You are on page 1of 27

BY : MALIK JAFFAR

Menerangkan apa yang diharapkan


daripada pekerja dan bagaimana
output mereka dinilai.
Adalah alat kawalan pihak pengurusan
ke atas aktiviti rutin dan berulang ulang
seperti: Menyalin, mengira, kerja kerja fail,
kerja kerja bil, dan mengepos.

Dapat menentukan kuantiti dan kualiti


kerja yang sepatutnya dikeluarkan oleh
kakitangan pejabat di bawah
pentadbirannya.

Hasil piawai - had pengeluaran iaitu hasil kerja pekerja


yang berkemahiran yang dilakukan dalam keadaan
yang biasa dan dikira secara purata. (adalah
dicadangkan bahawa had ini diberi nilai 100 mengikut
skala British Standard iaitu masa piawai 1 jam untuk kerja
per jam ataupun piawai 60 minit per 60 minit).
Pengelasan piawai - piawai yang ditentukan mengikut
kadar purata ke atas pekerja yang layak dalam
melaksanakan sesuatukerja dalam keadaan yang biasa
dengan mengamalkan satu sistem atau kaedah yang
tertentu.
Masa piawai - jumlah masa untuk sesuatu kerja disiapkan
mengikut hasil piawai untuk kerja tersebut.
Mengkaji sama ada perbandingan antara masa pekerja
yang dikaji dengan masa piawai kerja tersebut adalah
sesuai atau pun tidak.

Menolong mengenalpasti kos melaksanakan kerja.


Melatih kaedah kawalan yang lebih baik ke atas
penjadualan dan kitaran kerja pentadbiran.
Membantu tugas menilai kakitangan.
Menerapkan sistem insentif dalam keadaan pendapat
pekerja ditentukan oleh tahap produktiviti masing
masing.
Membantu menilai keperluan memperbaiki
pentadbiran sistem pejabat serta mengenal pasti
kemungkinan perlunya mengaplikasikan mesin dan
peralatan baru dalam pejabat.
Mengukur keberkesanan jabatan yang beroperasi.
Membolehkan penyelia baru menilai dan mengukur
keberkesanan pekerja baru dan kadar proses belajar
yang mereka lalui.

Spesifikasi Standard (Piawai) untuk Kerja Kerja


Binaan Bangunan telah disiapkan oleh
Jawatankuasa Spesifikasi dan Terjamahan Ibu
Pejabat JKR khusus untuk digunakan dalam
penyediaan dokumen dokumen tender bagi
Kontrak Kontrak Binaan Bangunan yang
dipelawa berasaskan pelan pelan dan
spesifikasi.
Spesifikasi Standard (Piawai) ini tidak sesuai untuk
digunakan bagi kerja pembaikan dn
pengubahsuaian bangunan.
Bagi Kontrak Kontrak Binaan Struktur Struktur
Kejuruteraan Awam yang berasaskan pelan
pelan dan spesifikasi seperti tangki air, kolam air
dan sebagainya. Spesifikasi Standard (Piawai) ini
hendakalah digunakan setakat mana yang
boleh digunakan.

Garis panduan dari segi penggunaan bahan Berdasarkan kepada Piawaian British (British
Standard) aplikasi dan had dan Berdasarkan
Piawaian Malaysia (Malaysian Standard).
Spesifikasi dan kontrak - dipersetujui oleh
kesemua pakar runding.
Kebolehan dan pengalaman kerja bergantung kepada keadaan setempat.
Kaedah/ teknik - bahan yang berlainan
memerlukan teknik yang berbeza dan
bergantung kepada situasi.

Kerja paip bekalan air dan pemasangannya hendaklah dilaksanakan oleh


tukang paip yang diberi lesen oleh Pihak Berkuasa Air Negeri yang berkenaan
dan mengikut sepertimana yang diluluskan.
Paip agihan di atas tanah hendaklah menggunakan paip keluli bergalvani kelas
B yang diluluskan dan pemasangan mengikut B.S 1387.
Semua paip perkhidmatan, paip penyampaian dan pam, serta semua paip
bawah tanah hendaklah menggunakan paip keluli bergalvani kelas C.
Paip UPVC untuk agihan air sejuk hendaklah daripada paip klorida polivinil yang
tak plastik kelas C yang diluluskan dan pemasangan mematuhi B.S 3505.
Paip UPVC di dalam tanah dan paip servis hendaklah dari UPVC kelas D.
Paip tembaga yang digunakan hendaklah mematuhi B.S 2871 Part I.
Penyambungan mengikut B.S 864 Part II
Tangki simpanan air hendaklah kedap air dan ditupang dengan sempurna.
Tangki disertakan dengan penutup yang kalis habuk dan boleh menghalang
kemasukan nyamuk.
Penutup tangki hendaklah dibuat supaya tidak kedap udara.
Injap bebola jenis tekanan tinggi B.S 1212 di saluran masuk. Tangki juga mesti
dilengkapi paip cuci dan paip limpah/amaran

