You are on page 1of 27

BUKU PANDUAN

PENULISAN PROJEK TAHUN


AKHIR
JABATAN PENGAJIAN ISLAM,
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS

Disediakan oleh:
Dr. Mohd Noor bin Daud
Samsuddin bin Abd Hamid

(-----)2013

BAHAGIAN
SUSUNAN PROJEK TAHUN AKHIR
1.1.

Pengenalan
Setiap tesis/disertasi/projek tahun akhir umumnya boleh dibahagikan
kepada empat bahagian iaitu bahagian permulaan, teks, bahan rujukan
dan lampiran.

1.2.

Bahagian Permulaan
Bahagian permulaan projek terdiri daripada tajuk projek pada helaian
utama, perakuan, tuntutan pihak ketiga, dedikasi, penghargaan, abstrak,
isi kandungan, panduan transliterasi, senarai jadual, senarai rajah,
senarai kependekan dan senarai lampiran.
1.2.1. Tajuk Projek
Halaman tajuk ini mengandungi perkara-perkara seperti tajuk
projek tahun akhir, Nama, Nama Fakulti, Nama Universiti dan
tahun diserahkan projek tahun akhir.
1.2.2. Perakuan
Perakuan dari pengkaji diletakkan dalam halaman ini. Perakuan
adalah mengenai keaslian kajian yang dijalankan. Perakuan ini
hendaklah ditandatangani oleh pengkaji.
1.2.3. Tuntutan Pihak Ketiga
Bahagian ini disediakan bagi mengelakkan apa-apa tuntutan dari
pihak ketiga diambil terhadap Jabatan dalam penyediaan projek
tahun akhir. Halaman ini perlu diletakkan selepas perakuan
pengkaji.
1.2.4. Dedikasi
Dedikasi merupakan satu pilihan. Pernyataan dedikasi hendaklah
ringkas.
1.2.5. Penghargaan
3

Penghargaan kepada orang perseorangan atau pertubuhan yang


telah memberikan sebarang bantuan dalam menyiapkan projek
tahun akhir terutamanya penyelia kajian dan pensyarah dari
institusi berkenaan.
1.2.6. Abstrak
a. Dalam penulisan tesis/disertasi/projek tahun akhir hendaklah
ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.
b. Jika tesis/disertasi/projek tahun akhir ditulis dalam Bahasa
Melayu, abstrak hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu dan
diikuti dengan abstrak dalam Bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika
tesis/disertasi/projek

tahun

akhir

ditulis

dalam

Bahasa

Inggeris, abstrak hendaklah ditulis dalam Bahasa Inggeris dan


diikuti dengan abstrak dalam Bahasa Melayu. Ia dibuat dalam
halaman berbeza.
c.

Perkara yang perlu ada dalam abstrak ialah pernyataan


masalah, objektif kajian, kaedah penyelidikan, hasil kajian
dan implikasi kajian yang dinyatakan secara ringkas.

d. Format Abstrak adalah seperti berikut:


Saiz Huruf
Selang Baris
Jumlah Perkataan

: Times New Roman 12


: single spacing
: Ditulis dalam satu perenggan dan satu

muka surat sahaja. Tidak melebihi 500 patah perkataan untuk


tesis dan 250 patah perkataan untuk disertasi/projek tahun
akhir.
1.2.7. Isi Kandungan
Isi kandungan mengandungi senarai bab dan tajuk bab serta
pecahan tajuk bagi setiap bab yang terdapat di dalam teks. Tajuk4

tajuk yang disenaraikan hendaklah sama dengan yang ditulis dalam


teks dan hendaklah disenaraikan berserta dengan muka suratnya.
1.2.8. Panduan Transliterasi
a. Huruf jawi dan rumi
Jawi

Rumi

Jawi

Rumi

A/

Th

Gh

Kh

Dh

Sy

b. Diftong
Diftong
_

1.2.9. Senarai Jadual

Transliterasi
Aw
Ay
Uww
Iy/i

Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang ditunjukkan


dalam teks. Nombor muka surat jadual yang ditunjukkan dalam
teks hendaklah dicatatkan dalam senarai ini.
1.2.10.

