ETNISITI: Etnisiti Serta Cabaran Dalam Membentuk Perpaduan Nasional

Oleh : Marzudi Md Yunus (P50747) Program Doktor Falsafah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Tarikh : 6 November 2009

Konsep Etnisiti dan Etnik
1

Konsep etnisiti berasal daripada perkataan etnik yang sering kita temui dalam pembacaan kita dari bahan ilmiah atau sebaliknya. Untuk memahami konsep entisiti, konsep etnik perlu kita fahami terlebih dahulu kerana keduaduanya ada mempunyai perkaitan yang langsung. Kegagalan memahami apa itu yang dikatakan etnik akan menimbulkan kekeliruan apatah lagi konsep etnik ini sering disamakan dengan konsep ras yang lebih menjurus kepada perbezaan biologi. Berdasarkan kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat menjelaskan bahawa etnik adalah berkaitan dengan bangsa atau kaum manusia yang hidup dalam sebuah sistem politik yang sama dengan amalan kepercayaan dan unsur berbeza. Manakala ras pula ditaksifkan sebagai keturunan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Berdasarkan kepada Shamsul (2007), dalam buku Modul Hubungan Etnik menjelaskan bahawa etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam meliputi adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Menurut beliau lagi dalam buku tersebut, konsep etnik mempunyai perkaitan dengan konsep ras dan bangsa yang mempunyai maksud yang berlainan. Etnik dikelaskan melalui perbezaan budaya yang dicirikan seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, nilai estetika, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Jika dikaji daripada pandangan beliau ini bolehlah dikatakan etnik adalah suatu konsep mengkategorikan kelompok manusia berasaskan kepada sistem kehidupan yang diamalkan oleh sesuatu kelompok manusia. Bagi konsep etnisiti pula, beliau menjelaskan ia terbit daripada konsep etnik yang merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kelompok manusia terhadap kelompok etniknya. Ia wujud akibat daripada persamaan budaya atau sub budaya yang difahami dan diamalkan oleh kelompok itu, menerbitkan semangat penyatuan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku. Penyatuan aspek-aspek yang disebut tadi menyebabkan pola pemikiran dan penilaian terhadap suatu menjadi suatu yang kolektif oleh mereka yang berada diluar kelompok itu. Konsep etnik juga membentuk satu lagi konsep berkaitan rapat dengan konsep etnisiti iaitu yang dikenali sebagai konsep etnosentrisme yang merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga terhadap budaya yang dimiliki dan diamalkan oleh kelompoknya. Ia

2

membawa kepada perspektif atau pandangan bahawa budaya yang diamalkan oleh etniknya lebih baik berbanding etnik lain. Tidak bertentangan dengan penjelasan Shamsul, Mohamad Abu Bakar (1984) dalam artikel Islam, Etnisiti dan Integrasi Nasional menjelaskan etnisiti adalah hal yang berkaitan dengan pengukuhan anggota dalam suatu etnik dan meluaskan perbezaan nilai antara etnik lain. Dalam artikel tersebut didapati secara tersirat bahawa untuk mengukuhkan ikatan etnisiti perlu digunakan bahantara yang boleh menyatukan hubungan dalam kelompok etnik. Dalam memberikan contoh yang terbaik alat atau bahantara yang digunakan beliau merujuk kepada penggunaan agama islam yang menjadi wadah atau alat dalam menyatukan orang melayu. Orang melayu pada satu ketika dahulu mengamalkan pelbagai amalan kepercayaan dan budaya dapat disatukan oleh islam.Islam yang kini telah menjadi penanda aras dan rujukan dalam kehidupan orang melayu. Lantaran dari itu, ia menunjukkan kepada kita bahawa konsep atau intipati kepada etnisiti adalah tentang persamaan atau uniti yang ada dalam anggota etnik bagi membolehkan mereka bersatu dalam satu identiti yang padu. Prinsip yang ada dalam konsep etnisiti ini dimajukan atau digunakan dalam membentuk perpaduan kebangsaan yang melibatkan pelbagai kumpulan etnik yang berbeza. Faktor etnik boleh membentuk satu ikatan yang kuat dikalangan anggota bagi membentuk satu kerjasama yang kukuh untuk kepentingan bersama. Ikatan dan kerjasama yang ada akan bertambah kuat apabila wujud persaingan untuk mendapatkan peluang-peluang ekonomi dan politik yang dibawa oleh perubahan dan pembangunan (Sanusi, 1994). Berdasarkan kepada penjelasan Sanusi ini, boleh difahami bahawa ikatan etnisiti bukan hanya terbatas kepada persamaan ciri-ciri budaya sahaja. Ia juga boleh menjangkau aspek harapan dan cita-cita yang akan dinikmati oleh suatu kelompok secara bersama hasil daripada perpaduan yang ada dikalangan mereka. Persamaan dan perpaduan etnisiti ini digunakan sebagai alat untuk merebut peluang yang telah diperolehi dan meluaskan penguasan etnik dalam suatu bidang yang telah dikuasai. Welyne (1999) dalam artikel beliau menyatakan etnisiti adalah konsep yang digunakan dalam disiplin ilmu antrapologi untuk operasi pengurusan dan
3

