You are on page 1of 12

TAJUK 5

SAHSIAH GURU PENDIDIKAN


ISLAM CEMERLANG

5.0 Pengenalan
Sasterawan Negarawan, Usman Awang telah merakamkan kehebatan, kemuliaan dan
kemurnian tugas, peranan dan sumbangan guru dalam usaha mendidikan anak bangsa
supaya menjadi insan berguna pada masa akan datang dalam puisinya yang cukup
terkenal iaitu Guru Oh Guru.
Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi
Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara
Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka
Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca.
Sasterawan Usman Awang
Puisi yang ringkas, tetapi sangat bermakna ini telah mejadi azimat berkesan kepada
semua guru agar melangsungkan tanggungjawab sebagai pendidik walau di manapun
berada dan bertugas. Puisi ini juga dapat membangkitkan semangat dan keseronokan
menabur bakti kepada masyarakat. Namun begitu di sebalik keindahan puisi ini, ia
sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat iaitu kejayaan yang diungkapkan tidak
80

semudah itu dapat dicapai jika tidak didahului dengan persediaan guru itu sendiri. Guru
mesti melengkapkan diri dengan sahsiah yang mamtap, pemahaman terhadap halatuju
negara yang kukuh dan keprihatinan terhadap keupayaan murid yang jitu. Semua faktor
ini menjadi indikator pencapaian sistem pendidikan negara.
5.1 Sahsiah Guru Pendidikan Islam
Guru merupakan elemen asas dalam proses pendidikan. Keberkesanan sesuatu
pendidikan itu bergantung kuat kepada ilmu seorang guru itu, kesungguhannya dan
kesabarannya dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik.
Terdapat lima ciri utama yang mesti dimiliki oleh seorang guru untuk memastikan
pekerjaannya itu bertepatan dengan keizinan Allah SWT.: (Usul al-Tarbuyah alIslamyyah, hlm. 259)
5.1.1. Keikhlasan niat:
Seorang guru wajib mengikhlaskan niat dalam segala amalan dan ilmunya kerana Allah
SWT. Rasulullah SAW telah memberi amaran kepada orang yang tidak ikhlas dalam
keilmuan yang boleh membawa kepada mencari keredaan Allah,

Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu Agama yang boleh mendapat keredaan Allah,
hal keadaan dia tidak mempelajari ilmu itu kecuali untuk mendapat habuan dunia, maka
dia tidak akan menghidu wangian syurga di hari kiamat.

Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu supaya berbangga dengannya ulamak, dan
mempermainakn dengannya org bodoh dan memalingkan muka-muka manusia
kepadanya, maka Allah akan memasukkanya ke dalam neraka jahanam.

Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya setiap seseorang itu
(akan dapat) apa yang diniatkan.
5.1.2. Berilmu

81

Elemen ke dua yang mesti dimilki oleh guru ialah berilmu dan mempelajari ilmu yang
bermanfaat. Ini kerana ilmu yang bermanfaat dan kehendak yang kuat untuk
mendapatkannya merupakan kunci kebahagiaan bagi setiap insan. Ibn Qayyim pernah
berkata : kehendak adalah pintu untuk sampai dan ilmu adalah kuni pintu tersebut.
Dengan ilmu pengetahuan seseorang akan mengenali perkara halal dan haram,
kewajipan dan tanggungjawab, adab dan keperibadian mulia. ia seolah-olah perhiasan
bagi seorang muslim, yang diperlukan olehnya ketika di rumah, sekolah dan juga pusat
memberli belah dan di dalam semua urusan kehidupan peribadi dan kemasyarakatan.
Islam menggesa umatnya menuntut ilmu dengan pelbagai cara; ini berdasarkan firman
Allah SWT:

Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam


majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan
apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan
orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Mujadalah: 11)

Ertinya:
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti),
bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa
mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orangorang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(surah Ali imram: 18)
Menurut al-Qurtubi, ayat di atas menjadi dalil kelebihan ilmu pengetahuan dan
kemuliaan para ulama.

82

Ilmu pengetahuan yang betul dan benar akan memandu seseorang kepada bertakwa
kepada Allah dan jalan yang boleh membawa pemilik kepada syurga Allah SWT. Allah
berfirman:

Ertinya:
Sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(surah Fathir: 28)
Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang menyusuri satu jalan yang padanya dia menuntut ilmu, maka Allah akan
menyusuri dengannya satu jalan dari jalan-jalan syurga..
5.1.3. Beramal dengan Ilmu
Mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang
itu berada di atas landasan yang betul. Bagi seorang guru, dia mesti beramal dengan
ilmu tersebut sehingga dia menjadi ikutan yang yg baik, dan zahirnya bertepatan
dengan batinnya, dia menghhiasi diri dengan akhlak yang mulia seperti benar, ikhlas,
amanah, memberi nasihat, sukakan kebaikan, menggalakkan manusia melakukannya,
menjahi sifat yang keji; seperti ucapan palsu, bohong, tipu, khianat, dengki, membenci
manusia lain, dan lain-lain akhlak yang keji.
Guru mesti meyakini bahawa dia akan dipersoalkan oleh Allah tentang ilmu
pengetahuan yang dimilikinya, adakah ia telah diamalkan. Ini berdasarkan sebuah
hadis Rasulullah SAW:

