You are on page 1of 29

‘  

 
  
 


Å  

Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan

memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-

meminjam dan sebagainya (Pengertian Muamalat, 2004).Muamalat dalam konteks yang

biasa digunakan merujuk kepada sistem perbankan dan kewangan Islam.Sistem ini

berlandaskan prinsip Syariah atau undang-undang Islam dan sesuai dipraktiskan dalam

pembangunan ekonomi negara teokrasi Islam atau negara berlandaskan Islam .Konsep asas

perbankan Islam bukan sahaja merangkumi pengharaman riba seperti yang biasa dikatakan,

malah turut meliputi aspek moraliti dan kesamarataan yang menjadi asas kepada kebanyakan

agama di dunia (Islamic Finance, 1997). Di dalam kitab-kitab agama samawi lain seperti

Biblecontohnya, terdapat banyak kenyataan yang mengharamkan riba, malah ramai pemikir

barat awal telah mengkritik konsep riba ini seperti Shakespeare dan Charles Dickens. Namun

begitu, atas pengaruh sekularisme dan sistem kapitalis laissez faire, pengharaman atas sistem

faedah yang mengekspotasi manusia telah diketepikan dan nafsu manusia untuk menjadi

kaya dengan mengenepikan kebajikan orang lain menjadi lebih kuat. Zaman penjajahan yang

mula berkembang pesat pada abad 18 telah menggantikan amalan kewangan setempat dan

telah memperkenalkan konsep kewangan sekularis dengan lebih meluas diserata dunia.

Menurut Mahmoud Amin El-Gamal, panduan utama yang menjadi asas kepada

pembentukan konsep perbankan syarie adalah sumber-sumber dari Al-Quran, Sunnah, Hadith

dan ijma dan qiyas bila perlu (Mahmoud Amin El-Gamal, 2000, hlm 3). Al-Quran menjadi

panduan asas dan paling utama di mana peraturan kewangan dibuat berasaskan tafsiran ayat-

ayat didalam al-Quran.Sunnah atau perilaku Nabi Muhammad (saw) semasa hayat baginda



‘    
  
 


turut digunakan bersama dengan tafsiran Hadith, iatu pertuturan Nabi Muhamamad (saw)

yang telah direkod.Ijma dan Qisas ditafsirkan sebagai persetujuan ummah dalam sesuatu hal,

contohnya dalam membuat sistem perbankan Islam yang seragam di semua negara manakala

Qiyas pula adalah cara interpretasi yang digunapakai bagi menyelesaikan suatu percanggahan

maklumat berlandaskan Al-Quran dan hadith.

€   
  

1.1 Kewujudan Awal Kewangan Islam.

Tatacara kewangan berlandaskan ajaran agama Islam bukanlah satu fenomena baharu tetapi

telah lama dipraktiskan bermula dari awal peradaban tamadun Islam dan paling menyerlah

pada Zaman Kegemilangan Islam pada abad the 7 ± 10. Waktu ini menampakkan empayar

Islam berkembang dari tanah semenanjung Arab menjangkau Iran dan Sepanyol dan dikenali

sebagai Empayar Abbasid.Dengan perkembangan empayar tersebut, tatacara kewangan

berlandaskan Islam telah wujud dan mengalami inovasi dan pembaharuan. Satu bentuk

sistem pasaran bebas yang menekankan kepada perdagangan antara negara telah wujud dan

dikenali sebagai ³Islamic Capitalism´ (Subhi Y. Labib ,1969). Sistem ekonomi kewangan

telah direka untuk meningkatkan penggunaan matawang Dinar dalam perdagangan dan

menggabungkan semua sistem yang bebas sebelum ini kepada satu.Kemudahan-kemudahan

seperti matawang pembayaran, akaun pemindahan, kemudahan pinjaman, sistem lejer dan

pertukaran wang pada peringkat asas telah wujud.Walaupun pemerintah mempunyai

pengaruh yang kuat dalam perdagangan pada awalnya, organisasi perniagaan dan agensi-

agensi berkait yang bebas telahpun wujud pada waktu ini.Kebanyakanalat perdagangan ini



‘    
  
 


yang diasaskan oleh sistem perdagangan Islam ini telah diadaptasi dan dimajukan lagi pada

Zaman Pertengahan dan ketika kebangkitan semula benua eropah dari abad ke 13.

1.2 Perkembangan Perbankan Islam Moden

Konsep perbankan Islam moden mula wujud pada tahun 1950an, namun begitu situasi politik

dunia pada waktu itu dengan persaingan antara sistem kapitalis dan komunis menyukarkan

perkembangan perbankan berasaskan teologi. Banyak negara-negara di benua arab ketika itu

bercondong kearah kiri dan agak khuatir terhadap pengaruh kuasa agama dalam politik

manakala negara-negara Islam di benua Afrika dan Nusantara dalam proses mencapai

kemerdekaan. Bank berkonsepkan Islam yang pertama telah dibuka di Mit Ghamr, Mesir

pada tahun 1963 tanpa menggunakan perkataan syariah secara rasmi. Bank ini berasaskan

model ³German Savings Bank´ yang diubahsuai berlandaskan konsep Islam (Clement M.

Henry, Rodney Wilson, 2004, hlm 267). Pada tahun 1973, Islamic Development Bank (IDB)

telah ditubuhkan pada sidang Menteri-Menteri Luar OIC (Organisation of Islamic

Conference).Negara-negara anggota OIC telah menyertai IDB dan telah membantu

mengembangkan bank Islam di negara-negara anggota.IDB juga terlibat dengan aktif dalam

menggunakan dana bank untuk membangunkan masyarakat muslim sedunia (About IDB,

2007). Antara bank-bank Islam yang mula ditubuhkan adalah Dubai Islamic Bank pada tahun

1975 diukuti dengan Faisal Islamic Bank of Sudan 1977, Faisal Islamic Egyptian Bank dan

Islamic Bank of Jordan pada tahun 1978, Islamic Bank of Bahrain 1979, The International

Islamic Bank of Investment and Development, Luxembourg, 1980 dan Bank Islam Malaysia

Berhad pada tahun 1983. Di sesetengah negara, sistem perbankan Islam telah menggantikan

sepenuhnya sistem kewangan konvensional. Bank Negara Sudan telah mengarahkan semua



‘    
  
 


bank di negara tersebut untuk mengharamkan riba dan untuk menukar semua cara perbankan

kepada sistem yang berlandaskan syariah pada tahun 1984.