mengindentiti suatu kelompok masyarakat yang dikaitkan dengan nilai dan kebudayaan sesuatu kelompok masyarakat. Beliau juga menjelaskan pemahaman beliau terhadap konsep etnik yang merujuk kepada sekumpulan manusia yang dilahirkan dalam suatu kelompok, hidup bersama-sama berkongsi nilai, budaya, pemikiran dan perasaan. Bagi Welyne, etnisiti adalah hasil kesedaran kendiri tentang perasaan persamaan yang ada dalam suatu kelompok dan merasakan ia berbeza dengan kelompok lain.Oleh yang demikian tentu ada elemen yang mewujudkan persamaan atau bebezaan antara kelompok itu. Rujukan terhadap laman sesawang Wikipedia Bahasa Melayu juga

memberikan taksiran yang sama (Wikipedia, 2009). Merujuk kepada tulisan Marcus Banks yang bertajuk Etnicity : Antrapological Contructions pada 1996 menjelaskan etnik sebagai kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri mereka melalui suatu warisan sepunya samada warisan yang benar ataupun yang dianggap sahaja. Seorang lagi tokoh yang dirujuk dalam laman tersebut ialah T.H. Eriksen dengan tulisan yang bertajuk Small places, large Issues. An Introduction to Social and Cultural Antrapology edisi kedua yang diterbitkan di London pada 2001. Dalam buku itu beliau menjelaskan bahawa identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama dan tingkah laku.Beliau menyatakan ia adalah satu proses yang melahirkan pengenalpastian yang dikenali sebagai entnogenesis. Artikel yang terdapat dalam laman tersebut juga menjelaskan etnisiti merupakan salah satu cara manusia mengaitkan diri dalam kelompok tertentu seperti yang dibahaskan dalan sidang “Cabaran Mengukur Sebuah Dunia Etnik: Sains Politik, dan Kenyataan” yang dianjurkan oleh Statistik Kanada dan Biro Banci Amerika Syarikat pada April 1992. Ia merupakan faktor asas dalam kehidupan manusia dan merupakan fenomena sebati dalam pengalaman manusia. Berdasarkan kepada penjelasan dan pendapat yang diberikan oleh para sarjana-sarjana dalam perenggan terdahulu tentang konsep etnik dan etnisiti telah memberikan gambaran yang jelas untuk difahami. Kedua-dua konsep ini mempunyai ikatan yang rapat dan tidak dapat dipisahkan dalam usaha
4

menjelaskan

salah

satu

daripada

konsep

tersebut.

Apabila

kita

membicarakan konsep etnik, kita tidak dapat tidak mesti membicarakan konsep etnisiti bersama-sama sebagai pelengkap dan begitu juga sebaliknya. Sebagai kesimpulan daripada pendapat sarjana yang telah dirujuk, konsep etnisiti adalah perasaan kendiri yang lahir dari dalam diri individu yang membentuk perasaan kekitaan, persamaan dikalangan kelompok akibat daripada persamaan ciri-ciri budaya yang akhirnya membentuk suatu yang bersifat kolektif kepada kelompok itu. Kunci utama bagi konsep etnisiti adalah unsur-unsur persamaan yang wujud akibat daripada ciri-ciri budaya yang menerbitkan perasaan kekitaan, semangat penyatuan dan pengukuhan secara kendiri dalam sesuatu kelompok etnik.

