Pemikiran Islam

Tokoh: Sheikh Muhammad Bin Sheikh Muhammad Abduh Bin Hasan Khairullah
Disediakan Untuk: Ust.Azmi Shah bin Suratman Disediakan Oleh: Zuazlina bt Mohd Sadri

25/08/2009

TOKOH : SHEIKH MUHAMMAD BIN SHEIKH MUHAMMAD ABDUH BIN HASAN KHAIRULLAH 1.0 Pengenalan Konsep idea-idea pembaruan yang utama yang telah dikemukakan Sheikh Muhammad Abduh adalah tentang pembaruan pemikiran yang membawa implikasi kepada pembaruan yang mencakupi bidang-bidang pemikiran, pendidikan, hukum dan politik. Konsep utama pembaruan yang diperjuangkan Sheikh Muhammad Abduh adalah pembaruan masyarakat bukan melalui cara-cara revolusioner dalam waktu singkat, tetapi melalui cara-cara yang evolusi, berperingkat serta transformasi mental dalam mewujudkan dasar yang kukuh bagi perkembangan masyarakat.

2.0

Pembaruan Pemikiran Sheikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab-sebab kemunduran umat

Islam adalah kerana jumud, membeku, statis dan pasif. Umat Islam hanya berpegang teguh kepada tradisi dan tidak mahu menerima hal-hal baru. Sebagaimana Muhammad Abd al-Wahab dan Jamal al-Din al-Afghani menganggap bid’ah yang masuk ke dalam ajaran Islam adalah menyesatakan (berpaling daripada fahaman salaf). Oleh kerana itu harus dibasmi. Tetapi bagi Sheikh Muhammad Abduh perubahan itu tidak hanya kembali ke ajaran salaf seperti dianjurkan Abd al-Wahab, tetapi harus disesuaikan dengan keadaan modenisasi. Bila ibadat sudah jelas pedomannya di dalam Qur’an dan Hadis, maka soal-soal kemasyarakatan yang hanya masalah cabang dapat disesuaikan Untuk maju dan mengikut arus zaman, umat Islam tidak boleh taklid. Umat mesti mempergunakan akal dan fikiranhya. Al-Qur’an sendiri banyak menyatakan pentingnya akal-fikiran itu. Kedudukan akal bagi beliau sangat tinggi. Wahyu tidak akan bertentangan dengan akal. Bila zahir ayat bertentangan dengan akal, maka ayat itu dapat ditafsirkan sesuai dengan prinsip-prinsip akal. Ini berkaitan dengan dasar-dasar ilmu pengetahuan modenisasi yang banyak berdasarkan hukum alam (sunnatullah), dan hal itu sesuai dengan prinsip-prinsip Islam seperti disebutkan oleh Qur’an yang menempatkan posisi akal di tempat paling tinggi. Prinsip ini membuat Sheikh

Muhammad Abduh berfahaman bahawa manusia mempunyai kebebasan dalam kemahuan dan perbuatan(free will dan free act atau qadariah). Bagi beliau wajib manusia dalam perbuatannya yang bebas itu tetap berdasarkan ketentuan bahawa kekuasaan Allah tetap berada di tempat paling tinggi. Akal yang dikaitkan dengan masalah ilmu pengetahuan modenisasi membawa kemajuan tinggi bagi umat manusia. Di samping itu akal juga harus dikaitkan dengan konsep teologi. Bagi Sheikh Muhammad Abduh peranan akal dalam teologi adalah sebagai berikut : 1. Mengetahui Tuhan dan sifat-sifatnya; 2. Mengetahui adanya hidup di akhirat; 3. Mengetahui bahawa kebahagiaan hidup di akhirat bergantung pada mengenal Tuhan dan berbuat baik, sedang kesengsaraannya bergantung pada tidak mengenal Tuhan dan pada perbuatan jahat; 4. Mengetahui wajibnya manusia mengenal Tuhan; 5. Mengetahui wajibnya manusia berbuat baik dan wajibnya ia menjauhi perbuatan jahat untuk kebahagiaannya di akhirat; 6. Membuat hukum-hukum mengenai kewajiban itu. Dilihat dari sudut menempatkan kekuatan yang tinggi kepada akal dalam teologi, maka beliau tidak menerima konsep “‫ “ منزلة بين منزلتين‬oleh Mu’tazilah. Sheikh Muhammad Abduh menempatkan posisi akal jauh lebih tinggi dari Mu’tazilah. Bagi beliau akal beperanan terhadap enam hal yang disebut di atas. Sementara bagi Mu’tazilah hanya empat saja peranan akal dalam teologinya, yaitu : 1. Mengetahui kewajiban terhadap Tuhan. 2. Mengetahui kebaikan dan kejahatan. 3. Mengetahui kewajiban beruat baik.

