You are on page 1of 1

10 ciri anak yang soleh dan solehah

Bukan senang nak mendidik anak-anak kita dari kecil supaya menjadi anak yang soleh.
Bukan senang yang saya maksudkan ialah, ianya merupakan satu tugas yang
mencabar. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan setakat kita sahaja yang perlu
mendidik anak-anak kita supaya menjadi soleh & solehah, tetapi kita sendiri sebagai
seorang anak,; juga perlu menjadi seorang yang soleh & solehah.
Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka (HR. Ibnu Majah)
10 CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH
1. Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.
2. Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian
secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman
dari yang halal.
3. Menghormati Ibu bapa,guru, orang tua, jiran & kawan.
4. Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5. Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.
6. Sentiasa berdoa kepada ibu bapa samada yang masih hidup @ telah meninggal
dunia.
7. Memiliki akhlak @ moral yang baik.
8. Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki
sifat tidak putus asa.
9. Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10. Ikhlas, iaitu melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah
S.W.T.
Usaha yang berterusan adalah perlu untuk mencapai apa yang kita inginkan. Selain
daripada berusaha menjadi anak yang soleh & solehah,doa juga perlu sentiasa
dipanjatkan kepadaNya agar segala usaha yang telah kita lakukan tadi mendapat redha
daripada Allah S.W.T. Mungkin sebagai panduan untuk menangani anak, boleh
dapatkan ebook (klik banner) spt di bawah.
Harap bermanfaat.

You might also like