Cabaran etnisiti terhadap perpaduan Nasional Malaysia Sepertinya kita semua sedia maklum bahawa negara kita Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik kesan daripada penjajahan kuasa asing. Sebelum kejatuhan kerajaan Melayu Melaka bukan tidak ada perbezaan etnik tetapi begitu ketara. Selepas kejatuhan kerajaan Melaka, landskap politik dan masyarakat telah berubah dengan begitu ketara. Terutama sekali kemasukan migrasi penduduk keturunan cina dan india dibawa masuk akibat daripda kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penjajah Inggeris (Shamsul, 2007). Selain daripada kedua-dua etnik tersebut, juga banyak lagi etnik monoriti yang menjadi sebahagian daripada “keluarga besar” rakyat Malaysia hari ini. Namun untuk perbincangan dalam penulisan ini, etnik melayu, cina dan india menjadi fokos utama kerana ia merupakan ahli dominan dalam seluruh “keluarga kita” sebagai rakyat Malaysia. Ketiga-tiga etnik ini mewarnai sejarah landskap masyarakat malaysia dari segi politik dan sosial. Peristiwa berdarah Tragedi 13 Mei 1969 menjadi tanda hitam dan bukti yang mengesahkan terdapat perbezaan antara ketiga-tiga etnik tersebut. Faktor etnisiti bukan sahaja merupakan elemen penting dalam kestabilan politik dan ekonomi Malaysia tetapi terhadap keselamatan negara seluruhnya (Shamsul, 2007).

5

Tindakan pembetulan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi baru dan pengenalan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan telah berjaya merapatkan kembali jurang antara kaum telah mengembalikan kestabilan dan keharmunian kaum. Namun itu bukan bererti wujud penyatuan etnik antara melayu, cina dan india serta pelbagai kaum lagi dalam ikatan perpaduan nasional. Ini terbukti dengan wujudnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi dan sosial yang berasaskan kepada kelompok etnik tertentu. Sebagai contoh persatuan-persatuan perniagan cina yang dianggotai oleh peniaga-peniaga cina dan begitu juga pertubuhan perniagaan yang mewakili kaum-kaum lain. Perikatan dan persetian berasaskan etnik merupakan sesuatu yang mendatang keuntungan bersama dalam menghadapi persaingan merebut peluang ekonomi dan politi (Sanusi, 1984). Berasaskan kepada itu perpaduan dalam konsep etnisiti menjadi agenda atau pilihan yang utama berbanding perpaduan nasianal yang merentas sempadan etnik. Hal yang demikian tidak membawa kemajuan terhadap perpaduan nasional. Kembali kepada pemahaman kita tentang konsep etnisiti yang didefinisikan sebagai perasaan kendiri yang lahir dari dalam diri individu yang membentuk perasaan kekitaan, persamaan dikalangan kelompok akibat daripada persamaan ciri-ciri budaya yang akhirnya membentuk suatu yang bersifat kolektif. Berdasarkan rujukan daripada sarjana ciri-ciri budaya yang dimaksudkan adalah terdiri darpada adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan agama yang melahirkan aspek nilai, sikap, pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Ciri-ciri budaya yang dimiliki oleh ketiga-tiga kumpulan etnik melayu, cina dan india jelas berbeza dengan ketara sekali. Jika dilihat dari aspek adat resam dan agama misalnya kelihatan jauh berbeza dan tidak boleh diintegrasikan. Isu yang melibatkan agama adalah sangat ensitif dan boleh membangkitkan suasana tegang. Adat resam yang ditunjangi oleh ketiga-tiga etnik ini berasal daripada tiga tempat yang berbeza dari segi geografinya. Adat resam entik melayu berasal di Nusantara yang menjadi latar kepada negara Malaysia hari ini. Adat resam etnik cina berasal dari tanah besar China yang telah maju dan terkenal sejak dahulu lagi. Manakala adat resam etnik india dari negara India yang merupakan tamadun tua dunia. Perbezaan yang besar ini tidak
6

