You are on page 1of 3

A.

Ke Arah Kemerdekaan
Selepas Perang Dunia Kedua tamat,iaitu pada tahun 1945,
British telah kembali menjajah Tanah Melayu.Namun,
para pemimpin Tanah Melayu telah bersatu berjuang
menentang pejajahan British.Mereka telah bersatu dan
berjuang mendapatkan kemerdekaan Negara.
Kerjasama antara Kaum
Para pemimpin Tanah Melayu menyedari bahawa
perpaduan antara kaum adalah penting untuk
mendapatkan kemerdekaan daripada British.
Jawatankuasa Hubungan antara kaum telah
dibentuk.Para pemimpin Melayu,Cina dan India
bersepakat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antara kaum.Hasilnya,perpaduan seluruh
rakyat dapat dibentuk melalui penggunaan bahasa
Melayu.Rundingan kemerdekaan pula dapat diadakan
dengan pihak British.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Para pemimpin pelbagai kaum telah bersetuju
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan Negara.Oleh itu,Perlembagan
Persekutuan Tanah Melayu dirankgka pada
tahun 1956 telah meletakkan bahasaMelayu
sebagai bahasa kebangsaan.Walaupun begitu,
bahasa lain boleh digunakan dipelajari.
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan
hendaklah ditulis dalam apa apa tulisan sebagaimanapun
yang diperuntukkan dengan undang undang oleh parlimen.
Dengan syarat bahawa (a) tiada siapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada
menggunakan (bagi apa apa maksud,lain daripada maksud
rasmi),atau daripada mengajar atau belajar apa apa bahasa lain;dan
(b) tiada apa apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan
Persekutuan ataun hak mana mana Kerajaan Negeri bagi memelihara
dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana mana kaum
lain dalam Persekutuan.
Agama,Kepercayaan dan Budaya Kaum
Rakyat Negara kita mengamalkan pelbagai agama,kepercayaan

Dan budaya.
3. Agama bagi Persekutuan
(1) Agama islam ialah agama bagi Persekutuan;tetapi agama
agama lain diamalkan dengan aman dan damai di mana mana
bahagian persekutuan.
Petikan Perlembagaan Perkara 3 (Fasa 1) menjelaskan
bahawa agama Islam merupakan agama Persekutuan tetapi
orang bukan Islam boleh mengamalkan agama masing masing.
Walaupun berlainan agama,kita saling menghormati antara satu
sama lain.
Pilihan Raya 1955
Pilihan raya 1955 telah diadakan untuk memilih wakil rakyat bagi
Majlis Perundangan Persekutuan.Bagi menghadapi pilihan raya ini,
parti UMNO,MCA dan MIC telah bersatu dengan dengan membentuk parti
perikatan.
Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Satu lagi kerusi telah dimenangi oleh Parti Islam se Malaya.Pilihan raya ini penting
Sebagai langkah mencapai kemerdekaan.
Rombongan Merdeka 1956
Selepas kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya 1955,sebuah kerajaan telah
dibentuk.Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri.Oleh itu,Tunku
Abdul Rahman mengetuai Rombongan Merdeka bagi membincangkan kemerdekaan
Negara British pada tahun 1956 di London.
Pengisytiran Kemerdekaan
Selepas rundingan kemerdekaan berjaya di London,Rombongan Merdeka telah
pulang ke tanah air.Mereka disambut dengan penuh gemilang.
Pada 20 February 1956,di Padang Merdeka,Bandar Hilir,Melaka,Tunku Abdul
Rahman selaku ketua Rombongan Merdeka mengumumkan tarikh
31 ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Negara.
Pada 30 Ogos 1957,tepat pukul 12.00 malam,di hadapan Padang Kelab
Selangor,Kuala Lumpur,bendera Union Jack diturunkan dan bendera
Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.Penurunan bendera Union Jack
menandakan berakhirnya penjajahan British di negara kita.Pengibaran
bendera Persekutuan Tanah Melayu melambangkan kebebasan sebuah
negara merdeka yang berdaulat.
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur
telah diadakan upacara perisytiharan kemerdekaan.Dalam upacara

tersebut,Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri telah


membaca perisytiharan kemerdekaan.Kemudian,Tunku Abdul Rahman
telah melaungkan seruan MERDEKAsebanyak tujuh kali yang diikuti
oleh laungan rakyat jelata.Rakyat daripada segenap lapisan berasa bangga
kerana negara bebas daripada penjajahan.