Senarai Rajah
a. Senarai rajah merupakan senarai untuk fotograf, lukisan,
graf, carta dan peta yang terdapat dalam teks mengikut
susunan tertibnya dalam tesis/disertasi/projek tahun akhir
beserta dengan muka surat.
b. Susunan senarai rajah haruslah mengikut susunan dalam
teks.

1.2.11.

Senarai Kependekan
Senarai ini mengandungi semua kependekan yang digunakan
dalam teks. Senarai tersebut termasuklah untuk simbol,
singkatan, tatanama dan istilah, contohnya:
JAKIM
: Jabatan Kemajuan Islam Malayisa
OIC
: Organization of Islamic Country

1.2.12.

Senarai Lampiran
Senarai ini mengandungi keterangan tambahan, data asal
atau petikan yang terlalu panjang atau data yang tidak
berapa penting untuk dimuatkan dalam teks. Lampiran ini
diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya.
Lampiran ini juga boleh diberi tajuk-tajuk yang tertentu.
Lampiran tidak perlu dimasukkan muka surat.

1.3.

Struktur kajian
Terdapat dua bentuk struktur penulisan yang boleh diaplikasikan.

1.3.1. Bentuk 1:
Terdapat pecahan 5 bab iaitu:
Bab1: Pendahuluan
6

Ia menjadi pengenalan terhadap sesebuah kajian.


Bab2: Konsep kajian
Menjelaskan konsep atau kerangka teori yang menjadi asas
terhadap kajian yang dijalankan.
Bab 3 dan Bab 4: Perbahasan kajian
Meliputi fokus kajian, perbahasan dan analisisnya.
Bab 5: Penutup
Merupakan kesimpulan, rumusan dan cadangan.
1.3.2. Bentuk 2:
Kaedah yang biasa digunakan dalam kajian berbentuk kuantitatif.
Ia meliputi:
Bab1: Pendahuluan
Ia menjadi pengenalan terhadap sesebuah kajian.
Bab 2: Kerangka teori dan sorotan kajian lepas
Menjelaskan kerangka teori dan sorotan kajian lepas.
Bab 3: Metodologi Kajian
Penjelasan tentang metodologi yang dilaksanakan dalam
penyelidikan.
Bab 4: Data dan Analisis
Bab 5: Penutup
Kesimpulan, rumusan dan cadangan.
1.4.

Bahagian pendahuluan
Perkara-perkara yang perlu dinyatakan dalam bahagian pengenalan kajian
ialah pendahuluan, latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan
kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, metodologi kajian, sorotan
kajian lepas, teori kajian, definisi istilah dan susunan kajian. Huraiannya
adalah seperti berikut:
1.4.1. Pengenalan
Pengenalan terhadap kajian yang ingin dilaksanakan. Ia harus
bertepatan dengan masalah kajian yang ingin dikaji.
1.4.2. Latar belakang kajian
Perbahasan mengenai latar belakang masalah yang ingin dikaji. Ia
boleh

meliputi

asas

kajian,

rasional

subjek

kajian

atau

perkembangan masalah.
7

1.4.3. Permasalahan kajian


Pengkaji mengemukakan

sesuatu

permasalahan

yang

ingin

diketahui atau diselesaikan.


1.4.4. Persoalan kajian
Menyatakan
beberapa

persoalan

yang

timbul

berkaitan

permasalahan kajian.
1.4.5. Objektif kajian
Pengkaji perlu menyenaraikan objektif yang ingin dicapai dalam
kajian (sekurang-kurang tiga (3) objektif) berdasarkan persoalanpersoalan yang timbul. Ia mestilah tepat dan spesifik. Ia juga mesti
dapat dijawab melalui kajian yang dilaksanakan serta dapat
dirumuskan dalam bahagian akhir kajian.
1.4.6. Kepentingan kajian
Perbahasannya mengenai kepentingan kajian ini terhadap bidang
yang dikaji dan yang berkait rapat dengan kajian ini.
1.4.7. Batasan Kajian
Pengkaji perlu menjelaskan skop atau had-had pelaksanaan projek
yang dijalankan. Ini bertujuan untuk memastikan perlaksanaan
projek tidak terkeluar daripada skop yang ditetapkan.

