You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pendidikan Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

LAPORAN
LAWATAN PENANDA ARAS
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4
( Sekolah Cemerlang )

ANJURAN:
PPG KOHORT 1 / SN 01
AMBILAN JUN 2011
TARIKH:
6 NOVEMBER 2014
TEMPAT:
SK CONVENT KOTA, TAIPING
(Sekolah Cemerlang Kluster dan Berprestasi Tinggi)
TAIPING, PERAK

1.0

PENGENALAN
Kursus Bina Insan Guru merupakan kursus pengajian wajib bagi semua guru
yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru.
Dalam Tahun 4, semester 1, Bina Insan Guru (WAJ3114) telah memasuki
Fasa 4 di mana aktivitinya ialah program penanda aras ke sekolah cemerlang
dan mendekati individu guru cemerlang. Bagi memenuhi matlamat program ini
semua peserta / ahli PPG SN 01 dan MZ 01 akan membuat penanda aras ke
sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dan sebuah sekolah yang mempunyai
seorang Guru Cemerlang Sains. Justeru pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG)
lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah
dalam konteks dan situasi yang sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu,
kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak guru di kalangan pelajar. Diharapkan
program BIG Fasa 4 ini dapat memberikan impak yang maksimum dalam
meningkatkan rasa kebertanggungjawaban pelajar dalam memikul tugas dan
cabaran dalam profesion keguruan.

2.0

RASIONAL
Program Penanda Aras ke Sekolah Cemerlang dan Guru Cemerlang
bertujuan untuk memenuhi keperluan sukatan pembelajaran Bina Insan Guru
(BIG- WAJ 3114) bagi Kursus Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 1
tahun 2011. Aktiviti lawatan penanda aras (bench marking) menjurus kepada
pendidikan secara langsung tentang pembinaan iklim sekolah dan budaya
kerja yang kondusif serta stail dan kualiti kepimpinan di peringkat sekolah. Di
samping itu pelajar akan memahami tugas dan tanggungjawab dengan lebih
berkesan bagi mencapai sekolah yang cemerlang.

3.0

OBJEKTIF
3.1
3.2

Memenuhi kehendak sukatan kursus Bina Insan Guru Fasa 4.


Peserta dapat memahami realiti persekitaran dan responsif secara

3.3

positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.


Menambah pengetahuan dan pengalaman serta berkongsi maklumat
dalam pengurusan dan inovasi proses pengajaran dan pembelajaran

Sains seterusnya mengaplikasikan pengurusan sekolah cemerlang


3.4

kepada semua peserta.


Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

4.0

PELAKSANAAN/PENILAIAN KURSUS SECARA RINGKAS


4.1

PENGISIAN PROGRAM

MASA
7.30 pagi
8.00 pagi
9.30 pagi

AKTIVITI
Berkumpul di IPG Kampus Ipoh
Bertolak ke SK. Convent Kota, Taiping
Program Penanda Aras Sekolah Cemerlang

- Sesi Bergambar
- Ucapan Aluan
- Taklimat Profil Sekolah
- Persembahan Pelajar
- Taklimat Panitia Sains
- Persembahan Pelajar
- Ucapan Wakil IPGM
- Persembahan
- Kudapan
- School Tour
- Bersurai
3.00 petang
Bertolak balik ke IPG
4.00 petang
Tiba di IPG
4.1
LAPORAN SEBELUM
Taklimat BIG ( WAJ 3114 ) untuk Fasa 4 Semester 5 telah dijalankan pada 10
Oktober 2014.

Penyelaras BIG iaitu En. Yusri bin Mat Johor telah

menyampaikan maklumat berkaitan pengisian BIG pada kali ini serta perkaraperkara yang perlu diambil perhatian oleh para pelajar PPG Ambilan Jun 2011.
Proforma BIG Semester 5 ini adalah menghadiri bengkel serta menyediakan
catatan reflektif mengenainya bagi tajuk-tajuk yang telah ditetapkan serta
merancang

dan

mengadakan

lawatan

Benchmark

ke

Sekolah

Cemerlang/Kluster/SBT/Baiah dan seterusnya menyediakan laporan dan


catatan reflektif mengenainya.