1.3 Sejarah Kewangan Islam di Malaysia

Di Malaysia, konsep kewangan syariah bukanlah sesuatu yang baru, sejak perkembangan

Islam di kepulauan nusantara pada abad ke 12, undang-undang Islam dalam perdagangan

telah mula mempengaruhi masyarakat tempatan. Dalam Undang-Undang Melaka, terdapat

beberapa peraturan yang menyentuh tentang pengharaman amalan riba dalam urusan jual-beli

(Abu Hassan Mohd Adam ,1973). Transaksi Islam juga telah digunapakai oleh masyarakat

petani di Kedah, Perlis dan Perak sebelum kedatangan penjajah. Konsep yang digunapakai

dikenali sebagai ¿ ¿ ¿ ¿¿ iatu jualan dengan pilihan untuk membeli balik (Salleh

Buang ,1989). Amalan tersebut diamalkan kerana mereka tidak mahu terlibat dengan

pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang diuruskan oleh institusi ceti pada waktu

berkenaan.

Selepas merdeka, permintaan untuk satu kewujudan satu institusi kewangan yang

halal meningkat dan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai ³Jawatankuasa Pemandu

Kebangsaan Bank Islam´ telah ditubuhkan bagi mengkaji penubuhan sistem perbankan

berkonsepkan syariah.Jawatankuasa ini telah membuat cadangan tentang jenis sistem

perbankan yang boleh digunapakai dan selepas diteliti, parlimen telah meluluskan Akta Bank

Islam 1983.Akta ini telah membuka ruang untuk penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad

(BIMB) pada Julai 1983.Objektif utama penubuhannya ialah untuk berusaha menjalankan



‘    
  
 


operasi sebagai bank perdagangan berlandaskan hukum Syarak dan menyediakan kemudahan

kepada semua rakyat negara ini (Sudin Haron, 1999).Matlamat jangka panjang BIMB adalah

untuk mewujudkan sistem perbankan Islam untuk beroperasi selari dengan perbankan

konvensional. Untuk mencapai matlamat ini, adalah penting untuk mempunyai lebih banyak

institusi kewangan Islam untuk beroperasi dan membesarkan lagi pasaran kewangan Islam,

maka BIMB telah meluluskan konsep yang dikenali sebagai ³˜  


¿ ¿  ¿ ¿

¿ ¿ atau SPTF untuk membolehkan institusi kewangan sedia ada menggunakan

infrastruktur yang wujud bagi menubuhkan cabang kewangan syariah. Berikutan ini, bank

berkonsepkan syariah kedua telah mula beroperasi hasil dari penggabungan Bank

Bumiputera dan Bank of Commerce pada tahun 1999.SPTF juga telah membolehkan bank-

bank sedia ada menyediakan cabang perbankan Islam seperti CIMB Islamic, HSBC Islamic,

Maybank Islamic dan sebagainya. Bank-bank antarabangsa berlandaskan kewangan Islam

juga telah bertapak di Malaysia seperti Kuwait Financing House dan Al-Rajhi Bank. Pada

waktu sekarang, terdapat lebih 40 institusi kewangan wujud di Malaysia yang menggunakan

konsep syariah yang merangkumi bidang takaful, pelaburan dan sebagainya.

Bank Negara Malaysia juga telah mengasaskan National Syariah Advisory Council

on Islamic Banking and Takaful (NSAC) pada tahun 1997 sebagai kuasa tertinggi dalam

pembentukan interpretasi syariah dalam perbankan di Malaysia dan untuk berunding dengan

institusi kewangan Islam di negara lain bagi menyeragamkan sistem ini di seluruh dunia.

€   
 

1.1 Konsep Asas Pemilikan Harta Dan Perniagaan Dalam Islam



‘    
  
 


Islam lebih menekankan kepada entiti masyarakat yang bersatu, dikenali sebagai Ummah

berbanding dengan individu.Ini bermakna kebajikan dan pengukuhan entiti ummah adalah

lebih penting dalam kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna terdapat

pengekangan terhadap keinginan individu untuk menggembangkan hartanya dengan

perniagaan, Islam menggalakkan umatnya untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan,

Nabi Muhammad (saw) sendiri adalah seorang saudagar pedagang, namun keadilan dan

kesamarataan bagi masyarakat hendaklah menjadi faktor utama dalam perdagangan.

Kekayaan itu tidak dikira sebagai sesuatu yang negatif tetapi satu rahmat dari Allah (swt)

maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk menggunakan harta tersebut untuk

kebaikan sejagat. Menurut Al-Omar, ³Allah memiliki segala harta dan manusia hanyalah

seorang penjaga´ (Al-Omar, Fuad & Abdel-Haq, Mohammed,1996hlm 5). Dari segi

pemilikan harta pula, terdapat dua jenis pemilikan iatu:

i) Pemilikian Bersama ± kemudahan asas seperti air, udara, api dan sebagainya

ii) Pemilikian Individu ± barangan persendirian, haiwan peliharan, hak untuk


menyewa, memajak atau menjual.


1.2 Zakat

Zakat yang bermakna ³penyucian´ adalah satu pembayaran yang dibuat oleh seseorang yang

mampu mengikut hukum untuk menyucikan harta dan diri pemilik harta tersebut (Al-Omar

¿ ., 1996). Menurut definasi Kamus Dewan, zakat diertikan sebagai "sejenis cukai yang

diwajibkan atas tiap-tiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya (rukun Islam yang

keempat). Fungsi utama zakat adalah untuk memastikan kekayaaan dapat dirasai sama rata



‘    
  
 


oleh semua golongan manusia dan boleh ditakrifkan sebagai suatu institusi bantuan sosial

yang telah wujud sepanjang sejarah peradaban Islam. Satu amaun tetap dikenakan kepada

pemilik harta untuk pembayaran zakat, contohnya bagi satu tahun , zakat dikira sebagai 2.5%

dari jumlah harta yang dimiliki atau antara 5%-10% dari pemilikan hasil pertanian.