1.4.8. Definisi Istilah


Bahagian ini menjelaskan mengenai konsep utama yang terdapat
dalam tajuk kajian.
1.4.9. Sorotan kajian lepas
Pengkaji perlu menerangkan segala teori atau penulisan pengkaji
lain yang berkaitan dengan bidang projek yang dijalankan. Ini perlu
bagi mendapatkan maklumat latar serta membantu pengkaji
mencapai objektif. Pengkaji akan dapat mengetahui sejauh mana
perkembangan kajian mengenai sesuatu bidang seterusnya dapat
8

menentukan kerelevanan kajian yang ingin dilaksanakan. Selain


itu, ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya duplikasi
terhadap projek yang dilaksanakan.
1.4.10.
Teori kajian (sekiranya perlu)
Bahagian ini menjelaskan kerangka teori yang diaplikasikan oleh
pengkaji bagi merealisasikan kajian yang dibuat.
1.4.11.
Metodologi kajian
Pengkaji perlu menerangkan secara terperinci kaedah-kaedah atau
tatacara yang digunakan bagi menjalankan kajian.
1.4.12.
Susunan Kajian
Huraiannya mengenai susunan yang telah ditetapkan oleh pengkaji
dalam setiap bab. Ia dihuraikan secara berperenggan mengikut
susunan bab secara teratur bagi memudahkan kefahaman terhadap
huraian kajian yang dilaksanakan.
1.4.13.
Kesimpulan
Setiap bab yang mempunyai pengenalan harus mempunyai penutup
yang menyimpulkan hasil perbincangan dalam bab itu.

BAHAGIAN
FORMAT PENULISAN
3.1.

Kertas dan Saiz


Gunakan kertas putih saiz A4 (210mm x 297mm) yang berkualiti 80g/m2.
Hanya sebelah muka surat sahaja yang boleh dicetak.

3.2.

Birai
Semua muka surat perlu mempunyai birai yang sama iaitu:
Birai kiri
Birai kanan
Birai atas
Birai bawah

3.3.

:
:
:
:

4sm
2.5sm
2.5sm
2.5sm

Penomboran Muka Surat


Setiap muka surat hendaklah

mempunyai

nombor

yang

disusun

berterusan. Muka surat hendaklah dicetak di bahagian bawah di sudut


sebelah kanan. Format muka surat seperti berikut:
Jenis huruf : Times New Roman 12
Penomboran muka surat mestilah seperti berikut:
a.
Bahagian permulaan penulisan dicetak dengan nombor kecil roman
secara berurutan seperti i, ii, iii dan seterusnya.
b.

Muka surat pertama yang mengandungi judul projek dianggap


sebagai muka surat (i) tetapi nombornya tidak dicetak. Muka surat
pertama selepas muka surat yang mengandungi judul dicetak
sebagai muka surat (ii).

c.

Teks dan semua muka surat termasuk rujukan dicetak dengan


nombor Arab secara berurutan iaitu 1, 2, 3 dan seterusnya bermula
dengan nombor 1.

10

d.

Sekiranya terdapat kertas sebagai pembahagi di antara Bab atau


kertas pembahagi di antara teks dengan lampiran digunakan, ianya
tidak perlu diletakkan nombor muka surat.

3.4.

Kaedah Penomboran Bab dan Pecahan Bab


Semua bab dan pecahan kecil perlu diberi nombor. Penulisan bab
menggunakan nombor seperti BAB 1, BAB 2, BAB 3 dan seterusnya.
Pecahan kecil di dalam setiap bab perlu diberi nombor dan disusun tidak
lebih daripada EMPAT peringkat pecahan seperti berikut:
BAB 1:
1.1.
1.1.1.

Peringkat Pertama (Tajuk Bab)


Peringkat Kedua (Tajuk pecahan)
Peringkat Ketiga (Tajuk Pecahan-pecahan)

Sekiranya mempunyai tajuk melebihi peringkat keempat, peringkat


seterusnya hendaklah menggunakan abjad seperti a, b, c, dan seterusnya.
Peringkat selepas itu pula menggunakan huruf roman iaitu i, ii, iii dan
seterusnya.
3.5.

