P. 1
Bangsa – Konsep Pembinaan Dan Cabaran

Bangsa – Konsep Pembinaan Dan Cabaran

|Views: 3,839|Likes:
Published by marzudi yunus

More info:

Published by: marzudi yunus on Jan 14, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Bangsa – Konsep Pembinaan Dan Cabaran

Oleh : Marzudi Bin Md Yunus Program Doktor Falsafah Fakulti Sains Sosial dan Persekitaran Tarikh : 7 Ogos 2009

1

Bangsa – Konsep Pembinaan Dan Cabaran
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya. Keperbagaian ini kadang-kala memcetuskan insiden yang tidak diingini akibat daripada sikap prejudis dan ketidak-seimbangan sosial dalam negara. Malaysia pernah mengalami tragedi hubungan kaum yang hampir mengugat kewibawaanya. Peristiwa 13 Mei 1969 itu merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara.Peistiwa itu juga merupakan isyarat yang jelas kepada kita bahawa wujudnya jurang hubungan kaum yang ketara dalam negara ini (Shamsul, 2007). Lantaran daripada kisah hitam tersebut lahirlah edeologi kebangsaan iaitu Rukun negara dan juga program penyusunan semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru. Pembinaan bangsa dibina berdasarkan Rukun Negara melalui strategi penyusunan semula masyarakat dibawah program Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970 (Ghazali, 1992). Setelah hampir 39 tahun berlalu apakah matlamat tersebut tercapai?. Apakah ciri-ciri bangsa yang hendak dibina ini dan apakah cabaran kearah tujuan tersebut? Untuk menjawab persoalan tersebut, pengertian tentang istilah bangsa haruslah difahami dengan jelas terlebih dahulu. Dalam membicarakan bangsa, konsep etnik dan ras perlu difahami supaya tidak terkeliru walaupun terdapat kaitan diantaranya. Jika dirujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat terbahagi kepada dua maksud yang utama. Pertama bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan yang berdasarkan adat resam. Kedua bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Etnik pula bermaksud suatu yang berkaitan dengan bangsa manusia, manakala ras pula bermaksud kaum dan keturunan. Berdasarkan teori yang diutarakan oleh Anderson yang dibicarakan oleh Abd. Rahman Embong (2006) dalam yang bertajuk Negara-Bangsa:Proses dan Perbahasan menyatakan bangsa atau nation ialah suatu komoniti yang diimiginasikan berdasarkan asas-asas sesuatu objektif. Anderson berpendapat bangsa atau nation lahir bersama dengan kewujudan kapitalisme (kapitalisme cetak) yang menimbulkan imiginasi dan kesedaran subjektif. Imiginasi dan kesedaran subjektif ini menimbulkan perasaan kekitaan dan kesamaan nasib anggota dalam sesebuah negara. Abdul Rahman yang
2

lebih banyak menggunakan istilah nation bagi membicarakan bangsa sebagai satu kelompok manusia yang terbentuk dalam sejarah, ditautkan dengan perkongsiaan wilayah, ekonomi, bahasa dan psikologi bersama boleh terbentuk dengan wujudnya kesedaran subjektif. Pengertian bangsa dikonsepsikan kepada dua konsep aspek utama. Konsep bangsa yang petama ialah dari sudut politik yang berkaitan dengan wilayah dan juga kenegaraan. Konsep kedua pula merujuk kepada konsep etnos atau etnik yang berkait dengan salasilah budaya, adat resam dan sejarah sepunya kelompuk etnik tersebut. Konsep bangsa yang pertama adalah relevan dengan pengertian bangsa di era moden hari ini. Abdul Rahman dalam artikel yang ditulis oleh Norsimah dan Kalthum (2005) yang bertajuk Dialek atau Baku:Konflik antara Jati Diri dan Negara Bangsa mendifinisikan bangsa adalah nation, iaitu susuatu komoniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang mempunyai kesinambungan dan juga perubahan. Dipertatukan dengan perkongsiaan wilayah, ekonomi dan unsur subjektif bersama seperti bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi. Menurut Callistus Fernandez(1999), bangsa itu adalah gabungan kaum-kaum yang mempunyai sejarah dan budaya serta diperkuatkan dengan satu persamaan tumpuan. Perkataan gabungan menunjukkan bahawa bangsa boleh diwujudkan dengan penyatuan kaum-kaum yang berbeza tetapi haruslah mempunyai sejarah dan budaya yang sama. Pernyataan ini pula mempunyai persamaan dengan pendapat yang diberikan oleh Tan Sri Ghazali Syafie (1989) yang mendefinisikan bangsa sebagai suatu golongan manusia yang berasal dari keturunan yang sama. Tetapi beliau menyatakan pembentukan bangsa dari keturunan berlainan seperti di negara ini tidak mustahil untuk diwujudkan. Bagi Ernest Gellner dalam artikel yang yang tulis oleh Jan Penrose dan Richard C.M. (2008) menjelaskan nation atau bangsa adalah hasil nasionalisme masyarakat industri moden yang berasaskan keseragaman bahasa, sejarah dan budaya bertujuan untuk mewujudkan satu komuniti dalam sesuatu wilayah. Jan Penrose dan Richard menegaskan pembentukan bangsa melalui konsep seperti ini penting dalam membentuk kesetiaan dalam masyarakat, manakala keseragaman penting dalam
3

sebuah masyarakat industri moden. Pengertian bangsa bagi kedua-dua penulis ini adalah terbuka dan luas kerana ia boleh berdasarkan kepada budaya atau politik dan kedua-duanya. Beliau juga konsep bangsa (nation) seperti ini digunakan oleh oleh negara (state) untuk kepentingan politik dan meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Aliran pendapat yang seakan serupa juga boleh dilihat daripada Hugh Seton-Watson dalam buku David Storey (2001) menyatakan bahawa bangsa (nation) terhasil atau terbentuk apabila sebilangan manusia (majoriti) dalam sesebuah komuniti mengangap atau bersikap untuk bersatu dalam suatu ikatan dalam bentuk pemikiran yang kukuh. Anthony D. Smith dalam buka yang sama juga menyatakan bahawa bangsa (nation) adalah satu nama yang diberikan untuk suatu kelompok masyarakat yang berkongsi wilayah, sejarah, budaya, ekonomi dan cara hidup. Bagi David Storey sendiri seperti terpengaruh dengan pendapat kedua-dua tokoh yang menjadi rujukan beliau turut mendifenisikan bangsa sebagai merujuk kepada kumpulan manusia yang berkongsi sejarah dan budaya mengangap serta merelakan diri mereka sebagai satu kesatuan. Daripada pemahaman yang boleh kita fahami daripada pengertian oleh sarjana-sarjana dalam perenggan sebelum ini boleh kita rumuskan maksud bangsa kepada tiga fahaman yang berbeza. Fahaman pertama yang mengketogorikan bangsa kepada dua aspek iaitu berkaitan dengan politik dan yang kedua berkaitan dengan aspek keturunan (etnik). Fahaman kedua pula mengangap bahawa bangsa itu wujud berdasarkan pengaruh pihak lain (seperti state-pemerintah/penguasa) yang berkepentingan dalam sesebuah komuniti bagi mencapai matlamat negara. Manakala fahaman ketiga pula bangsa baru boleh wujud secara rela bagi berkongsi kepentingan berdasarkan ideologi yang nyata (ikatan dalam bentuk pemikiran yang kukuh). Dalam era negara moden hari ini, pada hemat saya pembinaan bangsa Malaysia haruslah didasarkan kepada fahaman kedua dan ketiga kerana ia bersifat universal dan boleh diaplikasikan dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini. Fahaman pertama membawa taksiran bangsa kepada dua aspek iaitu politik dan kelompok etnos yang melibatkan budaya dan adat resam. Aspek politik tidak menimbulkan banyak masalah kerana melibatkan halhal kenegaraan seperti wilayah dan undang-undang. Apabila dilihat dari sudut

4

kemompok etnos yang melibat salasilah, ras dan sejarah wujud perbezaan yang nyata antara etnik pribumi (bumiputera) dan imigran (Cina dan India).

Konsep Asas Pembentukan Bangsa Daripada perbincangan pengertian bangsa yang didapati dari sarjana dan tokoh pada perenggan sebelum ini terdapat beberapa perkataan dan ayat yang boleh kita sandarkan sebagai sebahagian daripada konsep-konsep asas yang dalam pembentukan satu bangsa yang baru. Perlu dinyatakan disini sekali lagi bahawa apa yang saya utarakan ini bukanlah suatu yang muktamat tetapi hanyalah berdasarkan kepada kajian singkat daripada penulisan sarjana dan tokoh yang dirujuk sahaja. Berikut adalah perkataan dan ayat yang didapati antaranya; a) Adat resam b) Ikatan ketatanegaraan
c) Diimiginasikan / imiginasi berdasarkan asas-asas suatu objektif

d) Kesedaran Subjektif
e) Kesinambungan dan perubahan

f) Satu persamaan tumpuan g) Nasionalisme h) Kesetiaan dalam masyarakat i) Keseragaman j) Ikatan dalam bentuk pemikiran yang kukuh k) Mengangap serta merelakan

5

Adat resam adalah berkaitan dengan peraturan yang diamalkan dalam suatu masyarakat yang merupakan yang diamalkan oleh suatu masyarakat sejak turun temurun dan perlu dipatuhi (Kamus dewan, 2005). Adat merujuk kepada suatu perbuatan yang baik dalam sesebuah masyarakat. Ia juga boleh dikaitkan dengan kebudayaan sesuatu masyarakat atau bangsa. Adat resam serta budaya yang baik dalam dalam setiap etnik diadaptasikan menjadi budaya baru yang dapat diterima oleh semua ahli bangsa sebagai budaya nasiaonal (Abdul Rahman, 2006). Ikatan Ketatanegaraan pula berkaitan dengan sistem bernegara yang diamalkan oleh setiap ahli dalam sesebuah wilayah. Setiap individu dalam sesebuah negara terikat dengan undang-undang yang sama berdasarkan kedaulatan undang-undang seperti yang termaktub dalam prinsip Rukun Negara yang ke-empat. Ikatan ketatanegaraan ini merupakan salah satu asas-asas objektif utama dalam dalam teori bangsa atau nation yang dibawa oleh Anderson. Imiginasi berdasarkan suatu yangt objektif merupakan membayangkan suatu yang hendak dicapai oleh individu terhadap bangsanya iaitu bangsa yang mempunyai perhubungan dan ikatan yang kuat diantara satu sama lain. Imiginasi tentang perkongsian pemikiran dan perasaan sehingga melahirkan perasaan kekitaan. Kesedaran objektif terhadap terhadap perkongsi wilayah, ekonomi, bahasa dan psikologi membentuk ikatan yang kuat sebagai satu bangsa yang hidup dalam satu wilayah. Kesedaran ini membentuk satu sikap teleransi dikalangan ahli suatu bangsa supaya kekal harmoni. Aspek sejarah, budaya dan amalan perlu mempunyai kesinambungan diantara kaum yang menjadi anggota suatu bangsa dan perlukan perubahan yang signifikan bagi mengharungi keadaan zaman yang sentiasa berubah dari masa kesemasa. Keupayaan suatu bangsa menangani perubahan menjamin survival dan kekuatan bangsa. Hal ini selari dengan dengan maksud penyusunan semula masyarakat dan saranan supaya rakyat malaysia membina satu masyarakat Rukun Negara yang berkerja sama menyahut wawasan 2020 (Ghazali, 1989).

