You are on page 1of 3

Tajuk

: Laporan mingguan Program Lancar Baca (PLB) 2014

Minggu : Ke-3
Tempat : Dewan Jubli SK Batu Pekaka
Sesi

: Sesi 1 ( 21 Julai 2014 )


Sesi pada minggu ini dimulakan dengan senaman ringkas bagi menceriakan

suasana yang agak suram. Hal ini dilakukan kerana para murid juga harus
dipersiapkan mental dan fizikal mereka supaya mereka berasa segar dan bersedia
bagi memulakan Program Lancar Baca ini setelah beberapa hari bercuti. Kondisi
para pelajar harus dijaga rapi kerana sekiranya murid tidak bersedia, proses
pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku dengan lancar.
Selepas selesai melakukan senaman ringan, setiap murid diminta untuk
membaca satu rangkap cerita yang ditunjukkan oleh guru dengan menggunakan kad
imbasan secara bergilir-gilir. Rasional bagi aktiviti ini ialah bagi melihat
perkembangan para murid setelah menjalani Program Lancar Baca ini selama 2
minggu. Melalui pemerhatian kami, ada dua orang murid yang menunjukkan
peningkatan yang sangat baik iaitu Airiesh dan juga Rima Nur Dalilla. Mereka sudah
mampu untuk membatangkan suku kata tanpa mengejanya setiap satu. Hal ini
menunjukkan bahawa usaha kami telah menampakkan hasil sedikit demi sedikit.
Aktiviti pada sesi ini diteruskan dengan guru memperkenalkan suku kata ng.
Murid-murid dilatih membunyikan sebutan-sebutan yang mengandungi suku kata
ng seperti cing, dang, peng dan sebagainya. Murid-murid dilatih tubi dengan
bermacam-macam cara seperti mengeja apabila guru membunyikan suku kata
tersebut atau memberi contoh perkatan yang mempunyai suku kata ng seperti

hidung, sotong dan sebagainya. Proses pengenalan dan latih tubi ini diberi tumpuan
dan penekanan yang lebih oleg guru-guru yang terlibat kerana sesetengah murid
mungkin mengalami kekeliruan dalam menggunakan suku kata ng ini.
Aktiviti terakhir pada sesi ini ialah dengan mengadakan permainan Dam
Suku Kata. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan
diberikan satu set permainan Dam Suku Kata. Didalam permainan ini, murid perlu
bergerak ke petak-petak berdasarkan jumlah nombor yang tertera pada buah dadu
yang dilontar. Disetiap petak terdapat tugas-tugas yang tertentu yang perlu
diselesaikan oleh para murid. Mereka perlu mengeja, membunyikan dan memberi
contoh berdasarkan suku kata ng yang diberi. Murid yang pertama sampai di petak
Tamat akan dinobatkan selaku pemenang.
Sesi : Sesi 2 ( 23 Julai 2014 )
Sesi pada hari ini dimulakan dengan bacaan doa dan tepuk-tepuk semangat
oleh para pelajar. Hal ini bagi membina semangat dan membantu mereka untuk
membina keyakinan didalam diri mereka yang semakin meningkat kemahiran
membacanya dari hari ke hari. Kemudian, murid-murid ini dibahagikan kepada dua
kumpulan A dan B.
Sekali lagi, setiap murid diberikan teks ringkas dan mereka diberikan masa 5
minit

untuk

berlatih

membaca.

Seterusnya,

mereka

diminta

untuk

mempersembahkan bacaan mereka seorang demi seorang. Hali ini dilakukan bagi
melihat sejauh mana mereka sudah memperbaiki kemahiran membaca mereka.
Melalui pemerhatian kami, kebanyakkan daripada responden kami telah bergerak ke
tahap dimana mereka mampu membunyikan suku kata kv dengan lancar. Murid-

murid ini hanya perlu memperbanyakkan latihan membaca supaya semakin lancar
dari hari ke hari.
Pada hari ini, murid-murid diperkenalkan dengan diftong dan huruf vokal
berganda. Mereka diajar tentang bunyi-bunyi diftong dan cara membunyikannya
dengan betul. Mereka juga diajar cara menggunakan diftong didalam perkataan
dengan betul. Selain itu, para murid juga diperkenalkan dengan huruf-huruf vocal
a,e,I,o,u yang tidak pernah mereka ketahui sebelum ini. Mereka perlu tahu tentang
huruf vocal kerana mereka akan mempelajari bagaimana hendak mengeja
perkataan yang mengandungi vocal berganding seperti kuih, laut dan
sebagainya.

Tanpa

pengetahuan

tentang

vocal

berganding,

mereka

akan

mempunyai masalah dan kekeliruan dalam membaca.


Akhir sekali, sesi pada hari ini ditutup dengan aktiviti mengisi tempat kosong
bagi membina cerita yang lengkap diatas kertas mah-jong. Setiap murid diberi
beberapa keping kad yang mengandungi perkataan yang boleh diisi didalam tempat
kosong tersebut. Setelah selesai mereka melengkapkan tempat kosong tersebut,
mereka dikhendaki membaca teks tersebut seorang demi seorang. Daripada
pemerhatian kami, murid-murid amat seronok melakukan aktiviti tersebut dan
mereka saling membantu diantara satu sama lain dan ini membantu bagi
meningkatkan keyakina dalam diri mereka.