You are on page 1of 4

Pengenalan

(a)

Definisi fonetik dan fonologi bahasa Melayu

(b)

Sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu

(c)

Aplikasi prinsip-prinsip fonetik dan fonologi dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu


d)

Rumusan /Kesimpulan

e)

Organisasi Penulisan

Definisi fonetik dan fonologi Bahasa Melayu


PENGENALAN
Umumnya, ilmu linguistik difahamkan sebagai bidang yang mengkaji
bahasa. Menurut David Crystal(1991), linguistik ialah kajian bahasa secara
saintifik. Haruko Momma(2001) pula berpendapat bahawa ilmu linguistik
ialah disiplin atau bidang ilmiah yang berkaitan dengan kajian bahasa
sebagai sains. Terdapat beberapa cabang ilmu linguistik termasuk etimologi,
fonologi, leksikologi, mofologi, semantik dan sintaksis serta sosiolinguistik.
Setiap bidang ini meneliti aspek tertentu dalam bidang bahasa. Fonologi
menurut Adrian Akmajian dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan
Komunikasi yang diterjemahkan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien
memberi pengertian seperti berikut Fonologi ialah subbidang linguistik
yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa
manusia. Istilah fonologi digunakan dalam dua cara, dari satu segi fonologi
ialah sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi
tersebut.
Dari segi lain pula, dirujuk sebagai tentang bahasa manusia yang
umum yang berkaitan dengan sifat universal system bunyi semulajadi .
(1995:112) Manakala Frank Parker dalam Linguistik Untuk Bukan Ahli
Linguistik menjelaskan Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji
sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan . (1974:112).
Abdullah Hassan pula dalam Linguistik Am untu Guru Bahasa Malaysia
menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
sesuatu bahasa. (1993:40)
Fonetik merupakan bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh alat-alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang
kepada bunyi-bunyi tersebut. Ia adalah asas kepada kajian fonologi tetapi
tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia serta
tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh

manusia dengan sempurna. (Siti Hajar Abd. Aziz. 2008:90). Mengikut Kamus
Linguistik (Harimurti Kridalaksa, 1984:51) Ilmu yang menyelidiki
penghasilan penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Kamus Pelajar
Karisma oleh Ahmad Mahmood Musanif Fonetik merupakan cabang ilmu
linguistik yang mempelajari tentang alat pertuturan serta bunyi yang
dihasilkan dalam sesuatu bahasa. (2001:133). Fonetik terdapat dalam tiga
cabang iaitu Fonetik Artikulasi, Fonetik Akuistik dan Fonetik Auditori. Peta
minda di bawah menjelaskan cabang ketiga-tiga nya.

Sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu.

Umumnya ilmu fonetik ini dibahagikan kepada:


(i) Fonetik artikulasi
(ii) Fonetik akustik
(iii) Fonetik auditori.
2.2. FONETIK AKUSTIK
Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari
penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi
yang dipindahkan ini pula terkandung di dalamnya antara lain parameterparameter seperti frekuensi fundamental(Fo), intensiti dan durasi.Parameterparameter ini,iaitu frekuensi fundamental(Fo) yang diukur dalam unit

Hertz(Hz),intentsiti dalam unit desibel(dB) dan durasi dalam unit saat(s)


mendukung

fungsi

makna-makna

yang

tertentu.

Dari

sudut

pendengar,ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan sebagai kelangsingan


bunyi,kelantangan suara dan kepanjangan.
Kesemua yang terlafaz ini selari dengan objektif komunikasi dan
dapat dikatakan sering kali semua ini terancang dalam minda si penutur.
Keselarian ini berlangsung kerana ketiga-tiga parameter yang digunakan
mendukung

makna-makna

yang

tertentu.

Norma-norma

maknanya

ditentukan oleh masyarakat penutur sesuatu bahasa. Sebagai contoh


bunyi em dalam bahasa Melayu boleh menggantikan ya dalam ayat berikut :
Awak yang makan roti itu? atau
Awak

yang

pergi

ke

sana? dan

sebagainya.

Sebaliknya

jika

lafaz

bunyi em yang diberikan kepanjangan lafaz yang tertentu seperti :


emmmmm.........
Maka jawapan ya kepada

soalan-soalan di atas kini tidak lagi

berlaku. Jawapan em tidak lagi dianggap bermakna emosi yang neutral .


Hanya si pendengar dan si penutur yang hadir dalam konteks tersebut dapat
memahami peristiwa bahasa yang sedang berlaku itu. Dia sebenarnya
memahami ketentuan-ketentuan makna yang tidak pernah tertulis dalam
mana-mana buku tentang fungsi-fungsi setiap ketinggian,kekuatan dan
kepanjangan lafaz bunyi.Pengkaji-pengkaji dalam bidang ini menggunakan
bacaan

parameter

ini

bagi

mendapatkan

pola-pola

tertentu

dalam

mendeskripsikan pemindahan signal yang berlaku itu. Grafik signal adalah


seperti di bawah.

You might also like