You are on page 1of 7

1.

0 Tajuk Kajian
Keberkesanan Latihan Pliometrik Dua Minggu Terhadap Peningkatan Kuasa Kaki
Pemain Futsal Sekolah
2.0 Nama Penyelidik
Fakhrul Azrul Bin Ismail @ Abd Rahman / PISMP Pendidikan Jasmani / Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
3.0 Nama Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid, Batu 14, Hulu Langat, Selangor Darul
Ehsan
4.0 Pendahuluan
Latihan pliometrik adalah salah satu latihan yang menjadi pilihan oleh jurulatih pada
masa kini, terutama kepada cabang olahraga yang memerlukan kemampuan
ekplosif otot dari seseorang atlet. Sejarah latihan ini dimulai pada tahun 1960 Yuri
Veroshanki pelatih atlet yang berasal dari Rusia menggunakan teknik Latihan
Pliometrik kepada atlet lompat jauh dan memperoleh kejayaan yang luar biasa di
dalam pertandingan. Pliometrik mulai menjadi perhatian umum sejak 1972 ketika
Olimpiade Munich, Jerman Barat. Negara Rusia dengan Valery Borzov menang
dalam acara lari pecut 100 meter dengan catatan waktu 10.00 saat dan turut
menang di dalam acara lari 200 meter. Kejayaan tersebut disebabkan oleh kerana
kesungguhan dari penggunaan teknik latihan pliometrik, yang pada akhirnya Yuri
Veroshanki dipanggil sebagai bapa penelitian pliometrik (Godfrey,2006).

Terminologi plyometrics pertama kali ditekankan pada tahun 1975 oleh Fred
Wilt salah seorang jurulatih warga Amerika. Istilah Plyometrics adalah sebuah
kombinasi perkataan yang berasal dari bahasa Latin, yaitu plyo dan metrics yang
membawa maksud peningkatan yang dapat diukur (Chu,1992). Walaupun istilah itu
mulai dperkenalkan sejak pertengahan tahun 1960 atau 1970an, tapi Bompa
menyatakan bahwa latihan plyometric sudah ada dalam jangka masa yang lama. Hal
ini kita ketahui dengan pasti bahawa semua kanak-kanak di dunia pernah
melakukan lompat tali atau lompat scotch, bentuk-bentuk permainan yang lainnya
seperti pliometrik.
4.1 Pengenalan
Kecergasan fizikal sama ada yang berlandaskan kesihatan atau perlakuan motor
adalah aspek yang amat penting bagi mendapatkan keputusan atau pencapaian
yang baik dalam acara-acara sukan. Walaupun pendekatan saintifik diakui
memainkan peranan yang sangat besar dalam pencapaian sesuatu kejayaan,
namun kejayaan yang dicapai dalam bidang sukan bergantung kepada banyak lagi
aspek-aspek yang lain seperti penguasaan kemahiran yang tinggi, persediaan
mental, pengaruh sosial dan banyak lagi faktor-faktor yang lain.
Di antara aspek yang dinyatakan di atas kecergasan fizikal sama ada yang
berlandaskan kesihatan mahupun perlakuan motor, adalah satu aspek yang amat
penting dan dianggap sebagai komponen utama dan yang paling asas yang perlu
dititikberatkan dan perlu dikuasai sebelum aspek-aspek yang lain diperkenalkan,
bagi mendapatkan keputusan atau pencapaian yang baik dalam acara-acara sukan.
Namun begitu, sebahagian jurulatih hanya menumpukan peningkatan komponen-

