You are on page 1of 16

IPGSMB

PERINTANG
1.0

Pengenalan
Rintangan ditakrifkan sebagai tentangan yang diberikan terhadap pengaliran arus
elektrik. Secara teori, arus elektrik merupakan gerakan elektron bebas yang terkawal
manakala rintangan pula dianggap tentangan terhadap elektron bebas yang bergerak.
Di mana sahaja terdapat elektron bebas yang bergerak akan terdapat pula rintangan
terhadap gerakan itu. Ini dinamakan rintangan arus terus. Rintangan arus terus boleh
dikatakan berpunca daripada kesan kawalan ke atas arus yang mengalir di bawah
pengaruh voltan yang dibekalkan. Bagi atom yang mempunyai elektron bebas yang
sedikit atau tiada elektron bebas boleh ditaksirkan sebagai setara dengan rintangan
arus yang mana arus elektrik tidak boleh dialirkan melaluinya yang

juga boleh

dikenali sebagai penebat.


Perintang merupakan komponen elektrik yang baik dijadikan sebahagian
daripada litar elektrik akan mengeluarkan sejumlah rintangan arus terus tertentu dalam
bentuk yang sangat padat. Perintang dibuat dalam berbagai-bagai bentuk dan saiz dan
daripada bahan yang berlainan. Kegunaannya ialah untuk mengawal arus yang melalui
komponen dan litar elektrik. Logam dan aloi sering digunakan untuk membuat
perintang. Contohnya perintang yang terdapat di dalam lampu pijar dibuat daripada
gelung wayar tungsten yang halus. Aloi nikel dan kromium yang berbentuk wayar atau
pita digunakan sebagai unsur pemanas di dalam seterika, periuk elektrik dan alat-alat
pemanas yang lain. Saiz perintang berwarna yang terdapat didalam penerima radio dan
penerima televisyen adalah kecil, tetapi mempunyai nilai rintangan yang tinggi. Ia
menggunakan komposisi karbon sebagai bahan rintangan.

Perintang terbahagi kepada dua jenis iaitu :1. Perintang tetap


2. Perintang boleh berubah

KPLI Ambilan Januari 2008

IPGSMB

2.0

Perintang Tetap
Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tetap. Perintang ini boleh didapati dalam
penerima radio, televisyen dan juga dalam alat-alat elektronik kegunaan di rumah, di
bengkel-bengkel serta di industri.

Rajah 1: Simbol Perintang Tetap

Pada umumnya terdapat empat jenis perintang tetap yang sering digunakan dalam alatalat yang telah disebutkan tadi, iaitu :

2.1

Perintang Komposis Karbon

Perintang Saput Karbon

Perintang Wayar Berlilit

Perintang Saput Logam Oksida

Perintang Komposisi Karbon (Carbon Resistor)


Perintang Komposisi Karbon dibuat daripada serbuk karbon yang dicampur
dengan suatu bahan pengisi dan resin (damar), yang kemudian dibentuk
melalui acuan. Nilai rintangannya bergantung pada kandungan karbon yang
ada. Perintang komposisi karbon ini mempunyai kestabilan yang bermutu
rendah . Rintangannya berubah-ubah menikut suhu dan beban. Kuasa yang
lesap adalah kecil.

KPLI Ambilan Januari 2008

IPGSMB

Rajah 2: Perintang Komposisi Karbon

2.2

Perintang Saput Karbon (Carbon Film Resistor)


Perintang jenis ini dibuat daripada saput karbon keras yang dimasukkan ke
dalam satu rod seramik. Rintangan yang diperlukan diperolehi melalui
pemotongan jejak-jejak lingkaran melalui saput tersebut. Kestabilan perintang
saput karbon ini lebih baik daripada jenis komposisi karbon.

Rajah 3: Perintang Saput Karbon

2.3

Perintang Wayar Berlilit (Wire Wound)


Perintang jenis ini dibuat dengan melilit wayar nikrom atau tembaga-nikel
pada satu pembentuk seramik. Wayar rintangan ini mempunyai kerintangan
yang tinggi. Hanya sejumlah kecil wayar sahaja diperlukan untuk satu
rintangan tertentu dan ini boleh menjadikan rintangannya sentiasa malar

KPLI Ambilan Januari 2008

IPGSMB

dengan perubahan suhu. Oleh itu perintang wayar berlilit mempunyai cirri-ciri
kestabilan yang paling baik.

Rajah 4: Perintang Wayar Berlilit


2.4

Perintang Saput Logam (Metal Film Resistor)


Perintang ini menggabungkan cirri-ciri stabil jenis wayar berlilit dengan jenis
saput karbon yang telah diubahsuai dan dipermudahkan. Suatu saput nipis
sebatian platinium-emas disalutkan ke atas tiub kaca atau plat. Niali
rintangannya dilaras dengan mengukir jejak-jejak lingkaran melalui saput
tersebut.

