You are on page 1of 19

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT

720705035402

MAKSUD PERKATAAN
Ilmu yang menekankan kajian mengenai maksud perkataan dikenali sebagai Ilmu Teori
Bahasa atau disebut
tetapi disini diterangkan

Terdapat banyak perkara perlu diketahui dalam ilimu ini,


serba sedikit mengenai perkara asas ilmu ini. Sesetengah

perkataan boleh berubah maknanya mengikut peredaran zaman. Perkara seperti ini hanya
berlaku kepada beberapa perkataan sahaja. Perkara ini berlaku, bukanlah secara tiba-tiba,
sahaja, tetapi ia mengambil masa mengambil masa yang lama dan boleh mencecah
berkurun-kurun lamanya.
Di dalam hal ini contoh yang diberikan ialah perkataan

. Perkataan ini pada

peringkat awalnya bermaksud akhlak. Tetapi, setelah beberapa kurun berlalu maka
perkataan ini telah berubah kepada maksud sastera, disini dapat dilihat betapa jauhnya
jurang makna antara dua maksud perkataan ini.
Makna atau maksud sesuatu perkataan itu kadang-kadang berbeza mengikut lahjah-lahjah
tertentu. Ini mungkin disebabkan oleh faktor kepenggunaan yang meluas atau sebagainya.
Sebagai contohnya perkataan

. Perkataan ini mempunyai dua maksud yang

berbeza. Di Jordan perkataan ini bermaksud susu perap atau yaoguart

tetapi ia

membawa maksud susu segar di Mesir.


Perkataan bukanlah suatu yang dimaksudkan atau dikehendaki
maknanya. Tetapi, ianya hanyalah sebagai simbol bagi sesuatu bentuk atau benda.
Contohnya perkataan pintu atau

, perkataan ini bukanlah pintu yang sebenarnya

tetapi ianya hanya satu simbol bunyi bagi menerangkan maksud sahaja.
Boleh jadi satu perkataan mengandungi satu maksud atau dua atau berbagai-bagai
maksud
Jika dirujuk kepada mana-mana kamus bahasa, sudah pasti akan ditemui
kebanyakan perkataan boleh dirujuk kepada beberapa makna atau maksud. Maksud
maksud ini pula mempunyai perkaitan antara satu dengan lain dan ianya mudah dicari.
1

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

Namun, mungkin kekerapan dalam menggunakan perkataan ini menjadikan ianya


nampak agak terpencil atau memiliki makna tersendiri. Contohnya perkataan mata atau
, yang bermaksud mata manusia atau mata kucing atau mata jarum atau sesuatu atau
mata-mata (pengintip) atau ketua di dalam kumpulan.
PEMILIHAN PERKATAAN
Bahasa Arab merupakan bahasa yang terawal digunakan. Bahasa Arab seperti bahasabahasa lain mengandungi berjuta-juta perkataan. Sesiapa saja yang ingin mempelajarinya
sebagai bahasa asing akan merasakan tiada waktu yang cukup dan juga semangat bagi
mempelajari kesemua perbendaharaan kata bahasa tersebut. Oleh kerana itu memadailah
belajar beberapa ratus atau beberapa ribu patah perkataan sahaja.
Para sarjana bahasa Arab telah menetapkan asas dalam pemilihan perkataan. yang
berbeza ini setiap tugasan pemilihan haruslah mempunyai asas-asas yang kukuh. Di
antara asas-asas itu ialah:

Aras Persamaan / Hampir

Asas Mudah

Asas Faedah

Asas Kebiasaan

.
SEPULUH PERKATAAN YANG DIPILIH

Perkataan

Maksud

Perkataan

Maksud

ikan

beg

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

betik

bunga

ayam

cincin

limau

jam

pisang

basikal

Gambar ikan

Gambar betik

Gambar ayam

Gambar limau

Gambar jam

Perkataan-perkataan diatas dipilih berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:


(a) Asas Persamaan/Hampir
Asas ini memberikan kepentingan utama kepada perkataan yang ada kaitan dengan
keadaan sekeliling murid seperti keadaan di dalam kelas atau di rumah. Contohnya
perkataan , , , yang mana benda- benda ini memang terdapat di rumah
murid-murid, guru boleh mengaitkan perkataan dengan benda maujud di rumah murid.
(b) Asas Mudah
Asas ini memberikan keutamaan kepada perkataan yang biasa digunakan atau dengan
3

