Tuan Hj Ali Cikgu Zul Cikgu Mat Abang Kliner Johan Aina Tirai dibuka

Pengetua Sekolah. Berumur kira-kira 52 tahun. Cikgu Alam Sekitar. Berumur kira-kira 30 tahun. Cikgu Rekacipta dan Mekanikal. Berumur kira-kira 28 tahun. Bertugas sebagai Tukang Bersih sekolah. Berusia kira-kira 45 tahun Pelajar Tingkatan 4 yang nakal. Pelajar Tingkatan 5 yang bertugas sebagai Pengawas.

Kelihatan persekitaran kantin sekolah yang dipenuhi dengan kekotoran sampah sarap. Pengetua Sekolah, Tuan Haji Ali sedang berjalan bersama dengan Guru Kelab Alam Sekitar, Cikgu Zul. Tuan Hj Ali Cikgu Zul Tuan Hj Ali Cikgu Zul Kenapa kawasan ini penuh dengan sampah sarap? Inilah yang seringkali berlaku selepas waktu rehat Tuan Haji. Pelajar meninggalkan sampah selepas makan dilantai kantin atau di atas meja makan sahaja. Saya hairan Cikgu Zul, kenapa perkara ini masih berlaku? Sepatutnya Program 3K kita iaitu kebersihan, keceriaan dan kecantikan sekolah kita dapat dilaksanakan dengan baik memandangkan kita ingin mencapai peringkat Sekolah Cemerlang menjelang 2010. Sebenarnya, ada segelintir pelajar yang masih melanggar peraturan dengan membiarkan sampah sarap mereka selepas makan semasa rehat merata-rata. Selain daripada itu, sampah sarap yang dibuang oleh pelajar lain, terlampau banyak sehinggakan dua tong sampah hitam kita di kantin tidak mencukupi. Kalau tidak mencukupi, kita kena tambah bilangan tong samaph hitam di kantin. Saya sudah pun menempah dua puluh buah tong sampah untuk kegunaan di kantin, dewan dan sekitar kelas. Bagus, bagus... Selain daripada itu, penggunaan tong sampah kitar semula nampaknya kurang berkesan. Kenapa pula? Pelajar-pelajar kita seringkali menggunakan tong sampah ini seperti mereka menggunakan tong sampah hitam yang biasa. Mereka mencampur adukkan sampah sarap mereka ke dalam tong sampah kitar semula. Kadang kala kami.. saya dan ahli kelab alam sekitar menemui sampah sarap organik seperti nasi, tulang-tulang ayam dan makanan lain. Kalau macam tu, kita kena sentiasa mengingatkan pelajar kita teknik penggunaan tong sampah ini dengan betul. Seperti yang Tuan Hj ketahui, dalam tahun ini sahaja saya dah beberapa kali mengingatkan pelajar mengenai kebersihan ini. Saya juga mengajar mereka penggunaan tong sampah ini dengan betul. Tapi... malangnya, masih ada segelintir pelajar ini yang degil dan tidak mengendahkan teguran ini. Kali ini, kita mesti mengetatkan lagi peraturan ini. Setiap pelajar yang ditangkap kita mesti kenakan denda yang lebih berat. Tak apa Cikgu Zul... saya akan bincangkan ini terutamanya dengan Guru Disiplin Sekolah. Cikgu teruskan kerja Cikgu, nanti saya panggilkan tukang bersih untuk menyapu dan mengemaskan kawasan ini.

Tuan Hj Ali Cikgu Zul Tuan Hj Ali Cikgu Zul Tuan Hj Ali Cikgu Zul

Tuan Hj Ali Cikgu Zul

Tuan Hj Ali

Tuan Hj Ali berlalu keluar meninggalkan Cikgu Zul. Cikgu Zul memandang sampah sarap ini dengan perasaan sedih dan berlalu menuju ke tong sampah kitar semula. Seketika kemudian, datang tukang bersih sekolah. Abang Kliner Dah habis rupa-rupanya rehat... sedap-sedap tidur, kena panggil pulak tolong bersihkan kantin... Budak-budak ni pun satu, tak pandai la nak buang sampah kat tempat yang betul. Sekolah je tinggi, tak pandai membaca... apa guna. Kalau macam aku lain la. Aku dulu... kalau lulus SPM, tak la aku pegang pensel panjang ni. Alahai... susahnya dalam hati, kena menyapu sampah, terkenang peristiwa, aku gagal SPM... Cantik juga suara aku ni. Rasarasanya boleh masuk Akademi Fantasia ni. Cikgu Mat masuk...

