You are on page 1of 25

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

1.0 UPACARA PERKAHWINAN ORANG MELAYU


1.1.1 PENGENALAN
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai
mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan
begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan
dengan meriah dan penuh adat istiadat.
Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling
dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua
orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar.
1.1.2 ADAT MERISIK.
Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang
lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang
meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar
belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki
seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk
menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.
1.1.3 MEMINANG DAN BERTUNANG
Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang
biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut
untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada
anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang
meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan
atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga
dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk
menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap
tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak
tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa
setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang
ditetapkan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu,
pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang
mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada
pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan
hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk
melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki
biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai putus cakap. Ini bermaksud pinangan
dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka
penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan
dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara
tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki
tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan
atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.
1.1.4 ADAT BERINAI
Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3
peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan
memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan.
Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari
hantu pada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai

vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

secara kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai
besar.

BERINAI CURI Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari

yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai.


BERINAI KECIL Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi.
BERINAI BESAR Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau
selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak
pengantin.

2.0 UPACARA PERKAHWINAN ORANG INDIA


2.1.1 PENGENALAN
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum
yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita.
Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan
masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh
masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu.
Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain,
masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya
memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
2.1.2 MERISIK
Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik,
kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial
merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa
paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini
diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi
sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh
ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.
2.1.3 KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi
bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.
Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat
bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan
tersebut ramai.
Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk
kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat
yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan
menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang
yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air
minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan
dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu
yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil
perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen
paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.
2.1.4 KAJI KECOCOKAN PENGANTIN
Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal
dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21
aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan
cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina
poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan
Veetai poruttam.
2.1.5 IKAT JANJI
Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil
dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buahbuahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Sebaik sahaja
sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang
mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah
meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua
belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.
2.1.6 SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dijalankan terlebih dahulu, antaranya :
Kad Jemputan
Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat
India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat
kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan
yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil
untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih,
wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini
dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah
pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya.
Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan
perkahwinan secara rasmi.
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)


Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan
pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang
disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat
India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan
terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini
dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan
membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat
thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk
membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di
tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang
untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.. Secara umumnya
thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat
daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.
2.1.7 SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya
sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke
rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai
pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin
perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua
pengantin dengan mengadakan jamuan.
Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah
dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara
perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan
ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan.


Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para
tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran
dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan
tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.
3.0 PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA
3.1.1 PENGENALAN
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan
besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga
dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur
sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan
oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang
tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan
diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam
perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan
majlis perkahwinan.
3.1.2 MERISIK
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat
Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si
gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik
terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan
kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina
lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara
mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik


adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal
keturunan.
3.1.3 MEMINANG
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan

perkara-perkara

berkaitan

perkahwinan.

Ibu

pengantin

pengantin

perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin,
peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak
akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang
telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan
berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak
perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk
berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.
3.1.4 BERTUNANG
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian
dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk
penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting
kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan
perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki
berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin
dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua
bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan
akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur
dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak
lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan
menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada
sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang
tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat
tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan
diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut
mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal
pengantin merangkumi adat-adat tertentu.
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau
pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran
Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain
dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup
kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan
penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan
rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar
mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.
3.1.5 MAJLIS PERKAHWINAN
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh
yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat
kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan
pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan
perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan
tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu
memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.
Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya

vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu
kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada
masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka
akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan
didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding,
pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki
akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah
sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga
mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting
dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang
tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri
dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara
mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah
kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan
makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau
restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada
pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan
beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti
perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu
Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi
sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di
gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

4.0 PERSAMAAN UPACARA PERKAHWINAN ORANG MELAYU, CINA, DAN INDIA

MELAYU
Apabila wakil pihak lelaki

ADAT MERISIK
CINA
Perbincangan ketika

INDIA
Dalam peringkat merisik,

sampai di rumah si dara,

merisik adalah berkenaan

beberapa

para wakil keluarga lelaki

perkara-perkara umum

diberi

akan bercakap-cakap

terutama tentang latar

faktor etnik, sub etnik,

mengenai keadaan

belakang keluarga dan

kasta dan agama. Selain

kehidupan, pekerjaan,

asal keturunan.

itu,

aspek

perhatian

perlu
seperti

faktor-faktor

lain

maupun isu-isu terkini

seperti

status

ekonomi

sembil menikmati jamuan

dan

status

sosial

yang dihidangkan dan

merangkumi

aspek

dihantarkan sendiri oleh si

seperti

tahap

dara

pendidikan,

umur,

pekerjaan,

jenis
etika

dan

moral, rupa paras dan


latar belakang keluarga
juga turut diambil kira

vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

MELAYU
Bakal pengantin dilarang

PERJUMPAAN
CINA

INDIA
Bakal pengantin India

keluar bersama pasangan

adalah dilarang untuk

pengantin selama 40hari

keluar daripada rumah 3

sebelum diijabkabulkan .