Rajah 5: Perintang Saput Logam

KPLI Ambilan Januari 2008

IPGSMB

3.0

Perintang Berubah / Variable Resistor


Perintang berubah digunakan apabila nilai rintangan di dalam sesuatu litar perlu
berubah pada bila-bila masa. Perintang jenis ini terdiri daripada lengan sesentuh yang
bersentuhan dengan elemen rintangan (wayar berlilit atau karbon) dalam bentuk
gegelung. Rintangan perintang berubah ini boleh diubah-ubah secara berterusan antara
sifar ohm () dengan nilai rintangan yang dikadarkan. Perintang berubah adalah
dalam berbagai-bagai bentuk seperti Reostat dan Meter Upaya (Potentiometer).

Rajah 6: Simbol Perintang Boleh Ubah


3.1

Reostat
Reostat merupakan perintang berubah yang mempunyai dua terminal.
Terminal ini digunakan untuk melaraskan nilai arus dalam suatu litar.
Disambung bersiri dengan beban dan punca bekalan.

Rajah 7: Simbol dan gambar Reostar

KPLI Ambilan Januari 2008

IPGSMB

3.2

Meter upaya / Potentiometer


Meter upaya ialah suatu pembahagi voltan yang boleh berubah dengan
menggunakan tiga terminal. Meter upaya digunakan dalam litar untuk
mendapatkan pembahagi voltan yang diperlukan oleh litar itu.

Rajah 8: Simbol dan gambar Meter Upaya / Potentiometer

3.3

Praset
Rintangan dalam perintang jenis ini boleh disetkan dari suatu nilai yang
dikehendaki hingga kepada kadar nilai rintangannya. Binaan luarnya lebih
kecil berbanding dengan perintang boleh laras yang lain.

Rajah 9: Praset

KPLI Ambilan Januari 2008

IPGSMB

4.0

Kod Warna Perintang


Bagi perintang yang selain dari perintang wayar berlilit terutamanya jenis komposisi
karbon, nilai rintangannya tidak ditunjukkan. Kod warna yang menggunakan sistem
jalur warna telah digunakan bagi menentukan nilai rintangan

dan

had

terimanya

berikutan dari saiznya yang kecil. Bagi perintang wayar berlilit ia mempunyai nilai
rintangan dalam ohm yang dicetak di atas badannya. Terdapat dua sistem untuk
mengenalpasti jumlah rintangan yang terdapat dalam perintang iaitu :
i. Sistem jalur warna .
ii. Sistem kod warna Body End Dot.
4.1

Sistem Jalur Warna


Bagi Sistem Jalur Warna yang digunakan untuk tujuan mengenal pasti
jumlah rintangan yang terdapat dalam perintang ialah
jalur warna yang

melilit

melalui

empat

badan perintang. Warna jalur pertama

menunjukkan angka bernilai pertama, warna jalur kedua menunjukkan


angka benilai kedua, warna jalur ketiga menunjukkan faktor pendarab
warna jalur keempat menunjukkan peratus had

terima.

Hal

dan
ini

ditunjukkan pada rajah di sebelah (Rajah 10).

KPLI Ambilan Januari 2008

IPGSMB

Warna Kedua :
Nilai Angka Kedua
Warna Pertama :
Nilai Angka Pertama

Warna Ketiga :
Faktor Pendarab

Warna Keempat :
Memberikan peratus
had-terima (jika ada)

Rajah 10 : Rajah Perintang Tetap dan Jadual Sistem Jalur Warna


Namun begitu terdapat juga dalam perintang yang menggunakan sistem jalur
warna mempunyai jalur warna yang kelima. Jalur warna kelima yang
digunakan biasanya untuk menunjukkan jangkaan peratus kegagalan bagi
setiap seribu jam dalam penggunaannya yang didasarkan pada uji kaji ke atas
perintang yang serupa. Sebagai contoh, jika terdapat sekumpulan perintang
yang mempunyai jalur kelima yang berwarna coklat, maka 1.0% akan gagal
dalam setiap 1000 jam penggunaannya.

KPLI Ambilan Januari 2008

IPGSMB

Rajah 11: Rajah Perintang Tetap dan Jadual Sistem Jalur Warna Kelima

KPLI Ambilan Januari 2008

IPGSMB

4.2

Sistem kod warna Body End Dot


Dalam Sistem Kod Warna Body End Dot, jumlah rintangan boleh dikenalpasti
melalui jalur warna yang terdapat pada badan dan dikedua- dua hujung perintang
serta warna titik pada badan perintang. Warna badan menunjukkan angka
bernilai yang pertama, warna pada hujung pertama menunjukkan angka bernilai
kedua, warna titik menunjukkan faktor pendarab dan warna pada hujung

yang

kedua menunjukkan peratus had terima. Cara untuk membaca bagi sistem jalur
warna ialah berdasarkan gambarajah dan jadual di bawah.

