You are on page 1of 11

Contoh Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

[Tajuk karangan] Alam sekitar kita sedang menghadapi tahap pencemaran yang serius. [Ayat
Arahan : Fokus karangan] Jadi, langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk menjaga alam
sekitar.
[Isi penting 1] Antaranya, kita sewajarnya mengamalkan kitar semula. [Ayat Huraian/contoh]
Barangan terpakai haruslah dihantar ke pusat pengumpulan bahan-bahan kitar semula demi
membendung pencemaran alam.
[ Isi penting 2 ] Pembakaran sampah sarap secara terbuka juga haruslah dielakkan. [Ayat
Huraian/contoh] Sampah sarap haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah dan dihantar ke
tapak pelupusan sampah agar pencemaran udara dapat dicegah.
[ Isi penting 3 ] Malah, tenaga elektrik hendaklah kita jimatkan. [Ayat huraian/contoh]
Misalnya, selepas alat-alat elektrik digunakan, suisnya haruslah ditutup agar fenomena
pemanasan global dapat dikurangkan.
[ Isi penting 4 ] Bahkan, penanaman pokok haruslah diperbanyak di persekitaran. Tumbuhantumbuhan akan mengeluarkan oksigen ke atmosfera dan menyerap karbon dioksida sekali gus
melestarikan kesegaran udara.

[Ayat penutup] Tuntasnya , kita haruslah berganding bahu untuk memulihara alam sekitar kita.
[Ayat Penegasan] Pencegahan lebih baik daripada pemulihan.
http://mindabahasa.wordpress.com/
Contoh soalan:
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pemakanan
seimbang. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Sumber imej: mytipskesihatan.blogspot.com


Pendahuluan:
Pemakanan / diet seimbang -sajian makanan yang mengandungi semua nutrien utama yang
diperlukan oleh tubuh pada kadar yang betul - sesuai bagi tubuh untuk menjalankan fungsinya penting untuk jamin kesihatan individu
Isi-isi:

Pengambilan makanan seharian perlu mengikut 'piramid makanan' - panduan kumpulan


makanan yang membolehkan seseorang mengamalkan diet yang seimbang - membantu
membentuk tabiat pemakanan yang sihat

Pengambilan gizi makanan yang seimbang - sangat penting - nutrien yang cukup perlu
untuk membina tubuh, bina sel baru, tisu yang rosak- tanpa pemakanan seimbang,
tumbesaran terbantut/terencat

Setiap makanan yang diambil dalam diet harian perlu mengandungi nutrien yang
diperlukan oleh badan - memberi tenaga - contoh: karbohidrat, protein, lemak, vitamin
dan garam mineral - saiz hidangan - ikut piramid makanan dan turut mengambilkira gaya
hidup dan aktiviti harian individu - cara pemakanan individu yang aktif dengan individu
yang kurang aktif berbeza - perlu tahu untuk pilih makanan yang sesuai

Kekurangan sebarang nutrien boleh mengakibatkan kesihatan terganggu - mengamalkan


diet yang tidak betul boleh mengancam kesihatan - mengundang risiko penyakit kronik

Penutup:
Pemakanan seimbang penting untuk membina tubuh, memberi tenaga dan menjamin
sertamengekalkan kesihatan

Kerangka Karangan - Cara Mendidik Remaja Agar Menghormati Warga Tua


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Kategori: Bahasa Malaysia PBSMR, Kerangka Karangan, Penulisan PBSMR, Penulisan PT3,
Penulisan SPM
Pendahuluan:
Remaja bersikap kurang ajar terhadap warga tua - bukan perkara baru - kebanyakannya tidak
mengendahkan posisi/kedudukan golongan emas ini dalam struktur masyarakat - tidak harus
diabaikan atau dilupakan.

Sumber imej: rena-cruzee.blogspot.com

Isi-isi:

Ibu bapa harus memainkan peranan penting mendidik anak-anak - perlu menitikberatkan
sikap kasih sayang terhadap orang tua kepada anak-anak mereka -dengan didikan yang
sempurna, anak-anak akan menghormati dan menyayangi warga tua.
Budaya kunjung-mengunjung keluarga perlu diamalkan - bukan sahaja pada hari raya dapat mengeratkan hubungan antara remaja dan warga tua - warga tua akan berasa
terhibur apabila anak dan cucu mereka pulang menziarahi mereka - remaja akan
sedar/belajar memahami kepayahan serta kesunyian warga tua.