Selepas

mendengar

taklimat

daripada

penyelaras

BIG,

kami

telah

mengadakan perbincangan bersama dengan pensyarah pembimbing iaitu En.


Zulkifli bin Mat Nor. Hasil perbincangan yang dijalankan, kami telah bersetuju
untuk mengadakan lawatan Benchmark ke Sekolah Cemerlang Kluster dan
Berprestasi Tinggi iaitu SK. Convent Kota, Taiping di mana salah seorang
daripada rakan kami adalah merupakan guru yang bertugas di sekolah
tersebut.
Bagi melancarkan program yang akan dijalankan, kami telah menyediakan
senarai ahli jawatankuasa bagi program tersebut. Ketua Unit telah mengambil
tanggungjawab menyediakan kertas kerja bagi tujuan program serta
menyediakan beberapa surat yang perlu diambil tindakan segera. Diantaranya
ialah surat kebenaran pengarah, tempahan bas, surat jemputan wakil unit
kokurikulum serta surat pelepasan daripada guru besar. Tarikh bagi lawatan
tersebut telah ditetapkan oleh pihak IPG Kampus Ipoh iaitu pada 6 November
2014.
4.2

LAPORAN SEMASA

Kami telah bertolak dari IPG Kampus Ipoh pada pukul 8.30 pagi lewat
setengah jam daripada masa yang dijanjikan. Terima kasih atas kehadiran
beberapa orang pensyarah antaranya ialah En. Yusri, En. Radzi dan En. Zul
sebelum kami berangkat. En. Yusri juga sempat menyampaikan maklumat
sebagai peringatan untuk tugasan kami pada semester ini. Terima kasih juga
kepada En. Nasaruddin b. Md Rasol yang sudi turut serta bersama-sama kami
ke SK. Convent Kota sebagai pensyarah pembimbing.
Kami telah sampai ke SK. Convent Kota lebih kurang jam 10.00 pagi. Kami
telah disambut mesra oleh barisan Penolong Kanan dan rakan kami yang
berada di sekolah tersebut iaitu Pn. Rosnani bt Awang Hitam. Kami telah
diperkenalkan dengan Pn. Shamsiah Din ( PK Pentadbiran ), Pn. Tay Siau Eng
( PK Hem ), Pn. Haniza Abdul Hamid ( PK Kokurikulum ) dan Pn. Pauziah
Mohd Serji ( PK Petang ).

Kami telah dimaklumkan bahawa Pn. Zakiah

Ghazali (Guru Besar) tidak berada di sekolah kerana menghadiri kursus di

hotel berdekatan. Kami juga dimaklumkan bahawa Pn. Zakiah dan beberapa
orang guru baru sahaja kembali daripada Sabah kerana mengiringi pelajar
menyertai pertandingan kebudayaan peringkat antarabangsa di sana.
Kemudian kami telah dibawa ke Pavilion Cempaka Sari untuk sesi bergambar.
Seterusnya kami dijemput masuk ke dewan sekolah untuk meneruskan acara
majlis pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada
pengerusi majlis iaitu Pn. Norfaraidayu bt. Mohd Zain. Selepas itu, kami
dipersembahkan dengan persembahan tarian daripada pasukan kebudayaan
sekolah

tersebut.

Seterusnya,

kami

telah

mendengar

taklimat

yang

disampaikan oleh Pn. Tay Siau Eng ( PK Hem ) tentang Profil Sekolah. Di
antara isi kandungan taklimat yang disampaikan adalah seperti berikut:

Maklumat umum sekolah dari segi lokasi, tahun dibina, bilangan guru,

staf, dan pelajar.


Menjadi Sekolah KLUSTER pada tahun 2009 dan Sekolah Berprestasi

Tinggi (SBT) pada tahun 2010.


