You are on page 1of 9

PRASEKOLAH BESTARI INSTITUT PERGURUAN KENINGAU SABAH

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KANAK-KANAK RIANG KANAK-KANAK CEMERLANG
SYARAT KEMASUKAN
KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
KURIKULUM PRASEKOLAH BESTARI IPKS
GALLERI
LEARNING STATION
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Hubungi kami !
PEKELILING PRASEKOLAH

Bahagian ini akan menyediakan beberapa maklumat yang berguna untuk tatapan awam
dan ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan pendidikan awal
kanak-kanak .
1. PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1. Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak Keperluan khas

• Semua kanak-kanak adalah istimewa dan unik
• Cara pengajaran dalam bilik darjah juga perlulah disusun dan dirancang untuk
memenuhi keperluan murid – murid yang berbeza.
• Guru perlu melihat murid secara individu yang berbeza
• Cara terbaik seorang guru mengenalpasti perkembangan murid dalam bilik darjah
adalah dengan melihat perkembangan murid secara menyeluruh – akademik ( kognitif),
fizikal ( motor halus & kasar ), sosial, rohani dan psikologi.
• Kanak-kanak berkeperluan khas perlu diberi bantuan dalam bilik darjah.
• Guru yang tidak mahir perlu mendapat bantuan untuk membimbing kanak-kanak
keperluan khas.

1.1 Keperluan Khas

• Limitation on a person’s functioning restricts the individual activities.
• Sensory and physical disabilities
- visual ( vision problem )
- hearing impairment ( menggunakan pendekatan oral – membaca bibir) atau pendekatan
manual – isyarat tangan )
• Physical disorders
- cerebral palsy ( spastic)
- epilepsy
• Mental retardation
- masalah mental ( intelektual) / IQ rendah
• Speech and language disorders
- masalah menyebut perkataan
- masalah suara ( terlalu kuat, garau, nyaring, terlalu rendah )
- bahasa berulang-ulang ( Fluency disorders)
- masalah memahami arahan secara oral
- masalah memberi respon dalam komunikasi
- masalah mencari tata bahasa yang sesuai dalam komunikasi
• Emotional and behavioral disorders
- masalah pergaulan
- autisme
- agresif
- kemurungan ( mood disorder)
- ketakutan ( fear)
- cemas ( anxiety)
• Kanak-kanak pintar cerdas
- mempunyai keupayaan IQ lebih tinggi daripada kanak-kanak lain
( 120 > lebih )
- menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat daripada kanak-kanak lain
- lebih berdikari dalam aktiviti p & p
- mempunyai keupayaan memberi fokus kepada aktiviti p & p
- mempunyai kepimpinan
- dll

1.2 Punca keadaan di atas disebabkan oleh
• Faktor genetic
• Persekitaran
• Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran biasanya:
a. di bawah keupayaan normal atau lebih normal dari kanak-kanak lain
b. mempunyai masalah sekurang-kurangnya satu atau lebih mata pelajaran
akademik
c. masalah kesihatan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya

1.3 Pengesanan (Screening)

Cara saintifik dan sistematik mengesan sama ada kanak- kanak memerlukan bantuan
semasa sesi p & p di bilik darjah .

1.4 Proses Pengesanan

• Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas
• Mengumpul maklumat
- kesihatan kanak-kanak
- kesihatan ibu bapa
- penglihatan, pendengaran, tingkah laku dll
• Memproses maklumat / data
• Menganalisis maklumat / data
• Mengambil tindakan susulan
• Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat (periodical)

1.5 Alat Pengesanan

• Ujian khas menggunakan instrument
- Debver Developmental Screening Test (DDST) – lahir-6 tahun
- Batelle Developmental Inventory (BDI) – lahir – 8 tahun
- Wechler Preschool & Primary Scale of Intelligence ( WPPSI-R)
- DIAl-R
- BRIGANCE K and 1 – prasekolah – tahun 1
• Pemerhatian
- senarai semak
- rekod anekdot
- rekod berterusan
- time sampling
- soal selidik ibu bapa / penjaga
• Portfolio murid-
- Guru akan menyimpan contoh hasil kerja murid,
sama ada tulisan, lipatan, bahan projek dll untuk
melihat perkembangan tertentu murid ( cth. emosi,
motor halus, sosial dan kognitif)
- hasil kerja murid disimpan dalam fail khas yang dipanggil portfolio.
• Kesihatan ibubapa murid

SOALAN
1. Apakah kepentingan pengesanan kepada guru prasekolah ?
2. Apakah cara yang paling sesuai bagi guru menjalankan pengesanan perkembangan di
prasekolah. Berikan cadangan dan langkah-langkah mengikut situasi keperluan khas.
3. Apakah data / maklumat yang anda perolehi berasaskan pengesanan hasil kerja
( portfolio) kanak-kanak ?