83

Tidaklah berganjak dua kaki manusia itu (pada hari kiamat) sehinggalah dia ditanya
tentang umurnya di mana ia dihabiskan, tentang ilmunya pada apa dia lakukan, tentang
hartanya dari mana dia perolehi dan pada apa yang dibelanjakannya, tentang jasadnya
pada apa yang habiskan.
Oleh itu seorang muslim mestilah bersungguh-sungguh menuntut ilmu kerana ia
mempunyai kelebihan yang pahala yang besar. Dan dia mestilah menjadikan
tingkahlakunya bertepatan dengan apa yang dipelajarinya, sehingga dia menjadi ikutan
yang baik bagi anak-anak didiknya, dan dia mestilah berniat baik dalam menuntut ilmu
iaitu untuk beramal dengan ilmunya dan untuk mencari keradaan Allah SWT.
5.1.4. Menyampaikan apa yang diketahui
Selepas seseorang guru itu mempelajari ilmu yang baik dan berfaedah serta beramal
dengan ilmu tersebut, maka dia hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya memberi
nasihat dan tunjuk ajar serta mendidik anak-anak didiknya supaya menginggalkan
segala kekejian dan mengambil kemuliaan.
Guru mesti berwaspada dari menyembunyikan ilmu dan tidak menerangkannya
dengan jelas kepada manusia.
Dia mestilah menggalakkan manusia supaya
melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan, supaya mereka tidak menjadi seperti
Ahli Kitab yang menyembunyi kebenaran dan menjualnya dengan harga yang amat
murah. Allah berfirman:

Ertinya:
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang Yang telah
diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu
kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". kemudian
mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka
menukarnya Dengan mengambil faedah dunia Yang sedikit. maka amatlah buruknya
apa Yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.
(surah Ali Imran: 187)
Rasulullah SAW bersabda:

84

Ertinya:
Sesiapa yang ditanya tentang esuatu ilmu yang diketahuinya, kemudian dia
menyembunyinya, maka dia akan dikekang (dari bercakap) pada hari kiamat dengan
kekangan dari api neraka.
5.1.5. Sabar
Satu lagi sifat yang mesti dimiliki oleh seorang ugur ialah sabar. Proses pendidikan
dipenuhi dengan kepayahan dan kesusahan. maka jika guru tidak memiliki sifat sabar,
maka tidak mustahil guru akan menjadi jemu dalam pekerjaan yang dilakukannya.
Rentetan itu dia akan menjadi tidak aktif dan tidak dapat menjadi seorang guru seperti
yang diharapkan.
Sesungguhnya Rasulullah merupakan orang yang paling tinggi sabarnya yang perlu
diteladani. Berdasarkan riwayat anas bin Malik:

.
Anas bin Malik berkata: Aku pernah berjalan bersama Rasulullah SAW, dan baginda
memakai selendang najran yang tebal. Tiba-tiba seorang Arab badawi berjmupa
dengannya. Maka Arab Badawi itu merentab selendang baginda dengan rentapan yang
kuat, sehingga aku melihat di tengkok Rasulullah itu ada kesan tarikan selendang itu.
Kemudian Arab itu berkata: Wahai Muhammad! berikan aku harta allah yang ada
padamu. Maka Rasulullah SAW berpaling kepada Arab tersebut dan baginda ketawa,
kemudian baginda menyuruh (sahabatnya) memberi sesuatu kepada Arab tersebut.
5.2 Peranan Guru Pendidikan Islam
Semua manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang telah
diiktiraf oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai khalifah Allah untuk mewakili-Nya bagi
mengurus alam ini. Alam dalam konteks pendidikan antaranya merujuk kepada sumber

85

manusia itu sendiri. Justeru tanggungjawab Guru Pendidikan Islam boleh dirumuskan
dengan pelbagai peranan seperti berikut:
i.

Muallim

ii.

Muaddib

iii.

Mudarris

iv.

Mursyid

v.

Murabbi.

Mursyid

Muaddib

Mu'allim

PERANAN
GPI

Murabbi

Mudarris

Rajah: Peranan Guru Pendidikan Islam.


Muallim
Muallim merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk memberitahu,
mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu
pengetahuan kepada murid sama ada melalui latihan, arahan atau amalan bentuk
pengajaran dan pembelajaran yang seumpamanya (Ab Halim, 2010). Muallim juga
merujuk kepada peranan guru untuk memberitahu, mengajar, memindah dan
menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para
pelajar sama ada melalui syarahan, latihan, amali, latihtubi, arahan atau sebarang
bentuk pengajaran yang dirancang.

