. Balik ke tempat
sendiri.
2. Baca teks seperti
yang diarahkan
oleh guru.
3. Jawab soalan
seperti yang
diarahkan oleh
guru.
4. Tanya kepada
guru sekiranya
menghadapi
masalah semasa
menjawab
soalan.

1. Komputer
2. Cakera Padat
Perisian
daripada
Kementerian
Pendidikan
bertajuk
Pekerjaan

1. Membiarkan
pelajar belajar
secara berdikari.
2. Memastikan
mereka faham
tentang beberapa
jenis pekerjaan
yang diterangkan
di dalam
perisian.
3. Membantu
murid sekiranya
mereka
mengalami
kesukaran.
4. Memotivasikan
pelajar supaya
mereka
melakukan
kerja dengan
bersungguhsungguh.

Peringkat
Pembelajaran
Penutup
( 5 minit)

Aktiviti Guru
1. Guru menyimpulkan
pelajaran hari itu dengan
memberitahu muridmurid bahawa pekerjaan
adalah penting untuk
kehidupan, dimana
seseorang akan dapat
menampung kehidupannya
dan keluarganya dengan
bekerja. Oleh itu, murid
hendaklah sentiasa
menghargai ibubapa
mereka yang bekerja
kerana keduanyalah yang
menampung kehidupan
dan kebajikan mereka.

Aktiviti Pelajar
1. Mendengar
dengan teliti
nasihat yang
diberikan oleh
guru.

Alat Bantuan
Mengajar

Rasional
1. Menerapkan
nilai murni ke
dalam pelajar,
iaitu sentiasa
menghargai
ibubapa
mereka yang
telah menjaga
mereka.

29

LAMPIRAN A
Bulatkan jawapan yang betul.

30

1. Siapakah ayah Zulkifli?


A. Doktor Kamal
B. Doktor Zulkifli
C. Doktor Jamal
D. Doktor Kamil

6. Bilakah masa Doktor Kamal bertugas?


A. Malam
B. Siang
C. Pagi
D. Petang

2. Di manakah Doktor Kamal bertugas?


A. Hospital Besar Johor Bahru
B. Hospital Besar Pulau Pinang
C. Hospital Besar Kuala Lumpur
D. Hospital Besar Seremban

7. Bilakah Doktor Kamal akan berpindah


ke Pulau Pinang?
A. Awal tahun
B. Akhir tahun
C. Pertengahan tahun
D. Bila-bila masa

3. Pada pendapat kamu, mengapakah Doktor


Kamal sentiasa tersenyum apabila merawat
pesakit?
A. Suka hati
B. Menyenangkan hati pesakit
C. Memang suka tersenyum
D. Terpaksa senyum
4. Berapa lamakah Doktor Kamal sudah bertugas
di Hospital Besar Kuala Lumpur?
A. 8 tahun
B. 18 tahun
C. 28 tahun
D. 38 tahun
5. Ke manakah Doktor Kamal akan ditukarkan?
A. Hospital Besar Kuala Lumpur
B. Hospital Besar Johor bahru
C. Hospital Besar Seremban
D. Hospital Besar Pulau Pinang

8. Di bahagian manakah Doktor Kamal


bertugas?
A. Bahagian Pesakit Luar
B. Bahagian Kecemasan
C. Bahagian Kanak-Kanak
D. Bahagian Sakit Puan
9. Doktor Kamal seorang yang
A. Baik
B. Pemarah
C. Sombong
D. Kedekut
10. Bercadang ertinya ialah
A. Bersetuju
B. Gembira
C. Enggan
D. Berhajat

Lampiran 2
RANCANGAN MENGAJAR 2
Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi makmal
Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 3

Bilangan Pelajar : 30
Tarikh

: 19 Disember 2006

Masa

: 11.00 pagi 12 tengahari

Tajuk Pelajaran

: Unit 13: Budaya Berbilang Warisan Bersama

Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan


Di akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:
1. mempelajari cara untuk merangka penulisan;
2. meningkatkan keupayaan murid untuk menulis menggunakan teknologi maklumat;
3. menentukan kualiti penulisan dengan menitikberatkan tujuan menulis dan jenis pembaca;
4. merangka, mengedit dan merangka semula penulisan menggunakan program Microsoft Word; dan
5. meningkatkan penulisan dengan penambahan grafik dan imej.
Kandungan
1. Format untuk penulisan berbentuk fakta.
2. Teknik penulisan menggunakan Microsoft Word.
Pengetahuan Lepas Pelajar
1. Murid telah mempunyai pengalaman merangka dan merangka semula penulisan mereka menggunakan format kertas dan pensil.
Nilai Murni
1. Bersyukur dan menghargai kemudahan yang terdapat di sekolah dan menggunakannya dengan
berhati-hati.
Bahan/Sumber
1. Perisian kursus pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Buku Teks), Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Program komputer Microsoft Word.
3. Komputer.
4. Projektor.

