You are on page 1of 9

1.

Secara individu, menjelaskan pandangan anda tentang cara menjalinkan hubungan


muhibbah di kalangan masyarakat Malaysia menurut Islam.
Kemakmuran sesebuah negara adalah bergantung sejauhmana kemantapan dan keutuhan
hubungan pada setiap lapis masyarakatnya. Hubungannya yang erat adalah Aantara ciri-ciri
masyarakat yang berkualiti iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mewujudkan
suasana harmoni dan aman sesama mereka bahkan menjadi aset paling penting kepada
negara dalam usaha membangunkan dan memajukan negara ketika senang mahupun susah.
Menyedari akan hakikat inilah maka Islam awal-awal lagi telah menekankan betapa pentingnya
menjalinkan hubungan muhibbah dikalangan masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak hanya
terhad kepada sesama masyarakat Islam sahaja malahan melepasi batas agama, bangsa,
keturunan, warna kulit, bahasa dan sebagainya.
Kesibukan mengejar kemewahan material membuatkan ada antara kita tidak sempat
bertegur sapa dengan jiran walaupun disebelah rumah sehingga perhubungan menjadi
hambar.Kegagalan memahami konsep kejiranan menyebabkan berlakunya perselisihan faham,
bertekak dan bermasam muka, malah lebih serius

hingga peringkat mencederakan

dan

membunuh jiran. Keadaan seperti itu pasti merosakkan perpaduan dan membangkitkan
permusuhan di kalangan masyarakat sedangkan Islam adalah agama yang mendambakan
perhubungan yang baik sesama manusia. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan
kerana ia adalah satu daripada cara hidup yang dituntut Allah kerana amalan kejiranan yang
sempurna

memupuk semangat kebersamaan, persefahaman dan keharmonian dan terus

mewujudkan muhibbah. Kemakmuran sesebuah negara juga bergantung kepada kemantapan


dan keutuhan hubungan pada setiap lapis masyarakatnya. Malah, ciri masyarakat berkualiti dan
masyarakat muhibbah juga tergambar melalui persefahaman dan hubungan yang erat. Justeru
itu, Islam menekankan umatnya menjaga hubungan dalam kehidupan bermasyarakat dan ia
tidak terbatas kepada sesama masyarakat Islam, malah melepasi batas agama, bangsa,
keturunan, warna kulit dan bahasa pertuturan.
Dalam kejiranan, umat islam wajib mengekalkan hubungan baik dan menyemai kemesraan
kerana sifat sebegitu akan membentuk kehidupan aman dan harmoni, malah jika berdepan
masalah, ia diselesaikan dengan baik. Di dalam Al-quran turut menyatakan :
Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang
miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan
juga hamba yang kamu miliki. (an-Nisaa:36)

Yusuf (1989: 70)

menjelaskan terdapat beberapa prinsip asas yang mendasari bentuk

hubungan umat Islam dengan bukan Islam. Prinsip-prinsip tersebut ialah:


1.

Kepercayaan tentang kemuliaan manusia sebagai manusia tanpa mengira agama,


bangsa dan warna kulit. Kemuliaan inilah sebenarnya yang menjamin hak untuk setiap

2.

manusia dihormati ;
Kepercayaan bahawa perbezaan agama di kalangan manusia berlaku dengan
kehendak Allah yang telah memberi kebebasan dan pilihan kepada makhlukNya dalam

setiap apa yang hendak dilakukan atau ditinggalkann ;