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

makna lain perkataan yang mudah sebutannya dan tulisannya dan bukanlah perkataan
yang pelik atau jarang digunakan. Contonya perkataan , , yang mempunyai bunyi
sebutannyayang hampir sama seperti dalam bahasa pertuturan harian murid.
(c) Asas Faedah
Para pengkaji berpendapat bahawa setiap asas bagi pemilihan perkataan wajiblah
dimulakan dengan melihat keperluan murid dan kepentingan sesuatu perkataan
kepada murid. Di sini asas persamaan tidak diberi keutamaan.
Contohnya perkataan-perkataan perkataan-perkataan dipilih kerana perkataan-perkataan
tersebut merupakan salah satu dari keperluan asas murid dan berkepentingan dalam
kehidupan seharian murid.
(d) Asas Kebiasaan
Asas ini meletakkan keutamaan kepada perkataan biasa tetapi luas penggunaannya
mengikut keperluan berbagai bahasa.
Sesungguhnya asas ini kadang-kadang boleh jadi bercampur-campur. Perkataan yang
biasa lagi luas penggunaannya boleh memberi manfaat ataupun faedah kepada murid dan
boleh juga didapati di dalam suasana kehidupan seorang murid. Begitupun, bagi Asas
Mudah kadang kala ada percanggahan dengan asas-asas lain
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PERBENDAHARAAN KATA
BAHASA ARAB
Terdapat kekeliruan dalam membezakan antara kaedah dan teknik pengajaran. Kedua-dua
istilah ini sering digunakan bersilih ganti. Ini kerana tidak banyak perbezaan antara
kedua-dua istilah ini sebenarnya.
Di dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah berdasarkan rujukan-rujukan, beberapa istilah khusus banyak
4

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

digunapakai bagi tujuan pemahaman kepada unsur-unsur dan proses pelaksnaan


pengajaran tersebut. Antaranya ialah istilah pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan
aktiviti. Pemahaman terhadap setiap unsur tersebut adalah amat penting bagi memastikan
seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukannya dan bagaimana
untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan seterusnya mencapai matlamat
pendidikan

yang

dirancang.

Namun dalam membezakan kedua-duanya, Abd. Ghafar ( 2003 ) menjelaskan :


Kaedah boleh ditafsiran sebagai peringkat di mana suatu teori pengajaran itu
dipraktikkan. Teknik pula adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah.
Dalam sesuatu kaedah pengajaran, mungkin terdapat satu atau lebih teknik yang
digunakan. Misalnya, ketika menggunakan kaedah kuliah atau syarahan, guru juga
menggunakan teknik penceritaan.

Konsep Kaedah
Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun
dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat banyak
kaedah yang popular diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya
untuk pembelajaran bahasa seperti kaedah penyelidikan, kaedah sokratik dan kaedah
projek.
Konsep Teknik
Teknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau tingkah laku
guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek tingkahlaku guru iaitu
aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta kemahiran yang ada padanya.
Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin menggunakan
teknik menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaran atau
teknik menyoal yang sering digunakan dalam aspek kefahaman.
5

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

Selain itu, banyak lagi jenis teknik yang baik dan sesuai diguna pakai untuk pengajaran
dan pembelajaran bahasa arab seperti hafazan dan latih tubi, tunjuk cara , syarahan, soal
jawab dan bercerita. Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau
aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual berikut menunjukkan hubungan antara aras
sesuatu kemahiran yang disesuaikan dengan teknik mengajar.
Kaedah dan teknik pengajaran sebenarnya bukanlah terhad kepada satu atau dua sahaja.
Ia sebenarnya banyak dan setiap kaedah tersebut mempunyai kebaikannya yang
tersendiri. Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akan menjadikan proses
penyampaian maklumat lebih menarik dan berkesan.
Dalam membuat pemilihan terhadap kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, beberapa
faktor perlu titikberatkan. Antaranya ialah :
1.

Objektif Pengajaran Yang Hendak Dicapai

Seseorang guru perlu mengenalpasti objektif pengajaran sebelum mengajar. Penentuan


objektif yang jelas akan memudahkan seseorang guru menentukan apakah kaedah yang
sesuai bagi mencapai objektif tersebut.
2.

Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran

Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah isi pelajaran dan bahan bantu mengajar yang
digunakan ketika mengajar. Isi pelajaran yang ingin disampaikan perlu ditentukan
terlebih dahulu, pemilihan alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan kemahiran
yang dipilih.
3.

Jangka Masa Pengajaran

Biasanya waktu pengajaran dan pembelajaran antara 30 hingga 60 minit. Kaedah yang
dipilih perlu bersesuaian dengan peruntukkan waktu yang diberikan. Ketika pelaksanaan

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

kaedah mengajar, seseorang guru memiliki kebebasan untuk melakukan pengubahsuaian


terhadap kaedah yang dipilih.
4.

Latar Belakang Dan Jumlah Pelajar

Kaedah atau teknik yang dipilih perlu disesuaikan dengan latar belakang dan jumlah
pelajar. Antara yang perlu diambilkira ialah jantina pelajar, peringkat pencapaian dan
keupayaan pelajar.
Jumlah pelajar dan susujnan tempat duduk juga boleh mempengaruhi pemilihan kaedah
dan teknik mengajar.
Pakar-pakar pendidikan bahasa telah menggariskan beberapa asas penting dalam
pembelajaran

perbendaharaan

kata

baru

bahasa

asing.

Mengikut pandangan beberapa orang pakar dalam bidang pendidikan bahasa Arab.
Secara umumnya pakar pendidikan bahasa Arab telah meletakkan beberapa asas penting
dalam pembelajaran perbendaharaan kata bahasa Arab sebagai bahasa asing.
Al-Sini meletakkan lima perkara penting dalam pembelajaran perbendaharaan kata yang
perlu diberi perhatian iaitu:
a. Makna-makna lain bagi sesuatu perkataan;
b. Ruang lingkup makna sesuatu perkataan;
c. Memastikan sama ada sesuatu perkataan itu untuk difahami atau digunakan;
d. Tahap kesukaran sesuatu perkataan;
e. Kata akar bagi sesuatu perkataan.
Seterusnya Taemah Ahmad Rushdi membincangkan secara panjang lebar tentang betapa
pentingnya kajian tentang pembelajaran perbendaharaan kata bahasa Arab dijalankan.
Beliau menyarankan agar penulisan buku teks bahasa Arab perlu memberi perhatian
sewajarnya terhadap penggunaan perkataan dalam buku teks tersebut.

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

Sehubungan itu beliau menggariskan enam asas penting dalam penulisan buku teks
bahasa Arab iaitu:
a. Bilangan perbendaharaan kata secara umum yang sesuai;
b. Bilangan perbendaharaan kata baru bagi setiap pelajaran yang konsisten;
c. Persembahan ruangan perbendaharaan kata baru yang menarik dan sesuai;
d. Mengadakan latih tubi bagi setiap perbendaharaan kata baru; dan
e. Mengadakan ruang khusus bagi perbendaharaan kata seerti dan berlawanan.
Beliau juga mengklasifikasikan perbendaharaan kata kepada tiga jenis iaitu
perbendaharaan kata konkrit dan abstrak; perbendaharaan kata aktif dan pasif;
perbendaharaan kata mengikut konteks; dan perbendaharaan kata mengikut penggunaan.
Dalam hal ini, seorang pakar bahasa Arab tempatan, Abd. Rahman Chik telah membuat
kajian khusus berkaitan pembelajaran perbendaharaan kata berdasarkan keutamaan.
Beliau telah menggariskan dua kriteria penting dalam pemilihan perbendaharaan kata
bahasa Arab iaitu:
a. Kriteria bahasa;
b. Kriteria bukan bahasa.
Bagi kriteria bahasa, beliau membahagikan kepada dua iaitu:
* Sejauh mana luasnya penggunaan sesuatu perbendaharaan kata.
* Sejauh mana sesuatu perbendaharaan kata itu dapat diklasifikasikan kepada jenisjenisnya.
Bagi kriteria bukan bahasa, beliau membahagikan kepada empat iaitu:
a. Sejauh mana sesuatu perbendaharaan kata itu dapat digunakan apabila kita
memerlukan;
b. Sejauh mana sesuatu perbendaharaan kata itu dapat diterima pakai dalam proses
pembelajaran;
8