4. Mengetahui kewajiban menjauhi perbuatan jahat.
Penempatan akal di posisi yang penting itu bukan bererti beliau merendahkan posisi wahyu. Wahyu lebih tinggi daripada akal, kerana wahyulah yang menjelaskan kepada akal bagaimana cara beribadat dan bersyukur kepada Tuhan. Wahyu menentukan

baik buruknya suatu ketetapan Tuhan melalui suruhan dan larangannya pada hal-hal yang berlaku saat akal tak mampu memberi penilaian terhadap baik dan buruknya suatu perbuatan. Mengenai ijtihad, Sheikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa lapangan ijtihad adalah masalah-masalah kemasyarakatan yang jumlahnya sangat sedikit disebut di dalam al-Qur’an dan hadis. Kerana itu perlu penilaian baru untuk disesuaikan dengan tuntutan zaman. Ijtihad harus berpandukan kepada al-Qur’an dan Hadis, kerana itu mujtahid haruslah orang-orang yang mempunyai syarat-syarat yang dipelukan. Orang yang tidak mempunyai syarat itu haru mengikut kepada pendapat mujtahid yang ada. Bagi Sheikh Muhammad Abduh, ijtihad tidak diperlukan untuk lapangan ibadat yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhan, kerana itu tidak diperlukan penyesuaiannya dengan perkembangan zaman. Ijtihad hanya perlu dalam masalah berhubungan manusia dengan manusia. 3.0 Pembaruan Pendidikan Mengubah pola befikir, berarti harus mengubah kualiti manusia dari bodoh dan tidak mengetahui apa-apa menjadi pandai dan mengetahui berbagai ilmu pengetahuan agama dalam erti sempit, mahupun pengetahuan umum yang luas, ilmu Tauhid, sosial, sastra, falsafat, dan ilmu pengetahuan modenisasi lainnya. Sheikh Muhammad Abduh melakukan pembaruan di bidang pendidikan melalui pemikiran pendidikan dan praktik pendidikan. Pemikiran pendidikannya meliputi tiga bentuk: 1. Pentingnya Bahasa Arab. 2. Pengetahuan agama, sains modern, sejarah dan pengetahuan umum samasama penting. 3. Metode pengajaran tidak dititikberatkan kepada menghafal dan membaca dari teks pelajaran, akan tetapi memahami dan mengerti apa yang terdapat di dalam ilmu itu dengan penekanan metode diskusi. Ia melakukan pembaruan Al-Azhar antara lain meliputi administrasi, keuangan dan fasilitas bagi pengajar dan mahasiswa. Ia memperpanjang masa belajar dan memperpendek masa libur. Ia mengemukakanb betapa pentingnya pelajaran bahasa, dan

pengajaran diterangkan dengan cara mudah untuk difahani. Mata pelajaran umum seperti matematika, aljabar, ilmu ukur, dan ilmu bumi dimasukkannya ke dalam kurikulum Al-Azhar. Perpustakaan Al-Azhar dilengkapinya. Ia sendiri turut mengajar di Al-Azhar dalam mata kuliah teologi Islam, logika, retorika dan tafsir. Meskipun upaya pembaruan yang ia lakukan di Al-Azhar mendapat tantangan dari ulama-ulama tradisional, namun banyak juga yang menerimanya. 4.0 Pembaruan dalam Pelaksanaan Hukum Menjawat jawatan Mufti pada tahun 1899 M, Beliau memperbaiki pandangan masyarakat tentang kedudukan mufti yang bukan hanya sebagai penasihat hukum untuk kepentingan negara tetapi turut berkaitan dengan permasalahan individu dalam masyarakat. Ia memberi kesempatan kepada siapapun untuk mendapatkan bantuan mufti di bidang hukum. Di dalam berfatwa ia tidak terikat dengan pendapat ulama-ulama sebelumnya. Ia sanggup dan berani melakukan ijtihad bebas. Ia pernah menghalalkan sembelihan orang Nashrani dan Yahudi (ahli kitab) bagi umat Islam. Pada masa yang sama, Sheikh Muhammad Abduh juga melakukan perubahan pada Institusi wakaf. Ia membentuk Majlis Pentadbiran Wakaf. Ia duduk sebagai seorang anggotanya. Dari dana wakaf, masjid-masjid diperbaiki. 5.0 Pembaruan Politik Pada tahun 1899 M. Beliau dilantik menjadi anggota Majlis Syura’, Ia aktif di dalam dewan ini. Sheikh Muhammad Abduh cuba meneratkan kerjasama yang baik antara Majlis Syura’ dan pemerintah Mesir. Pada mulanya, Majlis Syura’ tidak diperhatikan oleh Pemerintah. Akan tetapi setelah usaha Sheikh Muhammad Abduh memperlihatkan bahawa kedua lembaga Majlis Syura’ dan Pemerintah bertujuan sama untuk kepentingan rakyat Mesir secara keseluruhan, maka pemerintah membenarkan permasalahan negara dibahas oleh Majlis Syura’. Usaha yang dilakukan ini juga merupakan antara konsepnya memajukan rakyat Mesir dengan poltik demokratik yang berdasarkan musyawarah.

Rujukan Harun Nasution, Muhammad Sheikh Muhammad Abduh dalam Teologi Rasional Mu’tazilah, Universitas Indonesia, 1981, Jakarta

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful