You are on page 1of 2

1) Pihak kerajaan kerap memberikan saranan agar industri desa dimajukan.

Berikan penjelasan
anda tentang manfaat memajukan industri desa.

ASAK
Perkembangan sains dan teknologi negara kita selaras dengan Wawasan 2020 yang
telah ditetapkan. Tidak ketinggalan juga mengenai industri desa yang semakin hari semakin
diperkatakan. Kewujudan industri desa yang membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan
mampu memacu ekonomi Negara tanpa terlalu mengharapkan bidang keutamaan negara. Antara
industri desa yang dimajukan ialah industri makanan, kraf tangan, homestay dan sebagainya.
Industri Kecil dan Sederhana atau IKS banyak membantu usahawan-usahawan kecil dalam
mendorong mereka dalam industri ini. Oleh itu, peranan industri desa ini mampu menampakkan
impak yang besar kepada negara dan masyarakat.

FACLK
Saranan kerajaan dalam membangunkan industri desa telah menarik minat golongan
usahawan muda untuk memasarkan produk mereka secara kecil-kecillan mahupun secara pukal.
Ini menampakkan impak yang besar dengan kewujudan pelbagai industri kecil di kawasan
pedalaman. Makanan, kraf tangan, perhiasan dan sebagainya merupakan salah satu industri desa
yang dilaksanakan di bawah sistem Industri Kecil dan Sederhana atau IKS di bawah Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Oleh itu, langkah-langkah yang telah dirangka oleh pihak
kerajaan telah mendatangkan hasil yang begitu positif kepada rakyat.

2) Muzik merupakan salah satu elemen seni budaya yang diminati ramai. Huraikan peranan
muzik dalam masyarakat.

ASAK
Hiburan merupakan alternatif yang bagus dan tidak mengira kaum, bangsa, warna kulit,
peringkat umur dan agama. Muzik merupakan salah satu seni hiburan yang telah menapak di
negara ini sejak zaman kegemilangan Melayu Melaka lagi. Muzik terdiri daripada banyak pilihan
dan genre. Antaranya ialah pop, balada, irama Malaysia, nasyid dan sebagainya. Oleh itu, muzik
merupakan salah satu elemen terpenting dalam menghiburkan semua golongan bangsa dan kaum
sejajar dengan konsep 1Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita yang ke-5.

FACLK
Muzik merupakan salah satu elemen hiburan yang menarik minat semua bangsa dan
peringkat umur. Ini dapat lihat dengan penglibatan semua peringkat umur sama ada kanak-kanak,
remaja, dewasa mahupun veteran. Aura muzik yang dijelmakan mampu menarik minat semua
golongan untuk mendengarnya. Contoh muzik yang diketengahkan di negara kita ialah, pop,
ghazal, balada dan sebagainya. Pelbagai langkah yang diambil bagi mengukuhkan lagi industri
muzik di negara kita. Dengan langkah yang telah diambil oleh semua pihak, kemungkinan
industri muzik Negara kita mampu untuk bersaing dengan muzik-muzik di negara luar.
3) Pihak kerajaan kerap memberikan saranan kepada rakyat Malaysia khususnya generasi muda
agar menguasai lebih daripada satu bahasa. Pada pendapat anda, apakah kelebihan menguasai
lebih daripada satu bahasa? Kemukakan cadangan anda untuk menggalakkan generasi muda
menguasai lebih daripada satu bahasa.

ASAK
Pernah suatu kerika dahulu, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca atau
bahasa perantaraan ketika zaman Melayu Melaka. Namun begitu, bahasa perantaraan yang
digunakan sekarang ialah Bahasa Inggeris. Dengan memiliki kemahiran dalam pelbagai bahasa
asing, kita mampu maju dalam sistem pendidikan dengan mempelajari sistem yang diguna pakai
di negara asing. Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa India sudah cukup untuk memaparkan
penduduk Malaysia yang berbilang kaum. Dengan memiliki penguasaan dalam bahasa tersebut, ia
akan lebih memudahkan dalam bidang komunikasi tanpa melibatkan penguasaan Bahasa Inggeris
untuk digunakan dalam seharian di Malaysia.

FACLK
Penguasaan generasi muda dalam pelbagai bahasa memberikan banyak manfaat kepada
mereka. Bahasa Inggeris, Cina, India dan sebagainya merupakan bahasa yang perlu dikuasai.
Dengan menguasai pelbagai bahasa, jurang antara kaum dapat dielakkan dengan memahami
percakapan dan memudahkan komunikasi antara kaum. Oleh yang demikian, penguasaan lebih
daripada satu bahasa memberikan seribu satu manfaat kepada generasi muda yang
mempraktikkannya.

4) Malaysia ialah salah sebuah Negara yang berjaya menyatupadukan rakyatnya yang berbilang
kaum. Usaha tersebut ternyata mendatangkan faedah kepada semua pihak dan perlu diteruskan.
Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan kaum penting kepda rakyat dan Negara? Jelaskan
langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan perpaduan kaum di Negara ini.

ASAK
Kaum Melayu, India dan Cina merupakan kaum yang menguasai Malaysia. Perpaduan
yang diamalkan di negara ini telah mendapat pujian daripada segenap dunia. Acuan yang
dibentuk sejak zaman kemerdekaan telah menampakkan impak yang kritikal dalam negara kita.
Ini terbukti dengan kemahiran pertuturan dan adap setiap kaum yang diamalkan tanpa sebarang
masalah yang timbul. Selain itu, perayaan yang diraikan oleh tiga kaum utama Negara ini, turut
diraikan oleh setiap golongan tanpa mengira bangsa dan agama. Konsep 1Malaysia yang diguna
pakai hari ini dapat dilaksankan sekiranya perpaduan yang telah diacuankan leh pemimpin
terdahulu masih dikekalkan.

FACLK
Perpaduan antara kaum merupakan kunci kejayaan dan kemerdekaan sesebuah negara.
Dengan perpaduan yang wujud, setiap kaum yang menetap di sesebuah negara mampu
bekerjasma. Ini terbukti dengan perpaduan yang wujud di negara Malaysia. Kehidupan yang
harmoni dan aman dapat dikecapi dengan perpaduan yang telah diikatkan. Konsep perpaduan
yang diamalkan sejak dahulu lagi ketika zaman pemerintahan Perdana Menteri yang pertama
telah menunjukkan kesan positif dalam menimbulkan semangat perpaduan antara kaum. Oleh
yang demikian, perpaduan antara kaum merupakan aspek terpenting dalam mewujudkan suasana
yang mana dan kondusif.