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

c. Sejauh mana sesuatu perbendaharaan kata itu dapat diterima pakai dalam proses
pembelajaran; dan
d. Sejauh mana kepentingan sesuatu perbendaharaan kata itu dalam kehidupan.
Sehubungan itu Al-Sini dan rakan-rakannya menyenaraikan sembilan teknik umum
dalam pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing bagi guru-guru bahasa Arab untuk
dilaksanakan dalam proses pembelajaran.
Sembilan teknik tersebut adalah:
a. Penerangan tentang perbendaharaan kata dibuat berdasarkan maknanya dalam struktur
ayat;
b. Menerangkan kata akar sesuatu perkataan;
c. Lakonan yang berkesan dapat menerangkan makna sesuatu perkataan;
d. Isyarat terhadap sesuatu benda atau menyentuhnya;
e. Penggunaan gambar atau lukisan yang membawa maksud kepada sesuatu perkataan.
f. Penggunaan urutan yang mudah difahami seperti angka;
g. Memberi definisi tentang sesuatu perkataan;
h. Menyebut perkataan seerti atau berlawanan; dan
i. Menterjemahkan sesuatu perkataan dalam bahasa asing ke dalam bahasa ibunda.
Dalam konteks pembelajaran perbendaharaan kata bahasa Arab sebagai bahasa asing,
pelajar adalah bebas untuk memilih sebarang teknik yang difikirkan sesuai.
Walau bagaimanapun, para pelajar adalah disarankan menggunakan kelapan-lapan teknik
di atas mengikut kesesuaian dan teknik menterjemahkan perkataan ke dalam bahasa
ibunda adalah pilihan terakhir setelah kelapan-lapan teknik tersebut tidak berkesan.
Terdapat banyak kaedah atau teknik yang sesuai dijalankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab yang memberi fokus kepada penguasaan perbendaharaan kata
dikalangan murid tahun 3 di sekolah rendah. Untuk memastikan seseorang murid itu
9

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

mengenali setiap perkataan atau perbendaharaan kata dengan baik maka haruslah murid
tersebut diajar dengan menggunakan teknik atau kaedah yang terbaik dan berkesan. Ini
adalah kerana pembelajaran yang lengkap memerlukan pengajaran yang lengkap. Perkara
yang menjadi persoalan disini ialah : Apakah unsur-unsur yang membentuk pengetahuan
tentang perkataan :
1. Seseorang murid itu memahami maksud atau makna setiap perkataan yang
didengar atau dibaca.
2. Seseorang murid itu berkemampuan menyebut perkataan tersebut dengan sebutan
yang betul dan tepat semasa menggunakannya dalam interaksi diantara satu
dengan yang lain.
3. Seseorang murid itu boleh menulis perkataan tersebut dengan ejaaan yang
sempurna.
4. Seseorang murid itu berkemampuan membaca perkataan tadi apabila melihatnnya
kembali samada dalam ayat yang sama atau ayat-ayat lain.
5. Seseorang murid itu berkemampuan menjalankan aktiviti yang disebutkan diatas
dengan tepat dan berkeyakinan yang tinggi.

Antara kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi
fokus kepada perbendaharaan kata ialah kaedah latih tubi (Tariqah al Mulazamah).
Kaedah ini bersesuaian kerana penguasaan perbendaharan kata perlu kepada proses
mengulangi apa yang diperlajari, disebut atau ditulis.
Di dalam Islam, kaedah ini antara bentuk pengajaran yang awal di mana Malaikat
Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi kalimah
Iqra

beberapa

kali

sehinggalah

Nabi

Muhammad

dapat

menyebutnya.

Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih
tubi ini. Ia amat baik terutamanya bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan
kemahiran membaca .
10

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

Kaedah pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini


sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang di
samping mengukuhkan penguiasaan tajwid dan dalam kontek bahasa Arab ia penting
dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran.