Penaipan dan Huruf


3.5.1. Keseluruhan teks hendaklah ditaip dan dicetak seperti berikut:
Jenis huruf : Times New Roman 12.
Jarak
: (1.5) jarak.
Hanya satu jarak (single spacing) digunakan untuk:
a.
Abstrak
b.
Petikan yang panjang
c.
Al-Quran dan al-Hadith srta terjemahannya
d.
Nota kaki/Sumber/Petikan
e.
Senarai Rujukan

3.5.2. Jenis huruf untuk Tajuk Jadual, Tajuk Rajah dan Sumber
Rajah termasuklah fotograf, lukisan, graf, carta, dan peta. Setiap
rajah

perlu

diberikan

tajuk

dan

dinyatakan

sumber

(jika
11

menggunakan rajah daripada sumber lain selain pengkaji). Kaedah


menulis tajuk dan sumber ialah seperti berikut:
Jenis huruf
Jarak
Tajuk
Sumber

:
:
:
:

Times New Roman 12


(single spacing).
Di bahagian atas dan ditengah-tengah (centre)
Di bahagian bawah rajah dan ditengah-tengah

(centre)
3.5.3. Sesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah setiap muka
surat mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang
lengkap. Sekiranya ianya perenggan akhir dalam satu muka surat
dan perenggan tersebut mempunyai kurang daripada dua baris
yang lengkap, perenggan tersebut hendaklah dimulakan pada muka
surat yang baru.
3.6.

Jarak Penaipan
Jarak penaipan hendaklah seperti berikut:
3.6.1. Jarak di antara birai atas dan Bab ialah 2.5sm.
3.6.2. Jarak di antara Bab dan tajuk Bab ialah 3 jarak baris.
3.6.3. Jarak di antara tajuk bab dan baris pertama teks ialah 3 jarak
baris.
3.6.4. Jarak di antara pecahan tajuk dan baris pertama teks ialah 2 jarak
baris.
3.6.5. Jarak di antara perenggan 1 jarak.
3.6.6. Nombor dan tajuk bagi pecahan tajuk hendaklah selari dengan birai
kiri.
3.6.7. Jarak di antara baris akhir perenggan dengan jadual dan rajah
ialah 2 jarak baris.

3.7.

Kaedah penulisan teks al-Quran, al-Hadith dan penyataan atau


petikan dalam teks.

12

Sekiranya mengemukakan teks al-Quran, al-Hadith dan penyataan atau


petikan

dari

mana-mana

sumber

hendaklah

menggunakan

format

tersebut:
Jenis huruf rumi
Jenis huruf Arab
Jarak
Ensot (Indent)

: Times New Roman 12


: Traditional Arabic 16
: single spacing
: Mengensotkan 1.5 sm ke dalam dari kiri dan 1.5 sm
ke dalam dari kanan teks utama.

Sekiranya mengambil sebahagian sahaja petikan asal, bahagian yang tidak


diambil digantikan dengan tiga titik (...) sebelum atau selepas petikan yang
diambil.
3.7.1. Al-Quran
Penulisan teks al-Quran menggunakan Rasm Uthmani dan Tafsir
Pimpinan al-Rahman. Sekiranya menggunakan perisian al-Quran in
Word, terjemahannya perlu selaras dengan tafsir tersebut. Setiap
ayat al-Quran perlu dinyatakan terjemahannya dan dinyatakan
maklumat ayat pada bahagian kanan di bawah ayat seperti berikut:
Nama surah (bilangan surah): bilangan ayat. Contoh penulisan teks
al-Quran:

Surah al-Anbiya' (21): 7


Terjemahannya: Maka bertanyalah kamu kepada orang
yang berilmu jika kamu tidak mengetahui.

3.7.2. Al-Hadith
Penulisan al-Hadith juga perlu dinyatakan terjemahannya dan
maklumat mengenai al-Hadith tersebut. Takhrij al-Hadith hendaklah

13

diletakkan di dalam nota kaki bagi yang menggunakan format


tersebut. Contoh penulisan teks al-Hadith:

Terjemahannya: Sesungguhnya Rasulullah....

Kitab al-Iman
3.7.3. Penyataan atau petikan
Penyataan atau petikan hendaklah diletakkan di dalam perenggan
yang berasingan. Contoh penulisan penyataan atau petikan:
... kita ni hamba pade Allah yang Esa, bila Allah suruh kita
solat, kite kenelah solat...
3.8.

