You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN LEPAS UPSR 2011 KE POLITEKNIK

SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM, KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA


1.PENDAHULUAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah bersama-sama dengan pihak pengurusan
sekolah, dan Unit Kecemerlangan Tahun 6, akan mengadakan Program Lawatan sambil
Belajar ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Kuala Lumpur & Putrajaya.
2. RASIONAL
Rasional diadakan program ini adalah sebagai pencetus minat pelajar agar bersungguhsungguh untuk belajar di samping meneroka minda mereka di tempat yang belum pernah
di lawati mereka.
3. MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk murid merehatkan minda selepas habis UPSR 2011
sambil belajar bagaimana mahu menjadi warga yang cemerlang.
4. OBJEKTIF.
1. Dapat melahirkan murid-murid yang bersemangat tinggi untuk mencapai citacita.
2. Membuka minda murid apabila dapat melawat tempat yang belum pernah
mereka lawati.
3. Mewujudkan kerjasama yang sudah sedia terjalin antara pihak Politeknik
Sultan Idris Shah dan Pihak Sekolah.
4. Dapat mewujudkan hubungan mesra dalam kalangan pelajar dan guru-guru.
5. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 6 SK Kota Dalam.(35 Orang)
6. KAEDAH PELAKSANAAN
6.1. Program Lawatan 2 hari dan 1 malam
6.2 Pengisian Program

Lawatan Sambil Belajar

6.3 Hari/ Tarikh

Jumaat Ahad (23, 24 & 25 September


2011)

6.5 Masa bertolak

10.30 malam (23 September 2011)

6.6 Tempat

Politeknik Sabak Bernam


Kuala Lumpur ( Petro Sains, KLCC,
KL Sentral)
Putrajaya (Seri Perdana, Masjid Besi
Putrajaya)

7. Sumber Kewangan
PCG Bimbingan dan Kaunseling
Peruntukan Program Kecemerlangan Murid UPSR
Daripada yuran murid
8. Anggaran Perbelanjaan
Sewa Bas (3 hari)
Makan & Minum - RM 12.00 x 35 orang murid
Duit Bayaran Masuk ke tempat lawatan
=(RM 4.50 + RM 5.00 + RM 1.60) x 35 orang murid
JUMLAH

=
=

RM 2000.00
RM 420.00

=
=

RM 388.50
RM 2808.50

9. JAWATAN KUASA
Pengerusi

Tn Hj Mohd Daud bin Sumrah


(Guru Besar SK Kota Dalam)

Naib Pengerusi

Pn Hjh Saripah bt Sudin


(Penolong Kanan Kurikulum)
Pn. Hjh Amnon bt Muhammad
(Penolong Kanan HEM)
En Le Romzi b Abd Samad
(Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras

En Mohd Faizal bin Ismail

Ketua Rombongan

Cik Ruhaiza bt Kalam

Setiausaha

Pn Noormawati bt Kamaruddin

Ahli Jawatan kuasa

Pn Noraini bt Ibrahim
Pn Azlina bt Haron

10. Tentatif Program


Hari Jumaat
10.00 malam

Bertolak Ke Politeknik Sultan Idris Shah

Tiba di Politeknik Sultan Idris Shah

Hari Sabtu
6.00 pagi

8.30 pagi 6.00 petang -

Program Kunjung Kasih:


Bersama Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

Hari Ahad
7.00 pagi
7.30 pagi
9.30 pagi
11.00 pagi
12.00 t/ hari
1.00 petang
4.30 petang
8.00 malam

Sarapan pagi
Bergerak ke KLCC
Tiba di KLCC (Petrosains)
Ke KL Sentral
makan tengah hari
menaiki ERL ke Putrajaya
tiba di Putrajaya
Lawatan Ke Seri Perdana
Masjid Besi, Putrajaya
Pulang ke SK Kota Dalam
Tiba di SK Kota Dalam

11. PENUTUP
Semoga program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama murid dan guruguru. Disamping itu dapat memberi banyak pengetahuan dan pengalaman kepada murid
dalam menggapai cita-cita mereka.
Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(MOHD FAIZAL BIN ISMAIL)


Guru Bimbingan & Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Kota Dalam
Ayer Hitam

PROGRAM KUNJUNG KASIH 2011


Pendahuluan:
Merupakan satu program susulan selepas Program Tautan Warisan 2011 di mana di dalam
program ini.murid-murid dapat bersama-sama mempelajari kehidupan belajar di menara
gading. Program ini lebih kepada program mengenal pasti dan seterusnya meneroka citacita murid-murid itu sendiri. Di samping itu juga program ini juga adalah merupakan
antara program santai yang mengisi slot Program Lepas UPSR 2011 bagi menenangkan
fikiran setelah mengharungi peperiksaan UPSR 2011.
Objektif:
1) Mewujudkan hubungan yang erat antara pihak PSIS dan SK Kota Dalam
2) Para peserta lawatan mengenali apa yang ada di PSIS
3) Murid-murid dapat memahami tentang apa yang perlu ada dalam mengejar citacita.
4) Fasi-fasi dari program Tautan Warisan 2011 yang lalu dapat terus membimbing
murid-murid SKKD yang hadir dalam membantu mereka menggapaikan apa
yang mereka impikan.
5) Menenangkan fikiran setelah menduduki peperiksaan UPSR 2011
Sasaran:
Murid-murid Tahun 6 SKKD (35 orang)
Pelaksanaan Program:
Hari
:
Sabtu
Tarikh
:
4 September 2011
Masa (mula) :
8.30 pagi
Tempat:
Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam
Personalia
;
Fasilitator dari Politeknik Sultan Idris Shah
Kaedah Program:
Lawatan & Aktiviti

Menu Murid
Sarapan Pagi: (Sabtu, 24 Sept 2011) RM 2.50
Mee Goreng
Telur Goreng
Kuih
Air Teh O
Makan Tengah Hari: (Sabtu, 24 Sept 2011) RM 3.50
Nasi Putih
Ayam masak kicap
Sayur
Air Sirap
Makan Malam: (Sabtu, 24 Sept 2011) RM 3.50
Nasi Putih
Ayam masak kari
Sayur
Air Oren
Sarapan Pagi: (Sabtu, 24 Sept 2011) RM 2.50
Nasi Lemak
Kuih
Ai The O
JUMLAH : RM 12.00 seorang