Bagi memastikan aktiviti pengajaran pengajaran perkataan menjadi sebuah


pengajaran yang lengkap, seseorang guru haruslah menjadikan panduan yang
dinyatakan sebagai satu rujukan atau panduan semasa menjalankan pengajaran
perkataan.
Murid perlulah dilatih agar menyebut perkataan-perkataan yang diberikan denngan
sebutan yang betul dan tepat. Sebagai contohnya perkataan

di dalam

rangkaikata . Guru perlu menyebut terlebih dahulu perkataan tersebut


dengan sebutan yang betul dan jelas sebutannya, terutamanya sebutan huruf dan
sebutan Sebutan huruf ain haruslah berbeza dengan huruf hamzah dimana huruf
ain tadi huruf . Begitu juga sebutan tidak diletakkan ditengahnya huruf mad
menjadi sebagaimana sebutan kebiasaan orang melayu.
Murid juga perlu dilatih menggunakan perkataan dalam struktur ayat. Contohnya
perkataan yang bermaksud ini tidak hanya diajar sekadar maknanya sahaja, tetapi
guru perlu mengajar muridnya, dan melatih mereka menggunakan perkataan tadi
dalam bentuk ayat-ayat pendek, contohnya : . Ini akan membantu murid dalam
penggunaan perkataan.
Murid juga perlu dilatih menulis perkataan dengan baik dan sempurna tanpa ada
kesalahan tulisan. Contohnya perkataan yang bermaksud gram ( sistem
timbangan). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perkataan ini, kemahiran
11

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

bertutur boleh didigabungkan dengan kemahiran menulis. Guru perlu memastikan


murid menyebut dengan betul, iaitu bunyi huruf bukan huruf g. Guru mesrilah
memastikan murid mampu menyebut perkataan tadi dengan sebutan arab yang
sempurna, dan bukan terikut-ikut menyebut dengan sebutan Bahasa Melayu aatau
Bahasa Inggeris. Murid dilatih membaca perkataan dengan sebutan yang sempurna
dan tepat.
Makna sesuatu perkataan diberikan oleh guru, oleh sebab itu seseorang guru itu perlu
ada kemahiran, kreativiti yang tinggi dan menggunakan bahan bantu mengajar yang
bersesuai dan memberi penekanan pada latih tubi, yang mampu mengukuhkan
ingatan murid dan mengekalkannya dalam minda murid.
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN PERKATAAN
Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Perbendaharaan Kata Bahasa Arab. Berikut ialah cadangan bagi
langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran perkataan :
Murid mendengar sebutan guru perkataan yang hendak diajar, lebih berkesan
sekiranya guru menyebut berulangkali perkataan tersebut dengan sebutan
yang jelas dan tepat.
Guru menulis perkataan pada kad imbasan beserta baris yang lengkap dan
jelas
Guru memberi penerangan maksud perkataan dengan menggunakan kaedah
yang sesuai.
Guru menggunakan perkataan dalam satu ayat atau lebih bagi menjelaskan
fungsi perkataan tersebut.

12

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

Latih tubi bacaan murid secara kelas, kumpulan atau individu perkataan
yang dipamerkan.
Guru berusaha menarik minat murid untuk menulis, dan menunjukkan kaedah
penulisan yang betul bagi perkataan tertentu.

Guru menulis maksud perkataan dpada kad imbasn kemudian menulis


perkataan tadi dalam ayat lengkap

Murid membaca senarai perkataan baru yang ditulis pada kad imbasan yang
ditampalkan dihadapan kelas.
Murid menulis perkataan dan maksudnya kemudian menulis kembali ayat tadi
yang menerangkan maksud perkataan itu.
Contoh Langkah Pengajaran Perkataan Dalam Rancangan Mengajar Harian
Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Perkataan :
Langkah 1

Perkataan

Makna
Beg

-Murid

mendengar

guru

menyebut

perkataan yang dipamerkan satu-persatu,


dengan sebutan yang betul, tepat dan jelas.
-Guru menyebut perkataan tersebut dua atau Hormati guru
tiga kali.
Perkataan-perkataan ditulis dikad imbasan
beserta dengan baris yang lengkap dan jelas

Bunga

-Murid

Cincin

menerangkan maksud perkataan-perkataan peraturan

Jam
Basikal

mendengar

dengan

teliti

guru Patuhi

yang dipamirkan dikad imbasan.