Mengadakan dan memperbanyak kempen untuk menyedarkan generasi muda tentang


pentingnya menghargai warga tua. Contoh: sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa - remaja
menghargai dan meraikan ibu bapa dengan membawa mereka berjalan/beri hadiah. 1
Oktober setiap tahun - sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan - akan timbul
perasaan simpati, kasih sayang dan hormat golongan tua.

Tanamkan sikap kasih sayang dan hormat-menghormati dalam jiwa generasi muda mereka tidak seharusnya melawan cakap orang tua sebaliknya bersifat empati dan
mendengar rintihan warga tua - mereka dapat mengasihi dan menjaga keperluan warga
tua dengan baik.

Pihak sekolah perlu mengadakan Hari Keluarga - hubungan antara murid dengan ibu
bapa dan guru dapat dieratkan - pelajar dapat belajar bagaimana untuk memenangi hati
dan menghormati warga tua - secara tidak langsung, mereka akan mengamalkan sikap
begini walaupun mereka sudah dewasa.

Peranan pihak media massa cetak dan elektronik mendidik remaja - banyakkan ceritacerita berunsurkan masyarakat penyayang di televisyen, artikel-artikel kemasyarakatan
dalam majalah - menyedarkan remaja akan pentingnya menghormati warga tua - beri
pengajaran agar mereka tidak mengabaikan warga tua jika tidak mahu diabaikan apabila
tua nanti.

Penutup:
Warga tua perlu diberikan penghormatan yang sewajarnya - kita tidak seharusnya melupakan jasa
mereka kepada keluarga dan negara - kita perlu sedar bahawa suatu masa nanti kita juga akan
menjadi tua seperti mereka.
MEMBACA SOALAN YANG DIBERIKAN
Carta di bawah menunjukkan sebahagian punca aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja di
Negara ini. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca penglibatan remaja dalam lumba
haram. Panjang huraian handaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

SIKAP DIRI REMAJA

PENGARUH RAKAN SEBAYA

PENGARUH MEDIA MASSA

ANGKAH 2: MENGENAL PASTI TEMA, TUGASAN DAN KUMPULAN SASARAN


Carta di bawah menunjukkan sebahagian punca aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja di
Negara ini. Huraikan pendapat anda tentangpunca-punca penglibatan remaja dalam lumba
haram. Panjang huraian handaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
TAJUK:
punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram.
TEMA:
Lumba haram
KUMPULAN SASARAN:
Para remaja
TUGASAN:
punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram
LANGKAH 3: MENYENARAIKAN ISI KARANGAN BERDASARKAN BAHAN
RANGSANGAN
1.

Sikap diri remaja


Ingin mencuba
Tidak bertanggungjawab
Melanggar peraturan jalan raya
Ingin berseronok-seronok / suka membuang masa

2.

Pengaruh rakan sebaya


Tasub kepada rakan
Meniru apa saja yang rakan lakukan

Lemah jati diri

3.

Pengaruh media massa


Menyiarkan filem-filem lumba haram
Menonton aksi hero (hanya lakonan sahaja)
Meniru aksi dalam filem
Terdidik dengan memuja kehebatan hero

ANGKAH 4: MANULIS RANGKA KARANGAN DENGAN LENGKAP


PENDAHULUAN
1.

Tema: Lumba haram

2.

Kumpulan Sasaran: Para remaja

Bahasa Indah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

4.

Tugasan: Punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram


ISI-ISI JAWAPAN

1.

Sikap diri remaja

2.

Pengaruh rakan sebaya

3.

Pengaruh media massa


PENUTUP

1.

Ayat Pandangan:
Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram.

2.

Ayat Cadangan:
Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada terlibat
dalam kegiatan lumba haram ini.

3.

Bahasa Indah:
Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak
berguna lagi.

