PANITIA SAINS@SMK BANDAR EASTER, KOTA TINGGI, JOHOR

PERATURAN MAKMAL, LANGKAH KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS DALAM MAKMAL
Peraturan makmal
1. Semua pelajar dilarang masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru. 2. Beg pelajar, makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke dalam makmal. 3. Bahan dan radas tidak boleh dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru. 4. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran guru. 5. Jangan buang bahan pepejal ke dalam sinki. 6. Pelajar dilarang bermain dan berlari di dalam makmal 7. Segala kerosakan radas perlu dilaporkan kepada guru dengan segera. 8. Tutup pili air dan gas serta suis elektrik selepas digunakan. 9. Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dituang semula ke dalam botol asalnya. 10. Semua radas perlu dibersihkan dan diletakkan ke tempat asalnya selepas digunakan. 11. Bersihkan tempat anda selepas eksperimen. 12. Jangan bazirkan bahan kimia, air, gas atau elektrik.

Langkah keselamatan
13. Jangan rasa sebarang bahan kimia tanpa kebenaran guru. 14. Sebarang kemalangan atau kecederaan perlu dilaporkan kepada guru secepat mungkin. 15. Batang mancis yang bernyala perlu dipadamkan dengan air sebelum dibuang ke dalam tong sampah. 16. Baca semua label dengan teliti terlebih dahulu sebelum menggunakan suatu bahan kimia. 17. Bahan kimia pepejal mesti dikendalikan dengan menggunakan spatula. 18. Kendalikan semua bahan kimia meruap yang beracun dalam kebuk wasap. 19. Nyalakan Penunu Bunsen dengan menggunakan pemetik api atau mancis. Jangan gunakan kertas.

Pertolongan cemas
20. Jika asid atau alkali terkena pada kulit atau mata, basuh segera dengan air yang banyak. 21. Jika bahan kimia termasuk ke dalam mulut, kumuh dengan air yang banyak. 22. Jika tertelan bahan kimia, minum air yang banyak dan laporkan kepada guru dengan segera. 23. Jika terkena renjatan elektrik, matikan suis elektrik utama dengan segera. 24. Jika berlaku kebakaran, laporkan kepada guru dengan segera. 25. Jika pakaian terbakar, gulingkan badan dengan cepat di atas lantai sehingga api padam. Utamakan keselamatan anda dan rakan-rakan anda Nama Pelajar : No. Mykad: Nama Penjaga: No. Telefon:

PANITIA SAINS@SMK BANDAR EASTER, KOTA TINGGI, JOHOR

Tandatang an: Tarikh:

Tandatanga n: Tarikh:

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful