You are on page 1of 26

Pendahuluan

Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanakkanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran.
Komponen ini memberi penekanan kepada pemupukan sikap positif terhadap sains dan
matematik. Penguasaan asas kemahiran kognitif ini adalah penting untuk memahami
sesuatu konsep dalam semua komponen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
terutama dalam bahasa, agama dan moral serta kreativiti dan estetika.
Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses
sains dan penyelesaian masalah. Pengelasan ialah kemahiran paling asas untuk
perkembangan kognitif iaitu kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan
mengumpulkan objek tersebut mengikut ciri yang telah dikenalpasti. Ini diikuti dengan
kemampuan murid untuk menyusun sesuatu objek mengikut dimensi dan urutan.
Konsep ruang memberi kefahaman tentang lingkungan dan kedudukan objek dalam
ruang.
Untuk memahami konsep nombor pula, murid perlu menguasai kemahiran seriasi dan
padanan satu dengan satu secara logik. Penguasaan kemahiran proses sains
membolehkan murid berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk
sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Kemahiran asas proses sains dikuasai dengan
aktiviti memerhati, membanding dan membeza, mengukur, meramal dan inferens.
Penyelesaian masalah adalah hieraki tertinggi dalam kemahiran berfikir. Kualiti
penyelesaian

masalah,

bergantung

kepada

kemahiran

membuat

keputusan,

berasaskan naluri atau sebab yang boleh diterima. Murid boleh dilatih membuat refleksi
dan menilai keputusan yang telah diambil.
Murid menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan menggunakan
pelbagai bahan maujud atau konkrit daripada pelbagai jenis bahan yang mudah
didapati di sekeliling mereka seperti butang, guli, kotak, tutup botol, biji benih, batu dan
daun. Murid memahami persekitarannya melalui pengalaman pembelajaran sebenar
dan manipulasi yang berulang-ulang.

Perkembangan Kognitif membolehkan murid :


1. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains;
2. Berfikir secara logik-matematik melalui manipulasi objek secara konkrit;
3. Memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat; dan
4. Memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian.
KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), kemahiran kognitif merupakan
kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkaraperkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental
seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,
mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan
hidup bagi seseorang individu.
Pembinaan pemikiran kanak-kanak diberi penekanan untuk perkembangan kognitif
kanak-kanak ini. Ia tertumpu kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku
daripada satu peringkat perkembangan kepada seterusnya.
Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas
lahir sehingga kita mencapai kematangan,. Setiap individu akan sentiasa mencuba
untuk

memahami

dan

mengadaptasi

perubahan-perubahan

yang

berlaku

di

persekitaran mereka. Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang saling berkait
yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi
individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan.

Kematangan biologi merupakan proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka
ataupun genetik. Kemudian, interaksi individu dengan persekitaran pula merupakan
komunikasi atau interaksi antara individu dengan persekitaran untuk memahami
perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan
menyusun maklumat yang diperolehi. Seterusnya ialah pengalaman sosial iaitu
pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik,
rakan, guru dan sebagainya. Faktor terakhir ialah keseimbangan yang merupakan salah
satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang
baru dialami.
Menurut Vygotsky pula, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat
iaitu, peringkat sosial dan peringkat individu. Pada peringkat sosial, maklumat atau
pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada
di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat
dan jiran. Peringkat individu pula ialah kebolehan individu menukar maklumat dan
pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.
Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Jean Piaget (1896-1980) telah menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu
dan membina hipotesis. Beliau juga menjelaskan bagaimana minda manusia
membentuk skemata dan melaksanakan proses akomodasi dan asimilasi dalam
membina ilmu.
Piaget mengenalpasti 4 faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses
pemikiran individu:
i.

Kematangan Biologi: Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/


genetik.

ii.

Interaksi Individu dengan Persekitaran: Salah satu proses yang dilalui oleh
manusia untuk memahami perkara-perkara yang berlaku.

iii.

Pengalaman Sosial: Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan


individu dengan orang2 di sekelilingnya.

iv.

Keseimbangan: Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang


digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami.

Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka dan
proses ini dikenali sebagai Proses Mencapai Keseimbangan. Setiap kali individu
memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman
tersebut dalam minda dan membentuk satu sistem yang dipanggil Skema. Proses
penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil Organisasi.
Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan
sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukan skema bermula sebaik
sahaja individu dilahirkan. Contoh: Kanak-kanak membina skema dan mengkategori
bahawa kenderaan yang mempunyai dua tayar sebagai basikal.
Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berhadapan dengan situasi
yang baru. Contohnya: Kanak-kanak telah mengenal bahawa kenderaan bertayar dua
hanya basikal, namun apabila terlihat kenderaan bertayar dua yang lain, ibunya
menerangkan bahawa ini motosikal. Kanak-kanak akan menjadi buntu, kerana skema
yang asal menyatakan, hanya basikal bertayar dua. Namun, proses ini adalah proses
yang mana semua individu akan laluinya dan mereka perlu mengubahsuai skema yang
lama supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi yang baru.
Proses perubahan atau penukaran skema yang lama kepada skema yang baru
dipanggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi
dan akomodasi.
Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk
menyesuaikan pengalaman-pengalaman ini dengan skema yang telah sedia ada.
Contohnya: Setelah kanak-kanak tersebut melihat bahawa motosikal juga bertayar dua,
dia akan mengasimilasikan skema yang baru ini dengan skema yang sedia ada. Melalui

pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru


dengan pengetahuan sedia ada.
Manakala, akomodasi pula merupakan proses yang berlaku apabila individu dapat
menukar skema yang lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan
seterusnya membentuk skema yang baru. Dalam contoh di atas: Kanak-kanak tadi
dapat mengakomodasi di mana dapat mengkategorikan motosikal sebagai sebuah
kenderaan bertayar dua.
Menurut Piaget lagi, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi
adalah prose yang digunakan untuk individu mencapai keseimbangan. Secara
kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk situasi/ pengalaman yang
baru dan ia berjaya, maka keseimbangan akan berlaku, tetapi sekiranya tidak memberi
penyesuaian terhadap diri kita, maka keseimbangan tidak berlaku namun kita akan
terus membina skema2 baru untuk disesuaikan dengan situasi yg baru tersebut.
Peringkat-Peringkat Perkembangan Kognitif
1. Peringkat Sensori Motor(0-2 tahun):
Menurut Piaget, pada peringkat umur 0 hingga 6 bulan ini pemahaman bayi tentang
dunia ini berasaskan pada pergerakan spontan yang tidak dipleajari seperti
menghisap, memegang dan melihat. Piaget memanggil corak-corak gerakan spontan
ini sebagai skima-skima dalaman dan skima ini sentiasa berubah.
Walaubagaimanapun, bayi dapat menyesuaikannya kepada pengalaman-pengalaman
baru yang dialami. Contohnya bayi yang berumur 2 bulan sudah mempunyai skima
menghisap, lama-kelamaan dia akan belajar bahawa skima untuk menghisap puting
botol susu berbeza dengan menghisap putting susu ibunya atau menghisap jari.
Melalui cara ini, proses perkembangan kognitif berlaku kerana kanak-kanak mulai

sedar bahawa penghisapan-penghisapan ini berbeza-beza dari segi cara dan gaya (
Jas Laile Suzana Jaafar, 1996).
Menjelang usia 3 bulan, bayi sudah boleh mengangkat kepalanya apabila ditiarapkan
serta mencapai benda yang dihulurkan kepadanya. Bayi juga sudah boleh
memusingkan badannya dengan sendiri. Menjelang usia 4 bulan, bayi sudah
mengenali tangan dan kakinya serta akan menghisap dan bermain dengannya. Pada
usia 4 hingga 6 bulan, bayi semakin mahir mengawal kepala dan bahagian dada ketika
meniarap. Di penghujung umur 6 bulan, bayi lebih matang dari segi emosinya dan dia
akan mula menunjukkan emosi yang pelbagai dalam situasi yang berbeza. Bayi akan
mula menunjukkan rasa terujanya dengan mengenjut badannya ke atas dan ke bawah
dan seronok bila diagah. Bayi juga akan menangis apabila keperluaannya tidak
dipenuhi.
Bentuk pemikiran bayi adalah berdasarkan pada aktiviti sensori dan motor. Aktiviti
sensori ialah pengalaman-pengalaman yang dikesan melalui lima deria manakala
aktiviti motor diperolehi hasil gerak balas fizikal terhadap objek iaitu pengalaman
semasa bermain atau merasa objek berkenaan. Pada peringkat perkembangan kanakkanak umur 0 hingga 6 bulan ini sibuk mencari satu perhubungan antara tingkah laku
mereka dan akibat-akibat yang akan terjadi apabila mereka menolak pinggan ke tepi
meja. Melalui uji kaji-uji kaji ini bayi mula memperoleh satu konsep bahawa diri
mereka adalah satu identity yang berbeza dengan objek-objek lain serta belajar
tentang karakteristik-karakteristik objek dan bagaimana ia berkaitan dengan satu sama
dengan lain (Aminah Ayob et al. 2008).

Menurut Piaget, pada umur bayi 7 hingga 12 bulan dikatakan sebagai masa
pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu
sama lain. Pada tahap perkembangan ini, perkembangan bayi

sudah dikatakan

sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada
bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya,
apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. (Aminah Ayob et al.
2008).
Pada umur 7 hingga 12 bulan, bayi sudah dapat menyusun dan mencantum skema
asas untuk menghasilkan skema yang lebih rumit. Hasil daripada kemahiran ini, dua
jenis perubahan intelektual berlaku pada peringkat perkembangan ini iaitu tindak balas
bayi menjadi lebih terkawal dan bermatlamat. Selain itu juga, kekalan objek iaitu
memahami bahawa objek terus wujud walaupun tidak kelihatan. ( Rohani Abdullah,
2004).
Selain itu, pada umur antara 7 hingga 12 bulan bayi mula melibatkan diri dalam
tingkahlaku yang bermatlamat dan mereka boleh menjangkakan peristiwa secara lebih
berkesan. Mereka amat gemar melakukan aktiviti mencuba dan meneroka seperti
mengeluarkan barang daripada almari atau laci, suka menyusun, membina dan
memecah dan membina semula. Mereka juga mula memahami kemungkinan terdapat
barang di bawah atau belakang sesuatu. Semua aktiviti dilakukan secara meneroka
melalui penggunaan semua deria termasuk deria rasa. Mereka amat suka meneroka
dengan menyentuh semua barang dalam persekitarannya. (Aminah Ayob et al. 2008).