Menerima dana daripada pihak kementerian yang digunakan untuk

melestarikan sekolah.
Visi dan Misi Sekolah
Ciri-ciri Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT )
Cogankata Sekolah
SKPM + GPS = 90% ke atas, Band 1 dan Peningkatan ke Taraf Dunia
Kriteria pemilihan SBT
Kriteria ANNEX
Pencapaian UPSR 2010 - 2013
Program-program Sekolah
Pencapaian Sekolah di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
Pembentangan Slaid Imbasan Zaman Silam

Majlis pada hari itu diteruskan dengan taklimat daripada Ketua Panitia Sains
iaitu Pn. Napisah bt. Ismail Hajad. Di antara maklumat yang disampaikan
adalah tentang:

Pengurusan Panitia Sains


Sejarah Bilik Sains
Analisis Kualiti dan Kuantiti Sains UPSR
Program Kecemerlangan Kualiti Sains
Program Peningkatan Mata Pelajaran Sains
Iklim Budaya Sains

Hands on Activity
Perkembangan Staff

Seterusnya kami telah disajikan dengan beberapa lagi persembahan daripada


pelajar-pelajar SK. Convent Kota.

Persembahan-persembahan tersebut

merupakan antara persembahan terbaik yang telah disertai sama ada di


peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Antaranya adalah :

Persembahan Kebudayaan
Persembahan Story Telling
Persembahan Sajak
Persembahan Muzikal
Persembahan Bercerita

Majlis diakhiri dengan ucapan daripada wakil pelajar IPG Kampus Ipoh iaitu
Pn. Hasmawati bt. Harun daripada Unit Muzik 1 selaku wakil daripada pihak
IPG dan juga pelajar PPG Kohort 1 Ambilan Jun 2011. Sebagai tanda ucapan
terima kasih daripada pihak IPG Kampus Ipoh, kami daripada Kelas Sains 1
dan Kelas Muzik 1 telah menyampaikan cenderahati kepada pihak sekolah.
Setelah majlis di dewan selesai kami telah dijemput untuk menjamu selera
ditempat yang disediakan sebelum membuat School Tour di sekolah
tersebut. Di antara tempat-tempat yang kami lawati adalah Bilik Sains, Pusat
Sumber Sekolah, Makmal Bahasa, Bilik Gerakan, Bilik Kemahiran Hidup,
kantin sekolah dan juga sekitar kawasan sekolah yang memberikan sumber
inspirasi kepada kami untuk dibawa pulang ke sekolah masing-masing. Kami
meminta diri untuk pulang setelah program selesai lebih kurang jam 2.00
petang.
4.3 LAPORAN SELEPAS
Kami

telah

membuat

perbincangan

dan

pembahagian

tugas

untuk

menyediakan laporan hasil lawatan tersebut. Perbincangan tentang kekuatan,


kelemahan dan sebarang penambahbaikan dibincangkan bersama dan perlu
dimasukkan di bahagian refleksi masing-masing.
5.0

REFLEKSI

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V


PPG SAINS KOHORT 1
AMBILAN JUN 2011 IPGIP
SK CONVENT KOTA
TAIPING, PERAK.
(06 NOVEMBER 2014)

Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang,


memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang
mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang.
Bagi mendapat seorang guru yang berkualiti pada masa akan datang terdapat
beberapa proses yang harus dilalui dan ditempuhinya seperti seperti menghadiri
program bina insan guru.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana
dengan limpah dan kurniaNya,akhirnya saya dapat menyiapkan Program Bina Insan
Guru iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke Sk Convent Kota, Taiping ini
dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Tarikh lawatan tersebut pada
06 November 2014 iaitu hari Kahmis. Tidak dilupakan kepada pensyarah
kokurikulum kami iaitu Encik Yusri Mat Johor serta yang banyak membantu kami
menyiapkan rangka program ini serta rakan sekelas. Pada semester kali ini iaitu
semester enam, kami telah diwajibkan menjalankan program BIG iaitu lawatan
penanda aras ini.
Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk
menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini.
Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan
tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan
dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Sk Convent Kota, Taiping iaitu salah
sebuah sekolah berprestasi tinggi untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan.
Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah berbincang serta memohon
kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak Sk
Convent Kota, Taiping telah memberi maklum balas yang positif untuk kedatangan
kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu.

Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping merupakan sebuah sekolah


berprestasi tinggi. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan
sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) pada pada tahun 2012. Pogram Bina Insan
Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau
dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di Malaysia. Program
lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan
yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan
sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu
institusi pendidikan.
Apabila sampai di SK Convent Kota, Taiping, kami telah disambut dengan
penuh mesra oleh warga sekolah dari pihak pentadbir serta warga guru di sana. Sesi
bergambar memulakan aturcara kami di laman bestari sekolah itu tanpa kehadiran
Guru Besar sekolah yang terpaksa menghadiri seminar ketika itu. Seterusnya, kami
dibawa ke dewan sekolah yang begitu selesa dengan sambutan aluan dengan
persembahan kumpulan tarian sekolah yang baru balik dari pertandingan di negeri
Sarawak sebelum mendengar taklimat daripada Penolong Kanan Pentadbiran iaitu
Puan Tay. Sebelum majlis ramah mesra dijalankan kami telah disediakan sedikit
santapan dari pihak sekolah untuk dijamu kepada kami. Selepas itu, beliau telah
menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SK Convent Kota,
Taiping dan pencapaian sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. SK
Convent Kota, Taiping telah mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri,
kebangsaan dan juga antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di
sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. Di SK Convent Kota,
Taiping, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
sebanyak RM 700, 000 selepas menerima Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi
(SBT).
Setelah mendengar penerangan daripada penolong pentadbiran sekolah
maka sesi kami disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak pelajar PPG
dengan pihak sekolah. Akhir sekali kami akhiri lawatan kami dengan sesi melawat
sekitar kawasan sekolah. Antara kawasan yang dilawati ialah pusat sumber sekolah,
prasekolah, bilik muzik, sudut pembelajaran, bilik kaunseling dan bimbingan, makmal
dan lain-lain lagi. Sepanjang membuat lawatan ke sekitar sekolah saya amat tertarik
dengan bilik kaunseling di sana terdapat satu bilik penghakiman bagi menghakimi

pelajar yang membuat kesalahan disiplin terutama kesalahan yang berat. Hanya
kesalahan yang besar akan masuk ke dalam bilik tersebut. Menurut salah seorang
guru tersebut, sebelum bilik itu diwujudkan masalah disiplin kurang memuaskan.
Setelah pihak sekolah mencari inisiatif untuk adakan bilik hukuman tersebut masalah
disiplin semakin berkurang. Dalam bilik hukuman tersebut telah ditempatkan ada
kandang pesalah, baju hitam yang selalu digunakan oleh peguam untuk perbicaraan,
dan ada tempat duduk untuk saksi kes.
Terdapat

beberapa

kekuatan

yang

boleh

saya

dapati

sepanjang

melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguhdalam

melaksanakan

program

ini.

Kami

telah

berganding

bahu

dalam

menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan
lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini
secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih
mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar . Sekiranya di
beri tugasan semasa di sekolah nanti secara tidak langsung mampu menguruskan
dan tidak teragak-agak untuk menolak apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru
besar. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman
memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sendiri
dan dipersekitaran dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang iaitu
mampu mengendalikan dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masa
akan datang tidak mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut dengan lebih baik
dan cemerlang.
Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak sekolah sendiri dalam
mentadbir sekolah tersebut. Saya dapati bahawa guru besar sekolah tersebut iaitu
Pn Zakiah Bt Ghazali merupakan seorang guru besar yang suka merendah diri.
Beliau menyatakan bahawa, sebarang perubahan dan budaya kecemerlangan yang
diterapkan di sekolah tersebut adalah sama seperti sekolah-sekolah yang lain, tiada
banyak perbezaan dilakukan. Namun, beliau amat menekankan disiplin di sekolah
tersebut. Bukan sahaja murid-murid perlu berdisiplin malahan guru-guru juga tidak
terkecuali. Menurut beliau sahsiah sahaja bukan datang dari murid tetapi mesti
datang dari guru barulah murid akan mengikuti. Selain itu, tema atau prinsip yang
dipegang oleh beliau dalam mentadbir sekolah ialah sahsiah cemerlang teras
kejayaan dunia dan akhirat. Untuk menjadi seorang guru yang hebat beliau