komponen tertentu sahaja di samping penguasaan kemahiran spesifik sukan


berkenaan.
Seseorang jurulatih yang baik seharusnya mempunyai satu program yang
terancang untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain atau atlet mereka dengan
menggunakan pelbagai jenis latihan. Namun begitu, ada juga aspek kecergasan
yang kurang diberi perhatian terutamanya kuasa kaki seseorang atlet. Ada di
kalangan mereka berpendapat kuasa hanya perlu untuk beberapa jenis sukan
sahaja. Contohnya dalam olahraga dan sukan gimnastik. Sebenarnya pencapaian
prestasi yang baik bagi pemain seperti sukan futsal memerlukan tahap kuasa yang
baik.
Pliometrik ialah kaedah yang digunakan bagi menbina kuasa letusan
(explosive). Ia merupakan salah satu komponen yang penting dalam penyediaan
seorang atlet untuk meningkatkan prestasi yang lebih baik. Secara praktikal, latihan
pliometrik dianggap mudah untuk diajar dan pada kebiasaannya ia dilakukan setelah
seseorang atlet atau ahli sukan sudah mencapai tahap kecergasan yang stabil dan
maksimum.
Latihan ini biasanya dilakukan pada minggu-minggu terakhir sebelum
seseorang atlet mengambil bahagian dalam sukan yang diceburi. Ia memerlukan
keperluan fizikal yang agak kurang berbanding dengan latihan-latihan yang lain.
Pliometrik amat sesuai untuk kebanyakan jenis sukan dan permainan. Perkataan
plyometric berasal daripada perkataan Greek Plethyein yang bermaksud lebih
daripada ukuran. (Chu 1983; Gambetta, 1981; Wilt & Beker. 1970).
Latihan pliometrik misalnya didapati berkesan untuk meningkatkan kuasa
eksplosif dan kekuatan otot pemain. Radeliffe dan Ferentinos (1985) menyatakan

bahawa konsep latihan pliometrik sebagai satu latihan yang memberi tekanan
kepada otot-otot sewaktu fasa pra-regangan dan refleks regangan yang dilakukan
sewaktu pengucupan otot. Ini akan menambahkan tenaga eksplosif yang dihasilkan.
Pliometrik merujuk kepada latihan yang dijalinkan dengan kaedah menggunakan
kekuatan gabungan otot dalam bertindak balas untuk kelajuan pergerakan serta
kekuatan yang dinamik yang melibatkan otot-otot. Ia adalah satu kaedah yang
mempertimbangkan kuasa dan kekuatan otot.
Pergerakan pliometrik dapat dilihat dalam kebanyakkan jenis sukan. Sebagai
contoh, permainan futsal di mana pemain melakukan tendangan, atlet merejam
lembing melakukan rejaman dan pelari 100m melakukan pecutan dari awal hingga
ke akhir larian.
Kuasa ialah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Ia juga adalah kebolehan
individu melakukan sesuatu pergerakan yang explosif yang kuat dalam jangka masa
yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Keadaan ini terjadi adalah hasil
daripada pengucupan otot yang kuat dalam jangka masa yang singkat. Ia juga
merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan pengucupan otot.
Kuasa adalah bersamaan dengan daya didarabkan dengan halaju. Daya
dijanakan oleh kekuatan otot manakala halaju merupakan pecutan daya yang
digunakan. Kuasa bukanlah merupakan komponen yang penting dalam kecergasan
fizikal tetapi ia mempunyai signifikasi dengan perwatakan seseorang atlet.
Fox dan Matthews (1976), menyatakan bahawa kuasa menunjukkan prestasi
kerja dalam satu unit masa. Jika sebuah buku seberat dua paun diangkat setinggi
dua kaki dalam masa satu saat, nilai kuasa yang diperolehi ialah empat kaki paun
persaat.