Kaedah penulisan rujukan


Terdapat dua kaedah penulisan rujukan boleh digunakan dalam penulisan
iaitu kaedah nota kaki dan APA (American Phsycological Association).
Pengkaji dibenarkan untuk memilih satu sahaja dari mana-mana kaedah
tersebut untuk diaplikasikan dalam penulisannya.
3.8.1. Kaedah Nota kaki
Sistem nota kaki digunakan bagi menerangkan sumber rujukan
yang digunakan pada teks. Selain itu juga, sistem ini digunakan
untuk memberi penerangan tentang sesuatu perkara dalam teks
kepada pembaca.
Format penulisan sistem nota kaki:
Jenis Huruf
: Times New Roman 10
Jarak
: Single spacing
Penyelarasan (Align): Justify
Kaedah penulisan nota kaki adalah seperti berikut:
a. Buku
Butiran mengenai buku disusun mengikut tertib, iaitu:
14

Nama penulis. (Tahun). Judul-italic. Tempat terbitan: Penerbit.


halaman.
Buku yang tidak mempunyai nama penulis perlu dinyatakan
T.N. sebagai singkatan kepada tanpa nama penulis. Buku yang
mempunyai dua atau tiga orang penulis perlu dihubungkan
dengan koma (,) dan perkataan (dan). Manakala buku yang
mempunyai empat orang penulis atau lebih, hanya perlu
dinyatakan seorang sahaja penulis atau ketua penulis dan
diletakkan et al. sebagai singkatan kepada et alia.
Contoh:
Abdul Munir Ismail. (2012). Maktabah al-Hadith. Tanjong
Malim: Emeritus Publication. h. 15
Misnan Jemali, Ahmad Yunus Kasim & Zanariah Noor.
(2003). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. h. 25
Misnan Jemali et al. (2003). Hubungan Antara Gaya
Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik Kursus Tamadun
Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim:
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. h. 50
b. Al-Hadith
Bagi teks

al-Hadith,

Takhrij

al-Hadith

dan

rujukannya

diletakkan di dalam nota kaki. Bagi teks al-Quran, maklumat


mengenai ayat tersebut tidak perlu diletakkan di bahagian nota
kaki tetapi diletakkan pada bahagian teks di bawah ayat alQuran.
Butiran maklumat rujukan al-Hadith disusun mengikut tertib,
iaitu:
Nama Pengarang. (tahun). Judul-italic. Edisi. Nama kitab. Nama
bab. No. al-Hadith. Tempat terbitan: Penerbit. halaman.
Contoh:
15

Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani. (1998). Fath al-Bari bi


Syarh Sahih al-Imam Abi Abd Allah Muhammad bin Ismail alBukhari. Kitab al-Asyribah, Bab ma Jaa fi anna al-Khamr ma
Khamara al-Aqla min al-Syarab, No. Hadis 5588, Kaherah: Dar
al-Fikr, h.45.
c. Artikel di dalam buku
Nama penulis artikel. (tahun). Tajuk artikel. dalam Nama editor
buku. Judul-italic. Tempat terbitan: Penerbit. h. 15
Contoh:
Muhammad Atiullah bin Othman& Mohd Noor bin Daud.
(2011). Kecelaruan Fahaman Liberal dalam Fiqh: satu Kajian
Mengenai Hukum Wanita Islam Berkahwin Dengan NonMuslim. Dalam Abdul Karim Ali & Rumaizi Ahmad al-Mustafa.
Fiqh

Maysrakat

Bukan

Islam

Di

Malaysia.

Shah

Alam:

Persatuan Ulama Malaysia. H.135


d. Artikel di dalam Jurnal
Nama penulis artikel. (tahun). Tajuk artikel. dalam Nama editor
jurnal. Judul-italic. Edisi. Tempat terbitan: Penerbit. halaman
(h.)
Contoh:
Mohd Noor bin Daud. (2010). Satu Kajian Mengenai Cap Jari
Menurut Perspektif Islam. Dalam Perspektif Jurnal Sains Sosial
dan Kemanusiaan. Nov 2010. Tanjung Malim: UPSI. Jil.2. Bil.2.
h.18
e. Artikel dalam majalah atau akhbar
Nama
Penulis.
Judul
Artikel.