Menurut Rohani Abdullah (2004), pada peringkat usia 12 hingga 18 bulan,


Kanak-kanak ini merupakan peringkat permulaan eksperimen menarik bagi seorang
sanitis kecil. Keadaan kanak-kanak ini akan cuba menyesuaikan dan mengubahsuaikan
pelbagai skema yang terbentuk dengan lebih kreatif serta menunjukkan tingkah laku
cuba-jaya dalam langkah mereka menyelesaikan cabaran yang ditimbul dalam aktiviti
bermain. Kanak-kanak pada usia ini juga cuba mencantumkan dan mengkoordinasikan
pelbagai skema bagi menyelesaikan masalah yang semakin kompleks ketika mereka
menghadapinya. Bukan itu saja, kanak-kanak ini juga memahaman terhadap kekekalan
objek

semakin

meningkat

dan

tumpuan

kepada

penguasaan

bahasa

juga

mempengaruhi minat bayi bagi menunjukkan sesuatu dengan jari untuk menanyakan
atau meminta sesuatu yang mereka tiada.
Menjelang usia 18 bulan, dalam Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
menyatakan bahawa usia ini merupakan akhir tahap sensori motor, di mana kanakkanak pada usia ini mula menunjukkan tanda-tanda representasi pemikiran, iaitu
representasi dalaman terhadap rangsangan luaran. Oleh itu, kanak-kanak akan mula
memikirkan tentang orang dan benda tetapi tidak semestinya dapat memperspesikan
pada ketika itu. (Suppiah Nachiappenet al. 2008). Pada usia ini juga, kanak-kanak ini
akan mengalami perkembangan kemahiran motor halus dan juga berupaya untuk
memegang objek kecil dengan ibu jari dan jari telunjuk dalam aktiviti harian mereka
seperti

menekan

tombol

dan

memutarkan

suis

yang

mereka

gemar

untuk

melakukannya.
Tetapi dalam usia antara 22 hingga 24 bulan, kanak-kanak akan menghadapi
pengalaman fizikal yang dilalui telah membantu mengembangkan kemahiran kognitifnya.

Contohnya, kanak-kanak ini boleh mengetahui untuk menggunakan permainan dengan


cara yang betul dan dikaitkan dengan peristiwa bagi membezakan apa yang telah dilihat
dan dipelajari oleh mereka. Oleh itu, kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran
yang ada untuk mengalami sendiri agar membolehkan kanak-kanak ini memanipulasikan
objek-objek ini untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya dan mengulangi aksi
yang sama(Aminah Ayob et al. 2008).
Pada peringkat ini, kanak-kanak ini masih dalam jangka masa pemerhatian
yang semakin bertambah, mereka akan dapat mengingat lebih banyak perkara. Walau
pun pada peringkat umur ini kanak-kanak itu belum menguasai lambang bahasa bagi
menamakan benda dan kejadiaan di sekelilingi, namun demikian mereka terpaksa
bergantung kepada bukti-bukti mentah atau objek-objek yang wujud bagi memahami
sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak pada tahap ini perlu mengembangkan kebolehan
derianya untuk membezakan pelbagai bunyi dan pelbagai bauan yang dapat dikesani
oleh deria bau mereka. Sementara itu, kanak-kanak meningkatkan deria melihat iaitu
kemahiran penumpuan mereka dalam masa yang sama untuk agar dapat membezakan
warna dan objek-objek yang telah mereka lihat samaada dengan membacakan buku
bergambar kepada mereka sambil memangku anak tatih di atas riba (Rohani Abdullah,
2004).
2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
Pada tempoh usia ini, Kebanyakan

Ibu bapa mempengaruhi kanak-kanak melalui

arahan, ulasan, dan soalan dengan mengambil kira kebolehan pemahaman bahasa
anak (Damon, 1988). Oleh itu, kanak-kanak di peringkat awal usia ini akan cuba
memperoleh bahasa dengan memanjangkan makna tertentu yang mungkin boleh

difahami ataupun tidak. Tetapi biasanya kanak-kanak ini akan menghabiskan


sebahagian besar masanya dengan mengumpulkan sebanyak mungkin informasi
mengenai persekitaran tanpa disedari. Hal ini kerana persekitaran komunikasi amat
penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif. Oleh itu, ibu
bapa sentiasa digalakkan menggunakan isu-isu perbincangan tentang sebab-musabah
dalam perbincangan keluarga agar dapat mewujudkan komunikasi yang positif dan
merapatkan hubungan rapat dengan kanak-kanaknya.
Menurut teori Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak berlaku perubahan besar
dari segi perkembangan kognitif apabila ia mula boleh menggunakan skema yang
berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain serta
dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mudah. kanak-kanak ini menggunakan
simbol

dalam

pemikiran

mereka.