6

Ideologi Rukun Negara merupakan konsep “satu persamaan tumpuan” yang membolehkan rakyat Malaysia dari perbagai etnik yang berbeza sejarah, budaya dan juga kepercayaan berfikir tentang ideologi yang sama. Rukun Negara merupakan salah satu pusat tumpuan untuk seluruh individu di Malaysia kerana didalamnya terkandung visi dan misi kearah pembetukan suatu bangsa baru berasaskan prinsip-prinsip tertentu yang dapat dilakukan oleh semua individu (Shamsul, 2007). Ideologi kebangsaan ini dimanifestasikan sebagai salah satu Ikatan dalam bentuk pemikiran yang kukuh bagi segenap kaum di Malaysia (Ghazali, 1989). Semangat nasionalisme iaitu semangat cintakan bangsa dan negara amat penting dalam diri setiap individu. Individu yang mempunyai rasa sayang kepada negara tempat tumpah darahnya akan mengetepikan kepentingan peribadi demi negara (David Storey, 2001). Perasaan ini meluas melewati individu, keluarga dan seterusnya hingga kepada masyarakat. Manifestasi kepada semangat ini dijelmakan melalui nyanyian lagu kebangsaan, bendera kebangsaan, dan lebih baik lagi jika seseorang itu bangga mengakui diri bangsanya dengan nama negara berbanding mengenalkan diri bangsanya berdasarkan nama etnik. Melalui instrumen yang menjadi simbol negara ini mewujudkan keseragaman dalam sesebuah bangsa. Sebagai contoh disini, penyokong bolasepak kebangsaan tanpa megira faktor etnik akan memakai pakaian berwarna tertentu yang sama sebagai tanda penyatuan dalam memberi sokongan. Dalam gagasan bangsa Malaysia, semua etnik harus mempunyai perasaan sebangsa dangan nama kolektif (bangsa Malaysia) dengan kesudian untuk berkongsi wilayah, ekonomi, budaya dan harapan yang sama harus membentuk kesetiaan. Nasionalisme diperingkat etnik harus diganti dengan nasianalisme Malaysia yang lebih luas lagi bersama (Abdul Rahman, 2006). Keikhlasan dalam usaha kearah itu merupakan suatu yang penting dalam pembinaan bangsa Malaysia yang baru. Ahli bangsa harus bersedia menerima kehadiran etnik lain bersama dalam komoniti sebagai satu bangsa dangan penuh kerelaan dan mengangap ia adalah satu reality yang harus dilalui pada era politik zaman moden ini (David Storey, 2001).
7

Cabaran Pembentukan Bangsa Malaysia Walaupun pada perenggan terdahulu yang menyatakan sarjana-sarjana bahawa suatu bangsa yang baru boleh dibina namun pada pendapat saya terdapat cabaran-cabaran yang boleh menghalang proses pembentukan bangsa Malaysia ini. Bagi menjelaskan perkara tersebut beberapa sarjana telah dirujuk melalui penulisan mereka. Tan Sri Ghazali Shafie, dalam buku Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia Menjelang 2020 (2008) memberikan beberapa cabaran perlu diberi perhatian. Perkara pertama ialah dari segi sejarah. Etnik pribumi (Melayu dan Bumiputera) merupakan penduduk asal wilayah ini bermula sejak sebelum kerajaan Melaka lagi. Sedangkan etnik pendatang seperti etnik Cina,India dan lain-lain dibawa masuk oleh penjajah Inggeris dalam abad ke 19 untuk tujuan ekonomi. Perbezaan sejarah ini merupakan faktor yang menjadi penghalang kearah penyatuan bangsa. Soal identiti juga merupakan punca yang melambatkan kewujudan identiti bangsa Malaysia kerana individu lebih senang dan cenderung untuk memperkenalkan dirinya dari etnik tertentu berbanding mengatakan “saya bangsa Malaysia” di peringkat lokal. Manakala di peringkat antarabangsa tidak timbul perkara ini. Masing-masing kelihatan mempunyai semangat etnik melebihi semangat kebangsaan. Nilai-nilai asal etnik masih kuat dipegang oleh kebanyakkan rakyat negara ini. Perkembangan pesat ekonomi berasaskan perindustrian dan kebendaan mewujudkan sikap pentingkan diri sendiri berbanding kepentingan masyarakat dan negara. Apa yang baik kepada negara tidak dihiraukan oleh individu jika tidak melibatkan kepentingan mereka.

