You are on page 1of 11

PEPATAH

1. Ada air adalah ikan


rezeki terdapat di mana-mana sahaja.
2. Ada asap ada api
persahabatan yang tidak dapat dipisahkan.
3. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
bagi orang yang mampu, segala kehendaknya mudah tercapai.
4. Ada rotan ada duri
dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.
5. Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas
perbuatan yang jahat akan mendapat balasan juga.
6. Air sama air bersatu, sampah ke tepi juga
tiada guna mencampuri perselisihan orang yang bersaudara kerana kita akan disisihkan apabila
mereka berbaik-baik semula.
7. Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba
sesuatu usaha tidak akan menjadi sempurna dengan serta-merta.
8. Alah sabung, menang sorak
sudah kalah tetapi masih bercakap besar.
9. Alang-alang berdakwat biar hitam / alang-alang berminyak biar licin / alang-alang mandi biar
basah
sesuatu kerja hendaklah diusahakan dengan sempurna, jangan separuh jalan.
10. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
kalau sudah terlanjur membuat sesuatu perbuatan jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya.
11. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah mati kelaparan
menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabadikan.
12. Antan patah lesung hilang
kemalangan yang datang bertimpa-timpa.
13. Ayam terlepas, tangan bau tahi
melakukan perbuatan yang dilarang akhirnya mendapat malu

14. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak


lebih wajar membuat pekerjaan yang kurang baik sementara menunggu pekerjaan yang lebih
baik.
15. Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya
kehendak, kegemaran, fikiran, dan lain-lain setiap orang adalah berbeza.
16. Bapa borek, anak rintik
anak menurut baka bapanya.
17. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
biarlah bersusah payah dahulu asalkan mendapat kesenangan pada kemudian hari.
18. Berani kerana benar, takut kerana salah
orang yang benar akan mempertahankan kebenarannya dan orang yang bersalah akan berasa
takut.
19. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
betapa susah orang yang melihat penderitaan orang lain, lebih susah lagi orang yang
mengalami penderitaan itu.
20. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan sama ada susah atau senang.
21. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
berhati-hati apabila menceritakan sesuatu hal.
22. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
sama taraf.
23. Berpatah arang berkerut rotan
tali persahabatan yang putus sama sekali.
24. Besar-besar istana raja, kecil-kecil pondok sendiri
betapa senangnya di rumah besar kepunyaan orang lain, tidaklah sama dengan rumah sendiri
biarpun kecil.
25. Besar tidak boleh disangka bapa, kecil tidak boleh disangka anak
kepandaian atau kelebihan terdapat pada semua orang, tidak kira tua atau muda.
26. Biar mati anak, jangan mati adat
adat resam tidak boleh dilanggar.

27. Biar putih tulang, jangan putih mata


lebih baik mati daripada menanggung malu.
28. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
berbuat baik janganlah berlebih-lebihan tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat.
29. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
pergaduhan sesama keluarga tidak berpanjangan, akhirnya berbaik-baik semula.
30. Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu
tipu muslihat biasanya dilakukan dengan perkataan yang lemah lembut dan manis.
31. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk
mencapainya.
32. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
kita hendaklah mematuhi peraturan tempat yang kita diami.
33. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat
diam orang yang berilmu itu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
34. Didengar ada, dipakai tidak
nasihat yang sia-sia.
35. Enggang sama enggang, pipit-sama pipit
bergaul dengan orang yang sama taraf.
36. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama
jasa dan nama baik seseorang yang mati akan dikenang juga.
37. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
pergaduhan antara dua orang besar atau pemerintah, rakyat yang mendapat kesusahan.
38. Genggam bara api biar sampai jadi arang
membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan.
39. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari
tingkah laku guru akan menjadi ikutan murid.
40. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun dia telah mati.
41. Harapkan pagar, pagar makan padi

seseorang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula yang mengkhianati kita.
42. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
pembahagian yang sama rata.
43. Hati hendak semua jadi
jika ada kemahuan, semua kerja akan jadi.
44. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
jika berkehendakkan sesuatu akan berusaha untuk mendapatkannya, tetapi jika tidak mahu
membuat sesuatu pekerjaan, berbagai-bagai alasan boleh diberikan.
45. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
semasa hidup kita mestilah mengikuti adat resam, dan apabila sudah mati terserah pada hukum
Tuhan.
46. Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing
tolong-menolong dalam kehidupan
47. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
tidak kira betapa mewah negara orang, namun negara sendiri juga yang lebih baik.
48. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
budi baik seseorang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup.
49. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu
orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya.
50. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
sentiasa beringat dan berhati-hati supaya tidak terpedaya.
51. Ini hari orang, esok hari kita
malang dan malapetaka itu tidak dapat ditentukan.
52. Itik diajarkan berenang
membuat pekerjaan yang sia-sia.
53. Jauh bau bunga, dekat bau tahi
sanak saudara yang jauh selalu dikenang tetapi apabila dekat selalu bertengkar.
54. Kain sehelai sepinggang
habis hartanya kerana kebakaran atau kecurian.
55. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
pendapatan cukup untuk hidup sahaja (tidak bekerja tidak dapat wang untuk membeli
makanan).

