You are on page 1of 15

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


TINGKATAN 3

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat :

1. Mengetahui maksud komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, komposisi badan, kuasa,
kelajuan, dan prinsip-prinsip latihan;
2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;
3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan
pergerakan kreatif dengan betul dan selamat;
4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;
5. Mengetahui peluang-peluang kerjaya dalam sukan;
6. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan;
7. Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik; dan
8. Mengetahui pengurusan sesebuah organisasi dalam persatuan sukan dan permainan.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap
kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat:
1. Memahami kesan amalan pengambilan makanan secara berlebihan;
2. Menjelaskan erti perkahwinan dan hidup berumah tangga;
3. Menjelaskan keperluan diet harian berdasarkan kumpulan peringkat umur;
4. Memahami kesan stres dan langkah-langkah mengatasinya;
5. Memahami implikasi pengambilan dadah terhadap masyarakat, ekonomi dan keselamatan negara;
6. Menjelaskan akta dan undang-undang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit; dan
7.

Mengaplikasi prinsip dan prosedur external cardiac compressions (ECC) dan, cardiopulmonary resuscitation (CPR).

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan
kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan
dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,
pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat,
kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,
pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap
positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran
berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat dan
berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi
dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti
minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan
secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

TUNJANG/BIDANG

BAND

DESKRIPTOR BAND
Menyatakan definisi setiap komponen kecergasan fizikal dengan betul.

KECERGASAN:
KECERGASAN FIZIKAL
a) Daya tahan
kardiovaskular
b) Daya tahan otot
c) Kekuatan otot
d) Komposisi badan
e) Kuasa
f) Kelajuan
g) Prinsip latihan

Mengenal pasti organ /otot utama yang terlibat dalam lakuan aktiviti berdasarkan
komponen-komponen kecergasan fizikal dengan betul
Mengetahui konsep kebolehbalikan dan perbezaan individu dalam prinsip latihan
dengan betul.
Melakukan aktiviti-aktiviti berdasarkan komponen-komponen kecergasan fizikal
yang sesuai.
Menjelaskan contoh yang sesuai dengan konsep kebolehbalikan dan perbezaan
individu dalam program latihan.
Mengaplikasikan urutan prosedur keselamatan dalam melakukan aktiviti-aktiviti
kecergasan fizikal dengan menggunakan alatan atau tanpa alatan dengan betul.
Menyediakan satu contoh jadual program kecergasan diri berasaskan prinsip
kebolehbalikan dan perbezaan individu dengan betul.

Menghubungkaitkan faedah dan kaedah melakukan aktiviti berdasarkan komponen


kecergasan fizikal dengan aktiviti fizikal harian dan sukan yang sesuai.

Menguasai tatacara dengan membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan aktiviti


kecergasan fizikal dengan betul .

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

TUNJANG/BIDANG

BAND

DESKRIPTOR BAND

KEMAHIRAN:

Menyatakan lima kemahiran asas permainan bola tampar dengan betul.

SUKAN
Permainan
a) Bola tampar

Menyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam melakukan kemahiran asas permainan
bola tampar dengan betul.

Melakukan kemahiran-kemahiran asas bola tampar dengan teknik yang betul.

Mengenal pasti dengan jelas kesalahan teknik lakuan dalam situasi sebenar permainan bola
tampar .

Mempamerkan aksi kemahiran dan mengaplikasi undang-undang dan peraturan dalam


situasi sebenar perlawanan bola tampar .

Menguasai dan merancang formasi asas berpasukan yang sesuai dalam situasi
perlawanan bola tampar.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

TUNJANG/BIDANG

BAND

DESKRIPTOR BAND

KEMAHIRAN:

Menyatakan enam kemahiran asas permainan sofbol dengan betul.

SUKAN
Permainan
a) Sofbol

Menyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam melakukan kemahiran asas permainan
sofbol dengan betul.

Melakukan kemahiran-kemahiran asas sofbol dengan teknik yang betul dan selamat.

Mengenal pasti dengan jelas kesalahan teknik lakuan dalam situasi sebenar permainan
sofbol.

Mempamerkan aksi kemahiran dan mengaplikasi undang-undang dan peraturan dalam


situasi sebenar perlawanan sofbol .

Menguasai dan merancang formasi asas berpasukan yang sesuai dalam situasi
perlawanan sofbol.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

TUNJANG/BIDANG

BAND

DESKRIPTOR BAND

KEMAHIRAN:

Menyatakan dua acara jalan kaki dalam olahraga dengan betul.

SUKAN
Olahraga
a) Acara jalan kaki

Mengenal pasti empat urutan fasa lakuan acara jalan kaki dengan betul.

Melakukan ansur maju dalam fasa-fasa pergerakan asas dalam kemahiran acara jalan
kaki dengan betul.

Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan acara


jalan kaki.

Mengaplikasikan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam situasi


pertandingan acara jalan kaki.

Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan aktiviti fasa-fasa pergerakan dalam acara
jalan kaki dengan betul dan selamat.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

TUNJANG/BIDANG

BAND

DESKRIPTOR BAND

KEMAHIRAN:

Menunjuk cara teknik asas pegangan cakera dengan betul.

SUKAN
Olahraga
b) Lempar cakera

Mengenal pasti dengan jelas empat urutan fasa lakuan acara lempar cakera.

Melakukan ansur maju dengan tertib dalam fasa-fasa pergerakan asas dalam acara
lempar cakera.

Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam salah satu teknik


lakuan acara lempar cakera.

Mengaplikasikan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam situasi


pertandingan acara lempar cakera.

Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan teknik dan fasa-fasa lakuan dalam acara
lempar cakera dengan betul.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

TUNJANG/BIDANG

KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR BAND

Menyatakan dengan betul empat disiplin dalam pendidikan pergerakan.