8

Keperbagaian etnik secara tidak langsung melahirkan pengamalan bahasa pertuturan, budaya dan adat resam yang kurang difahami oleh etnik yang lain. Setiap etnik mengangap apa yang dimiliki oleh mereka lebih baik daripada apa yang dimiliki oleh etnik lain. Mereka juga tidak bersedia dan mudah untuk menerima budaya daripada etnik lain. Keadaan ini meyukarkan asimilasi budaya dan pembentukan sebuah budaya kebangsaan yang boleh diterima oleh seluruh etnik yang menjadi ahli bangsa Malaysia. Bagi Abdul Rahman (2006), walaupun terdapat perpaduan dikalangan rakyat negara ini, didapati juga tanda-tanda wujud masalah dalam membina persefahaman dan permafakatan antara kaum. Perpaduan yang wujud sebenarnya bersifat sementara dan bersifat lahiriah atau luaran sahaja. Perpaduan yang hakiki sebenarnya belum lagi terjadi kerana ia hanya berasaskan toleransi sahaja, bukan berdasarkan saling menghormati dan menerima keperbagaian. Tahap kesedaran perpaduan oleh generasi muda juga dipersoalkan dan tidak sekuat hubungan antara kaum oleh generasi awal merdeka. Mereka dilihat tidak peka dan terbuka dalam isu-isu yang melibatkan sensitiviti kaum kerana terdapat pemisahan sosial antara mereka. Beliau memberi contoh peristiwa yang berlaku di kampung Medan pada Mac 2001 dan isu Moorthy @ Muhamad Abdulah, pendaki Gunung Everent yang melibatkan pertikaian agama. Kesangsian kepada pengertian atau takrifan bangsa Malaysia juga berlaku. Ada dikalangan masyarakat melihatnya sebagai persamaan dengan takrifan yang dibuat oleh mantan perdana menteri Singapura, iaitu “Malaysian Malaysia”. Tanggapan negetif tentang nasib pribumi menjadi isu yang hangat diperkatakan. Sebaliknya masyarakat pendatang menerima dengan positif dan berangapan memjamin kedudukan mereka sebagai rakan kongsi bangsa Malaysia ini. Sebagai sebuah negara majmuk, peranan kerajaan dalam proses ini amat penting. Dasar-dasar penting kearah penyatuan telah diperkenalkan. Namun disebalik dasardasar yang baik itu, pendekatan dan pelaksanaannya pula dilihat tidak selaras dengan semangat dasar tersebut. Sinario ini menimbulkan masalah kepada penyatuan kerana terdapat pihak yang merasakan diri mereka diketepikan atau dipinggirkan.
9