1.3 Syariah

Selaras dengan pembentukan sistem pentadbiran Islam, yang bermula dari penghijrahan Nabi

Muhammad (saw) dan pengikut-pengikut baginda ke Madinah pada tahun 622 wujud satu

sistem perundanngan yang berkonsepkan ajaran Islam yang dipanggil syariah. Walaupun

pada awalnya, konsep syariah tidak berapa jelas tetapi menjelang abad ke-10, apabila segala

interpretasi Al-Quran telah dikompilasikan,satu gambaran yang jelas telah mula wujud

tentang konsep syariah. Syariah yang berlandaskan Al-Quran, Hadith dan Sunnah

mempunyai peraturan tertentu dalam pemilikan harta dan kewangan.Contohnya, dalam

perdagangan konsep
¿ atau faedah dan ¿
iatu ramalan atau judi adalah dikategorikan

sebagai haram.Dalam pandangan hukum syariah, semua perniagaan dan pelaburan yang

dibuat oleh orang Islam hendaklah dilakukan dengan bertanggujawab dan mengikut hukum

agama (Archer, Simon dan Abdel Karim, 2002).Menurut Al-Omar (1996), walaupun hukum

syariah pada asasnya nampak seperti mempunyai banyak peraturan dan ³restrictions´, namun

secara asasnya jika sesuatu itu tidak dihalang, maka perkara itu adalah dibenarkan.



‘    
  
 


Kenyataan ini membolehkan konsep perbankan islam dapat dikembangkan mengikut hukum

syariah dengan ruang untuk inovasi.

1.4 Pengharaman Riba

Di dalam Al-Quran dan Hadis, pengharaman terhadap riba dinyatakan dengan jelas. Surah

Al-Baqarah Ayat 275,278-79 menyatakan :

[275]
¿   ¿ ¿ 
¿ ¿¿  ¿ ¿ ¿ ¿  ¿ ¿ 

    ¿ ¿ 

¿¿¿ 

¿ ¿ 
¿ ¿¿ ¿¿¿¿
¿  ¿  ¿ ¿ ¿ ¿ 

[278]¿¿
¿ 
¿ ¿ 
¿ 
¿ ¿ ¿ ¿ ¿¿ ¿¿  ¿ ¿ ¿

¿ ¿    ¿¿ ¿ 


¿¿ ¿¿¿ ¿¿
¿ ¿ 
¿  ¿

 ¿
 ¿
¿ 
¿ ¿ 
¿ 

[279]   ¿ ¿ ¿ ¿  ¿  ¿  ¿  


 ¿   ¿ ¿
¿ ¿ 
¿ 

¿ ¿ ¿ ¿ ¿  ¿ ¿¿ ¿


¿ ¿ ¿
 ¿¿ !¿ "¿¿ ¿ ¿ ¿

¿   ¿¿¿  ¿ ¿


¿¿¿ ¿¿  ¿ ¿   ¿
¿¿ ¿

  ¿¿ ¿
¿ ¿ # ¿ ¿   ¿  ¿¿ 
¿ $¿  ¿¿  ¿ ¿

¿  ¿¿¿ $¿   ¿ ¿

Hadith :

!¿  ¿¿
¿¿¿ ¿  ¿  ¿¿ ¿  ¿ ¿ ¿ ¿ 
¿¿ 

 
¿ ¿ ¿
¿ ¿  ¿¿ 
  ¿%

Riwayat Ahmad dan Abu Daud



‘    
  
 


Sebab utama kenapa riba diharamkan dalam Islam adalah kerana sistem ini adalah

tidak adil dan terdapat unsur-unsur pengeksploitasian didalamnya. Riba mempunyai ciri-ciri

negatif seperti berikut:

¿ ¿

Sebagai contoh, seseorang yang memberi pinjaman dan meletakkan suatu kadar faedah/riba

terhadap pinjaman itu akan menerima keuntungan tanpa perlu berusaha manakala peminjam

tidak semestinya mendapat keuntungan dari pinjaman yang dibuat. Peminjam juga mungkin

mengalami kerugian dalam perniagaan yang dilaburkan dengan yang yang dipinjam tadi

tetapi masih perlu membayar balik faedah/riba.Ketidakadilan dapat dilihat apabila orang

kaya dapat merasa faedah tetapi orang miskin merasa seperti dihukum. Pinjaman yang

diberikan juga haruslah halal dan sah dan didefinisikan sebagai pinjaman yang dibuat untuk

maksud kebajikan tanpa niat tertentu dan pinjaman bagi pelaburan dalam perniagaan yang

halal bertujuan untuk mengambil keuntungan dan risiko yang secara bersama (Al-Omar

et.al., 1996; Zineldin, 1990).


¿   ¿

Riba menampakkan unsur pengekspotasian kerana orang yang kaya mendapat kelebihan

berbanding orang miskin yang terpaksa meminjam.Islam menekankan perkongsian risiko

dalam semua bidang perniagaan yang dibuat dan segala keuntungan dan kerugian haruslah

dikongsi bersama peminjam dan yang meminjam (Warde, 2000; Akacem, Mohammad &

Gilliam, Lynde, 2002).

(iii) Riba tidak adil



‘    
  
 


Konsep kewangan dalam Islam menekankan penggunaan kemudahan kewangan yang ada

untuk dilabur dan mendapat keuntungan yang dapat dirasai oleh ramai pihak.Jika hanya

menyimpan wang didalam bank dan membiarkan bank membayar faedah atas penyimpanan

itu sebagai pendapatan, ia dianggap haram dan tidak adil kerana orang lain tidak ada akses

kepada sumber kewangan untuk pelaburan. Dalam sistem perbankan konvensional, pihak

bank hanya mendapat faedah keatas pinjaman yang dibuat untuk perniagaan manakala

perbankan Islam menekankan konsep perkongsian keuntungan dan risiko. Kaedah ini dilihat

lebih adil kerana kedua pelabur dan peniaga berkongsi untung rugi.