56. Kalah jadi abu, menang jadi arang


tiada yang kalah atau menang dalam sama sahaja bagi kedua-dua pihak dalam sesuatu
pergaduhan, kerana kedua-dua pihak menanggung kerugian.
57. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
kepandaian atau kebolehan bukan pada orang tua sahaja tetapi ada juga pada orang muda atau
kanak-kanak.
58. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
sangat berbesar hati kerana nasihat atau bantuan orang lain.
59. Kuman di sebarang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak
nampak kesalahan orang lain tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.
60. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum
banyak lelaki dan perempuan di dunia ini, jika tidak berkenaan, pilihlah yang lain.
61. Lain bengkak lain bernanah
orang lain yang melakukan kesalahan tetapi orang lain pula yang dituduh.
62. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati
setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza.
63. Lain lubuk lain ikannya (lain padang lain belalang)
adat dan kebudayaan berbeza antara negara.
64. Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getahnya
orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang menanggung akibatnya.
65. Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan
manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan.
66. Lembu punya susu, sapi dapat nama
orang lain yang bekerja, orang lain pula yang mendapat nama.
67. Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya
terlepas daripada sesuatu kesusahan, kesusahan lain pula yang menimpa.
68. Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga
walaupun sudah berbaik-baik selepas berkelahi tetapi kejadian itu masih ada dalam ingatan.
69. Masak di luar mentah di dalam
kelihatan baik hati tetapi sebenarnya jahat.
70. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak

menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.


71. Masuk ke telinga kanan, keluar dari telinga kiri
tidak mahu menerima nasihat yang diberikan.
72. Melepaskan anjing tersepit (Sesudah selepas ia menggigit)
menolong orang yang tidak tahu mengenang budi akan merugikan kita sendiri.
73. Meludah ke langit menimpa muka sendiri juga
membuat sesuatu yang tidak padan dengan diri sendiri seperti melawan orang yang lebih
berkuasa, akhirnya kita sendiri yang susah.
74. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih
mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk daripada orang yang dicela.
75. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya
tidak sesiapa pun dapat melarang seseorang daripada bercakap.
76. Niat hati nak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai
tidak berdaya untuk mencapai cita-cita.
77. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
mengucapkan terima kasih dan menghargai pemberian dan pertolongan yang diterima.
78. Pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk
orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam.
79. Penyu bertelur beratus-ratus tiada orang tahu, ayam bertelur sebiji riuh sekampung
orang yang berilmu merendah diri tetapi orang yang berpengetahuan cetek suka berlagak.
80. Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri
orang yang miskin dan lemah dilakukan sesuka hati oleh orang yang kaya dan berkuasa.
81. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga.
82. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
tekun dan sabar membuat sesuatu pekerjaan akhirnya berhasil juga.
83. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
orang yang sudah kena tipu akan berhati-hati pada kali lain.
84. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjatuh juga
walau betapa pandai pun seseorang itu, ada kalanya tersilap atau kecundang juga.
85. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

sebelum melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis dahulu agar tidak menyesal
kemudian.
86. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
jika tidak dapat dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali
soalan pokoknya.
87. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga
walau ke mana juga seseorang itu merantau, akhirnya balik ke tempat asalnya juga.
88. Siapa makan lada, dialah berasa pedas
orang yang melakukan sesuatu yang kurang baik mudah terasa apabila orang mengatai dan
menyindirnya.
89. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
adat yang tidak berubah-ubah; sesuatu yang tetap utuh dan tidak berubah-ubah.
90. Takut kerana salah, berani kerana benar
orang yang bersalah berasa takut tetapi orang yang tidak bersalah berani mempertahankan diri.
91. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
keuntungan yang datang daripada berbagai-bagai punca.
92. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
kerana mahu mengejar keuntungan yang besar, harta sedikit yang ada hilang pula.

Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,
ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,
iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan


a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti
v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian
1)_(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping

h) bahkan
i) malar-malar
viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........

n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......


o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

You might also like