3. Kepercayaan bahawa umat Islam tidak ditugaskan untuk mempersoalkan kekufuran
golongan kafir di dunia ini tetapi Allah sendiri yang akan mempersoalkan setiap
golongan tersebut di akhirat ;
4. Kepercayaan bahawa Allah memerintahkan supaya umat Islam sentiasa berlaku adil
dan berakhlak mulia walaupun terhadap orang bukan Islam.
Di samping itu, umat Islam juga perlu menyedari bahawa Allah membenci kezaliman walaupun
dilakukan oleh umat Islam sendiri terhadap orang bukan Islam. Namun dalam hal ini adalah
menjadi tanggungjawab orang bukan Islam memelihara perasaan orang Islam yang menjadi
rakan senegara mereka. Begitu juga dengan kedaulatan negara Islam yang memberikan
pengawalan dan perlindungan kepada diri dan harta benda mereka. Maka, mereka ditegah
mencaci agama Islam, rasul dan kitab suci. Mereka juga dilarang menyebarkan apa sahaja
aqidah atau idea yang bertentangan dengan aqidah negara dan agama (kedudukan sebegini
adalah selari dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kebebasan
beragama). Sekiranya ia bukan daripada ajaran agama mereka dan penyebaran yang mereka
lakukan

hanya

terbatas

kepada

masyarakat

mereka

sahaja,

maka

perbuatan

itu

diharuskan.Mereka juga dilarang menonjolkan perbuatan meminum arak dan seumpamanya


yang ditegah oleh agama Islam, begitu juga mereka ditegah menjualkannya kepada orang
Islam kerana ia boleh merosakkan mereka. Apa sahaja yang dipandang mungkar oleh Islam,
tetapi dibenarkan dalam agama mereka, jika mereka ingin melakukannya, maka hendaklah
dilakukan secara tertutup dan dalam bentuk yang tidak mencabar perasaan orang Islam
supaya seluruh anggota masyarakat akan hidup dalam suasana damai dan bersatu padu (Mat
Saad, 2000: 194195).Dalam konteks Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, setiap rakyat
perlu hormat menghormati terhadap hak individu dan masyarakat. Fahaman seperti
ekstremisme, cauvinisme, fanatisisme, etnosentrisme, prejudis, stereotaip dan rasisme
hendaklah diketepikan (Wan Suhaimi dan Syed Mohammad Hilmi, 2007: 2932). Hal ini
dijelaskan dalam al-Quran seperti berikut: Dalam realiti kehidupan manusia tidak boleh lari

daripada kehidupan berjiran, baik di kota mahupun di desa. Kita terpaksa berdepan dengan
jiran walaupun kita mempunyai minat dan cita rasa yang berbeza, malahan ragam yang
berlainan.selain daripada itu Islam amat menitik beratkan hubungan kejiranan kerana ia adalah
salah satu daripada cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajipan
mengekalkan hubungan baik dan mesra sesame mereka. Ini kerana ia memainkan peranan
penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman, harmoni dan muhibbah yang
boleh memberikan kemudahan, kelapangan dan jalan keluar sekiranya timbulnya masalah.
Untuk memantapkan lagi hubungan kejiranan dalam masyarakat, kita perlu meyedari apakah
keperluan dan kelebihan hidup berjiran.
Selain daripada itu hubungan Muhibbah di Malaysia boleh dilaksanakan dengan pendekatan
diperkukuhkan melalui tindakan seperti pembinaan masjid sebagai institusi sosial. Masjid
Nabawi dan Masjid Quba' bukan sekadar berfungsi sebagai tempat menunaikan solat sematamata, malah menjadi model institusi terawal Islam dalam menjana perpaduan, berperanan
sebagai

lokasi

strategik

untuk Baginda

menyusun dan

membentuk masyarakatnya,

membangunkan aqidah umat Islam, melaksanakan urusan syariah dan menjalinkan hubungan
sesama rakyat melalui akhlak yang mulia. Rasulullah SAW memperteguhkan kewajipan
memelihara hubungan persaudaraan serta mewujudkan persefahaman yang menjana kepada
perpaduan dan kesatuan ummah. Ini terbukti apabila Baginda ditanya oleh seorang sahabat,
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayub Al-Ansari dalam hadisnya yang bermaksud:
"...Ya! Rasulullah SAW bersabda kepadaku, amal yang akan memasukkan aku ke dalam
syurga. Maka sabda Rasulullah SAW: 'Engkau beribadah kepada Allah SWT dan tidak
mensyirikkannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat dan menghubungkan
persaudaraan".
Persefahaman ini mampu dipatuhi oleh semua ahli masyarakat tanpa membezakan kaum,
bangsa dan agama. Mereka bersama-sama berganding bahu sebagai langkah membentuk
kesatuan ummah dan perpaduan kaum di Madinah pada ketika itu.
Kesan keadilan pemerintahan Islam, kelompok Islam yang awalnya minoriti menjadi majoriti
apabila kaum bukan Islam beramai-ramai menganuti Islam kerana tertarik hati dengan kebaikan
yang ditonjolkan oleh umat Islam yang terserlah melalui akhlak dan perlakuan terpuji
penganutnya.

Selain Masjid sebagai institusi sosial dalam membina hubungan muhibbah di kalangan
Masyarakat Malaysia point yang seterusnya ialah perpaduan antara kaum adalah kunci
kemakmuran dan kesejahteraan dalam negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada
dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup aman dan damai. Bagi
memastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekalkan perlu dimulai dengan hubungan baik
sesame jiran. Jiran yang terbaik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi,
percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya perkara ini diabaikan
maka lambat laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya
merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan. Tuntutan supaya mengekalkan
hubungan yang baik dengan jiran dinyatakan dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
Jibrail berkali-kali mengingatkan aku ( supaya berbuat baik terhadap jiran sehingga aku
merasakan seolah-olah mereka akan mewarisi hartaku.(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang kaya dengan
pelbagai kebudayaan, adat resam dan perayaan. Setiap perayaan yang disambut oleh setiap
kaum di Malaysia mempunyai tujuan dan acara sambutan yang tersendiri. Perayaan tersebut
merangkumi perayaan yang berunsur kemenangan dan perayaan agama. Contoh perayaan
kemenangan bagi umat Islam ialah Hari Raya Aidilfitri, sementara bagi masyarakat India ialah
Deepavali.Dalam perayaan yang berunsurkan kemenangan, pada kebiasaannya, perayaan
tersebut bukan sahaja disambut oleh oleh masyarakat dalam kaum itu sendiri, malah turut juga
disambut oleh semua kaum.Contohnya dalam masyarakat melayu, Hari Raya Aidilfitri
merupakan sebuah perayaan yang disambut oleh umat islam sebagai tanda kemenangan
setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan. Sebelum sambutan perayaan itu sendiri
terdapat suasana kemeriahan dimana terdapatnya pelbagai jualan juadah berbuka puasa
disetiap taman perumahan atau kawasan kediaman, jualan perayaan dipusat-pusat membeli
belah diadakan.Aktiviti-aktiviti ini juga telah menunjukkan secara tidak langsung

dapat

mengerat dan merapatkan hubungan antara kaum kerana mereka turut serta tanpa
menghiraukan latar belakang agama, politik dan juga sosial. Situasi ini berlaku kerana
masyarakat lain terutamanya kaum India dan kaum Cina turut serta membeli dan merasai
masakan masyarakat Melayu yang sesetengahnya tidak dapat dinikmati di luar bulan puasa
dan Syawal. Keadaan ini menimbulkan satu suasana muhibbah dikalangan kaum yang terdapat
di Malaysia.Selain itu terdapat segelintir masyarakat bukan Islam yang ternanti-nanti saat ini
kerana terdapat juadah tertentu yang hanya popular di waktu bulan puasa sahaja seperti jualan
bubur lambuk, kuih buah Melaka dan lain-lain lagi. Interaksi yang berlangsung dalam aktiviti