Kesimpulannya, riba lawannya sedekah kerana sedekah merupakan kerelaan memberikan

harta benda tanpa mengharapkan balasan. Tetapi riba, ia menuntut kembali wang yang

dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada kesusahan orang yang

meminjamnya.

1.5 Pengharaman keatas Gharar.

Gharar dijelaskan sebagai satu bentuk pertaruhan.Dalam konteks perniagaan, gharar boleh

dilihat sebagai semua jual beli yang mengandung ketidakjelasan atau pertaruhan atau

perjudian atau semua yang tidak diketahui hasilnya atau tidak diketahui hakikat dan

ukurannya (Ustadzkhuna Al Fadhil, 2007). Larangan terhadap Gharar dinyatakan didalam

Hadis seperti:

#¿
&
¿
¿
¿¿
¿¿!¿  ¿¿ ¿
¿ ¿  ¿¿¿ ¿  

¿
¿
'( )*+*,-



‘    
  
 


&¿&¿  &$¿ ¿


¿¿
.¿ ¿  ¿¿ ¿ ¿¿ ¿ ¿¿

 ¿¿%

(¿  ¿ .¿ ¿  ¿ ¿ ¿ ¿¿  ¿     ¿ ¿ ¿¿

¿
 ¿ ¿ (¿ ¿¿ ¿ ¿
 ¿ 
 ¿ 
¿¿

¿  ¿¿¿¿ ¿ ¿ 


¿¿ ¿¿ ¿ ¿¿ ¿ ¿

Terdapat beberapa jenis gharar yang sering dipraktikkan dalam sistem kewangan

konvensional seperti insurans dan spekulasi produk.Contohnya, dalam insurans, seorang

yang mengambil insurans mungkin membayar premium sepanjang hayat untuk sesuatu yang

tidak dijangka dan mungkin tidak dapat hasilnya jika tiada malapetaka berlaku.Gharar juga

disifatkan merugikan kerana melibatkan pertaruhan sumber duit terhadap sesuatu yang tidak

jelas dan mungkin merugikan. Terdapat beberapa jenis Gharar seperti :

%„ Jual beli barang yang belum ada (Ma¶dum)

%„ Jual beli barang yang tidak jelas (Majhul)

%„ Jual beli barang yang tidak mampu diserahkan.

2 
 Å   

2.1 Institusi Kawalan

2.1.1 Sejak penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983, industri kewangan

berlandaskan syariah telah mengembang dengan pesat. Bank Negara Malaysia telah

mengambil inisiatif aktif dalam memperkasakan institusi ini dengan penubuhan Islamic

Interbank Monetary Market (IIMM) pada tahun 1994. IIIM berfungsi sebagai perantara bagi



‘    
  
 


institusi kewangan Islam di Malaysia untuk berinteraksi sesama sendiri dan untuk

menyediakan peluang jangka pendek bagi pelaburan berlandaskan syariah (About IIIM,

2004). IIIM merangkumi perkara-perkara berikut :

‡ 
 ¿ / 
¿ 0  
¿ ¿ ˜¿
¿

Institusi-institusi perbankan yang berkenaan membuat perdagangan komponen kewangan

Islam sesama sendiri; contohnya Bon Simpanan Islam atau ³Islamic Debt Securities´.

‡ (¿
¿¿/ 
¿ / 1  (//

MII adalah suatu komponen perbankan yang membolehkan bank-bank Islam yang

berfungsi sebagai bank pelaburan membuat pelaburan atas bank Islam lain yang

berfungsi secara defisit. Ini membolehkan bank-bank yang kekurangan dana

berkembang dan mendapat keuntungan tanpa perlu mendapat bantuan dari sistem

bank konvensional yang mengamalkan riba. Pelaburan yang dibuat adalah

berdasarkan konsep Mudharabah atau perkongsian keuntungan. Bank-bank yang

terlibat akan membuat perjanjian lebih awal akan peratus keuntungan yang akan

dikongsi pada tempoh akhir pelaburan itu. Perjanjian awal memastikan unsur gharar

tidak wujud dalam pelaburan tersebut.

2.1.2 Bagi memastikan terdapat keseragaman dalam interpretasi syariah dalam konsep

perbankan di Malaysia, sebuah majlis penasihat telah ditubuhkan pada tahun 1997 yang

dikenali sebagai Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan untuk Perbankan Islam dan Takaful

(NSAC) di bawah kelolaan Bank Negara Malaysia. NSAC mempunyai peranan sebagai:

ф Badan berkuasa tertinggi dan tunggal untuk menasihat BNM dalam bidang

perbankan Islam dan Takaful



‘    
  
 


ф Perantara interpretasi Syariah untuk bidang perbankan Islam dan Takaful

ф Untuk mengkaji dan menganalisis cadangan-cadangan baru oleh bank dan

institusi takaful bagi memastikan cadangan tersebut selaras dengan peraturan

syariah.

2.2 Ciri-ciri Perbankan Islam

Tiga bank akan menjadi panduan bagi melihat konsep dan perkhidmatan-perkhidmatan

kewangan yang disediakan. Bank-bank tersebut adalah bank berkonsepkan syariah

sepenuhnya iatu Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat manakala CIMB Islamic

adalah satu cabang perbankan dalam kumpulan CIMB Bank. Kesemua bank-bank Islam

tersebut menggunapakai jenis perkhidmatan asas yang sama dengan perbezaan pada kadar

keuntungan atau pengubahsuaiaan dalam bidang-bidang tertentu. Konsep asas yang

digunapakai adalah seperti :

1)„ d      


      

Suatu sistem amanah bagi penyimpan menyimpan harta/duit.Pihak penyimpan (bank)

diamanahkan untuk menjaga harta tersebut dan harus memberi balik kepada

penyimpan apabila diminta.Penyimpan tidak layak menerima keuntungan dari

simpanannya tetapi pihak yang diamanahkan boleh menyalurkan sedikit pemberian

mengikut budi bicara sendiri.

2)„ (    É
 ¿    ¿ 

Merujuk kepada perjanjian yang dibuat antara pemberi dana (pelanggan) dengan

usahawan atau pengurus dana (bank) bagi pihak usahawan melabur dana tersebut



‘    
  
 


dalam perniagaan berlandaskan syariah. Kadar keuntungan yang pemberi dana akan

dapat adalah ditentukan terlebih dahulu manakala kerugian ditanggung oleh

usahawan.

