You are on page 1of 5

NOTA PENGACARAAN MAJLIS

Pengenalan

Penganjuran majlis merupakan kelaziman yang terdapat dalam mana-mana pertubuhan
di Malaysia. Majlis itu pula diadakan untuk tujuan-tujuan tertentu sama ada secara
rasmi mahupun tidak rasmi seperti majlis anugerah cemerlang, hari penyampaian
diploma dan sijil, hari guru, majlis makan malam dan sebagainya.

Majlis akan bertambah berseri dengan adanya seorang pengacara majlis. Pengacara
majlis berperanan untuk memudahkan kelangsungan majlis mebgikut aturcara yang
ditetapkan oleh penganjur. Pengacara majlis ialah orang pertama yang tampil
kehadapan untuk memberikan pembuka kata dan memperkenalkan satu-satu majlis it.
Pengacar majlis dapat melakukan tugasnya dengan lancar jika atur cara majlis disusun
dengan sempurna, dengan kata lain, buku atur cara majlis menjadi panduan penting
kepada pengacara majlis.

Definisi Pengacara Majlis

Pengacara ialah individu yang mengendalikan perjalanan acara-acara sesuatu majlis,
persembahan atau pertunjukkan. Pengacara juga disebut sebagai juruacara yang
merujuk kepada orang yang memimpin sesuatu majlis. Majlis pula ialah perjumpaan
yang mengumpulkan orang ramai atau sesuatu keramaian yang diadakan untuk
sesuatu tujuan. Majlis juga merujuk kepada tempat perjumpaan yang mengumpulkan
orang ramai atau sesuatu keramaian yang diadakan untuk sesuatu tujuan. Majlis juga
merujuk kepada tempat perjumpaan bagi melaksanakan sesuatu sambutan.

Jenis Majlis

Secara umumnya terdapat tiga jenis majlis iaitu majlis rasmi, majlis separuh rasmi dan
majlis tidak rasmi. Majlis rasmi atau disebut majlis formal atau separuh formal ialah
majlis yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi bagi majlis itu
seperti peraturan undangan, tempat yang ditentukan, sistem panggilan, peraturan
pakaian, sambutan tetamu, tempat duduk dalam majlis dan sebagainya.

Majlis yang bersifat rasmi sepenuhnya mempunyai sistem protokol yang lebih ketat dan
terperinci. Majlis sedemikian biasanya mempunyai dua taraf hadirin iaitu raja-raja yang
memerintah dan raja muda atau tengku mahkota manakala hadirin yang kedua ialah
pemimpin-pemimpin peringkat menteri, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.

Peranan pengacara majlis dua-dua majlis ini adalah berbeza. Bagi pengacara majlis
rasmi tugasnya lebih mencabar dan memerlukan orang yang berpengalaman. Hal ini
kerana sebarang kesilapan akan mudah terlihat dan seterusnya boleh memberikan
gambaran yang tidak baik. Dalam konteks ini, pengacara majlis akan mempunyai skrip
yang telah disediakan terlebih dahulu. Skrip tersebut disemak dan diedit sebaik
mungkin. Bagi majlis tidak rasmi pula, pengacara majlis boleh bercakap secara
sepontan dan dibenarkan menggunakan ayat-ayat yang biasa. Malah dalam suasana
tertentu pengacara majlis dibenarkan menyelitkan unsur-unsur kecindan.

Secara lebih khusus, majlis yang terdapat di negara ini dapat dikategorikan kepada lima
jenis seperti yang berikut:

1. Majlis Penuh Istiadat.
Majlis yang diadakan di istana seperti istiadat pertabalan, istiadat
penganugerahan darjah kebesaran negeri, pembukaan rasmi sidang
penggal parlimen. Pakaian bagi menghadiri ini ialah pakaian istiadat atau
pakaian rasmi kerajaan.
2. Majlis Rasmi Dan Formal.
Majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri bagi meraikan ketua-ketua
kerajaan asing, konvensyen dan seminar.
3. Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal.
Majlis yang diadakan kerajaan dan tidak mematuhi protokol sepenuhnya
seperti majlis jamuan teh oleh Perdana Menteri.
4. Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal.
Majlis anjuran swasta yang mematuhi protokol dan melibatkan menteri
seoerti perasmian bangunan, pecah tanah, dan pertunjukkan.
5. Majlis Tidak Rasmi Dan Tidak Formal.
Majlis yang diadakan oleh sesuatu organisasi seperti jamuan akhir tahun

Ciri-Ciri Pengacara Majlis

Ada beberapa kriteria atau ciri-ciri yang patut dipertimbangkan sebelum memilih
seseorang individu untuk menjadi pengacara majlis. Antaranya ialah :

1. Pengacara majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan,
tidak kekok tamoil kehadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin.
2. Pengacara majlis hendaklah peka dengan situasi majlis termasuk
sebarang perubahan yang bakal berlaku pada saat-saat akhir.
3. Pengacara majlis hendaklah sentiasa bersedia untuk mengumumkan dan
memaklumkan apa-apa perubahan mengikut urutan majlis.
4. Pengacara majlis hendaklah mempunyai suara yang jelas, ceria dan
dapat menghidupkan suasana.
5. Pengacara majlis hendaklah seorang yang kreatif dan mampu melahirkan
ujaran yang spontan sekiranya terdesak.
6. Pengacara majlis hendaklah seorang yang tidak kaku dan tidak juga
membicarakan hal-hal keterlaluan.
7. Pengacara majlis hendaklah seorang yang berketerampilan dan boleh
membezakan antara majlis rasmi, separuh rasmi dan tidak rasmi.
8. Pengacara majlis hendaklah seorang yang tahu menyusun pengucapan
yang bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial.

