P. 1
Kek Brownies Kukus

Kek Brownies Kukus

|Views: 1,199|Likes:
Published by Riyani_Adriani_5998

More info:

Published by: Riyani_Adriani_5998 on Jan 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/08/2010

pdf

text

original

Kek Brownies Kukus

Bahan-bahannya : (A) 120 gm coklat masakan 170 gm minyak masak (B) 130 gm tepung gandum 50 gm serbuk koko 1/2 sudu teh serbuk penaik (C) 5 biji telur 200 gm gula kastor 10 gm ovalette 1/2 sudu teh esen vanila 3 sudu besar susu pekat manis Cara Membuatnya : 1. Cairkan coklat masakan di dalam periuk secara double-boiler. Apabila coklat telah cair, masukkan minyak masak dan gaul sebati. Angkat dan sejukkan. 2. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik.Ketepikan. 3. Satukan telur, gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun dan putar hingga pekat dan gebu. 4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi diikuti dengan coklat cair yang telah sejuk. Gaul sebati. Masukkan esen vanila dan susu pekat.Gaul rata. 5. Sediakan tin bulat 8 inci digriskan dan lapik kertas serap minyak. 6. Tuangkan adunan dan kukus 45 minit hingga masak.Tutup periuk kukus dengan tuala nipis agar air wap tidak menitik pada kek. Coklat Ganache : 100 gm susu segar/UHT 300 gm coklat masakan, dicincang kecil-kecil 30 gm mentega Cara Membuatnya: 1. Panaskan susu hingga mendidih. 2. Padamkan api dan masukkan coklat masakan.Kacau hingga coklat cair. 3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga ia sebati. 4. Sejukkan 2 jam supaya ia pekat dan tuangkan atas kek. Hiaskan.

Apam Kukus
Bahan-Bahan: 3 biji telur 1 ½ cawan gula 2 cawan tepung gandum ¾ cawan air suam 1 camca besar baking powder Cara: Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam.

Apam Kukus APAM STRAWBERRY 2 biji telur 1 cawan gula 1 sudu kecil ovallete 2 sudu esen vanilla 1 cawan susu segar 2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu Jem strawberry pewarna yg disukai. Cara. 1.Panaskan pengukus 2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih. 3. Masukkan susu segar, gaul sebati 4. Masukkan tepung, sebatikan 5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai 6. Masukkan separuh aduanan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan ke atas jem tadi sampai penuh. 7.Kukus selama 10-15 minit.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->