Mengenal pasti dengan betul komponen-komponen kecergasan fizikal yang diaplikasikan


dalam kemahiran pendidikan pergerakan.

Melakukan aktiviti secara tertib ansur maju pergerakan-pergerakan asas dalam


pendidikan pergerakan.

Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan kemahiran


pendidikan pergerakan.

Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan fasa-fasa dan teknik lakuan dalam
pendidikan pergerakan dengan betul.

Mereka cipta persembahan aktiviti kemahiran dalam pendidikan pergerakan.

Pendidikan pergerakan

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

TUNJANG/BIDANG

KEMAHIRAN

Rekreasi dan
kesenganggan

BAND

DESKRIPTOR BAND

Menyatakan maksud menjejak dan formasi dalam aktiviti menjejak dengan betul.

Menerangkan kepentingan formasi dan faedah dalam aktiviti menjejak dengan betul.

Menunjuk cara formasi asas dalam aktiviti menjejak dengan betul.

Melakukan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan aktiviti


menjejak.

Melaksanakan aktiviti menjejak secara terancang di persekitaran kawasan sekolah.

Mengetuai dan membimbing kumpulan dalam rakan sebaya dalam aktiviti menjejak yang
dirancang oleh guru.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

TUNJANG/BIDANG

BAND

DESKRIPTOR BAND

KESUKANAN

Pengurusan

Kerjaya dalam
sukan

Isu-isu dalam
Pendidikan
Jasmani dan
sukan

Etika

Menyenaraikan enam pasukan, persatuan, kelab sukan dan permainan yang


terdapat di Malaysia dengan tepat.
Menyenaraikan dua isu dalam sukan beserta maksud dengan tepat.
Menyatakan maksud semangat kesukanan dengan tepat.
Menyatakan maksud dan jenis-jenis kerjaya dalam sukan dengan betul.
Menjelaskan langkah-langkah yang betul bagi mengelakkan berlaku keagresifan
dalam sukan.
Menjelaskan ciri-ciri semangat kesukananpenonton berserta contoh.
Menyenaraikan dengan betul peluang-peluang kerjaya dalam sukan.
Menjelaskan proses penubuhan persatuan, kelab sukan dan permainan dengan
betul.
Menjelaskan peranan jawatankuasa dalam pasukan, persatuan dan kelab sukan
dengan betul.
Mencadangkan cara memupuk semangat kesukanan penonton yang betul.

Menjelaskan kebaikan dan keburukan komersialisme dalam sukan dengan betul.

Menghuraikan kaitan antara semangat kesukanan penonton dengan kejayaan


pasukan/negara

Memilih dan membuat folio yang berkaitan dengan kerjaya dalam sukan dengan
menggunakan pelbagai media sebagai rujukan.
Merancang dan mengelolakan aktiviti yang bersesuaian dengan pasukan sukan dan
permainan di peringkat sekolah.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

TUNJANG/BIDANG

KESIHATAN DIRI DAN


KELUARGA
Kesihatan diri
Kekeluargaan

BAND

DESKRIPTOR BAND

Menyatakan maksud berlebihan berat badan, obesiti dan indeks jisim badan dengan tepat.

Menyenaraikan sebab berlakunya amalan pengambilan makanan yang berlebihan dengan


betul.

Mengira status berat badan berdasarkan formula BMI ( Indeks Jisim Badan ) dengan tepat.

Menilai status berat badan mengikut kategori dengan tepat.


Menyatakan maksud seks sebelum kahwin dengan jelas.

Menerangkan dengan jelas mengapa seks sebelum kahwin dilarang.

Memerihalkan ciri-ciri keluarga bahagia dengan betul.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

TUNJANG/BIDANG

GAYA HIDUP SIHAT


Pemakanan

Pengurusan konflik
dan stress

Penyalahgunaan
bahan

BAND

DESKRIPTOR BAND
Menyatakan maksud kalori dengan betul.

Menyatakan dengan jelas Keperluan Diet Harian ( RDA ) mengikut kumpulan umur.
Menyatakan jenis situasi stres dengan tepat.

Menyenaraikan contoh jenis makanan yang bersesuaian dengan kandungan kalori


dengan
betul.
Menjelaskan jenis situasi yang menyebabkan stres yang biasa dialami dengan
betul.

Menyatakan dengan tepat kronologi pengambilan dadah.

Membincangkan keperluan kalori berdasarkan kepada aktiviti harian dengan jelas.


Membincang cara-cara yang sesuai untuk menguruskan stres.
Memberi contoh implikasi pengambilan dadah terhadap sosial , ekonomi dan politik
dengan betul.

Menerangkan implikasi pengambilan dadah terhadap sosial , ekonomi dan politik dengan
betul.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

TUNJANG/BIDANG
KEBERSIHAN DAN
KESELAMATAN
PERSEKITARAN

Keselamatan

Pertolongan cemas

BAND

DESKRIPTOR BAND

Menyatakan dengan jelas peruntukan yang terdapat dalam akta bagi mencegah penyakit
daripada merebak.

Menerangkan dengan tepat kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan di


bawah akta ini.
Menyatakan maksud akronim E.C.C dan C.P.R dengan tepat.

Menerangkan dengan tepat peranan dan fungsi agensi yang terlibat dalam pencegahan
dan kawalan penyakit berjangkit.

Menerangkan dengan jelas prinsip dan prosedur E.C.C dan C.P.R untuk kecederaan
ringan.

Melakukan dengan tertib amali E.C.C dan C.P.R

Mengaplikasi pengetahuan dalam mengenal pasti indikasi / keadaan yang memerlukan


E.C.C dan C.P.R .

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

You might also like