-Guru menggunakan perkataan dalam satu
ayat atau lebih bagi menjelaskan fungsi
perkataan tersebut.
13

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

Langkah 2

Perkataan :

-Murid membaca berulangkali perkataan Kerjasama

yang dipamerkan secara kelas.


-Murid

membaca

dalam

perkataan

secara kumpulan

kumpulan di hadapan kelas.


-Murid

yang

telah

mahir

menyebut Berkeyakinan

perkataan yang dipamerkan akan tampil


dihadapan kelas menyebut perkataan secara
individu.
-Guru memberi pujian kepada kumpulan
atau

individu

yang

berjaya

menyebut

perkataan yang dipamerkan dengan tepat


dan jelas.
-Guru akan membimbing murid yang lemah
atau kurang tepat sebutannya.
Langkah 3

Perkataan :

-Guru menunjukkan cara menulis perkataan

yang telah dipelajari di papan hitam,


sementara murid diminta memerhatikan
guru menulis satu persatu perkataan
-Guru menulis maksud perkataan di atas kad
imbasan kemudian menulis perkataan tadi
dalam ayat yang lengkap

14

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

Langkah 4

Perkataan

Makna
Beg
Bunga
Cincin
Jam
Basikal

-Murid membaca senarai perkataan baru


yang ditulis pada kad imbasan di hadapan
kelas
-Murid menulis perkataan dan maksudnya
kemudian menulis kembali ayat tadi yang
menerangkan maksud perkataan itu

Daripada langkah-langkah tadi beberapa perkara dapat dicapai, antaranya :


1. Guru terlebih dahulu menyebut setiap perkara sebelum meminta murid menyebut
perkataan-perkataan tersebut beberapa kali secara latih tubi.
2. Murid perlu betul-betul memahami dan mengetahui maksud perkataan sebelum
menyebut perkataan-perkataan tersebut secara latih tubi.
3. Kaedah ini dianggap sempurna dan lengkap kerana ia mengandungi empat
kemahiran asas berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Murid dapat menguasai perkataan
yang diajar melalui empat kemahiran secara bersistematik dan berperingkatperingkat.
4. Pengajaran bahasa asing seperti bahasa Arab sebenarnya ialah suatu pengajaran
sistem yang baru dimana sistem ini berubah mengikut sesuatu bahasa atau sistem
suatu bahasa tidak sama dengan sistem bahasa yang lain.
KAEDAH MENERANGKAN MAKSUD PERKATAAN

15

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

Guru harus memainkan peranan yang penting dalam menerangkan maksud sesuatu
perkataan mengikut kaedah yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku.Berikutadalah antara kaedah-kaedah menerangkan maksud secara terperinci.
Proses pengajaran ini berlaku di dalam situasi yang realiti, agar maksud atau makna yang
diterangkan dapat difahami dengan lebih jelas oleh pelajar. Maka situasi inilah yang
menentukan makna perkataan atau rangkai kata seperti ; yang digunakan
sebagai ucapan alu-aluan semasa berjumpa dan

bermaksud Selamat Jalan ketika

berpisah bagi menggantikan ucapan selamat tinggal.


Pendekatan gabung jalin perkataan yang diajar melalui kamus bahasa atau yang
seumpamanya (seperti kamus istilah sains, pengangkutan dan lain-lain) dapat
menerangkan dengan lebih jelas lagi. Melalui kamus bahasa misalnya, guru dapat
menerangkan bukan sekadar maksud secara terperinci bahkan pecahan-pecahan dari asal
perkataan tadi juga dapat diajar.
Terdapat perkataan yang sesuai diterangkan melalui teknik lakonan. Seseorang guru yang
baik sepatutnya mampu melakonkan watak-watak yang sesuai dengan kaedah yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seperti membuat beberapa
pergerakan seperti berjalan, duduk, tutup mata bagi menjelaskan lagi makna perkataan
tadi. Guru juga mestilah mampu meniru atau mengajuk beberapa bunyi seperti bunyi
kucing, bunyi kicauan burung dan bunyi titisan air, suara bayi menangis, dan mengubah
nada suara kepada beberapa nada, bagi menerangkan maksud perkataan, agar pelajar
memahami sesuatu perkataan dengan lebih cepat dan mudah.
Teknik tunjuk juga adalah sebahagian daripada kaedah menerangkan maksud perkataan.
Guru boleh menunjukkan kepada sesuatu yang maujud atau dapat
dipegang seperti bahan- bahan yang terdapat dalam kelas, seumpamanya , ,
, , , dan lain-lain lagi. Guru juga boleh membawa dari rumah bahan-bahan
16