86

Firman Allah:

Ertinya:
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau
berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu
mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna),
sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Al-Baqarah : 239
Muaddib
Tadib diertikan sebagai proses mendidik yang difokuskan kepada pembinaan dan
penyempurnaan akhlak atau budi pekerti pelajar. Menurut Sayed Muhammad An-Nuquib
Al-Attas, kata tadib adalah pengenalan dan pengakuan yang secara berangsur-angsur
ditanamkan kepada manusia tentang tempat-tempat yang tepat dari segala sesuatu
dalam tatanan penciptaan sedemikian rupa, sehingga membimbing ke arah pengenalan
dan pengakuan kekuasaan dan keagungan Tuhan dalam tatanan wujud keberadaanNya.
Mudarris
Mudarris

merupakan

orang

memiliki

kepekaan

intelektual,

informasi

serta

memperbaharui pengetahuan dan keahlian secara berterusan di samping berusaha


mencerdaskan anak didiknya, membenteras kebodohan mereka, serta melatih
ketrampilan sesuai dengan bakat, minat dan kemampuannya.

Firman Allah:

87

Ertinya:

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan
hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai:
"Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan
perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi
orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal
yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana
kamu selalu mempelajarinya.
Ali Imran : 79
Mursyid
Merujuk kepada aspek kepimpinan guru untuk menjaga, menasihati, mangarah,
membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan
pembangunan diri (JERI) sebagai insan soleh. Konsep irshad lebih menfokuskan
konsep kepimpinan Rasulullah saw dalam proses mendidik dan membimbing para
sahabat.
Firman Allah:

Kitab Al-Quran yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman
kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan
Tuhan kami.
88

Al-Jin : 2
Murabbi
Merujuk kepada peranan guru yang seiring dengan dasar pendemokrasian pendidikan
untuk membina akal budi, membangun jatidiri dan intergriti, memacu minda,
mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitnah para
pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara
beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang
dilalui oleh para pelajar.
Firman Allah:

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah
rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih
sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
Al-Isra : 24
5.3 Peranan Guru Pendidikan Islam dalam melahirkan Modal Insan
Guru merupakan sumber manusia penting dalam industri pendidikan bagi menyokong
hasrat wawasan negara ke arah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Gurulah yang akan memastikan para pelajar serasi dengan acuan wawasan negara.
Gurulah yang akan memastikan modal insan negara mampu memenuhi usaha
memartabatkan taraf pendidikan modal insan negara sejajar dengan piawai negara maju.
Justeru, guru juga mesti melengkapkan diri mereka dengan nilai futuristik yang akan
menanggapi cabaran pembentukan modal insan cemerlang dan seimbang.
Pembangunan modal insan yang berkualiti dan seimbang adalah hasrat
pendidikan negara secara umum dan matlamat Pendidikan Islam secara
khusus. Usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan
89

seimbang

menuntut

profesionalisme

guruguru

yang

memikul

tanggungjawab dan tugas mendidik. Profesionalisme adalah satu isu


yang besar dan penting. Ia merujuk kepada kualiti yang dimiliki guru
daripada segi ilmu, kemahiran, sikap atau atribut. Guru dalam tradisi
keilmuan Islam adalah ibu bapa kedua penting selepas ibu bapa pelajar
sendiri. Guru juga adalah pendakwah yang menjadi ikutan dan rujukan
kepada pelajar. Terdapat empat atribut guru Pendidikan Islam yang
penting bagi menunjukkan tahap profesionalisme mereka iaitu sabar,
bersedia meningkatkan ilmu dan kemahiran, menilai amalan diri dan
amalan pengajaran serta memiliki pergantungan yang kuat dengan Allah
s.w.t. Keempatempat atribut tersebut berperanan menghasilkan modal
insan atau pelajar yang berkualiti dan seimbang sesuai dengan kehendak
Pendidikan Islam (Fathiyah, 2011).
Justeru Malaysia sedang mengarahkan seluruh usaha untuk membangunkan modal
insan kelas pertama. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea
dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu
landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani
Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah
Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN
2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan
tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang,
termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu,
berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti,
bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil,
progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul.
Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan (Jabatan
Penerangan Malaysia, 2006).

5.4 Tugasan perbincangan

i.

Bincangkan sahsiah Guru Pendidikan Islam yang serasi dengan kehendak


penyair Usman Awang melalui syairnya, Guru oh guru.

ii.

Bandingkan lima peranan Guru Pendidikan Islam dari pelbagai aspek.

90

iii.

Huraikan modal insan yang sewajarnya dibangunkan oleh Guru Pendidikan


Islam bagi memenuhi keperluan masa depan negara Malaysia sebagai sebuah
negara maju menjelang tahun 2020.

91

You might also like