Menurut Morrow, Jackson dan Mood (1995), kuasa ialah jumlah kerja yang
dihasilkan dalam masa yang tertentu. Ia boleh diterangkan dengan formula berikut:

Kuasa = Daya x Jarak


Masa
Contohnya, nilai kuasa ialah 150 kaki-paun. Ini bermakna sesuatu objek seberat 150
paun telah bergerak sejauh 1 kaki dalam masa 1 saat.
Johnson & Nelson (1986), mendefinasikan kuasa sebagai kebolehan untuk
menghasilkan daya yang maksimum dalam masa yang terpantas. Jenis sukan yang
menggunakan kuasa ialah lompatan menegak, lompat jauh berdiri, lontar peluru dan
lain-lain pergerakan yang menghasilkan kontraksi otot secara pantas. Barrow dan
Mc Gee (1979) telah menyatakan bahawa kuasa adalah keupayaan otot menguncup
pada tahap maksimum dalam jangka masa yang singkat. Fox dan Mathews (1981)
pula menyatakan bahawa kuasa adalah prestasi kerja dalam satu unit masa.
Kuasa juga boleh dianggap sebagai berapa pantas atau berapa lama sesuatu
kerja itu dilakukan. Unit kuasa ialah watt (W) iaitu sempena nama seorang saintis
berbangsa

Scotland iaitu James Watt yang mula-mula menjumpai penemuan

tersebut. 1 wat bersamaan 1 j/s. Unit lain yang digunakan bagi mengukur kuasa
ialah kuasa kuda tetapi watt ialah unit yang digunakan oleh Sistem Unit
Antarabangsa.

4.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu


Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah di daerah Hulu Langat iaitu Sekolah
Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid. Kajian ini bertujuan untuk menilai sama ada
latihan pliometrik akan memberi kesan yang signifikan terhadap peningkatan tahap
kuasa pemain futsal lelaki bawah 11 tahun. Sepanjang melakukan praktikal di
beberapa buah sekolah termasuk sekolah ini, saya telah membuat pemerhatian
yang rawak terhadap murid-murid sewaktu saya menjalankan Pengajaran dan
Pembelajaran untuk subjek Pendidkan Jasmani. Sepanjang pemerrhatian tersebut,
saya dapat melihat murid-murid begitu tertarik dan berminat dengan Pengajaran dan
Pembelajaran yang melibatkan kemahiran. Antara kemahian yang paling digemari
oleh murid-murid adalah kemahiran dalam permainan bola sepak dan futsal.Saya
dapat melihat wajah gembira para murid apabila diajar sebarang kemahiran yang
melibatkan permainan bola sepak dan futsal. Sepanjang Pengajaran dan
Pembelajaran yang melibatkan kemahiran dalam futsal, saya dapat melihat bahawa
hampir kesemua murid tidak mampu menghasilkan tendangan yang padu dan
baik.Ada diantara mereka yang meenggunakan muncung kaki bagi memastikan
sepakan mereka kuat berbanding rakan-rakan lain. Ada di antara murid-murid yang
mempunyai minat yang mendalam terhadap bola sepak datang bertemu saya untuk
menanyakan soalan-soalan yang terbuku di fikiran mereka. Antara soalan yang
selalu ditanya oleh mereka adalah kenapa saya tidak mampu menendang bola ini
dengan kuat? ada juga diantara mereka yang melahirkan kekesalan seperti saya
tending bola dengan sepenuh hati, tapi bola masih bergerak dengan perlahan.
Kenapa situasi ini terjadi? persoalan-persoalan sebegini sering saya terima dan
dengar dari murid apabila mereka sendiri dapat merasakan bahawa mereka perlu
membuat sesuatu agar tendangan mereka lebih kuat di masa hadapan. Ada juga

diantara murid yang bertanya kepada saya Bagaimana cara untuk melakukan
tendangan yang padu dan kuat kerana saya melihat pemain professional mampu
menendang bola dengan kuat. Persoalan-persoalan dari murid-murid ini saya
pandang serius kerana saya berazam untuk memastikan semua murid menerima
latihan yang betul bagi mereka mampu menendang bola dengan kuat. Ini secara
langsung mampu memangkin semangat mereka untuk terus berlatih dan bermain
futsal di masa akan datang. Ini sekaligus mampu menghasilkan pemain futsal
sekolah yang berbakat bagi mengharumkan nama sekolah di masa akan datang.

You might also like