2. Pemerhatian Sebagai Satu Cara Pengesanan
• pemerhatian perlu dijalankan berasas matlamat tertentu
• soalan-soalan yang perlu difikirkan ..
- kenapa pemerhatian itu dijalankan
- apakah objektif yang hendak dicapai
- apakah situasi yang sesuai untuk mengumpul maklumat (setting)
- apakah focus perkembangan yang hendak diperhatikan
( perkembanagn fizikal - motor halus, kasar,
bahasa, tingkahlaku bermasalah, kesihatan …)
- bagaimana merekod maklumat
- siapa diperhatikan ( individu, kumpulan, beberapa kanak-kanak ..)
- bagaimana maklumat hendak direkod ( senarai semak, rekod anekdot ..)
- apa yang perlu dilakukan semasa membuat pemerhatian
- terdapat perubahan tingkahlaku semasa diperhatikan?
- Berapa lama masa diperlukan untuk membuat pemerhatian
-event sampling – perlukan masa yang lama
- time sampling – masa yang pendek sahaja

2.1 Matlamat pemerhatian
- Antara matlamat membuat pemerhatian :
- sebagai satu latihan professional
- pengalaman
- mengenalpasti tingkah laku kank-kanak
- membuat keputusan contoh kesesuaian perabut dalam kelas, alat permainan, ruang
dll
- keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
• Objektif pemerhatian perlulah bersesuaian dengan persekitaran dan sumber

2.2 Pendekatan pemerhatian
• Terdapat pelbagai cara melakukan pemerhatian :
- participant observation – terlibat dengan sample
- without being seen – behind mirror
- in distance – present in the situation
- jarak dekat – cth . mengesan pertuturan murid
pemerhati perlu mencatat dan bersemuka dengan kanak-kanak untuk mengumpul
maklumat dengan tepat dan jelas.
2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian
• sensitive dengan situasi dan keadaan emosi kanak-kanak
• personaliti pemerhati
• pengaruh setting – bahan , persekitaran , ruang …dll

2.4 Apa yang hendak dilakukan semasa membuat pemerhatian
• memilih kedudukan yang sesuai
• membuat catatan

2.5 Ralat dalam pemerhatian

• silap merekod peristiwa yang melibatkan tingkah laku
• tidak cekap mencatat maklumat ( tidak dilakukan serta merta)
• menambah maklumat yang tidak wujud
• keletihan dalam pemerhatian
• gangguan cth . bunyi dari persekitaran
• ketidak selesaaan
• personaliti pemerhati ( cth. perihatin & sabar?)
• sikap bias ( biases) dalam pemerhatian
• kesesuaian tempat / situasi
2.6 Pemerhatian individu dan kumpulan

Kumpulan
- sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai matlamat
yang sama dan homogeneous ( umur dan tahap
perkembangan )
- sulit mencatat perbualan
- sesuai menggunakan rakaman video
- untuk 2 kanak-kanak – perhatian mestilah silih berganti
sepanjang masa.
- sesuai untuk memerhatikan tingkah laku dalam
kumpulan dan bukan individu .

Komponen kumpulan
• karakter ahli kumpulan ( member characteristic) – umur , bangsa , etnik , budaya
dan agama .
- ianya mempengaruhi output aktiviti dalam
kumpulan .
• tingkah laku ahli ( member behavior)
• tingkah laku kontekstual ahli – hubungan antara ahli kumpulan sebagai satu sistem
( norma)

2.7 Langkah-langkah pemerhatian
• tentukan perkara yang hendak diperhati
• merekod maklumat dengan lengkap
• merekod serta merta semasa pemerhatian
• hadkan satu rekod untuk 1 peristiwa sahaja
• rekod fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi
• rekod peristiwa positif dan negative

