You are on page 1of 4

Siri 9 – Kebangkitan Rakyat Palestin pada tahun 1930 an

Menjelang bulan Mei 1936, umat Islam Palestine melancarkan


bantahan terbuka secara meluas. Pada bulan April
sebelumnya, Jawatankuasa Kebangsaan (National Committees)
yang merupakan wadah untuk melancarkan bantahan tersebut
telah ditubuhkan di kesemua kampung-kampung dan
bandar-bandar di palestin. Lima pertubuhan politik (lihat
siri ke 9) telah bersatu untuk membentuk Jawatankuasa
Tinggi Arab dengan di pengerusikan oleh Mufti Haj Amin
Al-Husaini. Pada 8 hb Mei beliau telah memanggil semua
jawatankuasa kebangsaan kepada satu konferens di Baitul
Muqaddis. Konferens tersebut melaungkan slogan 'Tiada cukai
tanpa perwakilan' (No taxation without representation) dan
menggesa supaya seluruh umat Palestin melancarkan 'general
strike' (mogok umum) sebagai protes kepada polisi
pro-zionis British. Bermulalah apa yang disebut sebagai
'The great rebellion' yang berjalan sehingga tahun
1939.
Fasa pertama dari bantahan ini
berlangsung dari bulan Mei 1936 hingga July
1937. Mogok umum yang mendapat sokongan padu dari
seluruh rakyat Palestin untuk 6 bulan yang
pertama, benar-benar melumpuhkan ekonomi
Palestin. Sementara itu keadaan sudah menjadi
tidak terkawal dan rusuhan mula merebak ke
kampung-kampung. Penduduk kampung mula keluar
mengangkat senjata dan melancarkan serangan-serangan
gerila ke atas pasukan keselamatan British. Menjelang
akhir 1936, bilangan umat Islam Palestin yang
mengangkat senjata menentang British meningkat kepada
5,000 orang. Sebahagian besar dari mereka bertindak
sendirian atas kesedaran untuk berjihad sehingga ke
akhirnya. Mereka melancarkan serang hendap ke atas
konvoi-konvoi tentera British, menyerang
pengkalan-pengkalan tentera, memasang jerangkap samar
di jalan-jalan utama dan jalan keretapi, meletupkan
jambatan serta melumpuhkan sistem telekomunikasi.
Kerajaan British bertindak balas
dengan membawa masuk tentera tambahan dari Mesir
dan Malta dan membedil bandar Jaffa. Pada masa ini
sukarelawan-sukarelawan Arab dari seluruh timur tengah
menyertai pasukan-pasukan gerila Palestin untuk
berhadapan dengan British. Salah satu dari pasukan
sukarelawan ini dipimpin oleh Fawzi al-Qawukji dengan
keanggotaan seramai 150 orang. British meningkatkan
serangan ke atas kedudukan-kedudukan gerila Palestin.
Menjelang akhir 1936 bilangan umat islam yang terbunuh
dan cedera dalam berhadapan dengan British meningkat
kepada 1,000.
Dalam pada itu kerajaan British telah melantik
satu 'Royal commission' bagi menentukan sebab-sebab
kepada tercetusnya rusuhan di Palestin. Suruhanjaya
siasatan ini di ketuai oleh Lord Peel. Pemimpin
negara-negara Arab (raja Saudi, Iraq dan Amir
bagi Transjordan) merayu kepada Jawatankuasa tinggi
Arab Palestin agar menghentikan mogok dan berkerjasama
dengan Suruhanjaya Peel. Pada 11 Oktober 1936,
Jawatankuasa tinggi Arab bersetuju untuk menghentikan
mogok untuk memberi masa kepada Suruhanjaya Peel
membuat siasatan. Serangan gerila juga dihentikan
sementara menunggu lapuran Peel
Suruhanjaya Peel megumumkan hasil siasatannya
pada bulan Julai tahun berikutnya (1937) dalam lapuran
Suruhanjaya Peel. Lapuran tersebut antara lain
menyebut:

"The situation in Palestine has reached dead-


lock. We cannot - in Palestine as it is now-
both concede the Arab claim to self-government
and secure the establishment of the Jewish
national home."

Lapuran itu juga mendedahkan;

"The underlying causes of the disturbances were


two: the desire of the Palestinians for inde
pendence, and their hatred and fear of the es
tablishment of the Jewish National home."