Judul

Majalah-italic.

Tarikh/Bulan/Jilid. h.
Contoh:
f. Tesis/Disertasi/Kertas

Projek

atau

bahan

yang

tidak

diterbitkan
16

Nama Penulis. (Tahun). Judul bahan-italic. Jenis bahan, Nama


institusi, Tempat dan halaman.
Contoh:
Samsuddin Abd Hamid. (2012). Konsep Monoteisme dalam
Aliran Saivisme: Analisis Menurut Perspektif Islam. Disertasi
Sarjana, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. h. 100
g. Laman sesawang
Nama laman sesawang. Alamat laman sesawang. Tarikh
capaian laman sesawang.
Contoh:
Universiti Pendidikan Sultan Idris. www.upsi.edu.my. 12
Februari 2013.

h. Temu bual
Respondan yang dipilih untuk temu bual perlu mempunyai
kepakaran

atau

berautoriti

dalam

bidang

yang

dikaji.

Susunannya ialah seperti berikut:


Temu bual. Nama respondan. Jawatan. Tarikh temu bual.
Tempat temu bual.
Contoh:
Temu bual. Mohd Noor Daud. Pensyarah, Jabatan Pendidikan
Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. 12 Februari 2013 di
Pejabat Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.
3.8.2. Kaedah APA (American Psychological Association)
Kaedah ini biasanya digunakan untuk menyatakan sumber rujukan
di dalam bidang psikologi, pendidikan dan sains sosial. Ia
dinyatakan di dalam teks. Kaedah menggunakan format APA di
dalam teks ialah seperti berikut:
a. Rujukan terhadap al-Quran dan al-Hadith
i.
Al-Quran, contoh:

17

Riba' diharamkan dalam Islam (Al-Quran, al-Baqarah:


275). Bukan: Riba' diharamkan dalam Islam (alBaqarah: 275). Atau,
Al-Quran (al-Baqarah: 275) menyatakan bahawa riba'
adalah

haram.

Baqarah:

275)

Bukan:

Al-Quran

menyatakan

(Al-Quran,

bahawa

riba'

al-

adalah

haram.
ii.

Rujukan al-Hadith, contoh:

... (Muslim, Sahih Muslim, ed. 1988)

(al-Bukhari, Al-Jami' al-Sahih, ed. 1967)

(al-Nawawi, Riyadh al-Salihin, ed. 1988: 124)


(al-Bukhari, al-Jami' al-Sahih, jil. 4, ed. 1967: 34)
(Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, jil. 1, bah. 2, ed. 1987:
33) 38
Jika terdapat pengulangan dalam satu perenggan, (Ibn
Majah, Sunan Ibn Majah, jil. 1, bah. 2, ed. 1987: 33)
dan ayat seterusnya (Ibn Majah) sahaja. Sekiranya
pengarang yang sama tetapi hadis lain, (Ibn Majah, jil.
2, bah. 2: 35)

iii.

Jika merujuk kepada teks suci agama lain


(St. John, ix: 15). Atau St. John

(ix:

15)

menyatakan
b. Seorang penulis
i. Nyatakan nama dan tahun sahaja, contoh:
...(Azmil Hashim, 2012). Atau Azmil Hashim (2012)
menyatakan bahawa...
ii.

Tahun tidak perlu dinyatakan sekiranya rujukan berada


dalam perenggan yang sama, contoh:
Berdasarkan penemuan Azmil
pendidikan...

Azmil

Hashim

Hashim
juga

(2012),

menyatakan

bahawa
18

iii.