hari sebelum hari

(Yuslinda Rejab, 2003)

perkahwinan.
(M. Rajantheran danS.
Manimaran, 1994)

MELAYU
Pihak lelaki yang bertunang

BERTUNANG
CINA
Menyarung cincin oleh

akan disarungkan cincin oleh

pihak lelaki kepada pihak

pihak wanita yang lebih tua

perempuan adalah

di dalam keluarga seperti ibu

kesamaan yang dapat

pengantin lelaki ataupun

dilihat

INDIA

saudara mara terdekat.

MELAYU

PENANGGUHAN HARI PERKAHWINAN


CINA
INDIA
Perkahwinan akan
Perkahwinan
ditangguhkan selama

ditangguhkan selama

setahun ataupun selama

setahun jikalau

seratus hari jika berlaku

berlakunya kematian

kematian di kalangan ahli


vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

keluarga

5.0 PERBEZAAN UPACARA PERKAHWINAN ORANG MELAYU, CINA, DAN INDIA

MELAYU
Berdasarkan persetujuan

PEMILIHAN TARIKH
CINA
Tarikh bertuah harus dipilih

INDIA
Pemilihan tarikh

kedua-dua belah pihak

degan membandingkan

perkahwinan adalah

tarikh lahir kedua-dua

berdasarkan kepada

pengantin dengan huraian

almanak hindu

MELAYU
Baju tradisional masyarakat

di dalam almanak Cina


WARNA PAKAIAN
CINA
Pakaian berwarna hitam

INDIA
Pakaian gelap tidak

Melayu

dan kelabu adalah dilarang

digalakkan.

sama sekali
SEBELUM HARI PERKAHWINAN
MELAYU
CINA
INDIA
wakil dari pihak lelaki yang Seorang wakil dipilih untuk Rombongan pengantin
biasanya dipilih dari

berkunjung ke rumah si

lelaki yang mengunjungi

kalangan orang tua-tua

gadis bagi membincangkan

rumah bakal pengantin

akan diutuskan oleh ibu

perkara-perkara berkaitan

perempuan mestilah dalam

bapa lelaki tersebut untuk

perkahwinan. Ibu pengantin

bilangan ganjil.

mewakili mereka

pengantin perempuan pula

meminang anak dara yang

akan berbincang dengan

telah dipilih

wakil tersebut berkenaan


jumlah mas kahwin,
peruntukan meja dalam
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

jamuan makan dan memilih

MELAYU
Di adakan di kedua-dua

hari yang paling sesuai.


SEMASA PERKAHWINAAN
CINA
INDIA
Kemuncak upacara
Upacara perkahwinan

rumah pihak lelaki dan

perkahwinan masyarakat

dilakukan di rumah

perempuan

Cina ialah pada sebelah

pengantin perempuan

malam iaitu jamuan makan.

ataupun di kuil oleh

Jamuan makan ini

seorang ketua agama.

diadakan secara besar-

Pada satu kawasan empat

besaran samada di rumah,

segi di kuil itu, sami akan

dewan, atau restoran.

menyalakan api dan


menyembah Tuhan untuk
menyaksikan perkahwinan
tersebut.

vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

REFLEKSI
MUHAMMAD ZAHIN BIN IBRAHIM
930822-01-5107
Saya telah diberi tugasan kerja kursus projek WAJ 3101 Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS). Secara kasarnya, saya melihat tajuk yang diberikan begitu rumit dan sukar
untuk difahami. Namun selepas merujuk kepada pensyarah pembimbing, saya telah
mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini.
Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan oleh Puan Nor Raihan Bt Mohd Nor
telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Saya cuba mencari bahan-bahan rujukan
untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut saya telah
mengunjungi pusat sumber dan saya juga berjaya dapatkan beberapa buah buku daripada
senior-senior yang saya kira amat membantu. Saya juga menggunakan laman sesawang
untuk mencari bahan rujukan.
Setelah beberapa hari, akhirnya saya dapat menyiapkan juga tugasan ini sebelum
tarikh menghantar tugasan tamat. Tugasan ini merupakan tugasan yang mengkaji berkaitan
dengan persamaan dan perbezaan yang terdapat di dalam upacara perkahwinan orang
Melayu, cina, dan India.
Daripada tugasan ini, saya memperoleh pelbagai pengetahuan baru yang saya kira
tidak akan dapat saya peroleh seandainya bukan saya sendiri yang mengkajinya. Antara
pengetahuan yang saya dapat ialah saya dapat mengetahui adat perkahwinan tiga bangsa
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