penjualan tersebut berjaya menghubungkan kembali silaturahim antara kawan lama dan juga
interaksi tegur menegur antara jiran semasa membeli juadah disebabkan kekangan masa yang
disebabkan oleh kesibukan kerja masing-masing.Secara tidak langsung, keadaan ini dapat
mewujudkan semangat muhibbah yang tinggi antara kaum di Malaysia. Selain daripada itu juga,
sepanjang bulan ramadhan kebanyakan sektor pekerjaan telah memendekkan waktu bekerja
untuk member ruang kepada umat islam bagi menyediakan juadah berbuka puasa sendiri.
Peluang ini juga turut diambil oleh masyarakat bukan islam untuk menyediakan juadah makan
malam. Amalan hidup berjiran yang sering diamalkan adalah saling bertukar juadah untuk
berkongsi perasaan merasai kenikmatan berbuka puasa. Sebelum sambutan sesuatu
perayaan, terdapat pelbagai jualan murah yang diadakan dipusat-pusat membeli belah sematamata untuk menarik minat dan perhatian terutamanya umat islam untuk membuat persediaan
menyambut Hari Raya. Situasai ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua kaum di
Malaysia. Ini adalah kerana semua kaum turut serta membeli belah bagi memenuhi keperluan
seharian mereka. Keprihatinan tampuk pemerintahan di Malaysia terhadap mayarakat majmuk
untuk mengekalkan keharmonian hubungan masyarakat di Negara ini, kerajaan telah
mengambil langkah terbaik dengan mengisytiharkan perayaan-perayaan besar bagi masyarakat
majority iaitu melayu, india dan cina sebagai cuti umum. Situasi sebegini bukan sahaja memberi
peluang kepada setiap kaum menyambut perayaan mereka malah, ia secara tidak langsung
dapat merapatkan hubungan inter dan intra kaum. Hubungan inter kaum bermaksud hubungan
dalam keluarga dan kaum itu sendiri kerana anak-anak akan pulang ke pangkuan keluarga,
adik-beradik akan bekumpul di rumah ibu bapa mereka, sementara sanak-saudara serta
sahabat handai akan saling kunjung-mengunjungi semasa sambutan perayaan tersebut. Jalinan
kemesraan dan semangat intra kaum pula akan wujud semasa majlis hari terbuka yang
diadakan atau bagi sesetengah keluarga, mereka akan menggunakan peluang cuti ini untuk
beriadah dan bercuti di tempat yang popular serta berkemungkinan besar dapat menemukan
rakan taulan yang telah lama terpisah dek arus kehidupan masing-masing. Pada perayaan
aidilfitri itu sendiri, hubungan antara kaum diaplikasikan sepenuhnya elemen-elemen yang
tersebut diatas telah dihimpunkan dalam satu majlis. Contohnya, dalam aspek pakaian, mereka
memakai pakaian yang melambangkan identiti kemelayuan, dari segi makanan pula, mereka
cuba menikamati pelabagai juadah yang disajikan seperti ketupat,rendang, kuih-muih dimana
sesetengah juadah tersebut hanya masyrakat melayu sahaja yang memiliki kepakaran untuk
menyediakannya. Selain daripada itu, semangat muhibbah dapat diterapkan antara kaum
kerana mereka saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain tanpa megira kaum. Budaya
bemaaf-maafan semasa sambutan hari raya aidilfitri dapat meleraikan persengketaan antara

mereka tanpa mengira bangsa yang seterusnya boleh mencetuskan keharmonian dan
kesejahteraan. Selain dari point point yang dinyatakan diatas cara untuk menjalinkan
muhibbah di kalangan rakyat Malaysia adalah dengan bergotong royong. Gotong-royong adalah
aktiviti yang dilakukan secara bekerjasama beramai-ramai di dalam suatu kelompok
masyarakat. Gotong-royong biasanya diadakan untuk membersih persekitaran perumahan,
semasa mengadakan kenduri kendara ataupun mengadakan majlis-majlis rasmi. Gotongroyong juga merupakan satu platform yang begitu baik bagi masyarakat untuk mengenali antara
satu sama lain dengan berganding bahu untuk membersihkan kawasan sekeliling perumahan
supaya bertambah bersih. Dengan itu ia dapat mengelakan dari pelbagai penyakit. Bukan itu
sahaja hubungan yang erat dalam masyarakat dapat dieratkan lagi melalui pelbagai aktiviti
seperti itu. Segala kerja yang berat menjadi ringan bila kita bersama-sama bergotong-royong
menjayakannya. Melaluinya kita dapat membina hubungan baik dengan rakan-rakan lain yang
berlainan agama dan bangsa. Dengannya juga kita dapat memupuk satu semangat sukarela
dan bantu-membantu di kalangan masyarakat terutama di kalangan anak-anakmuda.