Warna Hujung : Angka bernilai kedua


Warna Titik : Pendarab

Warna Badan : Angka bernilai pertama

Warna Hujung: Emas dan Perak sebagai


warna keempat memberikan peratus
Had-terima

Rajah 12: Rajah Perintang dan Jadual Sistem Kod Warna Body End Dot

KPLI Ambilan Januari 2008

10

IPGSMB

5.0

Contoh-Contoh Cara Pengiraan Perintang

Contoh 1:
Rajah di bawah menunjukkan perintang dengan tiga jalur warna. Tentukan nilai rintangan
tersebut.

Penyelesaian:
Warna pertama

: Merah

Warna kedua

: Hijau

Warna ketiga

: Kuning

4 tetapi warna ketiga menunjukkan


warna

pendarabnya

pendarab,

oleh

itu

ialah 10 000.

Nilainya ialah 250 000 atau 250 k. oleh sebab jalur keempat tiidak diberi,maka nilai
rintangan yang sebenar boleh jadi 20% kurang atau 20% lebih daripada 250 000 .
Contoh 2:
Rajah di bawah menunjukkan satu perintang yang mempunyai empat jalur warna yang
berlainan. Tentukan nilai rintangan tersebut.

Penyelesaian:
Warna pertama

: Hijau

Warna kedua

: Hitam

Warna ketiga

: Hijau

5, tetapi warna ketiga memberikan


jumlah angka kosong yang harus

KPLI Ambilan Januari 2008

11

IPGSMB

diletakkan

selepas

angka

kedua.
Oleh itu nilainya 5 000 000 . Warna keempat berwarna perak. Warna ini memberikan
10% had terima. Oleh itu nilai perintang yang sebenar berada di antara 4 500 000
hingga 5 500 000 .
Contoh 3:
Rajah perintang di bawah mempunyai empat jalur warna yang berlainan. Berapakah nilai
rintangannya?

Penyelesaian:
Warna pertama

: Merah

Warna kedua

: Hitam

Warna ketiga

: Emas

0.1 (sebagai nilai pendarab)

Warna keempat

: Emas

0.1 (had terima)

Oleh itu, nilai perintang

= 20 x 0.1
=2
= 2 5%

Oleh kerana jalur keempat , Emas maka nilai rintangan yang sebenar boleh jadi lebih 5%
lebih dan 5% kurang daripada 2 .

KPLI Ambilan Januari 2008

12

IPGSMB

Contoh 4 :
Rajah di

bawah ialah satu perintang berbentuk lain daripada yang telah kita

bincangkan. Tentukan nilai rintangannya.

Penyelesaian :
Perintang jenis ini adalah yang menggunakan sistem warna bertitik pada badan
perintang. Bagi jenis ini, nilai rintangannya berdasarkan kod warna seperti
berikut.
Warna badan : Kuning

Warna titik

Perak menunjukkan 10% had

: Merah

Warna hujung : Perak dan ungu

terima, manakala ungu adalah


angka kedua iaitu 7.
Bacaan susunan warna bermula dari warna badan, warna hujung dan warna titik,
seterusnya warna had terima. Nilai perintang ialah sebanyak 4 700 10% had terima.
Contoh 5:
Rajah di bawah ini pula hanya mempunyai satu warna sahaja. Cara pengiraannya ialah
seperti berikut :

Penyelesaian :
Warna badan, warna hujung, warna titik = jingga = 3

KPLI Ambilan Januari 2008

13

IPGSMB

Daripada warna tersebut, maka bacaan nilain rintangannya ialah 33 000 dengan had
terima 20%.
Contoh 6 :
Berapakah nilai rintangan bagi satu perintang dengan tiga warna bermula dari warna
coklat, hitam dan hitam ?

Penyelesaian :
Warna coklat nilainya 1, dan warna hitam nilainya 0. Warna hitam yang ketiga
mempunyai nilai pendarab 1. oleh itu nilai rintangannya ialah :
10 x 1 = 10
Oleh sebab terdapat tiga jalur warna sahaja, maka had terimanya ialah 20%

KPLI Ambilan Januari 2008

14

IPGSMB

6.0

Kesimpulan
Dalam era globalisasi, perintang merupakan salah satu komponen elektronik yang sangat
penting dalam industri pembuatan. Kaedah penentuan rintangan bagi setiap perintang
boleh diketahui melalui kod warna sama ada jalur warna, warna badan, dan warna titik.
Simbol perintang yang mewakili setiap jenis perintang akan berbeza nilai rintangannya.

KPLI Ambilan Januari 2008

15

IPGSMB

7.0

Bibliografi
1. Elektronik Industri, Haji Yahaya Emelt, Haji Md. Nasir Haji Abd Manan, IBS Buku
Sdn Bhd, 2006.
2. Masteri Memori Melalui Peta Minda Kemahiran Hidup Bersepadu Tahun 4, 5, 6,
Mohd Noor Abdullah, Nor Aslina Mamat, PNI Neuron (M) Sdn. Bhd., 2007.
3. www.the12volt.com/resistors/resistors.asp
4. www.doctronics.co.uk/resistor.htm
5. www.pesona.mmu.edu.my/~jamaldin/color/

KPLI Ambilan Januari 2008

16

You might also like