You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN

SEKOLAH KEBANGSAAN MASJID TANAH, BIL 1/2015

TARIKH

28 JANUARI 2015

MASA

1.35 PETANG

TEMPAT

MAKMAL KOMPUTER SKMT

HADIR
1. En. Yahaya bin Ibrahim
2. Pn. Rohayanti bt.Yaakop
3. Pn. Hajah Salwa binti Haji Abu

GPK HEM
Ketua Panitia
Setiausaha

1 KATA ALU-ALUAN KETUA PANITIA (KP)


Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummu Kitab Al Fatihah. Ucapan terima
kasih oleh KP kepada semua ahli yang hadir. KP seterusnya menarik
perhatian ahli kepada perkara berikut:
1.1 Kehadiran Wakil Pentadbir
KP mengalu-alukan kehadiran wakil pentadbir iaitu Encik Yahaya bin
Ibrahim, GPK HEM.
1.2 Perlantikan Guru Mata Pelajaran Kajian Tempatan
KP mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah dilantik untuk
memikul tanggungjawab sebagai guru Kajian Tempatan Tahun 6. Beliau
turut memaklumkan tahun 2015 merupakan tahun keenam matapelajaran
Sejarah diperkenalkan dan diajar pada peringkat sekolah rendah kepada
guru serta murid tahap dua.

1.3 Prosedur Mesyuarat


Beliau turut memaklumkan kepada ahli panitia mengikut prosedur
mesyuarat terkini tiada lagi meminta ahli mesyuarat untuk mengesah dan
menyokong pengesahan minit mesyuarat. Sebaliknya pernyataan dalam

minit dibuat sebagai Mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima minit


mesyuarat yang lalu.
Tindakan dan makluman: Semua guru Kajian Tempatan & Setiausaha

2.0 UCAPAN WAKIL PENASIHAT (GPK HEM)


2.1 Terima kasih kepada panitia kerana menjemput beliau hadir dan terima
kasih kepada guru guru yang hadir dalam mesyuarat kali pertama ini.
2.2 Mata pelajaran Kajian Tempatan hanya melibatkan guru- guru dan
murid

-murid

tahun

sahaja

bagi

tahun

2015. Masa

yang

diperuntukkan ialah 2 waktu iaitu 60 minit seminggu. Mata pelajaran


Kajian Tempatan ini akan digantikan dengan pengajaran kepada murid
murid tahun 5 dan 6 dengan matapelajaran sejarah.
2.3 Pentaksiran Kajian Tempatan hanya dilakukan dua kali iaitu pada
pertengahan dan hujung tahun pada PKSR 1 dan PKSR 2.
2.4 Semua guru sejarah perlu memiliki RPT dan buku Teks bagi
melancarkan proses penyampaian PdP.
2.5 Pemantauan PdP guru-guru Kajian Tempatan akan dilakukan secara
berkala. Namun guru-guru perlu memastikan semua latihan dan
tugasan murid diselia dan disemak. Penghantaran bahan dan buku
kepada pentadbir atau ketua panitia mengikut jadual yang ditetapkan
dalam takwim.
2.6 Besar harapan beliau, agar semua guru dapat menjalankan PdP
dengan penuh rasa tanggungjawab, menarik, menggunakan elemen
pemikiran Kajian Tempatan dan BBM. Ingatan beliau kepada semua
guru keberkesanan PdP guru Kajian Tempatan memberikan impak
dalam melahirkan melahirkan warganegara yang patriotik.
Tindakan dan makluman: Semua guru Kajian Tempatan
3.0 Perbincangan Profesional
3.1 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