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

yang tiada di dalam kelas seperti pinggan, gelas, baldi atau guru boleh membawa model
atau diodrama seperti diodrama bangunan tinggi, binatang buas, haiwan di dalam air dan
senagainya.
Di antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan bagi menerangkan maksud ialah
penggunaan

gambar, lukisan,

filem,

pita

rakaman

kaset

dan

lakaran.Teknik

Pengembangan atau Urutan seperti menggunakan empat patah perkataan seperti


perkataan , , , Begiitu juga guru boleh menggunakan teknik ini dalam
mengetahui, memahami seterusnya mengingati hari-hari dalam seminggu, bulan-bulan
Islam dan sebagainya.
Teknik pentakrifan juga boleh digunakan dalam memperkenalkan perkataan. Teknik yang
paling disukai oleh para guru ialah teknik terjemahan, tetapi teknik ini tidak digalakkan.
Teknik terjemahan bermaksud menggunakan bahasa ibunda dalam menerangkan maksud
bahasa kedua. Teknik ini tidak harus dijadikan medium dalam pengajaran melainkan
setelah gagal menggunakan teknik atau kaedah lain.
Semasa memperkenalkan maksud perkataan di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kepada murid, guru sepatutnya memberikan perhatian kepada beberapa
perkara agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna dan
mencapai objektifnya.
Teknik Tunjuk dalam menerangkan maksud perkataan tidak semestinya dapat
menerangkan maksud perkataan itu. Sebagai contohnya sekiranya guru mahu
menerangkan maksud bumbung. Guru akan menunjukkan kearah bumbung kelas
sedangkan sangkaan murid guru menunjuk kearah kipas di bumbung atau lampu warna
putih atau biru pada bumbung. Guru sepatutnya peka semasa menggunakan teknik ini.
Kadang-kadang guru menunjukkan daun yang merujuk kepada warna hijau tetapi murid
berpendapat apa yang ditunjuk oleh guru itu adalah daun.
17

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

Oleh kerana terdapat berbagai teknik dalam menerangkan maksud perkataan, maka guru
wajib memilih teknik atau kaedah yang sesuai dengan perkataan. Oleh itu bukanlah
semua teknik tadi sesuai untuk semua bahan, kerana sebahagian teknik tadi hanyalah
sesuai untuk bahan tertentu.
Guru harus pastikan bahawa perkataan yang digunakan semasa menerangkan maksud
sesuatu perkataan adalah perkataan yang biasa digunakan oleh para murid. Ini kerana
tidak ada faedahnya menerangkan maksud perkataan yang tidak difahami oleh murid
menggunakan perkataan yang tidak diketahui oleh murid. Sebaliknya ini menambahkan
lagi kecelaruan kepada murid.
Penggunaan teknik terjemah harus dikurangkan, melainkan dalam situasi yang amat
memerlukan, terdesak atau tidak dapat dielakkan, itupun setelah gagal dalam
menggunakan teknik dan kaedah lain yang lebih menarik.
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN TEKNIK

Rumusan
Kesimpulannya , dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan
kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang dipilih adalah penting dan menentukan
sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorang guru yang mengajar
bahasa asing , persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajar terutamanya
bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam bahasa
tersebut.

18

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT


720705035402

BIBLIOGRAFI
Ahmad Mohd. Salleh , Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Methodologi, Fajar
Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam , 1997.
Ee Ah Meng, Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran , Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam ,
1997 .
Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, Pedagogi 3 ,Pengajaran dan Persediaan Mengajar,
Bahagian A , Kumpulan Budiman Sdn Bhd. , Kuala Lumpur, 1991
Mok Soon Sang, Pedagogi 2 ,Pelaksanaan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.,
Kuala Lumpur 1996.
Pendedahan Kurikulum Semakan BAK & BAT , Unit Bahasa Arab
Bahagaian Kurikulum Pendididkan Islam Dan Moral, Jab. Pendididkan Islam Dan Moral,
Kem. Pendidikan Malaysia

19