4.

Ayat Harapan
Oleh itu, lumba haram sifar hendaklah menjadi satu agenda negara sebelum menjelangnya tahun
2020 nanti.
LANGKAH 5: MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN
Ayat Tema
Belakangan ini, isu lumba haram semakin heboh diperkatakan oleh masyarakat dalam media
massa di seluruh pelosok negara.
Ayat Kumpulan Sasaran:
Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk
megatasi masalah dengan segera.
Bahasa Indah:
Perkara ini sangat bersesuaian dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya.
Ayat Tugasan:
Persoalannya, apakah punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram?

LANGKAH 6: MENULIS PERENGGAN ISI KARANGAN


Isi 1: Sikap diri remaja
Ayat Topik
Pada pandangan saya, antara punca penglibatan remaja dalam lumba haram ialah sikap diri
remaja.
Ayat Huraian
Hal ini demikian kerana, para remaja mempunyai perasaan ingin mencuba dan suka berseronokseronok yang sangat tinggi walaupu aktiviti itu berbahaya.
Ayat Simpul
Tegasnya, sikap diri remaja itu telah menyebabkab berlakunya lumba haram di negara ini.
Isi 2: Pengaruh rakan sebaya
Ayat Topik
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca pengibatan remaja dalam
lumba haram di seluruh negara.
Ayat Huraian
Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja kini terlalu taksub kepada rakan dan lemah jati diri
sehingga mereka berani melakukan aktiviti itu.
Ayat Simpul
Jelaslah bahawa, penglibatan remaja dalam lumba haram adalah disebabkan oleh pengaruh rakan
sebaya.
Isi 3: Pengaruh Media Massa

Ayat Topik
Di samping itu, punca lain penglibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara ialah
pengaruh media massa.
Ayat Huraian
Hal ini demikian kerana, ramai remaja telah meniru aksi hero dalam filem mat rempit yang
mereka tonton di kaca televisyen seperti filem Bohsia dan KL Menjerit.
Ayat Simpul
Saya optimis, pengaruh media massa telah menyebabkan penglibatan remaja dalam lumba haram
semakin meningkat.
LANGKAH 7: MENULIS PERENGGAN PENUTUP
Ayat Pandangan:
Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram.
Ayat Cadangan:
Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada terlibat
dalam kegiatan lumba haram ini.
Bahasa Indah:
Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak
berguna lagi.
Ayat Harapan
Oleh itu, para remaja hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam lumba haram agar .
CONTOH KARANGAN LENGKAP

Belakangan ini, isu lumba haram semakin heboh diperkatakan oleh masyarakat dalam
media massa di seluruh pelosok negara.Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah
menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk megatasi masalah dengan segera. Hal ini sangat
bersesuaian dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya. Persoalannya, apakah punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram?
Pada pandangan saya, antara punca penglibatan remaja dalam lumba haram ialah sikap
diri remaja. Hal ini demikian kerana, para remaja mempunyai perasaan ingin mencuba dan
suka berseronok-seronok yang sangat tinggi walaupu aktiviti itu berbahaya. Tegasnya, sikap diri
remaja itu telah menyebabkab berlakunya lumba haram di negara ini.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca pengibatan remaja
dalam lumba haram di seluruh negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja kini terlalu
taksub kepada rakan dan lemah jati diri sehingga mereka berani melakukan aktiviti itu. Jelaslah
bahawa, penglibatan remaja dalam lumba haram adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya.
Di samping itu, punca lain penglibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara
ialah pengaruh media massa. Hal ini demikian kerana, ramai remaja telah meniru aksi hero
dalam filem mat rempit yang mereka tonton di kaca televisyen seperti filem Bohsia dan KL
Menjerit..Saya optimis, pengaruh media massa telah menyebabkan penglibatan remaja dalam
lumba haram semakin meningkat.
Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba
haram. Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada
terlibat dalam kegiatan lumba haram ini.Perkara ini sangat bertepatan dengan
peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi. Oleh itu, lumba haram
sifar hendaklah menjadi satu agenda negara sebelum menjelangnya tahun 2020 nanti.

You might also like