You are on page 1of 33

PEMBUMIAN

Takrif pembumian
Cara-cara pembumian
Elektrod bumi
Jenis sistem pembumian
Sistem TN-S
Sistem TN-C-S
Sistem TT dan IT
PERATURAN IEE

Peraturan-peraturan IEE yang berkaitan pembumian


Peraturan IEE berkaitan sistem TT dan IT
Peraturan IEE pengalir-pengalir pembumian
PEMBUMIAN

Pembumian merupakan sambungan yang


dibuat antara logam dan bumi.

Pembumian dijadikan sebagai punca rujukan


yang keupayaannya dianggap sifar.

Sebarang benda yang disambung ke bumi


akan mempunyai keupayaan sifar.
Pembumian bertujuan sebagai laluan balik
arus atau untuk keselamatan kepada
pengguna.

Pembumian juga bertujuan untuk memberi


keselamatan kepada pengguna daripada
bahaya renjatan elektrik dan kebakaran
apabila arus bocor ke bumi yang berlaku
pada itu mengalir ke bahagian-bahagian
logam yang boleh membawa arus dan
menyebabkan percikan bunga api.
CARA-CARA PEMBUMIAN

Pembumian ke paip air atau ke paip gas.

Pembumian ke salutan logam kabel


perkhidmatan dalam tanah.

Pembumian ke dawai aerial (bumi) yang


disediakan oleh pembekal elektrik.
Pembumian ke elektrod bumi dalam tanah yang
rintangan elektrod buminya cukup rendah.

Pembumian ke sistem pembumian berbilang


pelindung.

Pembumian ke peranti perlindungan daripada


arus bocor ke bumi automatik.
BENDA-BENDA YANG PERLU
DIBUMIKAN
Semua struktur logam dalam sistem pendawaian
(yang buka membawa arus) seperti salutan logam,
perisai pembuluh, salur, sesalur dan dawai
katenari.

Struktur logam yang terdedah bagi semua radas


termasuk yang bukan berkaitan dengan elektrik
seperti paip air dan rangka rumah.

Satu punca belitan sekunder bagi pengubah.


BENDA-BENDA YANG TIDAK
PERLU DIBUMIKAN
Logam pendek yang diasingkan sebagai
perlindungan mekanik bagi kabel yang mempunyai
sarung bukan logam selain pembuluh yang
dipasang sebagai tempat laluan masuk antara
bangunan dan pembuluh untuk melindungi kabel
lampu-lampu nyahcas.

Klip logam untuk memasang kabel


Penutup lampu yang diperbuat daripada logam.

Logam kecil seperti skru dan plat nama yang


diasingkan dengan menggunakan penebat.

Rantai logam untuk menggantung lampu dan


peralatannya.

Logam peralatan lampu untuk lampu berfilamen di


atas lantai yang kalis air.
Bumi – sambungan yang berkesan ke bumi.

ISTILAH-ISTILAH
Elektrod PEMBUMIAN
bumi – batang(rod) logam, plat logam
dan sistem paip logam dalam tanah atau
sebarang benda berpengalir bagi memperoleh
sambungan bumi yang berkesan.

Pengalir pelindung litar – pengalir termasuk


sebarang pengapit yang disambung ke punca
bumi pengguna
Dawai pembumi – pengalir akhir di antara punca bumi
pengguna dengan elektrod bumi atau yang
seumpama dengannya.

Dawai pengikat sama upaya – sambungan sekali secara


elektrik untuk membawa arus yang memberi
keupayaan yang sama antara alat-alat logam yang
tidak terlibat dengan pemasangan elektrik

Rintangan bumi – rintangan bumi adalah tempat


elektrod bumi penguna ditanam.
Galangan bagi litar rosak ke bumi – jumlah rintangan
litar yang dilalui oleh arus semasa berlaku litar
bocor ke bumi bermula dari punca hidup bekalan
hingga ke elektrod bumi.

Kawasan rintangan bumi – jarak kawasan bagi satu


elektrod bumi yang berada di dalam kawalannya.