Pengaruh luaran juga tidak terkecuali dalam keadaan dunia global yang sering bergolak dan berubah dengan pesat. Isu-isu hak asasi manusia, hak etnik minoriti, keadilan dan kesejahteraan memdapat tepat dan diperdebatkan secara terbuka tanpa menghiraukan sensitiviti etnik tertentu. Ini menambahkan lagi perasaan perasangka yang sememangnya masih menebal dan sikap enggan bertolak ansur yang boleh mencetuskan konflik perkauman. Kesimpulan Daripada perbincangan teori tentang bangsa oleh sarjana-sarjana pada perenggan terdahulu, perkataan bangsa boleh didefinisikan kepada dua konsep. Konsep pertama melihat bangsa dari sudut etnos iaitu berasaskan salasilah keturunan dan ras yang mempunyai persamaan sejarah, kebudayaan, adat resam dan juga sistem kepercayaan. Konsep kedua mendefinisikan bangsa dalam kontek politik berasaskan ruang lingkup wilayah, ekonomi dan pemikiran berasaskan objektif yang ditentukan yang mewujudkan satu lagi istilah iaitu negara-bangsa. Berbalik kita kepada persoalan yang diajukan pada awal perbincangan iaitu; apakah matlamat tersebut tercapai?. Apakah cabaran kearah tujuan tersebut dan apakah ciriciri bangsa yang hendak dibina ini? Untuk menjawab persoalan pertama tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa matlamat tersebut bukan sahaja tidak tercapai malah tiada sebarang usaha yang serius dan ikhlas dalam pembentukan satu bangsa bernama Bangsa Malaysia. Untuk mendapatkan bukti kepada kenyataan ini tidak perlula kita untuk membuat ujikaji yang canggih, memadai hanya sekadar melihat senario politik tanah air yang setiap hari disiarkan di media arus perdana. Pendekatan parti politik baik dari sebelah kerajaan atau pembangkang masing-masing bertunjangkan kepentingan bangsa yang diwakilinya. Didikkan kearah penyatuan bangsa melalui pendekatan politik kenegaraan yang menghormati prinsip constitution dikesampingkan oleh politik berasaskan kuasa dan kemenangan semata-mata. Akhirnya lahirlah sebuah masyarakat yang berwasasan “jalan tar” dan “kain batik” semasa kempen pilihanraya yang tidak membawa sebarang makna kepada penyatuan bangsa. Hal ini disokong oleh pandangan ahli sejarah, Prof.
10

Khoo Kay Kim yang membayangkan usaha memperjuangkan pembinaan bangsa Malaysia sebagai usaha yang berseorangan tanpa dibantu pihak lain (Abdul Rahman, 2006). Sistem pendidikan berbeza mengikut kaum juga merupakan penghalang kepada proses pembinaan bangsa Malaysia. Setiap kaum mempunyai sekolah berbeza dengan mengunakan bahasa ibunda masing-masing (Shamsul, 2007). Walaupun menggunakan sukatan pelajaran yang sama, mereka tetap berasingan secara fizikal. Terdapat banyak lagi fakta yang boleh dipersembahkan sebagai bukti maktamat pembinaan bangsa Malaysia tidak tercapai seperti diskriminasi dalam iklan perkerjaan di sektor swasta, penggunaan bahasa, penerbitan filem dan drama serta lain-lain yang tidak dapat diperincikan disini. Persoalan kedua mengenai ciri-ciri bangsa yang hendak dibina adalah seperti yang terkandung dalam wawasan Rukun Negara seperti berikut; Bangsa Malaysia yang ; • • • • • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sain dan teknologi moden.

Dengan berdasarkan prinsip seperti berikut: • • • • • Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan.
11

Dan berlandarkan Wawasan 2020.

Sekian,

Marzudi Md Yunus Program Doktor Falsafah, FSSK

Senarai Rujukan:
Abd. Rahman Embong. 2006. Negara Bangsa – Proses dan Perbahasan. Edisi Kedua. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Callistus Fernandez. 1999. Colonial Knowledge, Invention and Reinvention of Malay in Pre-Independence Malaya : A Retrospect. Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (55) : 39-60 Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Ghazali Shafie. 1992. Melayu dan Masyarakat Malaysia Menjelang 2020. Dlm. Ghazali Shafie. Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia Menjelang Tahun 2020, hlm. 2028. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ghazali Shafie. 1989. Pembinaan Bangsa Malaysia. Dlm. Ghazali Shafie. Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia Menjelang Tahun 2020, hlm. 29-45. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Norsimah & Kaithum. 2005. Dialek atau Baku. Konflik Antara Jati Diri dan Negara Bangsa. Dlm. Khazriyati et al (pnyt.). Pembinaan Negara Bangsa : Perseptif, Reaksi & Manifestasi, hlm. 85-95. Bangi : Fakulti Sains & Kemanusiaan.
12

David Storey. 2001. Territory : The Claiming of Space. London : Peason Education Limited. Shamsul Amri. 2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya : Pusat Pnerbitan Universiti.

13

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->