memungkinkan perpaduan nasional berlaku dengan mudah. Keadaan yang sama juga terjadi kepada ciri-ciri budaya yang lain seperti yang telah disebutkan. Perbezaan ketiga-tiga etnik ini buka sahaja terbina melalui konsep etnik tetapi juga merentasi konsep ras yang melibatkan unsur-unsur biologi dan fizikal. Perbezaan warna kulit, raut wajah dan saiz fizikal menambahkan lagi jurang perbezaan antara ketiga-tiga etnik ini. Ia membentuk kategori dalam kehidupan seharian. Persamaan fizikal dari segi konsep ras dan etnik membentuk perasaan persamaan dan penyatuan dikalangan mereka serta ditambah pula unsur-unsur etnosentrisme yang sentiasa ada. Perbezaan etnik yang merentas konsep ras merupakan satu cabaran kepada perpaduan nasional negara kita. Ia berbeza dengan perbezaan dari segi konsep etnik yang terdapat dalam kategori ras yang sama. Sebagai contoh entik jawa dengan etnik melayu yang berbeza dari ciri-ciri budaya seperti kesenian dan dialek bahasa tetapi sama dari sudut ras boleh disatukan dengan elemen persamaan ras. Seperti yang telah dijelaskan bahawa persetiaan melalui ikatan etnisiti terbit untuk kepentingan dan harapan bersama (Sanusi, 1984), parti-parti politik berasaskan etnik mewarnai latarbelakang politik negara kita. Setiap parti politik ditubuhkan dengan tujuan menjaga kepentingan entik yang diwakilinya. Menyedari hakikat tersebut parti-parti politik yang ada seringkali menggunakan isu-isu etnisiti demi mendapat sokongan. Secara tidak langsung konsep etnisiti menjadi suatu yang penting dalam percaturan politik negara. Penguasaan dalam aspek politik menjadi gerbang kepada penguasaan dalam bidang-bidang lain seperti ekonomi dan sosial. Atas nama menjaga kepentingan dan harapan etnik, kerjasama dalam bidang politik terjalin dikalangan peminpim parti politik (Sanusi,1984). Namun ini tidak bererti terdapat penyatuan dan perpaduan yang ikhlas dan semulajadi. Ini kerana peryatuan ini tidak dalam bentuk satu parti. Sebagai contoh, Barisan Nasional dianggotai oleh UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dan pelbagai lagi parti yang bercirikan etnik. Begitu juga pada Barisan Alternatif yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP juga jelas terdiri dari parti politik yang
7

bercirikan etnik. Ini jelas kepada kita bahawa ‘kita’ tidak bersedia untuk bersama bersatu dalam parti yang multiracial kesan daripada perasaan etnisiti yang ada pada kita semua.

Berbeza Dalam Matlamat yang Sama Etnisiti adalah hal yang berkaitan dengan pengukuhan anggota dalam suatu etnik dan meluaskan perbezaan nilai antara etnik lain (Mohamad, 1984). Perbezaan yang wujud dalam aspek ciri-ciri budaya dan dalam bentuk spritual seperti sistem kepercayaan, pemikiran dan pengharapan (wawasan) membina jurang yang besar diantara setiap etnik yang ada di negara ini. Sekali lagi Tragedi 13 Mei 1969 menjadi rujukan kita. Tragedi 13 Mei 1969 itu adalah dalam bentuk tindakan fizikal yang melibatkan harta benda dan nyawa yang boleh dilihat, dirakam sebagai sejarah. Bagaimana pula bentuk tindakan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar yang melibatkan aspek perasaan yang terletak didalam hati sanuibari individu? Bolehkah kita semua dari pelbagai etnik melalui konsep etnisiti yang didefinisikan sebagai semangat kekitaan sesuatu kelompok manusia terhadap kelompok etniknya. Ia wujud akibat daripada persamaan budaya atau sub budaya yang difahami dan diamalkan oleh kelompok itu, menerbitkan semangat penyatuan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku (Shamsul, 2007). Tingkah laku dilihat merupakan natijah yang terbit daripada ciri-ciri budaya yang terdapat dalam setiap etnik. Baik dan buruk tingkah laku itu tentu dinilai oleh kelompok etnik lain yang mempunyai penilaian sendiri. Jika suatu yang dinilai buruk maka keseluruhan etnik itu juga dinilai sedemikaan rupa berasakan konsep stereotaip yang merupakan kenyataan-kenyataan negatif terhadap sesuatu kelompok etnik (Shamsul, 2007). Berdasarkan hujahan pada dua perenggan terdahulu jelas aspek pemikiran kunci utama dalam melahirkan semangat pernyatuan yang merentasi konsep etnisiti etnik. Semangat atau pemikiran tentang ciri-ciri budaya yang terpilih harus dibentuk bagi mewujudkan persamaan merentasi kelompok etnik. Penerimaan persamaan ciri budaya seperti makanan, pakaian, adat resam, kesenian, nilai estetik tentu sukar untuk diterima oleh keseluruh
8