Cara menjalinkan muhibbah yang seterusnya ialah dengan cara ziarah-menziarahi. Ziarahmenziarahi bermaksud kunjung-mengunjungi ataupun lawat-melawati. Ia merupakan satu
amalan yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga dan juga
sanak saudara. Kita hendaklah menjaga adab-adab ziarah semasa hendak mengunjungi
seseorang. Ini bersesuaian dengan sebuah hadith di mana Rasulullah s.a.w telah bersabda
yang maksudnya:Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi
datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau
tidak, baliklah. (At-Tabrani). Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai
agar ia tidak menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan
tersebut didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya.Di samping kita
mengunjungi jiran-jiran, kita juga akan dikunjungi oleh jiran, kenalan ataupun sanak saudara.
Maka sebagai tuan rumah hendaklah kita memuliakan tetamu. Sebagaimana sebuah hadith
iaitu: Dari abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan
Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman
dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang
beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.
(Muslim).Daripada hadith di atas dapatlah dihuraikan di sini bahawa tetamu, secara pasti
datang dengan maksud dan tujuan tertentu. Dalam konteks inilah Allah swt dengan tegas

membuat pertimbangan yang begitu besar agar memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya
sama dengan Beriman Kepada Allah dan Hari Kemudian (kiamat). Dengan perkataan lain
seseorang itu belum disebut beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, selama ia tidak
memuliakan tetamunya. Oleh itu apabila tetamu datang, bagaimana pun bentuk dan rupa
tetamu itu, sama ada kaya, miskin, Islam ataupun kafir, Allah memerintahkan kita agar
memuliakan mereka. Rukun tetangga merupakan cara cara menjalinkan muhibbah yang baik di
Malaysia selain dari point-point yang diatas. Rukun Tetangga adalah satu Jawatankuasa
sukarela di bawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.Skim Rukun
Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri
mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Penubuhannya diutamakan
di kawasan-kawasan kediaman di Bandar, pinggir Bandar , kawasan yang berisiko tinggi serta
kawasan yang penduduknya berbilang keturunan. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan
menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan
menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan
lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian
hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.
Dari segi keagamaan:
Kepelbagaian kelompok kaum di negara ini diterima oleh semua dan ia merupakan sumber
kekuatan. Satu aspek penting yang menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia ialah agama.
Kepelbagaian agama di kalangan pelbagai penduduk Malaysia merencamkan pola perbezaan
jati diri yang sedia ada seperti bahasa , warna kulit, adat resam dan lain-lain lagi. Agama
memainkan peranan yang penting dan merupakan penanda jati diri yang kuat oleh pemimpin
kita sejak awal lagi. Contohnya prinsip Rukun Negara yang pertama telah menegaskan bahawa
Kepercayaan Kepada Tuhan ialah sebahagian daripada cara hidup rakyat Malaysia tanpa
mengira

latar

belakang

agamanya.

Para

penggubal

Perlembagaan

mengutarakan dengan jelas perihal mengamal agama masing-masing.

Malaysia

telah

Perkara utama dan

asas dalam kehidupan sosial masyarakat Islam adalah berkenal-kenalan kerana menjadi fitrah
manusia untuk hidup berkasih sayang dan saling berhubung di antara satu sama lain. Manusia
dicipta dengan wujudnya kaum lelaki dan perempuan yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik
agar dapat hidup bersama dalam suasana yang harmoni, sejahtera , bersatupadu bagi
mencorak dan membentuk sebuah masayarakat yang lebih berkualiti dan mantap dari segala
aspek. Asas kedua penting dalam hubungan hidup bermasyarakat ialah saling memahami
antara satu sama lain bagi mencapai matlamat kehidupan yang berharmonis dan sejahtera.