Sekiranya merujuk beberapa buah buku oleh pengarang


yang sama, contoh:
...(Abdul Rahman, 2001, 2002). Atau Abdul Rahman
(2001, 2002) menyatakan...

c. Dua orang penulis


i.
Contoh:
...(Misnan Jemali & Ibrahim, 1996). Atau Menurut
kajian Misnan Jemali dan Ibrahim (1996)...
d. Tiga penulis
Contoh: ...(Misnan Jemali, Ahmad Yunus & Zanariah
Noor. 2003). Atau Misnan Jemali, Ahmad Yunus &
Zanariah Noor (2003)....
e. Empat atau lebih penulis
Contoh: ...(Misnan Jemali et al., 2001). Atau Misnan Jemali
et al. (2001)
f. Pengarang berkumpulan
i. Badan, persatuan atau kerajaan dinyatakan secara jelas,
contoh:
...(The Machiner Institute, 2002). Atau The Machiner
Institute (2002) melaporkan...
ii. Jika terdapat singkatan, nyatakan nama organisasi tersebut
pada rujukan yang pertama dan diletakkan singkatan di
dalam kurungan [ ], contoh:
...(World Health Organisation [WHO], 1991). Manakala
dalam

rujukan

seterusnya

hanya

perlu

meletakkan

singkatan sahaja, ...(WHO, 1991).


g. Temu bual
Respondan yang dipilih untuk temu bual perlu mempunyai
kepakaran atau berautoriti dalam bidang yang dikaji, contoh:

...(Ahmad Yunus, temu bual, September 28, 1998). Atau


Ahmad Yunus (temu bual, September 28, 1998)
19

h. Laman sesawang
Laman sesawang hendaklah disimpan di dalam bentuk hardcopy bagi memudahkan semakan kerana ia boleh berubah dari
semasa ke semasa. Oleh itu, perlu dinyatakan tarikh ia
dirujuk, contoh:

i.

Penyataan
Sekiranya mengambil penyataan terus, maka perlu diletakkan
muka surat selepas titik bertindih.
i.
Penyataan seseorang, contoh:
Hadi (2013: 120) menyatakan .... Atau Hadi (2013)
menyatakan "pernyataan" (h. 120).
ii.

Pernyataan melebihi satu muka surat, contoh:


Abdul Rahman (2001: 120-130) menyatakan .... Atau
Abdul Rahman (2001) menyatakan ...(120-130).

iii.

Pernyataan dua orang. contoh:


Misnan and Yunus (2011) menemui ... (h. 676). Atau
"..." (Misnan & Yusnus, 2011, h. 676)

iv.

Sekiranya tiada muka surat, perlu dinyatakan bahagian


dan paragrafnya. Contoh:
(Misnan & Yunus, 2007, para. 4)

j.

Merujuk dari pelbagai rujukan


Contoh: (Azmil, 1989; Wahibah, 1990; Mohd Noor, 1997).

k. Sekiranya menggunakan bahan terjemahan


Contoh: (Aristotle, terj. 1931).
l.

Sekiranya terdapat pelbagai edisi, nyatakan edisi yang dirujuk


Contoh: (Ibn Khaldun, ed. 1931). Atau Ibn Khaldun (ed.
1931)...

3.8.3. Perkataan-perkataan singkatan yang terdapat dalam penulisan


boleh dinyatakan di bahagian awal kajian dalam bahagian Senarai
20

Kependekan. Singkatan yang terdapat di dalam rujukan ditulis


sebagaimana berikut:
a. Ibidem
: Ibid.
Singkatan ibid. berasal daripada perkataan Latin, iaitu ibidem
yang bermaksud pada tempat yang sama. Ia menunjukkan
rujukan

berturut.

Jika

rujukan

berikutnya

masih

menggunakan sumber sama dan tidak ada rujukan lain


berselang antara nota kaki, hendaklah ditulis Ibid. sahaja
(apabila

halamannya

sama)

dan

apabila

halaman

yang

berlainan, hendaklah dimasukkan halaman tersebut.

b. Opera Citato
: Op. Cit.
Singkatan Op. Cit. digunakan apabila rujukan yang ingin
dinyatakan di dalam nota kaki telah dinyatakan dalam nota
kaki sebelumnya tetapi telah diselangi dengan rujukan lain.
Ringkasnya ia menunjukkan rujukan berselang.
Contoh penggunaan Ibid. dan Op. Cit. di dalam nota kaki:
1
2
3
4

c.
d.
e.
f.
g.
3.9.