3)„ (
   É¿¿¿¿

Satu usahasama bagi pelaburan dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan dan kerugian

akan dikongsi bersama mengikut perjanjian yang dibuat terlebih dahulu.

4)„ (    

Merujuk kepada penjualan sesuatu barangan dengan kadar keuntungan dan kos-kos

lain dipersetujui terlebih dahulu antara dua pihak yang terlibat.

5)„    É       

Penjualan sesuatu barangan dengan cara pembayaran ansuran dengan kadar

keuntungan yang dipersetujui terlebih dahulu antara dua pihak yang terlibat.

6)   

Penjualan atau pembelian borang berkenaan tentang hutang antara bank.

7)           

Penjualan aset kepada pelanggan dengan bayaran ansuran dan bank boleh

membeli balik aset itu dengan harga rendah jika pembayaran dihentikan.

8)       


     

Bank menyewa sesuatu aset kepada pengguna dengan kadar tertentu dan pada akhir

tempoh sewaan, aset dijual dengan kadar keuntungan yang telah disetujui. Contohnya

sewa beli kereta.

9)   
 



‘    
  
 


Perjanjian dimana pemilik akan menyewa peralatan, bangunan dan sebagainya

kepada penyewa dengan kadar sewa yang dipersetujui.

10Ú  


Pinjaman kewangan tanpa faedah yang diberi, peminjam boleh membayar lebih

sebagai tanda terima kasih.

€€ 
  

Perjanjian dimana pembayaran dibuat dahulu bagi sesuatu barangan yang

akan dihantar kemudian.

€2  


   

Perjanjian kontrak antara pembekal dengan pembeli bagi menyediakan sesuatu

barangan bagi tempoh yang diminta dengan pembayaran yang telah dipersetujui.

€›      

Jaminan bertulis oleh institusi kewangan yang menjamin kewangan atau

perniagaan seseorang.

€       

Pembayaran akan diberi berdasarkan jenis barang yang dipajak. Barangan tersebut

akan dirampas jika pelanggan gagal membayar balik yuran pajakan.

€5  

Merujuk kepada pertukaran pertukaran bayaran antara akaun kewangan

sesama pelanggan.Bank boleh meletakkan suatu caj komisen yang berpatutan.



‘    
  
 


€     !  

Pertukaran wang asing.

€7  

Bon kewangan Islam.

€8a 


Caj yang dikenakan untuk perkhidmatan bank.

€9    

Pemberian yang diberi secara sukarela untuk perkhidmatan bank.

2.3 Perkhidmatan Mengikut Bank.

Bank-bank berkonsepkan syariah di Malaysia seperti Bank Islam, Bank Muamalat dan CIMB

Islamic secara amnya menggunapakai kaedah perbankan yang agak sama tetapi setiap bank

mempunyai kelebihan dalam sesuatu bidang. Pelanggan bank dapat memilih konsep

kewangan yang bersesuaian dengan keperluannya.Dinyatakan disini beberapa perkhidmatan

umum yang disediakan oleh bank dan konsep yang digunapakai dirumuskan.

2.3.1 ¿ / ¿(¿ ¿¿


¿

Institusi perbankan Islam terbesar di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1983 ini

memberikan perkhidmatan yang luas.Dengan 93 cawangan yang beroperasi dan banyak lagi

dalam cadangan, Bank Islam sedang berkembang pesat (Bank Islam, 2009). Antara

perkhidmatan yang disediakan adalah :

2.3.1.1 Simpanan



‘    
  
 


ф  ¿ ˜ ¿ ¿ ¿¿

Menyediakan simpanan berkonsepkan kontrak wadiah, bank bertanggungjawab menyimpan

wang dengan selamat, dan bank boleh memberi pemberian (hibah) mengikut budi bicara

bank.

ф  ¿ ˜ ¿ ¿ (¿
¿¿

Kontrak Mudharabah menjadi pilihan ramai kerana simpanan yang dibuat akan digunakan

oleh bank untuk melabur dalam perniagaan halal dengan perkongsian keuntungan antara

bank dan pelanggan. BIMB menyediakan beberapa jenis akaun Mudharabah yang sesuai

untuk pelbagai lapisan masyarakat.

2.3.1.2„Pinjaman

ф  ¿¿ 
¿¿ 

Berpandukan kontrak Bai Bithaman Ajil, pembayaran adalah tetap bagi setiap bulan, maka

peminjam tidak perlu risau akan kenaikan kadar faedah yang tidak tetap seperti bank

konvensional.

ф  ¿¿ 
¿

Berpandukan konsep Bai-Murabahah, pendahuluan yang diberi oleh bank perlu dibayar

dengan melalui ansuran dengan kadar keuntungan yang dipersetujui. Terdapat beberapa

pakej yang disediakan sesuai dengan kelayakan pelanggan.

ф  ¿¿ ˜ ¿ 0


¿

Bayaran ansuran adalah tetap, berdasarkan konsep Bai Bithaman Ajil, pembayaran balik

termasuk jumlah keuntungan yang dipersetujui terlebih dahulu.BIMB juga memberi



‘    
  
 


perkhidmatan insuran motorkar Takaful, dimana berbanding dengan insuran konvensional,

pengguna layak menerima keuntungan dari pembayaran premium insuran takaful mengikut

konsep Mudharabah.

2.3.1.3„Amanah Saham

Bank Islam juga mempunyai cabang Amanah Saham yang dikenali sebagai Amanah Saham

Bank Islam. Amanah saham ini memberi peluang bagi para pelabur untuk melaburkan wang

dengan jaminan risiko yang rendah, pendapatan amanah saham pula didapati dari

perdagangan bon-bon wang berkonsepkan syariah.

2.3.1.4„Bon

BIMB juga menjual bon-bon keluaran kerajaan (Government Islamic Issuance) dan bon-bon

keluaran GLC seperti Khazanah Nasional yang boleh ditunaikan bila-bila masa.