Meter hendaklah mengikut butir-butir


yang ditunjukkan di dalam pelan.
Penyambungan ke meter, pembekalan
meter dan semua paip ke meter
hendaklah dilakukan oleh Pihak
Berkuasa Air negeri berkenaan

Sistem flush valve memerlukan tangki simpanan


air yang berasingan daripada tangki simpanan
air untuk kegunaan pemasangan lain.
Paip air turun dari tangki flush valve perlu dibuat
berasingan, satu paip untuk bekalan air ke tiga
tingkat teratas yang dibantu oleh pam
penggalak.
Satu paip lagi untuk tingkat yang lain sehingga
tingkat bawah. Pam tidak perlu kerana tekanan
statik telah mencukupi.

Kontraktor - seseorang yang mengikat


satu kontrak bagi menjalankan kendalian
bangunan atau kerja binaan
kejuruteraan dan termasuklah kontraktor
utama atau sub-kontraktor.
Kontraktor Utama - seseorang yang
mengikat kontrak dengan pemunya atau
penyewa harta atau agennya bagi
menjalankan kendalian bangunan atau
kerja-kerja binaan kejuruteraan.

Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan seseorang yang mana berdaftar di bawah


peruntukan peraturan 6(1), Peraturanperaturan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan.
Orang Yang Ditetapkan - orang yang
kompeten yang dilantik oleh majikan untuk
menjalankan apa-apa kerja penyeliaan atau
pemeriksaan atau melaksanakan apa-apa
tugas atau kewajipan yang ditetapkan
dalam Peraturan - Peraturan Kilang dan
Jentera

Penyelia Keselamatan Kontraktor - orang dilantik


di bawah peraturan 26, Peraturan-Peraturan
Kilang dan Jentera.
Penyelia Keselamatan Tapak - orang dilantik di
bawah peraturan 25, Peraturan-Peraturan
Kilang dan Jentera.
Jurutera Profesional ertinya Jurutera Profesional
berdaftar sebagaimana yang ditakrifkan oleh
seksyen 2 Akta Pendaftaran Jurutera (Pindaan)
2002.

Tertakluk di bawah seksyen 17(1) Akta


Keselamatan Pekerjaan 1994,
Menjadi tanggungjawab tiap-tiap majikan
dan tiap-tiap orang bekerja sendiri, untuk
menjalankan pengusahaannya dengan
memastikan, setakat yang praktik, bahawa
dia dan orang-orang lain, yang bukan
pekerjanya, yang mungkin tersentuh oleh
pengusahaan itu.
Tidak terdedah kepada risiko kepada
keselamatan atau kesihatan mereka oleh
sebab pengusahaan itu.

Di bawah seksyen 32 Akta Keselamatan Dan Kesihatan


Pekerjaan 1994 :
seseorang majikan hendaklah memberitahu pejabat
keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat tentang
apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan,atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau
mungkin akan terjadi di tempat kerja.
Kaedah pemberitahuan dan pelaporan kemalangan
hendaklah mematuhi Peraturan Pekerjaan Keselamatan Dan
Kesihatan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya,
Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004.

Pengenalpastian hazad yang wujud


daripada kerja yang dicadangkan;
Penaksiran risiko (kebarangkalian dan
keterukan) apa-apa kemudaratan yang
mungkin timbul;
Pengalihan risiko, jika boleh dengan
menukar kaedah atau proses yang
dicadangkan;
Kawalan bagi risiko yang masih ada;
Semak, dan jika sesuai, kemaskini.