utama. Sebagaimana yang kita semua dimaklumkan bahawa setiap kaum atau bangsa yang
ada didalam dunia kini mempunyai adat dan tradisi atau cara perkahwinan yang berbeza
diantara satu sama lain. Di Malaysia terdapat tiga kaum yang utama dan beberapa
komunitiyang lain. Oleh demikian, setiap kaum mempunyai pelbagai kebudayaan dan corak
hidupyang berbeza- beza. Hal ini amat jelas kerana pada masa kini kita semua dapat lihat
perkara ini dengan nyata sekali. Kita tidak perlu lihat ke tempat yang lebih jauh kerana
didalam

negara

kita

sendiri

pun

terdapat

pelbagai

jenis

bangsa

yang

masing-

masingmempunyai adat dan cara perkahwinan yang tidak sama. Sebagai contoh, kaum
Cinamempunyai

cara

perkahwinannya

yang

tersendiri.

Begitu

juga

dengan

kaum

Melayu,India dan sebagainya lagi yang terdapat di negara kita


Walaubagaimanapun hari tidak selalu cerah, dalam menyiapkan tugasan ini saya
berdepan dengan beberapa masalah iaitu kesukaran dalam mendapatkan bahan yang
mencukupi. Oleh kerana kurikulum ini merupakan kurikulum baru, maka bahan-bahan rujukan
daripada buku amat sukar untuk diperoleh. Maklumat-maklumat daripada internet juga tidak
mencukupi dan tidak tepat. Hal ini kerana, maklumat yang terdapat di internet kebanyakan
ditulis oleh golongan yang bukan pakar dalam kurikulum ini. Oleh itu, saya terpaksa membuat
rujukan sendiri berdasarkan buku yang ada. Selain itu, subjek ini juga merupakan subjek
yang memerlukan banyak bacaan. Hal ini telah menyebabkan proses menyiapkan tugasan ini
menjadi lambat.
Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah Puan Nor Raihan Bt
Mohd Nor atas bantuan yang diberikan. Tidak lupa ibu bapa yang banyak memberi sokongan
dan rakan-rakan yang sentiasa membantu dalam bersama-sama menyempurnakan tugasan
ini.

vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

REFLEKSI
RONNEY HILTON ABIDIN ( 9305 12 6805 )
Saya berasa bersyukur dan gembira apabila dapat menyiapkan tugasan berkumpulan ini.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang saya sayangi, Puan
Noor Raihan binti Mohd Nor kerana banyak memberi tunjuk ajar dan maklumat berguna
kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
rakan kumpulan saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini serta
memberikan kerjasama yang baik sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Sebelum memulakan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan saya yang lain telah berbincang
dan membahagikan tugas untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam pencarian maklumat, saya
dan rakan kumpulan telah mencari buku buku yang boleh dijadikan bahan untuk tugasan
ini. Selain itu, sumber internet juga adalah sumber maklumat yang amat membantu kami
untuk menyiapkan tugasan ini. Kami sentiasa berbincang dalam kumpulan untuk
mendapatkan maklumat yang lebih mantap dan lebih berguna dalam tugasan ini berdasarkan
sumber-sumber yang kami perolehi.
Melalui tugasan ini, saya dapat memahami adat perkahwinan bagi orang Melayu, India dan
Cina dengan lebih dalam lagi. Setiap kaum mempunyai adat perkahwinan yang berbeza.
Walaubagaimanapun, terdapat juga persamaan dari segi adat perkahwinan di antara ketiga
tiga kaum tersebut. Sebagai contoh, kaum melayu, india dan cina mempunyai adat merisik
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

dalam adat perkawinan. Merisik merupakan perkara yang menjadi lumrah sejak dari dulu lagi
untuk memastikan gadis yang dihajati seseorang lelaki itu belum berpunya. Adat merisik ini
masih diteruskan sehingga ke hari ini.
Selain itu, tugasan ini secara tidak langsung memberikan pengalaman yang berguna
kepada saya kerana saya juga bakal berkahwin pada masa akan datang. Oleh yang
demikian, pengalaman yang saya dapat melalui tugasan ini dapat saya praktikkan ketika saya
ingin berkahwin suatu hari nanti. Walaubagaimanapun, saya masih perlu belajar dengan lebih
mendalam lagi tentang adat perkahwinan kerana banyak aspek yang perlu dititikberatkan
sebelum ingin berkahwin dengan seseorang.