Abang Kliner Selamat pagi Cikgu... Cikgu Mat Ha... Selamat pagi.. Eh Zul, kau buat apa ni? Cikgu Zul Aku tengah mengasingkan sampah-sampah ni mengikut kategori tertentu. Yang ini untuk kertas, yang ini untuk tin... Cikgu Mat O... untuk Program Kitar Semula kau tu ya... Cikgu Zul Ya... Aku bingung betul la... Cikgu Mat Apa yang kau bingung? Tu la kau asyik main dengan sampah, sampai otak pun boleh jadi bingung. Cikgu Zul Ai Mat... cakap jangan sebarang cakap... Cikgu Mat Ala rileks la Zul, aku gurau saja tu... Apa yang kau bingung sangat ni? Cikgu Zul Ni ha... pelajar-pelajar kita ni. Dah banyak kali aku tegur, sampah sarap masih lagi mereka buang merata-rata tempat. Bukan setakat tu saja, ni... Tong sampah kitar semula, mereka buat macam tong biasa saja. Aku dengan pelajar alam sekitar aku tu, penat tau. Setiap hari kami mengasingkan sampah sarap ni mengikut kategorinya. Cikgu Mat Kesian pulak aku dengan cerita kau ni... Cikgu Zul Kau tahu... Cikgu Mat Tak tahu... Cikgu Zul Kalau tak tahu, aku bagitau kau. Sebenarnya sistem tong sampah kitar semula ni, tak berkesan tau. Cikgu Mat Memang la tak berkesan kalau pelajar kita asyik menyalahgunakan tong sampah ni. Cikgu Zul Benar... tapi semasa pihak perbandaran mengutip semula sampah sarap daripada tong kitar semula ni, sampah sarap ni dimasukkan ke dalam lori sampah dan bercampur balik... Kira sebenarnya sia-sia saja usaha aku nak mengasingkan sampah sarap ni. Bila dah bercampur balik di dalam lori sampah tu, mana dapat diasingkan semula di tapak pelupusan sampah. Cikgu Mat Teruk la kalau macam tu... maksudnya, sampah sarap ni akan mengalami perkara yang sama macam sampah sarap daripada tong hitam yang biasa ni. Cikgu Zul Betul.... Kalau la kita ada satu mesin... Cikgu Mat Mesin apa? Cikgu Zul Mesin membantu pengitaran semula barang-barang ni. Aku tahu aku cuma berangan. Tapi kalau boleh, aku mahu mesin tu boleh membantu aku memampatkan kertas-kertas, tin dan benda-benda lain. Selain daripada itu, sampah sarap organik ni boleh dihancurkan untuk menjadi baja kompos. Lepas tu kan semua benda ni dapat dikeringkan untuk menghilangkan bau-bauan yang tak menyedapkan deria hidu kita... Hmm... tinggi betul angan-angan aku ni kan... tak mungkin ada pun benda macam ni... Cikgu Mat Ai jangan cakap tak ada... aku kan guru rekacipta dan mekanikal kat sekolah ni... sebenarnya... Cikgu Zul Sebenarnya apa? Cikgu Mat Sebenarnya, aku ada mesin yang kau cakapkan tu... Salah seorang pelajar aku tu pelajar kelab alam sekitar kau. Dia hari tu minta pertolongan aku untuk memikirkan satu alat yang boleh membantu dalam hal-hal pengitaran semula ni. Jadi... Alat tu dah siap kat bengkel aku. Cikgu Zul Betul ni Mat... kau jangan nak tipu aku pulak... Cikgu Mat Betul... kalau kau tak percaya, aku pergi ambil... Cikgu Zul Baiklah... kau pergi ambil sementara aku teruskan kerja aku ni... Cikgu Mat Ok... kau tunggu sini ya... Cikgu Mat keluar meninggalkan kawasan kantin. Cikgu Zul kelihatan menggeleng geleng kepala seperti tidak mempercayai cerita Cikgu Mat. Cikgu Mat Abang Kliner Cikgu Mat Abang Kliner Abang Kliner, boleh tolong saya sebentar.. Boleh, boleh Cikgu... Cikgu nak saya tolong apa? Tolong saya asingkan bahagian ni... Baik, baik...

