You are on page 1of 2

PENGENALAN

Seni Dalam Pendidikan merupakan gabungan daripada seni visual, muzik dan
pergerakan. Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin
seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk
teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni
reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman
yang

dibentuk

menerusi

penggunaan

sesuatu

bahan

ataupun

medium

dengan

menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan
yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak
menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara
tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan
mereka.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang
tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard
Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini
amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu
guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka.
Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi
keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang
baru serta persekitaran yang memberi inspirasi. Sehubungan itu, seseorang guru itu perlu
mempelajari seni dalam pendidikan supaya dapat mengaplikasikan pelbagai strategi bagi
murid memperoleh ilmu pengetahuan melalui proses pembelajaran dan pengajaran yang
menyeronokkan menerusi penerokaan, memperoleh pengalaman dan eskpresi seni dalam
pendidikan.
Guru boleh mengaplikasikan seni dalam pendidikan melalui penggunaan BBM. BBM
yang sesuai oleh seorang guru itu amat penting ketika menjalankan proses PDP supaya
murid lebih memahami mengenai topik yang dipelajari. Sehubungan itu, guru perlu
menggunakan BBM yang sesuai ketika menjalankan proses PDP supaya dapat mewujudkan
proses PDP yang menyeronokkan menerusi penerokaan, dapat memberi pengalaman baru

kepada murid dan mewujudkan ekspresi seni dalam pendidikan. Guru perlu mengetahui
bahawa BBM bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar
sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja yang dapat
dialami oleh para pelajar.
Kesimpulannya, guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan
dan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar dalam kelas mereka, dengan pemilihan strategi
yang sesuai, pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok dan
objektif akan tercapai dengan mudah dan berkesan. Dengan strategi yang sesuai, pelajarpelajar dapat memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan dan ini tentunya akan
memberi kebaikan kepada guru dan pelajar.

You might also like