contohnya,

seorang

kanak-kanak

mungkin

mennganggap sebatang penyapu sebagai kuda . ( Jas Laile Suzana Jaafar, 1996).
Berdasarkan teori piaget, pada peringkat praoperasi, kanak-kanak masih menggunakan
bahasa yang mudah sperti tanda-tanda,lambang-lambang, objek dan perkataan.
Mereka mampu mengendalikan dunia secara simbolik atau perwakilan objek ketika
menyelesaikan masalah dan mengingat kembali peristiwa yang lalu. Mereka juga
mampu berfokus pada pemprosesan information dalaman dan meningkatkan
keupayaan untuk mengingatkan semula informasi. Oleh itu, kanak-kanak adalah sesuai
dengan meningkatkan dan memantapkan kemahiran-mahiran meneliti terhadapa
sesuatu benda dengan perkembangan deria dan perkembangan bahasa mereka serta
deria sentuh agar dapat merangsang perkembangan afektif dan emosi mereka pada
peringkat awal, tetapi juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan

kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. (Craik dan Lockhart,1972; Lockhart dan
Craik, 1990).
3. Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)
Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran
masih terikat dengan situasi yang konkrit.
Pada peringkat ini, kanak-kanak juga menguasai proses pengelasan. Dalam kemahiran
ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan
berdasarkan sesuatu ciri. Contoh: Pengelasan mengikut ciri, warna, saiz dll.
Pemikiran egosentrik pula telah menjadi pemikiran secara decenterd atau objektif.
Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang
lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka sudah boleh mula bersosial dan
menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.
Mengikut Teori Psikososial Erikson, kanak-kanak ini akan mula berupaya menerokai
persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri. Mereka mempunyai persekitaran fizikal yang
lebih luas dan bebas bergerak. Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat,
mereka dapat menyoal, memahami jawapan dan dapat membayangkan berbagai-bagai
kemungkinan. Dalam tahap usia ini mereka akan memperolehi insiatif iaitu hasil positif
dalam tahap ini, tetapi sebaliknya jika kanak-kanak pada tahap ini dihalang daripada
melaksanakan kehendak dan rancangan aktivitinya oleh ibubapa, maka ia akan
memperkembangkan rasa bersalah yang akan membawa kepada perasaan takut dan
kurang tegas dalam sesuatu perkara yang mereka kakukan (Jas Laile Suzana
Jaafar,2002).
Pada

umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak telah berkeinginaan mempunyai kuasa

membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka berusaha

menunjukan dan membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan
kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain.

Pada

masa

yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan berasa malu apabila tidak
diberi kuasa yang perlu ada pada mereka. Mereka tidak sahaja malu kepada diri sendiri
tetapi juga malu kepada individu yang berberada di sekeliling mereka.hal ini kerana
mereka bimbang dan malu apabila mereka melakukan sesusutu perkara dipandang
salah di depan orang lain (Aminah Ayob et al. 2008).
Pada tahap usia ini juga kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk menyatakan
sesuatu. Perkembangan daya ingatan dan imaginasi semakin meningkat. Mereka mula
faham konsep masa lepas dan masa sekarang dan masa hadapan. Sebagai contohnya
mereka akan cuba membuat bentuk bulatan, empat segi dan meniru

gaya orang

dewasa menulis.begitu juga, kanak-kanak ini boleh mengenali dan sekurang-kurangnya


enam warna, susun angka mudah ikut urutan dan nama anggota badan.
4. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)
Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea2 dan
membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fata dan pemikiran mereka tidak lagi
terikat kepada bahan-bahan konkrit.
Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang dilalui seperi berfikir secara abstrak,
sistematik dan bboleh membuat hipotesis.
Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik remaja muncul dan lebih tertumpu kepada
idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah untuk menerima pendapat orang lain
dan mempunyai perasaan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.

Kemahiran Kognitif Peringkat Prasekolah

Kemahiran Kognitif Peringkat Prasekolah terdiri daripada pengelasan, konsep ruang,


konsep nombor, proses sains dan penyelesaian masalah. Kemahiran kognitif ini mudah
dikuasai oleh kanak-kanak dengan menggunakan bahan-bahan manipulatif yang
memberi peluang kepada mereka belajar melalui pengalaman membuat (learning by
doing), membina dan meneroka.
Konsep pengelasan merupakan peringkat kemahiran paling asas dalam kemahiran
kognitif di prasekolah. Kanak-kanak boleh mengelaskan objek dengan mengumpulkan
objek berdasarkan ciri-ciri yang sama atau sepunya. Kanak-kanak perlu diberi
kemahiran untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan mengumpul objek tersebut
mengikut ciri yang telah dikenal pasti dan diikuti dengan kemahiran menyusun sesuatu
objek mengikut dimensi dan urutan.