Rintangan gelung bumi – rintangan litar yang dilalui


oleh arus bocor ke bumi bermula dari punca akhir
pengalir pelindung litar arus bumi hingga ke
elektrod bumi
Punca bumi penguna – punca-punca tempat
penyambungan semua pengalir pelindung litar
bumi sebelum disambungkan ke elektrod bumi.
Ia berada samada dalam kotak fius atau
berhampiran dengan kotak fius.

Kawasan rintangan bumi bertindih – kawasan


penanaman elektrod kedua yang berada dalam
lengkaran 6 meter dari elektrod utama.

Dawai pengikat sama upaya tambahan – sambungan


bersama secara elektrik diantara logam yang
terlibat dalam pemasangan elektrik.
PEMBUMIAN BERBILANG
PELINDUNG

Pembumian berbilang pelindung digunakan apabila


galangan bagi litar rosak ke bumi tidak cukup
rendah untukmengendalikan fius atau pemutus litar
bocor ke bumi.

Penggunaannya adalah pada voltan rendah dan


kebenaran daripada pihak pembekal hendaklah
diperoleh terlebih dahulu apabila hendak
menggunakannya.
SYARAT-SYARAT PEMASANGAN SISTEM
PEMBUMIAN BERBILANG PELINDUNG

Dawai pembumian mestilah mempunyai rintangan


yang tidak melebihi 10 ohm dan pengalir pelindung
litar bumi 0.5 ohm iaitu apabila arus sebanyak 10A ,
40V dialirkan selama seminit semasa ujian dengan
menggunakan bekalan arus ulang-alik.

Fius, pemutus litar, penyambung dan suis satu hala


tidak dibenarkan dipasang bersebelahan dengan
pengalir neutral
Kesemua pengguna elektrik di kawasan itu
mestilah dipasang dengan sistem
pembumian berbilang pelindung.

Hanya digunakan pada litar voltan rendah


dan mendapat kebenaran daripada pihak
yang berkenaan.
TEMPAT PENGGUNAAN SISTEM
BERBILANG PELINDUNG
Kawasan bukit dan jauh dari pantai – disini
rintangan bumi yang rendah sukar diperolehi.

Kawasan berbatu, berpasir dan kering – rintangan


bumi di kawasan ini juga adalah tinggi.

Kawasan pedalaman – kabel dalam tanah yang


bersarung logam tidak digunakan sebagai sistem
penghantaran di kawasan ini.
KELEBIHAN SISTEM PEMBUMIAN
BERBILANG PELINDUNG

Rintangan elektrod buminya rendah dan


mudah diperoleh kerana setiap pengguna
mencantumkan punca buminya kepada dawai
neutral.

Perbelanjaan dapat dijimatkan kerana


bilangan elektrod bumi tidak ditambah.
Galangan gelung bumi rendah dan cukup
untuk mengendalikan fius atau pemutus
litar apabila arus bocor ke bumi berlaku.

Perbelanjaan pemasangan sistem


pembumian dapat dijimatkan.
KELEMAHAN SISTEM PEMBUMIAN
BERBILANG PELINDUNG

Renjatan akan dirasai jika kerja-kerja logam yang


berhampiran tidak diikat bersama ke dawai neutral
atau jika dawai neutral itu putus.

Arus bumi akan berputar antara elektrod bumi dan ini


menyebabkan sistem telefon terganggu.
ELEKTROD-ELEKTROD BUMI

Rod-rod dan paip-paip bumi


Pita-pita atau dawai bumi.
Plat-plat bumi.
Elektrod-elektrod bumi yang
terbenam di dalam tanah.
Konkrit yang bertetulang logam.
Sarung plumbum dan sarung daripada logam
lain yang digunakan untuk sistem-sistem paip
logam yang tidak dilarang.
Menyarung kabel dalam tanah dan tidak
terlarang.
Struktur-struktur bawah tanah lain yang
bersesuaian.
CARA MENGURANGKAN
RINTANGAN ELEKTROD BUM
Mengisi garam disekeliling elektrod (lapan
bulan sekali).
Mengisi arang batu ke dalam elektrod.
Menabur serbuk besi di sekeliling elektrod.
Memasang elektrod di tempat yang lembap.
Elektrod dilubang-lubangkan.
Memasang beberapa batang elektrod bumi secara
selari di luar kawasan elektrod bumi tersebut.