Untuk 'alley' the 'fear' tersebut, Suruhanjaya Peel


recommend supaya Palestin dipecahkan kepada sebuah
negara Yahudi, negara Palestin yang diserapkan ke
dalam Transjordan dan Kerajaan Mandate British
dikekalkan di beberapa daerah. Di bawah rancangan ini
33% dari negara Palsetin akan diserahkan kepada
Yahudi.
Recommendation Suruhanjaya Peel benar-benar
merupakan satu penghinaan kepada umat Islam
sedangkan peratusan tanah yang dimiliki oleh penduduk
Yahudi tidak melebihi 5.6%. Di bawah rancangan itu
ratusan kampung-kampung Palestin akan diserahkan
kepada Yahudi dan ratusan ribu umat Islam akan menjadi
subjek kepada rejim Yahudi. Kawasan yang akan
diserahkan kepada Yahudi termasuklah daerah Galilee
yang subur (100% milik umat Palestin) dan kawasan yang
menganjur dari sempadan Lubnan sehingga Jaffa.
Kongress zionis sedunia menyambut baik
cadangan Peel dan mula menggariskan
syarat-syarat bagi penubuhan Negara Yahudi
tersebut. Kemarahan umat Islam tidak dapat
dibendung lagi. Rusuhan meletus semula pada bulan July
1937. Pada bulan September, Kongress Kebangsaan Arab
diadakan di Bludan, Syria dengan dihadiri oleh 450
para delegasi negara-negara Arab telah sebulat suara
menolak cadangan suruhanjaya Peel, mendesak supaya
kerajaan mandatory ditamatkan, memberhentikan
penghijrahan masuk Yahudi dan pengharaman pemindahan
hak milik tanah Arab kepada Yahudi. Pada bulan yang
sama, pasukan bersenjata Palestin telah membunuh
Lewis Andrews, D.O. British di Galilee. Pehak British
telah bertindak balas dengan mengharamkan Jawatankuasa
Tinggi Arab dan kesemua parti-parti politik umat Islam
Palestin. Mereka menangkap berpuluh-puluh pemimpin
Palestin dan membuang negeri lima dari pucuk pimpinan
tertinggi Palestin ke pulau Seychelles di Lautan
Hindi. Syeikh Amin Husaini Al-Haj bagaimanapun berjaya
melarikan diri ke Lebanon. Beribu umat Islam disumbat
ke dalam penjara. Mereka yang ditahan di pusat-pusat
tahanan termasuklah golongan professional, pegawai
tadbir, ulama, pelajar dan petani. Di medan tempur
mereka menggunakan jet-jet pejuang, kereta-kereta
kebal dan meriam-meriam berat apabila berhadapan
dengan gerombolan-gerombolan gerila Palestin. Mahkamah
tribunal tentera menjatuhkan hukuman bunuh kepada
sesiapa yang didapati memiliki senjata api.
Seramai 110 orang dijatuhkan hukuman gantung
pada tahun 1937. Di antara yang pertama dihadapkan ke
tali gantung ialah seorang ulama' Syeikh Farhan Sa'adi
kerana didapati menyimpan senapang lama. Di jatuhkan
hukuman gantung dalam bulan Ramadhan dalam keadaan
sedang berpuasa....
Sebagai 'reprisal' ke atas serangan gerila,
tentera British meletupkan keseluruhan kampung,
menutup sekolah-sekolah, menuntut bayaran denda yang
tinggi ke atas penduduk kampung. Sekiranya mereka
gagal menjelaskan bayaran tersebut, kampung mereka
tergadai dan kesemua penduduknya di halau keluar.
Dalam pada itu pengganas-pengganas Yahudi
mula menjalankan operasinya. Pengganas Irgun
melancarkan serangan-serangan bom ke atas bas-bas
awam. Di antara bulan September sehingga November
1937, irgun melakukan sekurang-kurang 3 serangan bom
dan bersenjata ke atas bas-bas, membunuh dan
mencederakan orang awam Palestin.

Rujukan:

1. The Palestinians: Jonathan Dimbleby,


London, 1979
2. Before their diaspora: A photographic
history of the Palestinians 1874 - 1948
Inst. of Palestinian studies, Washington
D.C. 1984 (Introduction by Walid Khalidi)

You might also like