Contoh skrip pengacaraan majlis (Font 16)

MASA AKTIVITI(CUE) TEKS (ANN)
9.00  Pengacara majlis SILA AMBIL PERHATIAN,
PAGI membuat
pengumuman untuk  PARA HADIRIN DIPERSILAKAN
para hadirin MENGAMBIL TEMPAT DUDUK
mengambil tempat MASING-MASING KERANA MAJLIS
AKAN DIMULAKAN SEBENTAR
LAGI.
 HADIRIN JUGA DINGATKAN AGAR
TIDAK BERDIRI SEMASA PARA
GRADUAN DAN PARA PENSYARAH
MASUK KE DEWAN.

9.05 pagi Pengacara majlis membuat UNTUK MAKLUMAN TUAN-TUAN DAN
pengumuman tatasusila PUAN-PUAN, BERIKUT DIBACAKAN
majlis kepada hadirin. BEBERAPA PENGUMUMAN.

-PARA HADIRIN DILARANG KELUAR
MASUK DEWAN, KHUSUSNYA SEMASA
MAJLIS SEDANG BERJALAN.
-SAYA MEMOHON KERJASAMA AGAR
TIDAK MEMBUAT BISING ATAU BERBUAL-
BUAL, SEMASA MAJLIS SEDANG
BERLANGSUNG.
-SILA MATIKAN TELEFON BIMBIT ANDA
ATAU TUKARKAN KE MOD SENYAP.
9.10 pagi Pengacara majlis -MENGUMUMKAN PERARAKAN
memngumumkan perarakan KONVENSYEN MASUK KE DEWAN.
masuk.
9.15 pagi Pengacara majlis PERARAKAN DULI YANG MAHA MULIA
mengumumkan ketibaan KE TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DAN
BAWAH DYMM Tuanku DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA PUAN
Pemangku Raja, DYTM MUDA PERLIS MASUK KE DEWAN.
Raja Puan Muda dan dif-dif
kehormat

9.20 pagi Pengacara majlis BISMILLAH.................
memulakan acara. ASSALAMUALAIKUM WRH WBH
ALHAMDULILLAH...............

(jika majlis dihadiri raja AMPUN TUANKU (3X)
maka pengacara majlis
perlu merafak sembah) MENGHADAP KE BAWAH DULI YANG
MAHA MULIA TUANKU PEMANGKU RAJA
PERLIS DAN DULI YANG TERAMAT MULIA
RAJA PUAN PERLIS...............

SETERUSNYA, PATIK BAGI PIHAK MAJLIS
MEMOHON AMPUN DAN LIMPAH
PERKENAN KE BAWAH DULI TUANKU
UNTUK MENERUSKAN ATUR CARA
MAJLIS PADA PAGI INI.
9.25 pagi Pengacara majlis mengalu- YANG AMAT BERHORMAT DATO’
alukan kedatangan tetamu SHAHIDAN BIN KASSIM, MENTERI BESAR
kehormat. PERLIS DAN PUAN SERI;

YANG BERHORMAT TUAN HAJI CHE
SULAIMAN BIN SHAPIE, SPEAKER
DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS;
........
TAN SRI-TAN SRI, PUAN SRI-PUAN SRI,
DATUK-DATUK DAN DATIN-DATIN;
PARA PENSYARAH;
PARA GRADUAN;
DAN SETERUSNYA PARA HADIRIN.

TERLEBIH DAHULU MARILAH BERSAMA-
SAMA KITA PANJATKAN RASA
KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH S.W.T
ATAS LIMPAH KURNIA DAN KEIZINAN-
NYA DAPAT KITA BERKUMPUL DI DEWAN
YANG INDAH UNTUK BERSAMA-SAMA
MENYERIKAN LAGI MAJLIS
KONVOKESYEN PADA HARI INI.
SEHUBUNGAN ITU, WARGA IPGM
KAMPUS DARULAMAN MENGALU-
ALUKAN KEDATANGAN HADIRIN
SEKELIAN.
9.35 Pengacara majlis HADIRIN SEKALIAN, AGAR MAJLIS PADA
PAGI mempersilakan individu PAGI INI MEMPEROLEH BARAKAH DAN
untuk pembacaan doa. RAHMAT DARI ILLAHI, MAJLIS DENGAN
SUKACITANYA MEMPERSILAKAN AL-
FADHIL USTAZ ZULKARNAIN BIN MOHD
UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA.

MAJLIS DENGAN SUKACITANYA
MEMPERSILAKAN.

9.40 pagi Pengacara majlis MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
mengucapkan terima kasih. ATAS BACAAN DOA ITU TADI
9.45 pagi Pengacara majlis TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, DAN HADIRIN
mempersilakan penganjur YANG DIHORMATI SEKALIAN,
untuk memerikan ucapan MAJLIS DITERUSKAN DENGAN
alu-aluan. MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA
ENCIK ARIFFIN BIN YAHYA, PENGARAH
IPGM KAMPUS PERLIS UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN.
9.46 pagi Berdasarkan perjalanan PIHAK YANG TERLIBAT.
– 10. 34 majlis
pagi
10.35 Pengacara majlis SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN
pagi menjempun dif-dif kehormat JEMPUTAN KHAS, PARA GRADUAN,
ke dewan santapan dan HADIRIN SEKALIAN KE KHEMAH JAMUAN.
pengacara majlis
mempersilakan hadirin ke
khemah jamuan.
11.00 Pengacara majlis menutup SEKIAN WABILLAHITTAUFIQ
pagi majlis dengan memberikan WALHIDAYAH ASSALAMUALAIKUM WAR
salam WBH

MAJLIS BERSURAI.