Ahmad. (2007).
Ibid. h. 15
(merujuk kepada buku sebelumnya)
Mohammad. (2005).
Ahmad. (2007). Op. Cit. h. 16 (merujuk kepada buku yang

berselang)
5 Ibid. h. 17

(merujuk kepada buku sebelumnya)

Et Alia
Tanpa Nama Penulis
Tanpa tahun
Tanpa tempat terbit
Tanpa Penerbit

:
:
:
:
:

et al.
T.N.
t.t.
T.T.P.
T.P.

Jumlah Perkataan
3.9.1. Secara Penyelidikan
a. Tesis Doktor Falsafah:

Tidak

melebihi

100,000

patah

perkataan
21

b. Tesis Sarjana/Sarjana Falsafah: Tidak melebihi 60,000 patah


perkataan
3.9.2. Secara Kerja Kursus
a. Disertasi Doktor Falsafah: Tidak melebihi 60,000 patah
perkataan
b. Disertasi Sarjana: Tidak melebihi 20,000 patah perkataan

3.9.3. Projek tahun akhir:


Tidak kurang 8,000 dan tidak melebihi 12,000 patah perkataan.
Lampiran,

jadual

dan

rajah

tidak

termasuk

dalam

jumlah

perkataan.
3.10. Penulisan Bibliografi
Bibliografi merangkumi semua sumber yang digunakan sebagai rujukan
dalam penulisan. Bibliografi hendaklah diletakkan selepas bab terakhir
dan sebelum bahagian lampiran (sekiranya ada). Rujukan di setiap hujung
bab tidak diperlukan. Semua bahan yang dirujuk dan digunakan dalam
sesuatu penulisan, sama ada dalam sistem nota kaki atau APA, hendaklah
dimasukkan ke dalam bahagian ini.
Bibliografi ditulis seperti berikut:
3.10.1.
Nama Pengarang (nyatakan sama ada penyunting. penyusun
atau penyelenggara-jika berkaitan). Tahun diterbitkan. Tajuk
Penerbitan. Bilangan Edisi (jika ada). Bilangan Jilid (jika ada).
Tempat diterbitkan. Nama Penerbit.
Formatnya sama seperti format nota kaki tetapi di dalam
bibliografi tidak dinyatakan halaman. Halaman hanya perlu
ditulis untuk artikel dalam jurnal atau bab dalam buku
sahaja.
3.10.2.

Bibliografi

hendaklah

disusun

mengikut

jenis

sumber

rujukan. Susunan boleh dibuat berdasarkan kitab al-Quran

22

dan al-Hadith, diikuti buku, kertas kerja, tesis dan disertasi,


laman sesawang, akhbar dan temu bual.
3.10.3.

Setiap jenis sumber rujukan hendaklah disusun mengikut


abjad A-Z (Alphabetical order).

3.10.4.

Menggunakan satu langkau (single spacing) untuk setiap


satu rujukan dan rujukan seterusnya hendaklah dipisahkan
satu baris.

3.10.5.

Rujukan lain yang dihasilkan oleh pengarang yang sama


tidak perlu diletakkan nama untuk rujukan yang seterusnya

3.11. Penjilidan untuk Penyerahan


Projek tahun akhir hendaklah dijilidkan dan perlu dihantar sebanyak tiga
(3) salinan asal. Satu (1) salinan dalam bentuk cakera padat (format pdf)
hendaklah dimuatkan dalam poket yang dibuat khas di bahagian dalam
kulit belakang projek tahun akhir.
3.11.1.

Warna Kulit dan Tulisan


Kulit projek tahun akhir hendaklah menggunakan jenis hard
cover dan bertulisan emas. Saiz minimum untuk tulisan
ialah Arial 14. Warna kulit yang perlu digunakan adalah
hitam.

3.11.2.

Muka Hadapan
Muka hadapan hendaklah mempunyai tajuk projek tahun
akhir, nama, fakulti, Universiti Pendidikan Sultan Idris, sesi
dan tahun penyerahan projek tahun akhir dan hendaklah
dicetak dengan huruf besar. Contoh seperti Lampiran A.

3.11.3.

Tulang Belakang
Nama, nama ijazah serta tahun penyerahan hendaklah
dicetak dengan huruf besar, saiz font 14 jenis Arial
bertulisan emas seperti di Lampiran A.
23

24

BAB 5
LAMPIRAN

25

26

27