You are on page 1of 4

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PKE3043(
E)

REFLEKSI

SALINA BINTI HAMDAN


750719017042
UNIT PJK 1
PPG AMBILAN FEBRUARI 2012
Program Kesihatan Sekolah (PKE 3403 (E) merupakan subjek pendidikan kesihatan yang wajib
dipenuhi oleh pelajar Program Pensiswazahan Guru ambilan Februari 2014. Kami diberikan
tugasan secara berkumpulan, di mana tugasan tersebut memerlukan kami merancang program
yang berkaitan dengan Promosi Program Kesihatan Sekolah. Kami juga harus mengelola dan
melaksanakan program tersebut. Program yang telah kami rancang dan laksanakan adalah
kempen Saya Warga Sihat (I WANT). Kempen ini adalah bertujuan pemangkin kepada amalan
gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan
mengambil berat mengenai kesihatan.
Program ini merupakan satu projek bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang
dirancang oleh sekumpulan pelajar PPG kohort 2 Ambilan Feb 2014, Sekolah Kebangsaan
Astana Raja, Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, Pusat Kesihatan Daerah Rembau dan
bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar, warga sekolah
dan masyarakat sekitar. Program ini adalah bagi menyokong hasrat Program Bersepadu
Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif
1

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PKE3043(
E)

melalui amalan Hidup Sihat. Program ini telah kami laksanakan pada 21 Ogos 2014, di
Sekolah Kebangsaan Astana Raja, Rembau. Golongan yang disasarkan untuk program ini
selain warga SK Astana Raja yang terdiri daripada pentadbir, guru-guru,kakitangan sokongan
serta murid-murid, program ini juga menyasarkan penglibatan murid sekolah yang berdekatan
serta komuniti setempat.
Aktiviti yang dirancang melibatkan pameran kesihatan, Senam Robik, 10,000 langkah,
Menyediakan hidangan sihat yang dikelolakan oleh Unit promosi Pejabat Kesihatan. Terdapat
juga aktiviti Kuiz Kesihatan, Pertandingan Mencari Harta Karun Minda, Pertandingan
Menyediakan Snek Sihat untuk pelajar Sek Menengah yang dianjurkan oleh Panitia PJK dan
Unit Kesihatan. Bagi pelajar tahap 1 Pertandingan Melukis dan Mewarna di laksanakan oleh
Unit Kesihatan dan Panitia PSV. Pejabat Kesihatan Daerah Rembau menyediakan
Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk guru-guru dan staf sekolah dan menganjurkan Kempen
Menderma Darah. Ceramah anti rokok telah dikelolakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK) daerah Rembau.
Secara keseluruhannya, saya bersyukur kehadrat Illahi, dengan izin Nya program yang kami
pilih dan rancang telah berjaya dikelolakan. Tugasan ini, memberikan saya pengalaman
bagaimana melaksanakan sesuatu program. ilmu ini amat berharga dan berguna kepada kami
sebagai seorang pendidik.
mengelolakan

Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

program ini. Kerjasama semua pihak yang terlibat, amat dihargai. Ucapan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing
iaitu Encik Razak bin Sulong dan Encik Ahmad Latfi bin Latif memberikan tunjuk ajar, nasihat
serta bimbingan bagi melaksanakan program ini. Terima kasih juga kepada rakan kumpulan
iaitu En Hamiza bin Zaini dan En Ag Musliman bin Abdullah kerana bersama-sama berkerja
keras memastikan program ini berjalan dengan lancar.. Sepanjang program berlangsung,
terdapat beberapa kekuatan serta kelemahan sewaktu program dijalankan Kelemahan yang
dikenalpasti akan cuba dibaiki dengan cadangan penambahbaikan demi kelancaran
pelaksanaan program pada masa akan datang. Berikut merupakan kekuatan, kelemahan dan
cadangan penambahbaikan yang dapat saya senaraikan sepanjang program ini berlangsung :

Kekuatan
1. Kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak.
2

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PKE3043(
E)

Program kesihatan ini telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak iaitu sekolah, Pejabat
kesihatan Daerah Rembau, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan masyarakat setempat..
Pengurusan sekolah juga membenarkan kami mengadakan program ini sebagai memenuhi
tugasan projek Pendidikan Kesihatan (PKE3043E). Guru -guru di SK Astana Raja juga memberi
sokongon dan banyak membantu kami sepanjang program ini berlangsung. Mereka telah
membantu untuk menyiapkan tempat

bagi tujuan program. Masyarakat setempat juga

memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program ini . Selain itu kerjasama yang baik
dari pihak Pejabat Kesihatan Daerah Rembau dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) juga
menjadi tonggak kejayaan program ini.

2. Prasarana yang baik


Program ini berjalan dengan baik kerana prasarana yang disediakan dalam keadaan yang baik
dan selesa. LCD, sistem siaraya dan juga layar skrin juga dalam keadaan yang amat baik dan
tidak menghadapi masalah dalam urusan mengendalikannya.

Kelemahan
1. Bilik aktiviti yang terhad
Keadaan bilik yang agak terhad untuk aktiviti ceramah,pemeriksaan kesihatan menyebabkan
peserta yang hadir kurang selesa. Sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat
mengakibatkan keadaan ini berlaku.
Cadangan penambahbaikan
1. Bilik yang lebih sesuai.
Penyediaan bilik-bilik yang lebih sesuai untuk aktiviti dan ceramah membolehkan peserta
berada dalam keadaan selesa. Makmal komputer, surau dan bilik kesihatan boleh digunakan
untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PKE3043(
E)

2. Senarai semak peralatan


senarai semak peralatan perlu dibuat bagi menjamin kejayaan sesuatu program. Ia bagi
mengelakkan daripada berlaku kekurangan alatan yang sepatutnya ada. Selain itu, alatan juga
perlu dipinjam sehari sebelum program berlangsung bagi mengelakkan berlaku kelewatan
semasa menyediakannya.
Disediakan oleh,
.
(SALINA BINTI HAMDAN)