31

Peringkat
Pembelajaran

32

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Set Induksi
( 5 minit)

1. Guru memulakan
pembelajaran dengan
melibatkan murid
dalam perbincangan
kelas. Topik
perbincangan adalah
tentang budaya-budaya
yang dapat dilihat di
kalangan masyarakat
Malaysia pada masa
kini.

1. Murid hendaklah
melibatkan diri mereka
di dalam perbincangan
yang diketengahkan
oleh guru, iaitu tentang
budaya masyarakat
Malaysia kini.

Peringkat 1
( 20 minit)

1. Berdasarkan
perbincangan yang
dijalankan, guru
menyuruh murid-murid
membincangkan cara
untuk menstruktur idea
dan pandangan mereka.

1. Murid-murid
membincangkan cara
untuk menstruktur
pandangan dan idea
mereka.

2. Guru menulis setiap


idea atau pandangan
yang bernas daripada
murid di atas papan
putih, dalam bentuk
carta pemetaan grafik.
3. Kemudian, guru
membuka cakera
padat perisian kursus
pengajaran Bahasa
Melayu Tingkatan 3
(Buku Teks), Dewan
Bahasa dan Pustaka
dan terus ke Unit 13,
iaitu Budaya Berbilang
Warisan Bersama.
4. Dengan menggunakan
projektor, guru
memainkan CD perisian
Bahasa Melayu tersebut
(E-Praktis 1 dan 2) dan
memastikan semua
murid memberikan
perhatian terhadap
pembentangan
beberapa budaya
masyarakat Malaysia.

2. Murid disarankan
supaya memberikan
pendapat mereka
tentang isu budaya
masyarakat Malaysia
yang mereka ketahui.
3. Pelajar memberi
perhatian kepada guru.

Alat Bantuan
Mengajar

Rasional
1. Untuk menarik
minat murid
ke dalam
perbincangan.

1. Papan putih
2. Marker pen
3. Cakera padat
Perisian
kursus
pengajaran
Bahasa
Melayu
Tingkatan 3
(Unit 13:
Budaya
Berbilang
Warisan
Bersama),
Dewan
Bahasa dan
Pustaka
4. Komputer
5. Projektor

1. Mengajar
murid
cara untuk
menyusun
isi dan idea
sebelum
memulakan
penulisan.
2. Memberi idea
kepada murid
melalui CD
software buku
teks supaya
mereka dapat
memikirkan
beberapa lagi
budaya yang
terdapat di
Malaysia.

Peringkat
Pembelajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Alat Bantuan
Mengajar

Rasional

E-Praktis 1

E-Praktis 1

33
E-Praktis 2
Peringkat 2
( 15 minit)

1. Guru memberikan
tugasan kepada muridmurid, iaitu menyuruh
mereka memulakan
rangka kepada
penulisan mereka
yang seharusnya
berkisar kepada budaya
masyarakat Malaysia.
2. Sebagai permulaan,
guru menayangkan
cara-cara menyusun
isi dan menulis
karangan dengan baik
menggunakan E-Praktis
3 dari perisian di atas
skrin projektor.

E-Praktis 3

1. Murid memulakan
penulisan rangka
mereka tentang
budaya-budaya
yang terdapat di
masyarakat Malaysia
dengan menggunakan
komputer yang
telah disediakan
secara individu, dan
mereka diberi pilihan
sama ada hendak
menggunakan idea
yang telah ditulis oleh
guru di atas papan
putih atau tidak.
Mereka juga boleh
menambahkan idea
mereka sendiri.

1. Komputer
2. Papan putih
3. Program
komputer
Microsoft
Word

1. Mendidik
murid supaya
sentiasa
merangka
dahulu
penulisan
mereka
sebelum
menghasilkan
produk akhir.

Peringkat
Pembelajaran

Aktiviti Guru

Peringkat 2
( 15 minit)

3. Guru memberi pilihan


kepada mereka
sama ada hendak
menggunakan idea
yang telah dicatatkan
oleh guru di atas papan
putih atau tidak.