2.8 Kaedah pemerhatian ( methods)
• kaedah bermaksud ‘ how to do it ' dan seluruh proses yang terlibat dengan
pemerhatian, prosedur pemerhatian
- tingkah laku – behavior
- setting dan situation
• normal dan tidak formal
- normal – dilakukan secara teratur, terancang dan sistematik
- tidak formal - melalui aktiviti dan situsai semasa

Teknik / kaedah merekod dan membuat pemerhatian tingkah laku

• penulisan narrative ( narrative description)
- menggunakan huraian yang panjang dan terperinci
- on the spot
- khusus kepada tingkah laku
- tanpa gangguan, interpretasi atau penilaian
- boleh dilaksanakan melalui video, audio atau pemerhatian terus
- cth:

masa: 9.20 pagi : Ali tiba lebihkurang 35 minit setelah rakan-rakan lain tiba
di sekolah . Ia meletakkan begnya di rak beg dan terus berdiri di sebelah rak beg dan
melihat rakan-rakannya . Ia melihat rakan dan keadaan persekitaran bilik darjah. Ia tidak
bergerak selama 1 minit . Ia hanya mengerakkan matanya selama ia berdiri dan melihat
terus ke arah rakan-rakannya melakukan aktiviti dalam bilik darjah .
tamat : 9.22 pagi

kebaikan penulisan narrative
- gambaran penuh tentang peristiwa sebenar
- menjadi data mentah yang boleh diguna semula
- mencatat perbualan yang berguna untuk penilaian
kelemahan
- memerlukan masa dan tenaga yang lama
- data perlu diproses untuk mendapat maklumat
- teknik skala tidak digunakan untuk mencatat ulangan tingkah laku
- memerlukan kecekapan mencatat dan memerhati

• time sampling
- pemerhati mencari satu masa tertentu dan tingkah laku yang sesuai untuk
dijadikan sample
- pemerhatian yang bertujuan untuk mencatat kekerapan sesuatu tingkahlaku berulang /
berlaku .
Contoh tingkah laku yang diperhatikan ialah seprti bergaduh , bertengkar dan panas
baran ( aggresif) Tingkahlaku yang diperhatikan pada masa itu merupakan 'samples'
- Memberi maklumat yang terperinci berkaitan tingkahlaku yang diperhatikan . .
- cth. Dalam kelompok 15 murid, pemerhati akan memperuntukkan selama 3 minit
untuk setiap kanak-kanak sehingga semua kanak-kanak di buat pemerhatian.
- biasanya menggunakan senarai semak / koding dan mudah digunakan semasa
membuat pemerhatian .
kebaikan
- mudah digunakan khusus untuk pelbagai tingkahlaku
- tidak memerlukan belanja tinggi
- jimat masa
- data mempunyai kebolehpercayaan tinggi
• event sampling
- pemerhati memillih event/ tingkah laku sebagai sample untuk diperhati semasa
membuat pemerhatian Cth : tingkah laku sosial
- Cara ini digunakan sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak selalu dipamerkan oleh
murid semasa time sampling dilakukan.
- Pemerhati biasanya akan menunggu berlakunya 'tingkah laku ' yang hendak
diperhatikan berlaku dan mencatat peristiwa tersebut untuk dianalisis.
- maklumat boleh ditulis secara naratif atau menggunakan koding
( senarai semak )
- catatkan sama ada event / tingkah laku wujud dalam masa pemerhatian
- tingkah laku yang tidak menjadi focus tidak diambil kira ( senarai semak ) , namu
jika menggunakan penulisan naratif semua perkara perlu dicatat
• rekod anekdot
- maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan boleh disambung
oleh guru lain.
- melalui pemerhatian terus
- mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah
- catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran.
- pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah laku murid yang wujud
pasa masa pemerhatian.
- mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid
- membantu guru memahami perkembanagn murid dari semasa ke semasa

• rekod frekuensi
- merekod tingkah laku murid menggunakan frekuensi. ( mencatat / sebagai
kekerapan )
- mudah digunakan dan ditafsir
- menyediakan maklumat/ data yang mudah difahami
- carta bar. cth : 20 % ali terlibat dengan aktiviti koperatif, 30% solidarity dan 50%
secara unoccupied

• rekod harian
- mencatat perkembangan murid bagi satu jangka masa yang panjang.
- tertumpu kepada tingkah laku yang baru berbanding yang sedia ada
( perkembangan)
- step by step progress over a period of time
- satu cara yg informal

• senarai semak ( check list)
- specific behavior
- given content- sebahagaian daripada tingkah laku itu wujud dalam pemerhatian

• skala ( rating scale)
- menggunakan skala cth: cemerlang, sangat baik, baik,
sederhana, lemah

Message from: nawwar bt mohd zamri
Subject: Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak (pendaftaran dibuka pada sekarang
hingga April 2008)
E-mail: nawwar@educatetolearn.com.my

Message:
Tawaran untuk mengikuti program diploma pendidikan awal kanak-kanak pengambilan
Jun
/ oktober 2008
1. Anda ingin manjadi guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang TERLATIH dan
DIIKTIRAFKAN?
2. Atau sedang mencari peluang pernaigaan?
Kursus yang ditawarkan
• Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (LAN- KA 7116)
• Kursus-Kursus Pengurusan (KKP 0204)
• Kursus-Kursus Bengkel Kemahiran (KKP 0204)
Permohonan adalah dipelawa kepada lepasan SPM/STPM yang berminat dalam
Pendidikan
Awal Kanak-Kanak Bagi Sesi Pengambilan JUN / Oktober 2008
Borang pinjaman PTPTN boleh didapati apabila calon telah mendaftar sebagai pelajar
Institute Perkembangan Awal Kanak-Kanak (IEYD)
Kepada yang berminat sila dapatkan borang permohonan dan kembalikan ke alamat
berikut :
Institute of Early Years Development (dimiliki oleh Early Years Development
Sdn.Bhd.)anak syarikat Educate To Learn Sdn.Bhd
D-5-03A, Block D2.Ritze Perdana Business Centre, No 5 Jalan PJU 8/2, Bandar
Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya Selangor
Untuk keterangan lanjut sila hubungi (Cik Nawwar Bt Mohd Zamri) :
Tel : 03-77102790@ 03-77106511
Hp : 012-5415145 (Cik Nawwar Bt Mohd Zamri)
Fax : 03-77108340

erbt-468×601.gif
75 Users Commented In " KURSUS DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK "
Subscribes to this post Comment RSS or TrackBack URL
nor azlina bt mohd nawi says,
2-7-2008 at 19:05:45 from 218.111.190.70

saya memerlukan keterangan yang lebih lengkap mengenai kursus diploma pendidikan
awal kanak-kanak…..
caira says,
2-15-2008 at 13:05:35 from 161.142.24.130

saya mahu dapat borang KURSUS DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK ” ini. tapi masalahnya saya sekarang berada di miri sarawak. adakah alternatif
lain untuk saya dapatkan borang ini…
tQ
yati says,
2-18-2008 at 15:39:42 from 219.95.216.189

bole saya dapatkan maklumat penuh mengenai kursus ni?
MyTadika.com says,
2-20-2008 at 07:09:18 from 60.49.98.57

norazlina, caira dan yati, untuk maklumat lanjut kursus diploma pendidikan awal kanak-
kanak, sila hubungi Cik Nawwar Bt Mohd Zamr :
Tel : 03-77102790@ 03-77106511
Hp : 012-5415145 (Cik Nawwar Bt Mohd Zamri)
Fax : 03-77108340

PS: saya hanya membantu mereka menyebarkan maklumat kursus sahaja, so for further
info, kindly contact IEYD Sdn Bhd. atau layari laman web mereka:
http://www.educatetolearn.com.my
helly says,
2-20-2008 at 08:49:51 from 129.192.196.7

caira, norazlina & yati,
awak email je kat nawwar, dia akan balas semua pertanyaan awak.. nawwar siap bg kos
yuran & kandungan kursus semua kat saya.. cepat dia response
mimi says,
2-29-2008 at 09:13:55 from 60.48.177.34

cik nawwar,

Saya dah terima form utk course ni,tq.saya nak tanya apa kelebihan belajar di E2L kalau
dibandingkan saya ambil course yang sama dgn OUM?Cuma jangka masa dgn E2L ialah
2 1/2 thn berbanding OUM selama 4thn.damansara perdana jauh dr tempat tinggal saya.