You are on page 1of 3

Zaman Pascamerdeka (1957-1970)

Selepas mencapai kemerdekaan, banyak usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem
pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Laporan Razak
1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelan
Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956
dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada
penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan
peperiksaan yang sama untuk semua pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010, 2006, ms. 17).
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 Zaman Kemas Kini
Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri
Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada
bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956. Pada 18
Februari 1960, Menteri Pelajaran Encik Abdul Rahman Talib telah mengumumkan nama
sembilan orang anggota Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. Mereka ialah :
Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi,
Menteri Kehakiman,
Tun Leong Yew Koh,
Menteri Perdagangan dan Perusahaan,
Encik Mohd. Khir Johari,
Penolong Menteri Pelajaran,
Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan,
Penolong Menteri Buruh,
Encik V. Manickavasagam,
Senator Koh Kim Leong,
Encik Mohd. Dahari Ali,
Ketua Menteri Pulau Pinang,
Datuk Wong Pow Nee dan
Encik Abdul Ghani bin Ishak.
Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah :
untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan
Persekutuan pada 16hb Mei, 1956;

mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu termasuk


langkah untuk mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan percuma; dan
mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang
menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang akan
membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk masalah kewangan dan
latihan guru. Orang ramai, badan-badan pelajaran, dan sebagainya diberi kesempatan untuk
mengemukakan pendapat tentang Dasar Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji itu.

Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam
semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah
persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya Bahasa Melayu dimajukan dengan
menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan.
Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa
kebangsaan

menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus

Pengajian) Sekolah 1956. Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib
untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula pada tahun 1963 apabila
semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam Bahasa Melayu. Dasar
pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada
pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan
pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah
menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini
menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat
apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun
secara berperingkat mulai tahun 1992
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu
dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah
di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun
1990. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan
yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan. Pada
tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet

Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan
strategi baru untuk memantap sistem pendidikan. Laporan ini telah:
Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca, menulis dan mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia ; pendidikan menengah atas melalui dua jurusan,
akademik dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju
dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu bagi membentuk pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di
maktab perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, Bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar tunggal dalam latihan perguruan. Pada tahun 1980, Bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah.
Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam
Atas pada tahun 1982. Di institusi pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Melayu dalam
pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek: pertama, Bahasa Melayu sebagai mata kursus;
kedua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; dan akhirnya Bahasa Melayu sebagai satu
pengajian dari segi sejarah, analisis linguistik, dan aspek budaya. Penggunaan Bahasa Melayu
di universiti merupakan lanjutan daripada pelaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah. Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan
memasuki universiti pada tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam Bahasa Melayu
pada tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila Bahasa Melayu
menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada
tahun pertama diajar dalam Bahasa Melayu. Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991,
penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan baik pada peringkat sekolah rendah,
menengah, maktab dan universiti terlaksana dengan lancar.