Misalnya mengelaskan objek seperti butang,

bongkah, guli atau manik mengikut ciri bentuk, saiz dan warnanya.
Konsep ruang pula memberi kefahaman kanak-kanak kepada tentang lingkungan dan
kedudukan objek dalam ruang. Mereka memerihalkan lokasi, arah, bentuk dan saiz
sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa seperti depan, belakang, atas,
bawah, sisi, tepi, tengah luar dan dalam. Mereka boleh dibawa melawat persekitaran
untuk melihat kedudukan pelbagai objek atau menggunakan bahan manipulatif untuk
menyatakan kedudukan objek dalam ruang. Mereka boleh melihat bayang-bayang yang
berbeza pada waktu pagi dan tengah hari.
Untuk memahami konsep nombor, kanak-kanak prasekolah perlu menguasai
kemahiran seriasi dan padanan satu dengan satu secara logik. Mereka boleh
menyusun objek mengikut seriasi

berdasarkan saiz, panjang dan tinggi. Mereka

sekurang-kurangnya boleh membilang dan mengetahui konsep nombor 10 hingga 50.


Mereka perlu dilatih memadankan bilangan objek dengan simbol nombor supaya
memahami konsep nombor. Mereka juga dilatih untuk membuat operasi tambah dan
tolak yang mudah dalam lingkungan nombor tersebut.

Dalam aspek pengukuran mereka dilatih membuat pengukuran seperti panjang, tinggi,
berat dan kuantiti dengan menggunakan bahan-bahan manipulatif bagi memudahkan
memahami konsep ukuran.
Bagi penguasaan kemahiran proses sains, murid digalakkan berinteraksi dengan bahan
dan fenomena alam serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Kemahiran
asas sains boleh dikuasai oleh kanak-kanak di prasekolah melalui aktiviti memerhati,
membanding dan membeza, mengukur, meramal dan membuat inferens.
Penyelesaian masalah adalah tahap tertinggi dalam kemahiran berfikir. Daripada aktiviti
penyelesaian masalah kanak-kanak dilatih membuat keputusan yang bijak dan
membuat refleksi serta menilai keputusan yang telah diambil.
Kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan
membina, meneroka, menilai dan membina konsep menggunakan pelbagai bahan
maujud atau konkrit daripada pelbagai jenis bahan yang mudah didapati di persekitaran
mereka. Mereka memahami kehidupan dan alam sekitarnya melalui pengalaman
pembelajaran sebenar dan manipulasi yang berulang-ulang.
Panduan menyediakan aktiviti kemahiran kognitif:

konsep yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak

hendaklah relevan dengan pengalaman kanak-kanak

boleh menarik minat dan merangsang naluri ingin tahu mereka

membolehkan kanak-kanak memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap


yang baru

boleh menyediakan kanak-kanak kemahiran dan pengetahuan yang berfungsi


dalam masyarakat

Peranan Guru
Sebagai seorang guru, kita mestilah membantu murid agar dapat mencapai
perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang pengajarannya
agar dapat merealisasikan hasrat ini.
Guru mestilah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk memudahkan
pemahaman murid. Sebagai contoh, jika murid diajar kemahiran menambah dan
menolak, guru boleh menggunakan bahan-bahan konkrit yang berada di sekelilingnya
seperti ranting kayu, batu, daun, dan lain-lain. Pendekatan ini sesuai untuk kanak-kanak
pada peringkat Pra operasi, iaitu berumur 2 hingga 7 tahun.
Selain itu, guru boleh menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar
dalam mempelajari kemahiran yang baru. Bahan-bahan ini mestilah menarik dan
bersesuaian dengan pelajaran yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai
contoh, guru boleh menggunakan model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan
mainan untuk mewakili objek yang dipelajari oleh mereka. Pendekatan ini boleh
dipraktikkan untuk kanak-kanak di peringkat operasi konkrit, iaitu kanak-kanak berumur
7 hingga 11 tahun.
Seterusnya, guru harus memberi arahan dengan menggunakan ayat yang pendek dan
disertai dengan contoh agar mudah difahami oleh murid. Contohnya, arahan untuk
murid mengutip sampah yang berada disekeliling mereka, diberi dengan menggunakan
ayat mudah dan jelas. Arahan yang pendek serta jelas ini akan memudahkan murid
untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru.
Selain itu, guru juga patut memberi peluang kepada murid melakukan `hands-on
terhadap sesuatu kemahiran. Sebagai contoh, murid diberi peluang untuk membentuk
perkataan daripada potongan-potongan huruf. Dengan kaedah atau cara ini, murid akan
dapat meningkatkan lagi keyakinan terhadap diri mereka.