Memasang sambungan selari antara elektrod dengan


menggunakan jalur kepingan tembaga.

Menanam bahan kimia seperti magnesium, kuprum


atau garam batu.

Menambahkan panjang atau luas keratan rentas


elektrod.
PERATURAN-PERATURAN IEE
BAGI PEMBUMIAN
Setiap kaedah pembumian dan pengalir pelindung
litar hendaklah dipilih dan dipasang agar memenuhi
keperluan peraturan-peraturan dalam pembumian
untuk menjamin keselamatan dan peralatan yang
berhubung dengan pemasangan cukup memuaskan.

Sistem pembumian pada pemasangan boleh


dibahagikan kepada sub bahagian dan setiap
bahagian yang dibahagikan itu harus mematuhi
keperluan-keperluan pembumian.
JENIS-JENIS SISTEM PEMBUMIAN

Sistem TN-S
Sistem TN-C-S
Sistem TT dan IT
Sisten TN-C
SISTEM TN-S

Suatu sistem dimana pangkalan pembumian utama


seseorang pengguna haruslah disambung pada titik
bumi sumber tenaga.
SISTEM TN-C-S

Suatu sistem dimana pembumian pelbagai


pelindung disediakan oleh pembekal dimana
kaedah-kaedah yang sewajarnya hendaklah
disediakan untuk menyambungkan pangkalan
pembumian utama pengguna pada dawai neutral
sumber tenaga.
SISTEM TT DAN IT

Suatu sistem dimana pangkalan pembumian utama


pengguna hendaklah disambungkan melalui satu
pengalir pembumian ke elektrod bumi dengan
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
PERATURAN-PERATURAN IEE
BAGI SISTEM TT DAN IT
Elektrod bumi yang digunakan mestilah diperakui bagi
tujuan memenuhi kehendak IEE.

Jenis dan kedalaman elektrod bumi yang terbenam


hendaklah tidak mengakibatkan penambahan
dalam nilai rintangan elektrod bumi melebihi nilai
yang diperlukan apabila tanah itu menjadi kering
atau sejuk.
Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan
elektrod bumi hendaklah mempunyai keupayaan
untuk menahan kerosakan akibat kakisan.

Kerja logam perkhidmatan gas awam dan air tidak


boleh digunakan sebagai pelindung elektrod
bumi.
Sarung-sarung kuprum dan sarung logam lain bagi
kabel-kabel yang tidak mungkin mengalami
kerosakan akibat kakisan yang berlebihan boleh
digunakan sebagai elektrod bumi dengan syarat
persetujuan pemilik kabel diperolehi dan
langkah-langkah yang bersesuaian diambil
untuk memberi amaran kepada pemilik
pemasangan elektrik itu tentang perubahan-
perubahan yang akan dilakukan pada kabel yang
mungkin akan mempengaruhi kesesuaian kabel
itu untuk bertindak sebagai elektrod bumi.
PERATURAN IEE PENGALIR-
PENGALIR PEMBUMIAN
 Setiap pengalir pembumian jika ditanam,
pengalir itu hendaklah mempunyai luas
keratan rentas yang tidak kurang daripada nilai
yang ditetapkan.
 Pengalir aluminium dan pengalir aluminium
yang berlapiskan tembaga tidak boleh
digunakan untuk penyambungan terakhir
dalam elektrod bumi.
 Penyambungan pengalir pembumian kepada
elektrod bumi atau pada kaedah pembumian
yang lain hendaklah dibuat dengan sempurna
dan memuaskan dari segi mekanik dan
elektrik.