You are on page 1of 4

ABU HURAIRA

Sesiapa berdusta terhadap saya dengan sengaja, maka hendaklah dia


mempersiapkan tempat duduknya di dalam api neraka

PROFIL PERIBADI

Abu Huraira r.a.


Beliau dilahirkan pada 19 tahun sebelum Hijrah.
Nama beliau sebelum memeluk Islam ialah Abd Syams.
Beliau telah memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah berada
di Khaibar.
Beliau berasal daripada qabilah al-Dusi di Yaman.
Beliau telah berkahwin dengan Bisrah binti Gazwan.
Beliau seorang perawi hadith yang terkemuka.
Masih hidup sederhana walaupun setelah menjadi orang berada.

ORANG-ORANG YANG
TERDEKAT

Abu Hurairah r.a. adalah sahabat yang sangat dekat dengan Nabi S.A.W. Ia
dikenal sebagai salah seorang ahli shuffah, yaitu orang-orang miskin atau
sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat
dengan Nabi S.A.W., sehingga baginda selalu menyuruh Abu Hurairah r.a.
untuk mengumpulkan ahli shuffah, jika ada makanan yang hendak
dibagikan.

PENGALAMAN YANG
MEMPENGARUHI TOKOH TERSEBUT