34

4. Mereka juga diberi


pilihan sama ada
hendak terus menaip di
dalam Microsoft Word
atau merangka di atas
kertas terlebih dahulu.
5. Guru hendaklah
membantu pelajar
dengan bertindak
sebagai fasilitator,
dan bergerak ke
sekeliling kelas untuk
mengenalpasti murid
yang menghadapi
kesukaran dalam
melaksanakan tugasan
yang diberikan.

Aktiviti Pelajar
2. Murid memilih
sama ada hendak
terus menaip rangka
penulisan mereka
di dalam komputer
(Microsoft Word) atau
merangka di atas
kertas terlebih dahulu.

Alat Bantuan
Mengajar

Rasional

Peringkat
Pembelajaran
Peringkat 3
( 10 minit)

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

1. Pada peringkat ini,


guru menyuruh murid
mengedit rangka atau
kerja penulisan mereka
yang pertama, dengan
membetulkan ejaan,
tatabahasa, penanda
wacana, penggunaan
perkataan yang sesuai,
dan sebagainya. Mereka
dibenarkan untuk
merujuk kepada kamus,
sama ada daripada
dalam kelas ataupun
online.

1. Murid kemudiannya
mengedit rangka atau
kerja penulisan mereka
yang pertama, dengan
membetulkan ejaan,
tatabahasa, penanda
wacana, penggunaan
perkataan yang sesuai,
dan sebagainya. Murid
dibenarkan untuk
menggunakan kamus
dan tesaurus yang
boleh didapati dalam
bentuk buku yang
disediakan di dalam
kelas ataupun secara
online dengan merujuk
kepada kamus dari
Internet.

2. Selepas itu, guru


menugaskan murid
supaya merangka kerja
penulisan mereka
dengan memformat
semula jenis, stail dan
saiz perkataan yang
mereka gunakan,
memilih bentuk
mukasurat yang sesuai
(landskap atau potret)
dan memasukkan clip
art dan imej-imej untuk
hasil penulisan mereka.

2. Murid merangka kerja


penulisan mereka
dengan memformat
semula jenis, stail dan
saiz perkataan yang
mereka gunakan,
memilih bentuk
mukasurat yang sesuai
(landskap atau potret)
dan memasukkan clip
art dan imej-imej
untuk hasil penulisan
mereka.

Alat Bantuan
Mengajar
1. Komputer

Rasional
1. Mendidik
murid supaya
menghasilkan
kerja yang
bermutu tinggi
dan berkualiti,
tanpa
kesalahan
ejaan.

35

Peringkat
Pembelajaran
Penutup
( 10 minit)

36

Alat Bantuan
Mengajar

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

1. Sebelum mengakhiri
kelas, guru menyatakan
kepada murid bahawa
mereka boleh membuat
beberapa perkara
terhadap penulisan
mereka, seperti
menambahkan gambargambar yang diperolehi
daripada Internet
ke dalam penulisan
mereka; menukar
susunan ayat dalam
penulisan mereka
(menggunakan opsyen
cut and paste) dan
memberikan cerita atau
penulisan yang telah
ditukar susunannya
kepada rakan mereka
untuk disusun semula;
dan mencetak hasil
penulisan mereka dan
menjilidnya (binding)
sebagai buku untuk
dibaca oleh rakan
sekelas.

1. Murid mendengar dan


memberi perhatian
terhadap cadangan
yang diberikan oleh
guru.

Rasional
1. Untuk
memberi
semangat dan
mencetuskan
minda muridmurid.
2. Untuk
memupuk
nilai murni di
dalam muridmurid, iaitu
bersyukur dan
menghargai
kemudahan
yang terdapat
di sekolah

2. Guru menyimpulkan
bahawa terdapat
perkara yang boleh
dilakukan dengan
komputer. Oleh itu,
murid hendaklah
bersyukur dan
menghargai kemudahan
yang terdapat di sekolah
dan menggunakannya
dengan berhati-hati.

JAWAPAN UNTUK SOALAN (LAMPIRAN A)


1. A

3. A

5. D

7. A

9. A

2. C

4. A

6. B

8. C

10. D

You might also like