You are on page 1of 2

RESEPI RASAM MAMAK PENANG.

BAHAN-BAHAN:
5 tomato (bersaiz sedang dikerat empat bahagian).
1 biji bawang merah labu dihiris.
4 biji bawang putih dibuang kulit dan diketuk. (ada juga tidak membuang kulit tetapi mamak
haji tak galakan cara ini).
asam Jawa bersaiz bebola lemon di larutkan dalam 1 cawan air.
1 sudu besar (tbsp) gula pasir (biasanya menggunakan jaggery gula merah /gula dari
tebu yang belum diproses). Tapi pakai gula pasir warnanya molek.
2 tangkai cili hijau dibelah dua.
1 sudu besar serbuk ketumbar.*
1 sudu besar serbuk jintan putih.*
1 sudu kecil serbuk jintan manis.*
1/2 sudu besar biji lada hitam.*
2 sudu kecil garam atau secukup rasa.
5 cawan air.
BAHAN UNTUK TUMIS DARAT.
1 sudu kecil biji sawi.
1 sudu kecil biji jintan putih.
10 helai daun kari atau dua tangkai.
3-4 tangkai cili kering dipotong dua.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
secubit serbuk astofida.
2 sudu besar minyak untuk menumis.
Nota: Serbuk Rempah yang bertanda * beli jenis biji dan perlu digoreng kering dan dikisar halus.
kalau malas, tumbuk saja gunakan lesong. Serbuk seperti ini boleh buat lebih dan disimpan dalam
botol yang kedap udara. Rempah-rempah ini sentiasa akan digunakan dalam siri resepi mamak haji.
CARA-CARA:
1. Perah asam jawa dengan 1 cawan air. Asingkan.
2. Masukkan 5 cawan air kedalam periok bersama dengan tomato, bawang putih dan bawang yang
telah dihiris. Mendidihkan air.
3. Perlahan api dapur dan masukkan semua rempah-rempah yang telah dijadikan serbuk dan reneh
selama 15 minit. Setelah agak mendidih, masukkan air asam, gula dan garam. Pastikan rasam tidak
mendidih, rasam TIDAK BOLEH DIDIH,/boiled. Rasam selepas masukkan air asam jawa perlu reneh
dalam masa 10 -15 minit.
4. Sediakan tumis darat dengan panaskan kuali, masukkan minyak masak. Bila minyak panas
masukkan biji sawi. Bila rempah ini mula meletup (awas jangan sampai hangit, ia akan pahitkan rasa
nanti), masukkan daun kari, cili kering dan serbuk kunyit dan serbuk astofieda.
5. Bila cili kering mula garing, keluarkan kuali dari api dapur dan hasil gorengan tadi, masukkan dalam
bekas rasam. Dah siap.
6. Rasam anda telah siap. Paling mudah dan cepat sekali.
7. Rasam dibuat dengan berbagai cara dan jenis. Ini adalah rasam tomato paling mudah dan lazat.
Rahsia cara buat rasam ialah, jangan sekali-kali mendidihkan rasam setelah masukkan rempah. Cara
masak rasam adalah cara simmering iaitu cuma bahgian atas rasam yang mengelegak dengan api
dapur yang kecil. Selamat mencuba. Wassala

Bahan-bahan ( 10 orang )

A) 2 senduk gula
B) 1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla
(Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara
1.
2.

3.
4.

hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya
hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama
lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam
acuan yang berisi gula hangus.
Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).
contoh susu cair n agar2 paket..

5.
contoh gambar senduk

You might also like