3.1.1 RPT telah dirancang merujuk kepada taqwim terkini sesi persekolahan
2014.
3.1.2 RPT mengandungi 42 minggu.
3.1.3 Aktiviti ulangkaji sebelum dan selepas pentaksiran juga perlu dimasukkan
dalam RPT.
3.1.4 Guru yang masih belum memiliki RPT sila merujuk kepada S/U.
Tindakan dan makluman: Semua guru Kajian Tempatan
3.6Penggunaan Buku Tulis
3.6.1 Setiap ajk telah dibekalkan dengan sebuah buku teks panitia Kajian Tempatan.
3.6.2 Setiap murid ditetapkan perlu mempunyai sebuah buku tulis. Namun pada
tahun hadapan setiap murid perlu mempunyai sebuah buku tulis panjang.
3.6.3 Panitia akan menambah koleksi rujukan Kajian Tempatan untuk memantapkan
PdP semua guru.Setakat ini hanya buku rujukan Sasbadi sahaja diperolehi.

Tindakan dan makluman: Semua guru Kajian Tempatan


3.Buku Scrap
3.7.1 Wajib dijalankan setiap ajk kepada semua murid. Guru perlu bersama-sama
murid membimbing menyediakan buku skrap.
3.7.2 Buku skrap tiada pemarkahan.
3.7.3 Buku Skrap dilaksanakan secara individu dan berkumpulan.
3.7.5 Hasil laporan KK sekurang-kurangnya sehelai kertas.

Tindakan dan makluman: Semua guru Kajian Tempatan


3.8Kemahiran Pemikiran Kajian Tempatan (KPS).
3.8.1 Proses kognitif yang membolehkan murid meneroka idea yang kompleks
dan abstrak dengan bimbingan guru.

3.8.2 Membantu murid memahami bagaimana sejarawan menggabungjalinkan


peristiwa lalu dengan menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan
signifikan sesuatu peristiwa ke arah meningkatkanpemikiran kritis dan
kreatif.
3.8.3 Terdapat 9 Asas KPS . Elemen KPS asas kreatif merangkumi 7 fasa iaitu
Memahami kronologi, Meneroka Bukti, Membuat interpretasi, Membuat
Imaginasi, Membuat Rasionalisasi , Membuat penjelasan dan Empati.

Tindakan dan makluman: Semua guru Kajian Tempatan

3.9 Aktiviti Panitia 2015


3.9.1 Panitia akan bergabung dalam Panitia KT dan PSK dalam meraikan
sambutan Bulan Kemerdekaan tahun 2015.
3.9.2 Lawatan ke muzium semasa UPSR dijalankan sebagai aktiviti PLBD.
3.9.3 LDP berkaitan KPS, DSKP, Pelaporan Prestasi dan KK akan dijalankan
kepada semua ajk. Semua ajk wajib hadir. Tarikh akan dimaklumkan
kelak.
3.9.4 Pemantauan buku kepada pihak Kp atau pentadbiran . Jumlah 10 buah
merangkumi 5 terbaik dan 5 terlemah.
3.9.5 Kerjasama semua ajk membantu mewujudkankan Sudut Kajian Tempatan.
Panitia Sejarah, PSK dan PSV akan bekerjasama menceriakan tapak sejarah
berkenaan.

Tindakan dan makluman: Semua guru Kajian Tempatan

4.0Hal-hal lain
4.1Perkongsian bahan dan lembaran kerja sesama guru dalam sekolah atau
sekolah lain.
4.3Semua ajk harap dapat bekerja secara koperatif bagi memantapkan
subjek sejarah dan penguasaan murid sekolah ini.

Tindakan dan makluman: Semua guru Kajian Tempatan

5.0Ucapan Penangguhan
5.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana kesabaran
guru-guru menunggu sehingga selesai mesyuarat.
5.2 KP berharap semua ajk akan saling bertanggungjawab dan berkolaborasi
dalam menjayakan keberkesanan matapelajaran Kajian Tempatan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 pm

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Pn Rohayanti Binti Yaakop

Pn Hjh Zainon Binti Hj Suboh

Ketua Panitia Kajian Tempatan 2015

GPK 1 SK Masjid Tanah 2015