Guru juga boleh menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kanak-kanak


tidak semestinya belajar dalam bilik darjah sahaja. Berikan mereka peluang untuk
merasa sendiri pengalaman di luar bilik darjah untuk memperkaya ingatan dan fikiran
mereka kepada flora dan fauna. Contohnya, guru membuat lawatan ke Zoo Negara,
taman yang berada di sekolah, dan sebagainya. Menerusi pengalaman ini, mereka
akan dapat membuka minda mereka dan dapat menikmati sendiri pengalaman tersebut.
Selain itu, murid-murid akan lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran guru jika
dikaitkan dengan pengalaman mereka sendiri. Jadi, guru boleh mengaitkan
pengalaman mereka seperti pengalaman bercuti di kampung dengan pengajaran.
Pengalaman ini amat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih
kompleks. Ini bertepatan dengan teori Lev Vygotsky iaitu kaitkan pengajaran dan
kehidupan seharian kanak-kanak serta pengaplikasian pengetahuan kanak-kanak
kepada pengalaman mereka yang sebenar.
Guru juga seharusnya memberi peluang kepada murid-murid agar dapat memanipulasi
dan menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. Berilah mereka peluang untuk
mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari agar mereka dapat berfikir secara kritis dan
kreatif di bawah bimbingan guru. Contohnya, membuat eksperimen dalam subjek sains
tentang keperluan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis tumbuhan.
Dengan memberi mereka peluang untuk melakukan eksperimen, murid-murid akan
lebih faham dengan apa yang dipelajarinya dan lebih mengetahui perkara tersebut
berdasarkan pengalamannya tadi.
Seterusnya, murid-murid juga seharusnya diberi pembacaan dan pembentangan yang
ringkas dan tersusun. Pembacaan dan pembentangan ini akan meningkatkan
keupayaan berbahasa mereka ke arah yang lebih baik. Guru juga mesti memberi
peluang kepada murid-murid untuk melahirkankan ideanya sendiri. Contohnya, berikan
mereka buku-buku yang mudah untuk dibaca, iaitu buku yang mempunyai ayat-ayat
mudah, kemudian beransur kepada yang lebih kompleks. Kanak-kanak juga bebas
untuk memberikan pandangannya sendiri. Kemudian, guru membimbing kanak-kanak
untuk membentangkan idea-idea mereka dengan langkah-langkah mudah.

Guru boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk menggambarkan sesuatu konsep
yang lebih kompleks untuk kanak-kanak pada peringkat operasi formal. Contohnya,
penggunaan bahan tiga dimensi, carta, rajah, gambar, jadual, dan pengalaman murid
sendiri sebagai alternatif untuk mengajar sesuatu yang lebih sukar. Dengan
penggunaan bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat membayangkan perkara yang
diajar oleh guru serta dapat memahami perkara yang kompleks dengan lebih mudah.
Selain itu, guru mestilah memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mencari
alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga boleh membuat hipotesis
daripada hasil pembelajaran mereka tersebut. Guru juga mesti membimbing mereka
untuk mencari jalan penyelesaian, agar mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif.
Guru juga boleh mengemukakan konsep yang luas. Bimbing pelajar untuk meneroka
serta mengkaji konsep tersebut. Guru mesti menerima pendapat pelajar dan bimbing
mereka agar menerima pandangan orang lain. Dengan cara ini, pemikiran pelajar akan
lebih terbuka dan tidak hanya bertumpu kepada fakta semata-mata. Mereka juga dapat
mempelajari menerima pandangan orang lain jika pendapat orang tersebut adalah
benar.
Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam
mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang aktiviti
untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan. Selain itu, guru
perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai perkembangan
kognitif ini. Tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza, jadi guru perlulah cakna
dengan perkembangan kognitif murid untuk merealisasikan hasrat ini.
Implikasi terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran:
a. Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit
Kanak-kanak boleh di ajar dengan menggunakan bahan maujud seperti batang
aiskrim, untuk belajar menambah atau menolak.
b. Arahan yang diberikan pendek, jelas, ringkas dan beserta contoh

Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti, guru boleh melakukan demonstrasi


dengan penerangan yang menarik, jelas dan tepat.
c. Beri peluang kanak-kanak melakukan hands-on
Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka
dan membantu mereka berdikari dan menguasai kemahiran.
d. Gunakan contoh-contoh yang berkait dengan pengalaman kehidupan kanakkanak
Kaitkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan pengalaman mereka
seperti pengalaman seharian yang mereka lalui dalam memahami perkara yang
lebih kompleks.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas

Prasekolah Mawar

Tarikh

06 Ogos 2012

Matapelajaran :

Awalan Matematik

Tajuk/Tema :

Asas Tolak

Masa

8.00 8.30 pagi (30 minit)

Bil Murid
Modul

:
:

Tunjang Utama :

25 orang
Teras
Matematik

Standard Kandungan :
(ST. 8.2) Memahami Operasi tolak dalam lingkungan 10
Standard Pembelajaran :
(ST 8.2.1) Mengeluarkan objek dari himpunan dan membilang baki
Pengabungjalinan :
KTI 2.1.10 Menyanyi dengan sebutan yang jelas.
KTI 2.4.6 Menggerakkan anggota badan secara kreatif mengikut muzik mengikut muzik
untuk meneroka ruang

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


1. Mengeluarkan objek dari himpunan dan membilang baki

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui nombor


Kemahiran Berfikir (KB) : Mengeluarkan objek atau menolak
Penerapan Nilai

: Kerjasama, Berani

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Carta Lagu, benda maujud (jari)

Konsep Utama

: Menolak nombor dalam lingkungan 10

Kosa Kota

: Keluarkan, bilang, tolak

Seni Visual

: Seni kata lagu

Masa/Langkah
Set Induksi
(5 minit)

Isi Pelajaran
10 budak Hitam

Perkembangan
P&P Langkah 1
( 5 minit )

Sedih dan
Gembira

Langkah 2
( 5 minit )

Keluaran objek

Langkah 3
( 10 minit )

Mari Bermain Jari

Aktiviti P&P
1. Murid diperkenalkan dengan
lagu 10 budak hitam.
2. Murid dibimbing untuk
menyanyikan lagu 10 budak
hitam
1. Murid diminta untuk
menyanyikan lagu tersebut
dengan tempo yang
berlainan.
2. Guru menceritakan satu
situasi yang mengembirakan
dan Murid diminta untuk
menyanyikan dengan tempo
laju untuk mud gembira.
3. Guru menceritakan satu
situasi sedih dan meminta
murid untuk menyanyikan
lagu dengan tempo perlahan
untuk mud sedih.
1. Murid diminta untuk
membaca lirik lagu 10 budak
hitam.
2. Murid dan guru bersoal
jawab tentang lirik lagu
tersebut. Daripada sepuluh
murid seorang keluar tinggal
berapa.
1. Murid diminta untuk
mengeluarkan sepuluh jari
masing-masing.
2. Seterusnya murid diminta
untuk melipat jari mengikut
bilangan yang disebut oleh
guru.
3. Murid diminta untuk mengira
jari yang masih ada.
4. Ulang langkah 1 hingga 3
sehingga murid menguasai
asas tolak.

Catatan/Bahan
Slaid Powerpoint

Tempo
1. Cepat
2. Lambat
Mud
1. Sedih
2. Gembira
Menyanyi
dengan
perasaan dan
ekspresi

Slaid Powerpoint

Jari

Benda maujud
- ligo

5. Guru menggunakan benda


- barang mainan
maujud di dalam kelas untuk - CD / radio/ TV
mengukuhkan konsep tolak.
6. Guru mengadakan aktiviti
menyanyi lagu 10 Budak
Hitam sambil melakonkan
situasi tersebut.
Penutup/Reflek
si
( 5 minit )

Rumusan
10 budak hitam

1. Guru merumuskan apa yang Dynamik


telah dipelajari.
1. Kuat
2. Murid diminta untuk
2. Lembut
menyanyikan lagu hujan
dah turun dengan nada kuat
dan lembut.

Refleksi Guru :
Pada awalnya saya tidak terfikir untuk menggunakan kaedah ini untuk mengajar murid
di dalam kelas. Namun saya mencuba untuk melaksanakan di dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran saya di dalam kelas. Sungguhpun agak janggal pada awalnya
kerana saya bukanlah guru muzik. Perasaan gementar pun turut dirasai. Namun saya
cuba untuk menguatkan diri saya untuk mencubanya.
Setelah mencubanya saya dapati bahawa murid lebih mudah untuk dikawal. Malah
.mereka lebih seronok berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran yang biasa
saya lakukan sebelum ini. Kawalan kelas juga amat memuaskan. Murid tidak lesu dan
leka di dalam kelas. Penglibatan murid dalam kelas amat memuaskan. Murid begitu
aktif melibatkan diri.
Apa yang lebih menarik adalah murid lebih mudah untuk mengikuti isi pelajaran yang
hendak disampaikan. Murid lebih banyak bertanya berbanding dengan cara biasa yang
saya lakukan. Murid yang sebelum ini tidak menumpukan perhatian dalam kelas mula
menunjukkan minat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa yang sama, saya juga dapati bahawa penyampaian kandungan yang saya
ingin sampaikan lebih mudah diterima oleh murid. Setelah mendapat respon yang
begitu menggalakan semasa pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan, saya berasa
lebih bersemangat untuk meneruskan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah
masa 30minit yang diperuntukkan berlalu dengan begitu pantas sekali.
Sungguhpun pada awalnya rasa tidak yakin untuk menyelitkan pendidikan muzik dalam
pengajaran saya, setelah respon diberikan menggalakkan, saya turut teruja untuk
meneruskan sesi pengajaran. Yang pastinya kaedah ini berkesan dalam membantu
saya untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan benda maujud yakni jari murid sendiri membolehkan mereka memahami
asas tolak dengan lebih baik. Jika sebelum ini, saya menghadapi kesukaran dalam
memperkenalkan sesuatu topic yang baru, namun dengan menyelitkan pendidikan seni
saya dapati ia lebih mudah untuk dilaksanakan. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran juga lebih baik daripada kaedah biasa.
Selain daripada mengajar matapelajaran utama iaitu matematik, saya juga dapat
mengajaran pendidikan seni pada masa yang sama. Misalnya saya dapat mengajar
murid tempo dalam muzik iaitu cepat dan perlahan. Malah emosi juga dapat saya
terapkan dengan emosi sedih temponya perlahan dan mud gembira pula temponya
lebih laju.
Di samping itu, saya juga dapat mengajar murid dynamic dalam muzik iaitu nyanyian
secara kuat dan lembut. Malah saya juga boleh mengajar murid menyanyi dengan
sebutan yang jelas dan lancar serta menghasilkan nyanyian secara koir yang mudah
kepada para murid. Ini seolah-olah serampang dua mata kepada para pelajar.
Ini kerana mereka belajar banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menjadikan
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Apabila pengajaran dan
pembelajaran menarik, murid pun menjadi tertarik dan berminat untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Setelah pertama kali menggunakan kaedah pembelajaran melibatkan pendidikan muzik