menyatakan bahawa seorang guru perlu jadi agen perubahan iaitu yang sentiasa
mengikuti peredaran semasa. Agen perubahan yang dimaksudkan ialah boleh
bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat membetulkan sentimen
minda masyarakat.
Selain itu, saya dapati kekuatan di sekolah tersebut ialah murid mereka
digalakkan bersukan ketika waktu rehat atau selepas habis sesi persekolahan.
Ketika waktu berehat terdapat murid murid akan bermain badminton. Pada waktu
lawatan tersebut saya ternampak juga guru turut serta bermain permainan dengan
murid. Ini menunjukkan juga bahawa jalinan hubungan antara guru dan murid terjalin
dengan erat dan mesra. Jadi tidak hairanlah sekiranya johan peringkat daerah untuk
kategori individu lelaki bawah 12 tahun, bergu bawah 12 tahun dan individu
perempuan bawah 12 tahun menjadi johan daerah bagi tahun 2011 dan 2012. Selain
itu, sekolah ini juga pernah memasuki peringkat negeri bagi permainan ping pong
hingga ke suku akhir.
Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukan
tugasan ini ialah kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan
komitmen sesama unit.

Ini telah menyukarkan kami untuk menjayakan program

tersebut. Selain itu, kelemahan yang lain boleh dilihat ialah bagi sekolah tersebut
ialah kemudahan padang yang kecil untuk menampung kegunaan murid.
Bagi

mengatasi

semua

kekangan

di

atas,

terdapat

beberapa

penambahbaikkan dan cadangan. Antaranya ialah kami telah cuba menyiapkan


segala kertas kerja serta surat menyuarat yang diperlukan seawal mungkin. Selain
itu, masalah kekeliruan dan keraguan yang timbul telah diatasi dengan semua unit
telah berganding bahu serta bergilir-gilir untuk menjalankan tugas supaya tidak
berlaku pertelingkahan antara satus sama lain. Bagi penambahbaikkan dari segi
masa yang diperuntukkan pula, carilah waktu dan masa yang sesuai untuk
menagadakan program tersebut serta semua maklumat yang ingin disampaikan
dapat disalurkan dengan mudah dan tidak tegesa-gesa.
Alhamdullilah, tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa
ada yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu
secara langsung dan tidak langsung. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini

amat bermanfaat kepada guru-guru kerana mampu memberi motivasi dan semangat
kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak
mungkin dalam memberi idea kepada sekolah untuk membangunkan dan
meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.Selain itu, lawatan ini dapat
memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah
bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat
kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan
prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang.Secara
keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya
dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masaakan
datang.

6.0

PENUTUP

Sekalung tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan
program Penanda Aras Sekolah Cemerlang ini. Semoga objektif program tercapai
dengan jayanya. Adalah diharapkan program ini akan dapat memberikan manfaat
dan kebaikan kepada kita semua untuk membuat penambahbaikan dari setiap sudut
bagi diri sendiri dan juga di sekolah masing-masing. Selain daripada menambah
pengetahuan dan pengalaman, kita juga dapat berkongsi maklumat dalam
pengurusan dan inovasi proses pembelajaran dan pengajaran Sains di sekolah.
Seterusnya ilmu yang diperolehi dapat diaplikasi dalam pengurusan sekolah
cemerlang kepada semua guru dan pelajar. Peranan dan tangunggjawab bukan
hanya terletak di bahu guru sahaja malahan semua individu termasuk pelajar di
dalam sesebuah sekolah perlu memainkan peranan masing-masing bagi mencapai
status sekolah cemerlang dan berprestasi tinggi.

Disediakan oleh;

.................................
(

Setiausaha Lawatan Penanda Aras


PPG Unit Sains 1
IPGM Kampus Ipoh