You are on page 1of 3

Utusan

Online/
Berita/
Nasional/

Pencerobohan ke atas mahkamah syariah


OLEH MAISARAH SHEIKH RAHIM (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 11
November 2014 2:11 AM


Jamil Khir Baharom
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Perbicaraan kes berkaitan Enakmen Jenayah Syariah di
mahkamah sivil dilihat sebagai satu usaha pencerobohan terancang terhadap
mahkamah syariah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar)
berkata, dalam konteks itu, langkah untuk memperkasakan mahkamah syariah perlu
dipergiatkan agar cubaan untuk mengheret isu-isu agama ke mahkamah sivil tidak
berulang.
Kita lihat sejak akhir-akhir ini ada usaha untuk mengheret isu-isu agama untuk
dibawa ke mahkamah sivil yang sepatutnya hal-hal agama diselesaikan dan
dibincangkan di mahkamah syariah.
Kita juga berpandangan bahawa ada usaha pencerobohan terancang terhadap
mahkamah syariah, namun kerajaan akan sentiasa mempertahankan dalam apa
keadaan sekalipun demi kepentingan mahkamah syariah termasuk produk-produk
berkaitan Islam, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Penasihat
Syariah Kewangan Islam 2014 di sini hari ini.

Dua hari lalu, Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang mengetuai panel
tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri
Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian
wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Berikutan itu, pelbagai pihak tampil menyatakan pandangan termasuk Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan keputusan mahkamah
tersebut itu sebagai mengejutkan dan luar biasa.
Bagaimanapun kata Muhyiddin, keputusan itu perlu dihormati dan terserah kepada
Peguam Negara, majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri untuk
mengambil tindakan selanjutnya.


D'Joker cari pasaran di Malaysia


Hip Remaja: Pereka hiasan dalaman ceburi dunia kecantikan


80 sukarelawan bantu mangsa banjir


'Pertandingan' sebenar Ewal baru bermula
Artikel berkaitan

Eric Paulsen dakwa KPN dipengaruh penyokong UMNO


Guan Eng hina Agong
Hanya 0.027% tanah wakaf dimajukan
Gagal fahami Perlembagaan
Masjid Alam Shah berwajah baharu
2,098 asnaf terima bantuan perkahwinan
Majlis Agama Islam perlu proaktif
Pencerobohan ke atas mahkamah syariah
Pertahan Islam dalam apa cara
Jangan cabar hukum Allah Harussani

You might also like