ini saya berasa cukup teruja untuk meneruskan lagi pengajaran dan pembelajaran saya
pada masa yang akan datang dengan menggunakan kaedah yang sama. Ini kerana
saya dapati ia sangat berkesan.

Rujukan
Aminah Ayob, Mastura Badrzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin &Mahani
Razali. 2008. Kurikulum Permata : panduan Pendidikan Awal Kanakkanak0-4 Tahun. Tanjong malim. Pusat Penyelidikan Perkembangan
Kanak-Kanak Negara .

Abruscato, J. (2000). Teaching children science: A discovery approach (5th ed.).


Boston: Allyn & Bacon. CURRICULUM 507 229
Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive
theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall
Craik,F.I.M dan Lockhart,R.S. (1972), Level of processing : A framework for
memory research. Journal of Verbal Learning and Verbal Behavior, 11 : 671-684.
Damon, W., 1977. The Social World of Child. San Francisco : Jossey-Bass.
Edward Chittenden, Jacqueline Jones (1999), Dialogue on Early Childhood
Science,
Mathematics, and Technology Education/First Experiences in
Science, Mathematics and Technology. American Association for the
Advancement of Science (AAAS). Diperolehi dari
http://public.doe.k12.ga.us/DMGetDocument.aspx/Dialogue on Early
Childhood Science.pdf pada 26 Ogos 2012.
Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006). Perisian pengajaran berbentukan
komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan,
5&6.Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FARRAHWAHILD
AAP010074D2006TTP.pdf

Gabel, D.Rubba P. (1979).Attitude change of elementry teachers according to


the curriculum studied during workshop participation and their role as
model science teachers. Journal of Research in Science Teaching, 16,
19-24.
Harlan & Jelly (1989). Technology for children. Sydney: Prentice Hall Australia.
FISHER CURRICULUM 372.358044 3. FISHER CURRICULUM also has 1st ed.
607 88
Harlan, J. D. & Rivkin, M. S. (1996). Science experiences for the early childhood
years: An integrated approach (6th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Merrill
Curriculum 507 375
Johnston, J. (1996). Early explorations in science. Buckingham, UK: Open
University Press. CURRICULUM 507 437
Jack P. Shonkoff et. al. (2007), The Science of Early Childhood Development.
National Scientific Council on the Developing Child, Center on the Developing

Child at Harvard University. Diperolehi dari


http://www.speaker.gov/pdf/Shonkoff.pdf. pada 26 Ogos 2012.
Jas Laile Suzana Jaafar. 1996. Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja. Ampang,
Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kathy Cabe Trundle (2009), Teaching Science During the Early Childhood Years.
The Ohio State University. Diperolehi dari
www.ngsp.com/Portals/0/.../SCL22-0429A_AM_Trundle.pdf. pada 26 Ogos 2012.
Lumpe, A.T. & Staver, J.R. 1995. Peer collaboration and concept development.
Journal of Research in Science Teaching. 32(1) : 71-98.
Lockhart,R.S dan Craik,F.I.M (1990), Level of processing : A retrospective
commentar on a framework for memory reseacrh. Canadian Journal of
Psychology, 44, 87-112.
Mark K. M Quillan et. al. (2007), A Guide to Early Childhood Program
Development. State Board of Education. Diperolehi dari
http://www.sde.ct.gov/sde/lib/sde/PDF/DEPS/Early/early_childhood_guide.
Pdf.pada 26 Ogos 2012
Nani Menon & Rohani Abdullah. 2003. Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah.
Bentong, Pahang. PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd.
Rohani Abdullah. 2004. Bayi Cerdik. Bentong, Pahang. Publication & Distributor
Sdn.Bhd.
Rice, F. P. (1998). Human Development: A life span approach. N. J.: Prentice Hall.
Surayah Zaidon & Haslinda Md. Ali. 2008. Pendidikan Prasekolah. Shah Alam.
Selangor Darul Ehsan.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur. 2008.
Pendidikan. Shah Alam, Selangor. Oxford fajar Sdn.Bhd.

Psikologi

Vyogtsky (1984). Science for children (2nd ed.). Sydney: Prentice Hall Australia.
FISHER CURRICULUM 372.3044 1
Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004). Sikap & keyakinan guru- guru
prasekolah dalam pengajaran sains awal, 156 & 159.Universiti Sains Malaysia.

You might also like