2,2¿ (¿¿ ¿

Bank Muamalat ditubuhkan pada 1 Oktober 1999 hasil dari penggabungan antara Bank Of

Commerce dengan Bank Bumiputra Malaysia. Bank ini bertujuan untuk mewujudkan

persaingan dalam dunia perbankan Islam di Malaysia.

2.3.2.1 Simpanan

ф  ¿ ˜ ¿ ¿  ¿¿¿  (¿


¿¿

Seperti simpanan Wadiah BIMB, Bank Muamalat menyediakan perkidmatan simpanan harta

bagi pelanggan, ini tidak terhad kepada wang tetapi merangkumi sijil tanah, bon-bon saham

dan dokumen penting lain. Simpanan Al-Mudarabah pula membolehkan pemilk harta yang



‘    
  
 


tiada pengalaman dalam perniagaan bekerjasama dengan pihak bank yang mempunyai

kepakaran pelaburan untuk membuat keuntungan. Keuntungan yang dihasilkan akan dikongsi

bersama dengan kadar yang ditentukan, contohnya 70:30.

2.3.1.2 Pinjaman

ф  ¿¿ 
  ¿¿¿  

Pinjaman perumahan, kenderaan, perniagaan dan sebagainya diberikan mengikut konsep Bai

Bithaman Ajil.Bank Muamalatakan membeli terus barangan tersebut dan menjual balik

barangan tersebut kepada peminjam dengan pembayaran bertangguh (ansuran) dengan kadar

keuntungan yang ditetapkan dahulu. Pemberian pinjaman juga akan diberikan berdasarkan

keupayaan peminjam, contohnya, berdasarkan gaji minimum atau kestabilan pekerjaan.

ф /¿
¿

Bank memberi kemudahan untuk syarikat menjual secara memajak sesuatu aset yang dimiliki

dan membeli balik dari bank dengan pembayaran tertangguh dengan kadar keuntungan yang

ditetapkan. Pelanggan Bank Muamalat boleh mendapat modal untuk digunapakai dengan

cara ini.Biasanya untuk barangan seperti kenderaan, jentera, peralatan dan sebagainya.

2.3.1.3 Kemudahan Kewangan Korporat.

ф MRF

½„ Bank Muamalat menyediakan kemudahan kredit untuk syarikat besardikenali

sebagai Muamalat Revolving Credit Facility-i (MRF), MRF adalah

berdasarkan kontrak Al-Murabahah. Pihak bank akan membiayai pelanggan

yang membeli Sijil Amanah Pembiayaan Muamalat, (Muamalat Revolving



‘    
  
 


Financing Trust Certificate ) dengan disokong oleh aset dan pelaksanaan

Muamalat Revolving Financing Sale Contract. Kemudahan ini boleh juga

boleh digunakan untuk pembiayaan kontrak.

ф ³Shipping Guarantee´

½„ Surat jaminan yang keluarkan atas prinsip Kafalah oleh bank untuk

memudahkan pelanggan mengambil barangan yang dibeli dari luar negara dari

pelabuhan tanpa menunggu untuk menyiapkan segala urusan eksport yang

mengambil masa lama.

ф Pembiayaan Projek

½„ Berdasarkan konsep Al-Istisna dimana pelanggan akan meminta pihak bank

Muamalat untuk membina sesuatu aset dengan kos ditanggung oleh bank,

pihak bank akan melantik kontraktor untuk membuat projek itu dan selepas

siap, akan dijual balik kepada pelanggan dengan pembayaran tertangguh

dengan kadar keuntungan yang dipersetujui. Biasanya bagi syarikat yang

menerima kontrak kerajaan, pembinaan projek perumahan dan sebagainya.

„
2.3.2„ CIMB Islamic

CIMB Islamic adalah cabang perbankan syariah dalam kumpulan perbankan CIMB, wujud

dari prinsip kerajaan untuk mengembangkan perbankan Islam dengan menggunakan aset-aset

bank yang sedia wujud. Bank ini menyediakan konsep-konsep baru yang inovatif dan banyak

terlibat dalam transaksi syariah di peringkat antarabangsa dan telah banyak memenangi

anugerah di peringkat antarabangsa.



‘    
  
 


2.3.2.1„ Simpanan

ф ¬˜¿1 ˜¿1  

CIMB Islamic menyediakan simpanan khas berasaskan Mudharabah yang dipanggil EcoSave

Savings Account-i yang prihatin terhadap alam sekitar. Simpanan ini adalah ³paperless´ dan

penyimpan akan diberikan pemberian RM 5 jika tiada transaksi menggunakan kertas setiap

bulan dan 0.2% dari kadar keuntungan akan digunakan untuk projek-projek konservasi alam

sekitar.

2.3.2.2„ Pelaburan

ф ¿ ! 
/ 1   

Pelaburan ini adalah antara pembaharuan yang dibawa oleh CIMB Islamic, pelabur

dijanjikan pulangan tetap (kadar keuntungan tetap) terhadap jumlah yang dilabur, maka

pelabur dapat mengeluarkan hasil keuntungan tanpa perlu tunggu untuk akaun itu mencapai

tahap matang.

2,2,„ ¿ ¿ 

Disediakan oleh cabang Takaful CIMB iatu CIMB Aviva Takaful. Perbezaannya dengan

insuran biasa ialah pembayaran bulanan yang dibuat adalah dikira sumbangan kepada satu

skim berdasarkan kontrak Tabaruk. Pihak bank akan mengambil sedikit upah bagi

pengurusan sumbangan tersebut. Duit itu juga akan digunakan untuk pelaburan yang

berlandaskan syariah dan keuntungan yang didapati boleh diberikan kepada penyumbang

dana. Apabila diperlukan atas sebab-sebab yang diyatakan dalam perjanjian takaful,

pemberian akan diberi dari wang yang dikumpulkan dalam skim yang mengandungi dana-

dana dari semua penyumbang takaful.



‘    
  
 


2,23„ 0 ¿¿ 
¿¿¿ 

ф Kemudahan Kredit Pusingan

CIMB Islamic menyediakan kemudahan kredit bagi digunakan oleh perniagaan untuk

digunakan bila-bila masa, menggunakan prinsip Bai¶ Bithaman Ajil, Bai¶ Al µInah

atau Murabahah. Akses kepada dana pinjaman ini berterusan untuk sesuatu tempoh

masa yang ditentukan dan perlu dibayar balik dengan kadar keuntungan yang

dipersetujui dari masa ke semasa.