kelompok etnik di negara ini lantaran daripada sejarah dan punca asal usul yang berbeza. Namun apa yang boleh dipupuk adalah terhadap aspek pengharapan atau wawasan. Satu wawasan yang menjamin kepentingan merentasi etnik adalah jalan terbaik bagi membentuk persamaan pemikiran. Rukun Negara dan Wawasan 2020 merupakan salah satu usaha membentuk persamaan bagi aspek pemikiran merentasi etnik. Rukun Negara dan Wawasan 2020 menjadi pusat tumpuan pemikiran rakyat dalam kehidupan bernegara. Rukun Negara, dengan prinsip-prinsip yang bertunjangkan semangat Pelembagaan diharap dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu Bangsa Malaysia. Ia dijadikan pedoman dan hala tuju serta pengimbang tara dalam merancang program pembangunan negara. Ia juga merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara (Shamsul, 2007). Perbezaan dan keperbagaian tidak menjadi halangan bagi rakyat malaysia bersatu kerana dalam bahagian pertama Rukun Negara terdapat matlamat yang menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan penduduknya yang kaya dan pelbagai corak asal sahaja setiap dari kita mengamalkan sifat tolak ansur berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Demikian juga halnya dengan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh mamtan Perdana Menteri Malaysia, Ybhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad. Wawasan yang mengandungi sembilan cabaran merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku diperingkat kebangsaan dan glabal (Shamsul, 2007). Kesemua sembilan cabaran menuntut setiap rakyat malaysia mengenepikan etnisiti masing-masing dan berfikir sebagai satu bangsa Malaysia. Terkini, gagasan “Satu Malaysia (1Malaysia), Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB. Datuk Seri Najib Abdul Razak. Walaupun apa jua taksiran yang diberikan oleh pihak yang bersetuju dan pihak yang tidak bersetuju, ia jelas mengharapkan semua rakyat merentasi etnik berfikir, mengangap diri mereka berada diluar kelompok etnik masing-masing. Ianya bukan suatu yang mudah namun tidak mustahil untuk dijayakan.
9