Memastikan maklumat, komunikasi dalaman dan


penyelarasan yang perlu disediakan untuk melindungi
semua orang sekiranya berlaku kecemasan di tapak
kerja;
Menyediakan maklumat dan komunikasi dengan pihak
berkuasa yang berkenaan dan kejiranan serta
perkhidmatan kecemasan;
Memberi perhatian kepada pertolongan cemas,
pencegahan kebakaran dan pengosongan di tapak
pembinaan;dan
Menyediakan maklumat dan latihan yang berkaitan
kepada semua.
Warga organisasi, di semua peringkat, termasuk latihan
berkala dalam tindakan kecemasan.

Supaya orang awam akan dilindungi


daripada kerja yang sedang dijalankan.
bertindak sebagai penghalang atau pagar
keselamatan untuk mencegah orang lain
daripada menceroboh ke dalam tapak kerja.
tidak kurang daripada 1800 mm tinggi dan
berterusan ke permukaan tanah.
Pintu keluar masuk ke tapak ditempatkan di
mana kedudukannya dapat mencegah
bahaya dan mengelakkan kesulitan kepada
orang awam.

Kelulusan daripada pihak berkuasa


yang berkenaan haruslah diperolehi
sebelum apa-apa kerja untuk
nyahsambung utiliti contohnya kabel
elektrik dan talian paip dijalankan.
Nyahsambung utiliti haruslah
dilaksanakan oleh orang yang
kompeten.

Pemilihan kaedah perobohan haruslah


mengambil kira saiz, kekuatan dan kedudukan
struktur untuk menjaga keselamatan dan
kesihatan pekerja dan orang awam.
Semua kerja perobohan haruslah dijalankan
oleh orang terlatih di bawah penyeliaan orang
yang ditetapkan. Aktiviti kerja perobohan tidak
harus diteruskan dalam keadaan cuaca buruk,
seperti angin kencang atau ribut yang boleh
menyebabkan struktur yang lemah roboh.

Penebangan pokok haruslah dilakukan


oleh orang terlatih untuk menjaga
keselamatan awam dan untuk
mengelakkan kerosakan harta awam.
Perkiraan haruslah dibuat untuk
mengelak tanah runtuh, lubang benam
dan banjir atau keadaan tanah tak
stabil yang lain. Perkiraan ini haruslah
mematuhi keperluan pihak berkuasa
yang berkenaan.

Kawasan korekan dan kawasan sekitarnya


hendaklah diperiksa oleh orang yang
ditetapkan setiap kali berlakunya hujan ribut
atau kejadian yang meningkatkan bahaya
yang lain dan perlindungan terhadap
gelinciran tanah dan runtuhan hendaklah
dipertingkatkan.
Cerucuk keping sementara yang dipasang
untuk membolehkan pembinaan dinding
peneguh tidak boleh dicabut sehingga
dinding itu mencapai kekuatan yang penuh.

Dikendalikan oleh orang terlatih.


Jentera cerucuk yang menghasilkan getaran, bunyi
bising, asap dan bahan cemar lain yang berlebihan tidak
harus digunakan didalam kawasan berdekatan tempat
awam untuk memulihara persekitaran.
Apabila terdapat sebarang keraguan tentang kestabilan
struktur yang berhampiran dengan kawasan yang
hendak dicerucukkan, struktur itu hendaklah ditupang di
mana perlu, dengan cara menupang bawah,
mencerucuk keping, menyangga, merembat, atau
dengan cara-cara lain mengikut reka bentuk Jurutera
Profesional untuk mengelakkan kecederaan kepada
sesiapa jua.

Kotak acuan dan penyangga hendaklah diperakui sebagai


binaan yang selamat oleh Jurutera Profesional dan hendaklah
dirembat atau diikat sekali dengan sempurnanya supaya dan
bentuknya. (Peraturan 28(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan
Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan
Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)
Kotak acuan termasuk penyangga, perembatan dan sokongan
lain hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan:
semasa pembinaan;
semasa dan selepas meletakkan konkrit; dan
selepas apa-apa kejadian yang mungkin menjejaskan
kestabilan perancah, misalnya selepas hujan lebat atau
angin kencang.

Pemasangan panel kaca luar atau bahan


pelapisan haruslah dilaksanakan oleh
orang terlatih. Kerja pemasangan
haruslah dihentikan apabila keadaan
cuaca boleh menjadikan tidak selamat
untuk melaksanakan kerja tersebut.
Operasi mengecat haruslah dilaksanakan
dalam cara yang meminimumkan
penyerakan kabut cat dan wap pelarut
ke kawasan awam.