ф Letter of Credit-i

Diberi dibawah konsep Wakalah, Documentary Credit atau Letter of Credit adalah

surat jaminan yang dikeluarankan oleh bank dan menjamin pembayaran kepada

penjual bagi pihak pelanggan bank. Wakalah dalam maksud ini bermaksud bank

bertindak sebagai wakil bagi pelanggan bank (penjual) dan pembeli.Terdapat

beberapa kemudahan menggunakan prinsip Kafalah yang disediakan oleh CIMB

Islamic yang bersesuain dengan kehendak pelanggan.

   Å  

3.1 Persoalan Perbankan Islam lebih mahal.

Walaupun perkembangan pesat perbankan Islam dapat dilihat di Malaysia, namun terdapat

satu persepsi bahawa kadar keuntungan yang dikenakan oleh institusi kewangan Islam adalah

lebih tinggi dari faedah yang dikenakan oleh bank konvensional. Persepsi ini wujud apabila

kadar bayaran dilihat sekali lalu, tetapi apabila dikaji secara mendalam, jelas cara pinjaman

yang diberikan oleh bank berasaskan syariah lebih menguntungkan dan tidak merisaukan.

Bank konvensional pula biasanya tidak mempunyai kadar faedah yang tetap kerana



‘    
  
 


berpandukan BLR, BLR di sini bermaksud Base Lending Rate yang ditetapkan berdasarkan

kadar faedah yang dikenakan Bank Negara Malaysia. Kadar ini turun-naik berdasarkan

keadaan ekonomi semasa, apabila ekonomi mengembang terlalu cepat dan inflasi naik, kadar

BLR akandinaikkan untuk mengurangkan pinjaman manakala BNM akan menurunkan kadar

faedah pinjaman apabila ekonomi perlu dirangsang. Tidak ada satu tahap maksimum bagi

BLR dan ia boleh melambung tinggi, ketika kegawatan ekonomipada tahun 1998, kadar BLR

melambung sehingga 12.27% (Malaysian Base Lending Rate, 2009).

Ditunjukkan disini perbezaan pembayaran pinjaman perumahan antara bank konvensional di

Malaysia dan perbankan Islam berdasarkan maklumat yang diperolehi dari bank-bank

tersebut.


Å ÅÅ   

Å 
   Å  

Alliance Bank (M) BLR+2.20% (Thn1-2), 3.00%(Thn 1),


BIMB
Berhad BLR+2.00% (seterusnya) 5.00%(Thn 2),
(Baiti Cakna HF-i)

6.20%(seterusnya)

Hong Leong Bank 2.38% (Thn 1), CIMB Islamic Bank Berhad 5.65% (Thn 1-5),

Berhad 3.38% (Thn 2), BFR-2.05% (seterusnya) *



‘    
  
 


BLR-1.30% (seterusnya)

*BFR ± Base Financing Rate

Mengikut kaedah yang digunapakai oleh bank konvensional, seperti Alliance Bank yang

mengenakan kadar 2.20% + BLR, kadar faedah yang dibayar oleh peminjam pada Februari

2009 adalah sebenarnya 7.75%, kerana kadar BLR semasa (Februari 2009) Alliance Bank

adalah 5.55% (Alliance Bank, 2009). Bank Islam pula mengenakan kadar keuntungan yang

tetap mengikut konsep Bai Bithaman Ajil dimana kadar itu adalah tetap dan dipersetujui dari

awal perjanjian pinjaman. Kadar ini tetap pada kadar 3.00% dan 5.00% pada tahun pertama

dan tahun kedua dan 6.20% seterusnya. Jika dilihat, kadar BLR adalah sentiasa diantara 6%

hingga 7%, maka dalam jangkamasa panjang, didapati kadar pinjaman Bank Islam adalah

lebih menjimatkan.

3.2 Diskaun

Perbankan Islam juga memberikan diskaun dalam perjanjian pinjaman perumahan yang

diberi.Contohnya,kadar bayaran BFR (Base Financing Rate) sentiasa berubah. BFR biasanya

ditetapkan pada kadar 10% tetapi peminjam tidak membayar kadar penuh, kadar yang

dibayar adalah mengikut kadar BLR semasa tetapi tidak wujud unsur Gharar kerana kadar

yang dipersetujui adalah 10%, tetapi bank memberi diskaun bagi perbezaan antara 10%

dengan kadar BLR semasa. Contohnya, BLR semasa adalah 6% maka bank memberi diskaun

4%. Kelebihannya berbanding dengan BLR adalah BFR yang dikenakan tidak akan melebihi

10% walaupun BLR mencapai takat 13% atau lebih. Dalam keadaan ini, peminjam mendapat

perlindungan dari ketidaktentuan kadar BLR yang mengikuti kadar faedah yang ditetapkan



‘    
  
 


oleh BNM. Walaupun kadar yang dipersetujui adalah 10%, bank masih memberikan diskaun

kepada peminjam untuk kekal kompetatif.

3.3 Standard yang Berbeza.

Pertambahan pesat bank-bank Islam di dunia berlaku tanpa satu standard kawalan yang

seragam. Menurut Joseph Torbey, Presiden Union of Arab Banks seperti dipetik didalam

akhbar The Daily Star (Dania Saadi, 2004) terdapat lebih 256 bank berasaskan syariah di

dunia dengan jumlah dana melebihi USD 262 billion dan tumbuh dengan kadar 15-20 peratus

setahun. Walaupun berkembang pesat, tidak wujud satu badan seperti NSAC di peringkat

dunia bagi menyelaraskan aktiviti-aktiviti.Ketidakselarasan ini menyebabkan perkembangan

perbankan syariah agak perlahan dan sukar di negara-negara bukan Islam kerana masih

wujud banyak persoalan dan sikap prejudis tentang konsep kewangan tersebut khususnya di

barat.Perjanjian Basel II tahun 2004, iatu satu perjanjian untuk penyelarasan sistem

perbankan sedunia tidak menyebut tentang konsep perbankan syariah walaupun sektor ini