Persefahaman dalam konteks hubungan kaum boleh dicapai melalui cara dimana perlu saling
mengenali antara satu sama lain dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Bagi mewujudkan kehidupan sosial
yang lebih mantap di kalangan masayarakat majmuk terutamanya semangat berkerjasama ,
tolong menolong, saling bantu membantu antara satu sama lain merupakan elemen yang amat
penting.
Kerajaan sentiasa berusaha untuk membentuk bangsa Malaysia melalui pelbagai program
termasuklah pengukuhan konsep perpaduan nasional agar terhasil rakyat Malaysia yang
berjiwa merdeka, iaitu menyumbang dan berbakti kepada negara serta menumpahkan
ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara di samping bersatu padu, saling
menghormati, tolong menolong dan berkongsi masa depan. Pendekatan Membudayakan
Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian dalam proses pembentukan bangsa Malaysia yang kuat
telah diperkenalkan oleh kerajaan. Selain itu. Pembinaan integriti ini dapat diterapkan dalam
pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan , media, ekonomi, politik dan
pentadbiran dengan berlandaskan nilai-nilai murni sejagat yang dikongsi bersama dalam setiap
agama seperti Islam, Buddhisme, Hinduisme, Kristian, Sikhisme, Taoisme dan fahaman
Konfusianisme. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi keharmonian antara kaum melalui
pemahaman terhadap nilai-nilai sejagat di Malaysia di samping nilai-nilai murni yang dikongsi
bersama seperti amanah, jujur, ikhlas, keadilan dan keharmonian. Iklan TV3 Ikan dilaut, asam
didarat membuktikan bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum boleh menjalin hubungan baik
dan bersatupadu. Media masa adalah mekanisme paling berkesan untuk memupuk perasaan
muhibah dan hubungan etnik yang positif. Perumpamaan bulat air kerana pembentung, bulat
manusia

kerana

muafakat

menggambarkan

signifikan

kerjasama

berkumpulan

bermesyuwarah dan saling memahami serta tolong menolong. Tanpa muafakat dan terlalu
banyak persengketaan akan menyebabkan negara kita mudah ditewaskan oleh musuh. Dalam
Islam, orang yang mempertahankan agama dan negara diberi penghormatan tinggi oleh Allah.
Kesimpulannya, di Malaysia agama merupakan satu institusi yang cukup penting dalam
kehidupan setiap rakyatnya. Agama bukan sahaja menjadi pegangan kerohanian dan spiritualiti
untuk semua rakyat Malaysia yang beragama tetapi merupakan faktor yang menentukan jati diri
sesuatu kaum. Contohnya setiap kaum etnik Melayu dari segi Perlembagaan Persekutuan ialah
penganut agama Islam, majoriti etnik India beragama Hindu dan sebagainya. Agama Islam ialah
agama rasmi Persekutuan tetapi kedudukan agama-agama lain tetap diperakukan dan
mempunyai tempatnya tersendiri. Oleh itu, perkongsian harmoni atau co-existence, nilai-nilai

agama Islam dan nilai agama lain di Malaysia mempunyai banyak persamaan dari segi nilainilai sejagat yang diterima dan diamalkan, merupakan asas yang kukuh untuk membina sebuah
masyarakat bersatu padu dari segi hubungan kaum dan muhibbah. Ianya satu usaha kerajaan
untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. Pendekatan ini akan membawa
pembaikan dalam semua aspek kehidupan untuk menuju ke arah sebuah masyarakat dan
negara maju bagi mencapai objektif Wawasan 2020 di mana pendekatan ini mebawa kebaikan
kepada

semua

golongan

tanpa

mengira

perbezaan

agama

dan

kaum.