Masuk seorang pelajar yang sedang makan keropok. Beliau duduk di salah sebuah kerusi di kantin tersebut. Johan Rehat dah habis... (melihat jam) ala awal lagi ni... Apa yang mereka nak rebut-rebutkan masuk kelas Cikgu Nordin tu... dah la mengajar syok sendiri... eh, dah habis pun... mana tong sampah? Hmm, jauh la pulak. Malas la... (membuang sampah tersebut ke lantai) Apa nak buat sekarang? Rasa macam nak ponteng kelas saja.... Baik aku pergi ke.... Apa kamu buat kat sini? Ponteng kelas ya... Mana ada... aku baru nak pergi ke kelas. Baru nak pergi kelas... Kelas dah mula 10 minit yang lepas. tu, kau buat apa? Ponteng jugak... Mengata orang dia yang lebih... Saya pengawas... memang disuruh meronda... Ha tengok tu, dah la ponteng kelas, membuang pulak sampah merata-rata.. Sampah? Sampah apa? Tu, plastik keropok yang baru kamu makan tu... Kenapa? Plastik tu ada nama saya ke? Sebarangan saja nak tuduh orang... Saya tak tuduh... tu tanda yang awak makan keropok tu (menunjuk baju Johan yang ada sedikit bekas keropok)... Dah kutip sampah tu... Siapa awak nak paksa aku kutip sampah tu... Kau kutip la sendiri. Baik awak kutip sebelum saya laporkan kepada Guru Disiplin. Eii... takutnya saya dengan awak... awak kutip la sendiri... Apa bising-bising ni? Ni Cikgu, saya tangkap pelajar ni ponteng kelas dan membuang sampah merata-rata... Awak tak nampak tong sampah ke nak buang sampah tu sebarangan? Tak nampak Cikgu. Pelajar macam kamu ni la yang merosakkan persekitaran sekolah kita. Kutip sampah tu... kat sana tong sampah...

Aina Johan Aina Johan Aina Johan Aina Johan Aina Johan Aina Johan Cikgu Zul Aina Cikgu Zul Johan Cikgu Zul

Johan mengutip sampah tersebut dan bergerak beberapa langkah. Muncul Cikgu Mat dengan set peralatan yang dinyatakan beliau tadi Cikgu Mat Ha Zul, ini la peralatan yang aku katakan tadi.... Cikgu Zul Apa benda ni Mat? Cikgu Mat Ini la mesin pengitar semula yang kau mahu tadi... Johan Macam besi buruk je... Bagus kita jual, dapat duit banyak... Cikgu Zul Awak ni, penat-penat cikgu dan pelajar cikgu buat, awak kata besi buruk? Cikgu Zul Boleh dipakai ke mesin engkau ni, Mat? Cikgu Mat Mesti la boleh... aku kan ke Guru Rekacipta dan mekanikal terhebat kat sekolah ni... Cikgu Zul Ya la tu... Johan Apa guna nya mesin ni Cikgu? Cikgu Mat Mesin ni... (Tuan Haji Ali muncul dan menegur pelajar) Tuan Hj Ali Apahal ni? Kenapa pelajar ni tak masuk kelas? Cikgu Zul Pengawas ni telah menangkap pelajar ni ponteng kelas dan membuang sampah sebarangan. Tuan Hj Ali Betul tu? (Bertanya dengan Pengawas) Aina Betul Cikgu. Tuan Hj Ali Kalau macam tu, awak bawa dia ke Bilik Disiplin dan selepas itu, awak balik ke kelas. Dah lewat dah ni. Aina Baik Cikgu.... Tuan Hj Ali Ini apa benda ni? Cikgu Mat Ini adalah hasil daripada rekacipta pelajar saya Tuan Haji... Mesin ini boleh membantu sedikit permasalahan yang Cikgu Zul hadapi sekarang. Tuan Hj Ali Masalah apa? Cikgu Zul Masalah berkaitan dengan Program 3K kita Tuan Haji. Cikgu Mat Mesin ini terbahagi kepada tiga komponen utama. Komponen pertama ini adalah bahagian pengisar. Bahagian ini mempunyai mata yang tajam yang boleh menghancurkan kertas serta