berkembang dengan pesat.Ini disebabkan tidak wujud satu badan yang boleh menjadi wakil

atau lobi untuk sektor perbankan ini.Badan ini juga boleh menggerakkan pertumbuhan sektor

ini di negara barat dengan lebih pesat dan memperkenalkan perbankan Islam di pasaran

baru.Kerajaan Malaysia juga kerapkali meminta untuk mewujudkan kordinasi antara negara-

negara yang mempunyai operasi perbankan Islam yang aktif. Salah satu cara yang mudah

untuk menubuhkan badan tersebut adalah dengan meluaskan skop Islamic Development

Bank (IDB) untuk menjadi wakil bank-bank Islam sedunia dan mengeluarkan dasar yang

sama untuk digunakan oleh semua bank-bank ahli. Adalah wajar untuk tindakan yang cepat

diambil dalam hal ini untuk meletakkan kembali konsep kewangan Islam agar selari dengan

kewangan komersial di dunia.



‘    
  
 


 „


Apabila idea untuk perbankan baru berkonsepkan syariah mula berkembang pada tahun

1970an, ramai penganalisis kewangan dan bank-bank komersial mengatakan konsep ini agak

mustahil dan tidak mungkin dapat bertahan lama namun lebih 30 tahun selepas

pengenalannya, bank-bank Islam semakin berkembang dengan pesat. Cara perbankan yang

dianggap tidak mustahil pada awalnya mula diadaptasi oleh bank-bank komersial, bank-bank

besar telah mewujudkan cabang perbankan Islam sendiri seperti HSBC Islamic, Deutsche

Bank, Standard Chartered dan sebagainya.Pengiktirafan ini membuktikan bahawa sistem

konvensional tidak boleh monopoli pasaran kewangan selama-lamanya.Sifat tidak

mengeksploitasi syariah ini mempunyai kelebihan moralnya sendiri yang semakin mendapat

perhatian orang bukan Islam.Berdasarkan pemerhatian di eropah, didapati orang bukan Islam

di eropah tertarik dengan sistem kewangan yang beretika dan mempunyai nilai moral yang

tinggi (Samuelsson, 1999).Pihak Vatican sendiri telah mengeluarkan kenyataan "The ethical

principles on which Islamic finance is based may bring banks closer to their clients and to the

true spirit which should mark every financial service," dalam suratkhabar rasminya

Osservatore Romano (³Vatican offers Islamic finance´ 2009,6 Mac). Sokongan dari pihak

Paus yang sebelum ini banyak mengkritik sistem kewangan kapitalis barat menunjukkan

perbankan Islam ini menerima sokongan dari semua pihak dan sudah tiba masanya dunia

bertanya, adakahkewangan ala Wall Street ini membantu mengekalkan stabiliti dunia. Krisis

ekonomi yang kerap berulang menampakkaan kelemahan sistem laissez faire yang diguna

pakai sekarang.Perkembangan kewangan syariah pastiakan menarik lebih ramai pelanggan

untuk meletakkan nilai moral sebagai salah satu faktor utama dalam pelaburan, secara



‘    
  
 


langsung ini akan melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan membolehkan jurang

ketidaksamarataan antara masyarakat dunia dapat diatasi.

Dalam keadaan dunia sekarang yang sedang menghadapi kegawatan ekonomi, banyak

bank-bank utama dunia mengalami kerugian besar, Citibank misalnya yang merupakan bank

terbesar didunia sebelum ini menduduki kedudukan di belakang kumpulan CIMB Malaysia

akibat dari kerugian besar kerana masalah ekonomi sekarang. Bank±bank Islam pula,

menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asian Finance Bank (AFB), Datuk Mohamed Azahari

Kamil tidak terjejas teruk akibat dari kegawatan ini dan tidak ada sebarang kejadian di mana

bank-bank berkenaan menghadapi masalah tukaran kredit dan tiada derivatif kredit (³Bank

Islam Tidak Terjejas´, 2008).Ini adalah kerana bank-bank Islam menyesuaikan khidmat yang

disediakan dan hanya melabur dalam industri yang berhemah dan berlandaskan syariah

dengan prinsip perkongsian keuntungan. Contohnya, antara penyebab masalah ekonomi di

Amerika adalah disebabkan oleh pemberian kadar faedah yang terlalu rendah dan pinjaman

kewangan kepada sesiapapun kerana bank hanya bermatlamatkan keuntungan. Apabila

peminjam tidak mampu membayar, masalah ekonomi timbul apabila aset-aset terpaksa

dirampas oleh bank dan tidak dapat dijual lagi dan bank mengalami kerugian besar. Jadi,

adalah jelas prinsip kewangan syariah yang berlandaskan perkongsian keuntungan dan kadar

keuntungan tetap dapat menghalang masalah seperti ini wujud. Diharap perbankan syariah

akan berkembang lebih pesat di seluruh dunia dan dapat wujud selari dengan perbankan

konvensional padamasa depan.



‘    
  
 



   !"#
 $"% 
& '( & %#" #
()**+++
,% '
*% '*+ %((

-"%./ %%  0 ( 


1&2 
34"# 5!
6# 
,
7 '( & %#" #& #4#7  % 

• 

  •
    


 
  !" #$%

•& '
(•
)  
% *+ , - 
,$
, %
.
"$
%

•, / (•


 0110+ ,2,+3$
!$ %

4 "%

.

 16  
       
 
    %/$,  • )3$(5
+$$%

5
+   % 0111     
%4
  
4
  3$#%

•,   
(6 
% 0110#,2+ , 
 $3)$2,%+

4$#,7%+89%  0 :


Ustadzkhuna Al Fadhil Kholid Syamhudi. (2007)     $
' + %
Diakses pada 18 Februari 2009 di 
http://kustoro.wordpress.com/category/ekonomi-syariah/
„

„
„„„„  „„
„„
„„ „„
 !!""" # !!$!%&' „



‘    
  
 


8  55#
5  
9#: '  1 
9#&:"7 '( & 1 &
 !!""" "# !"( )*+&%

,-„„„ ' „.#„/„„

„„
&„0#„ „„

()**+++ , ;

*
<&*5
*