Akhir sekali, perkara yang saya dapat pelajari selepas menyiapkan tugasan ini ialah saya
dapat mengetahui bahawa pentingnya kerjasama dalam kumpulan untuk menyiapkan
sesuatu tugasan. Selain itu, pemikiran positif antara satu sama lain juga harus sentiasa
ditekankan untuk memudahkan penerimaan idea-idea lain daripada ahli kumpulan. Sekali lagi
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan juga ahli kumpulan saya
kerana banyak membantu saya mencari maklumat dan bantuan lain untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Tanpa bantuan mereka mungkin tidak dapat saya menyiapkan tugasan
tersebut.
Sekian terima kasih.

vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

REFLEKSI
MOHAMAD IFFAT FAISHAL BIN MOHD NASIR

Allahamdulilah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaanNya dan


rahmatNya ke atas saya sepanjang menyiapkan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia
ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang besar dihadapi. Terdapat banyak manfaat
yang telah saya dapati dalam menyiapkan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pada
mulanya saya berpendapat, bahawa subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini tidak perlu
dipelajari kerana bagi saya subjek ini tidak penting dan tiada kaitan dengan kerjaya sebagai
seorang bakal guru. Sebenarnya Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini perlu dipelajari oleh
semua individu yang bakal menjadi guru, lebih-lebih lagi mengenai konsep tamadun yang
perlu dilihat dari segi perspekstif yang lebih luas dan tidak mementingkan sahaja pencapaian
yang tinggi dalam bidang Sains dan Teknologi, tetapi pencapaian tersebut mestilah diiringi
dengan pencapaian moral dan tatasusila yang tinggi, dan akhirnya melahirkan sebuah
tamadun yang sempurna.
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

Dalam tugasan kali ini, saya diminta menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan adatadat perkahwinan melayu,cina dan india dari segi persamaan dan perbezaan.Banyak
pengetahuan yang telah diperolehi secara tidak langsung melalui tugasan ini.Antara
pengetahuan yang telah diperolehi, saya dapat membezakan adat-adat perkahwinan bagi
bangsa cina dan india.Dalam adat perkahwinan melayu,kebanyakan kita telah mengambil
beberapa adat daripada bangsa india,sebagai contoh pengantin berinai dan sebagainya.
Perkahwinan merupakan satu lumrah hidup yang telah dianugerahkan oleh Yang
Maha Esa kepada sekalian makhluknya untuk memperkembangkan lagi waris dan zuriat.Oleh
itu,pelbagai adat yang telah timbul,dimana telah diamalkan oleh nenek moyang kita
dahulu.Banyak ilmu dan sejarah bagaimana sesuatu adat itu diwujudkan terutama dalam
majlis perkahwinan.Negara kita yang berbilang kaum ini,saya telah mengambil peluang untuk
mempelajari adat-adat perkahwina yang diamalkan oleh bangsa lain.
Syukur kerana saya telah memperolehi maklumat tersebut melalui bahan bacaan dan
rujukan internet.Di mana telah banyak maklumat yang dimuat turunkan ke dalam internet.
Akhir sekali,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak
membantu dan memberikan bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini mengikut
kritirea tugasan yang baik.InsyaAllah segala ilmu dan pengetahuan ini akan saya kongsikan
dengan murid-murid apabila saya ditempatkan sebagai seorang guru.

Sekian,terima kasih.

vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

RUJUKAN

vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

Aleeya Atiqah bt. Ammar dan Mohd. Aizat Idrus (2004),Fokus e-masteri SPM Sejarah
Tingkatan 5, Bangi : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Fatimah Azzahra dan Yusri Ab. Malik (1995),Hari PerpaduanPetaling Jaya :Penerbit Setiamas

Ranjit Singh Malhi (1988),Siri Rujukan Pengajian Am Kenegaraan Malaysia


,Petaling Jaya : 1988 Federal Publications Sdn. Bhd.

Ruslan Zainuddin, Ku Halim Ku Arifin, Dr. Zaid Ahmad dan Dr. Ho Hui Ling(2006),
Hubungan Etnik , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran dan Kok Meng Kee (2005),
Pengajian Am Kertas 1 & 2 STPM , Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.

LAMPIRAN
vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

SENARAI KANDUNGAN
M/S
HALAMAN PENGAKUAN

i-iii

PENGHARGAAN

iv-v

SENARAI KANDUNGAN

vi

1.0 UPACARA PERKAHWINAN ORANG MELAYU

1-3

2.0 UPACARA PERKAHWINAN ORANG INDIA

3-7

3.0 UPACARA PERKAHWINAN ORANG CINA

7-10

4.0 PERSAMAAN UPACARA PERKAHWINAN ORANG MELAYU, INDIA


DAN CINA

11-12

5.0 PERBEZAAN UPACARA PERKAHWINAN ORANG MELAYU, INDIA


DAN CINA

13-14

REFLEKSI

15-20

RUJUKAN

21

vi

PISMP SEMESTER 1 RBT(SK) AMBILAN JANUARI 2013

WAJ 3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

LAMPIRAN

22

vi

You might also like