sisa-sisa organik sepeti sisa makanan. Semasa proses ini, sedikit air diperlukan untuk memastikan bahan yang kita masukkan dapat dikisar sehingga hancur. Abang Kliner Macam mesin pengisar bawang kat rumah saya je... Cikgu Mat Konsep yang digunakan memang seperti mesin pengisar bawang yang digunakan di rumah. Cuma, kali ini selain daripada bawang, kita boleh masukkan kertas atau sisa makanan. Tuan Hj Ali Bagaimana dengan tulang? Cikgu Mat Tulang ayam yang kecil dan tulang ikan pun boleh dihancurkan sekali. Cuma sekarang ni, masalah berlaku apabila ada tulang besar seperti tulang di bahagian paha ayam atau tulang lembu. Bahagian tersebut terlalu keras untuk dikisar menggunakan mesin pengisar ini. Cikgu Zul Maksudnya semua sisa-sisa makan akan dihancurkan. Cikgu Mat Ya betul... Selepas semua nya hancur, kita akan mengalihkan bahagian ini ke komponen kedua. Komponen kedua ini bertujuan untuk mengeringkan. Semua yang kita hancurkan tadi kan berair sedikit. Jadi kita mesti keringkan sedikit air yang terkandung di dalam bahan tadi. Di dalam komponen ini ada mesin pemanas di mana pemanas ini akan bertindak sebagai pengeering untuk bahan-bahan ini. Tuan Hj Ali Selepas itu? Cikgu Mat Bahan yang sudah dikeringkan perlu dimasukkan ke dalam pemampat. Di dalam komponen ketiga ini, bahan akan dikenakan satu tekanan di mana bahan ini akan mengikut bentuk kotak ini. Jadi bahan ini akan terkeluar menjadi bentuk seperti satu blok bata. Bahan sisa organik yang telah dimampatkan boleh digunakan oleh Cikgu Zul. Apa yang perlu beliau lakukan hanyalah mencampurkan blok sisa organik ini dengan tanah dan dibiarkan beberapa hari dan terhasillah baja kompos yang boleh digunakan oleh tukang kebun kita untuk membaja tumbuh-tumbuhan sekitar sekolah. Abang Kliner Habis tu, kertas pun jadi baja juga? Cikgu Mat Tidak, kertas yang dijadikan blok ini boleh dijual kepada kilang untuk dikitar semula menjadi kertas kitar semula. Duit hasil daripada jualan ini boleh dijadikan sumber untuk menjadikan sekolah kita menjadi lebih ceria. Selain daripada itu, tin-tin pun boleh dimasukkan ke dalam pemampat ini untuk membantu proses mengkemikkan tin dan tin ini juga boleh dijual kepada kilang. Jadi Cikgu Zul tak akan menghadapi masalah pihak perbandaran mencampurkan semula sampah yang telah diasingkannya. Cikgu Zul Betul tu... bagus betul mesin ni Mat. Macam mana dengan botol plastik? Cikgu Mat Botol plastik boleh dimasukkan ke dalam pengering dulu dan dikeluarkan angin di dalam botol dan kemudian dimasukkan ke dalam pemampat untuk mengkemikkan lagi botol tersebut. Tuan Hj Ali Banyak ke kos kita nak mencipta alat ini, Mat? Cikgu Mat Setakat ini, pelajar saya telah menggunakan alat terpakai sahaja. Jadi kos pembuatannya sangat rendah. Tuan Hj Ali Kalau macam tu, boleh kita perbanyakkan lagi barangan ini dan jadikannya pengganti tong sampah kita. Dengan itu, pelajar-pelajar sendiri boleh membantu mengendalikan alat ini selain daripada Kliner kita. Kliner Maksudnya, saya tak paya kerja la Tuan. Macam mana saya nak cari makan Tuan? Tuan Hj Ali Bukan macam tu, Kliner. Maksudnya kerja kamu di bahagian ini akan berkurangan. Jadi kamu dapat tumpukan kepada kerja-kerja kamu yang lain. Cikgu Zul Cuma sekarang ni, kita perlu mendidik pelajar-pelajar kita supaya menjadi lebih bertanggungjawab. Cikgu Mat Sebab itu la kita mesti menggunakan Sains dan Teknologi Sebagai Semua Peneraju Wawasan Negara. Tirai di tutup. TAMAT