Paling penting diantara Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Gagasan Satu Malaysia, Perlembagaan merupakan perkara yang memayungi aspek pemikiran dan tindakan seluruh rakyat Malaysia dalam menjalani hidup bernegara. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dianggap kontrak sosial. Merupakan satu perjanjian yang dicapai antara etnik Melayu, Cina dan India semasa menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris (Shamsul, 2007). Kontrak sosial tersebut mengandungi lima perkara yang berkait rapat dengan unsur-unsur tradisional negara yang menjadi warisan etnik melayu yang menjadi penduduk asal. Perkara pertama berkaitan dengan kedudukan, kedaulatan dan kemulian Raja-Raja Melayu tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Perkara kedua ialah tentang kedudukan istimewa orang Melayu yang meliputi perkhidmatan awam, biasiswa, dan segala bentuk bantuan berkaitan dengan pendidikan, permit atau lesen perniagaan tidak boleh dipersoalkan. Perkara yang ketiga pula, berkaitan dengan hak untuk mendapatkan kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli bagi mereka yang lahir sebelum, semasa dan selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka, melalui kuat kuasa undang-undang. Hak kerakyatan Malaysia juga boleh juga dilakukan dengan cara permohonan. Bagi Perkara yang keempat pula ia melibatkan agama. Islam menjadi agama bagi persekutuan yang membolehkannya mendapat peruntukan kewangan daripada kerajaan. Tetapi pada masa yang sama agama-agama lain juga boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan. Manakala yang kelima dan terakhir melibatkan bahasa. Bahasa Melayu dipersetujui menjadi bahasa kebangsaan. Seperti juga hal berkaitan agama, bahasa-bahasa lain juga tidak dihalang untuk digunakan. “Terus memandang kehadapan tetapi sekali-sekala menoleh ke belakang” boleh dijadikan panduan kepada seluruh rakyat Malaysia. Landskap rupa bangsa yang diwarisi akibat dari penjajah tidak dapat diubah kembali. Sejarah yang berlalu tidak boleh dipinda, namum sejarah juga boleh dicipta berasaskan peristiwa lalu dan harapan masa hadapan. Dengan keperbagaian yang ada ini tidak boleh dijadikan penghalang untuk mencapai

10

perpaduan dalam bentuk baru iaitu perpaduan nasional yang merentasi sempadan etnik.

Penutup dan Kesimpulan Konsep etnisiti adalah perasaan yang semulajadi wujud dalam diri setiap terhadap kelompok etniknya. Perasaan kendiri ini lahir dari dalam diri individu yang membentuk perasaan kekitaan, persamaan dikalangan kelompok akibat daripada persamaan ciri-ciri budaya yang akhirnya membentuk suatu yang bersifat kolektif kepada kelompok itu.Etnisiti menjadi faktor pengikat kesetiaan dikalangan anggota suatu etnik bagi mendapatkan kepentingan bersama dalam interaksi dengan pelbagai etnik yang ada. Dalam hubungan sesama etnik, etnisiti merupakan suatu konsep yang sangat praktikal bagi membentuk perpaduan yang kukuh dan erat bagi menhadapi cabaran bersama. Namum pada masa yang sama ia menjadi satu cabaran yang sukar untuk diatasi bagi mewujudkan perpaduan merentasi etnik kerana terdapat jurang perbezaan yang ketara. Hal ini terjadi kepada kepada negara kita yang bersifat majmuk dengan kepelbagaian etnik. Bagi sesebuah negara yang berwawasan dan mempunyai kepimpinan berwibawa, kepelbagaian ini tidak menjadi penghalang dalam menyatupadukan dan mewujudkan keharmonian serta kestabilan politik. Ideologi, wawasan dan perlembagaan yang luhur menjadi wadah dalam menyatukan aspek pemikiran rakyat yang melahirkan bentuk tindakan yang diterima oleh semua. Perpaduan yang diasaskan melalui aspek pemikiran merupakan jalan terbaik berbanding dalam bentuk tindakan tanpa kesedaran pemikiran. Ia merupakan satu perjalanan yang panjangn namun ia tidak mustahil untuk direalisasikan selagi kita sebagai rakyat Malaysia berfikir sebagai “Satu Bangsa Malaysia”.

Sekian.

11

Rujukan: Shamsul (pnty.). 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Mohamad. 1984. Islam dan Integrasi Nasional. Dlm. S. Husin Ali (pnyt.) Kaum, Kelas dan Pembangunan Malaysia, hlm 139-167. Kuala Lumpur : Persatuan Sains Sosial Malaysia. Sanusi. 1984. Ikatan Etnik dan Kelas. Dlm. S. Husin Ali (pnyt.) Kaum, Kelas dan Pembangunan Malaysia, hlm 43-61. Kuala Lumpur : Persatuan Sains Sosial Malaysia. Welyne. 1999. Etnicity and Etnic Identity in Sarawak. Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan Julai 1999 (55): 83-98. Wikipedia. 2009. Kelompok Etnik. http://ms.wikipedia.org /wiki/ kelompok_etnik[2 November 2009].

12

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful