You are on page 1of 2

LARAS BAHASA IKLAN

Menurut Kamus Bahasa Melayu, susunan Arbak Othman (1999), iklan dapat diertikan sebagai
sesuatu kenyataan yang ditulis, dibuat untuk tujuan memberitahu kepada orang ramai atau
masyarakat tentang sesuatu perkara atau maklumat. Iklan biasanya disampaikan melalui media
massa - media cetak dan media elektronik. Namun ada juga yang berbentuk poster-poster yang
ditampalkan pada dinding-dinding kenyataan dan sebagainya. Bahasa iklan mula berkembang
dengan pesat di negara ini pada tahun 1960 an. Pada masa itu iklan dalam bahasa Melayu lahir
sebagai terjemahan daripada iklan dalam bahasa Inggeris, maka kebanyakan iklan adalah sangat
berbau Inggeris.
Iklan itu ada berbagai-bagai jenis antaranya, iklan yang dibuat khas oleh pihak kerajaan (seperti iklaniklan kekosongan pekerjaan, iklan tawaran tender-tender dan sebagainya), iklan yang bersifat
peribadi (umpamanya iklan-iklan ucapan tahniah atau ucapan takziah kematian seseorang) dan
sebagainya.
Fungsi iklan itu dibuat ialah untuk mempengaruhi pengguna dan untuk menimbulkan tanggapan
tertentu tentang sesuatu produk atau barangan atau perkhidmatan yang hendak diperkenalkan.
Penggunaan bahasa yang baik dan berkesan bertujuan menyampaikan mesej kepada sasaran iaitu
pengguna. Iklan yang baik bertujuan mengubah sikap pengguna dan mempengaruhi mereka membeli
atau melanggan barangan yang diperkenalkan (Kamaruddin Husin 1995). Mesej yang digunakan
dalam
iklan
harus
mempunyai
pelbagai
strategi
yang membawa ke arah pengaruh yang positif (Asmah Omar 1982). Dalamhubungannya dengan
perniagaan, iklan adalah sesuatu yang mustahak dan menjadi salah satu faktor yang terpenting
menggerakkan sesebuah perniagaan.
Oleh yang demikian, kewujudan akhbar-akhbar selaku penyampai informasi perkembangan terbaru
semasa baik tempatan, 'regional'mahupun global berperanan secara tidak langsung sebagai
landasan untuk syarikat-syarikat perniagaan memperagakan perniagaan dan barangan mereka.
i. Cara Penghasilan Iklan dan Pemilihan Larasnya
Iklan-iklan yang dibuat terdiri dari pelbagai saiz yang biasanya disokong oleh gambar-gambar produk
atau barangan yang diiklankan, disertai lukisan grafik, ilustrasi dan sebagainya. Dari itu, dengan
memfokuskan laras bahasa yang digunakan, dapatlah dikatakan majoriti iklan dihasilkan dengan
beberapa cara seperti berikut:
(a)

Mempunyai

Slogan

Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan sesuatu pertubuhan atau syarikat pengeluaran
barangan. eperti juga halnya dengan iklan-iklan di televisyen, sebilangan iklan-iklan di akhbar juga
mempunyai
slogan. Slogan dicipta sebagai trademark sesuatu barangan. Contohnya dalam iklan pil multivitamin
Kiddi Pharmaton dengan slogannya 'Membantu Anak Anda Membesar Untuk Masa Depan yang
Cemerlang', juga slogan 'Cepat, Mudah, Mesra' iaitu seperti yang terdapat dalam iklan pinjaman
wang, ruangan Rampaiklan.
(b) Kaedah Pernyataan
Menyatakan secara langsung tujuan pengiklanan. Seperti yang banyakterdapat dalam ruangan
Rampaiklan, dengan menggunakan frasa-frasa atau klausa-klausa seperti 'Rumah/Kenderaan /
Tanah
Untuk
dijual
/
sewa',
'Kerja
Sambilan
Kontraktor
Dikehendaki
Segera',
'Agensi
Pembantu Rumah' dan sebagainya.
(c) Ada Kaitan Konsep
Yang dimaksudkan dengan kaitan konsep ialah dengan mengaitkansesebuah produk dengan sesuatu
atau individu yang terkenal atau yang mempunyai nilai komersial, seperti dengan mengaitkan
seseorang artis atau penyanyi dengan sesuatu produk barangan. Sebagai contoh, sebuah syarikat
pembekal akses internet, TM Net prabayar telah mengaitkan perniagaannya dengan melantik

penyanyi terkenal Malaysia, Siti Nurhaliza sebagai duta TM Net. Kaedah iklan sebegini adalah
bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan, khasnya golongan remaja memandangkan penyanyi
berkenaan mempunyai 'fanbased' yang begitu ramai. Begitu juga dengan barangan lain seperti
sabun mandi, tilam berjenama, rantai berlian, minyak rambut dansebagainya yang kebanyakannya
turut dikaitkan dengan artis-artis, khasnya artis wanita. Dan artis berkenaan akan menyatakan
sesuatu yang berupa ayat-ayat atau laras-laras tertentu yang dapat dijadikan tarikan barangan yang
diniagakan.
(d) Umpanan
Kaedah umpanan kerap didapat dalam mana-mana iklan, tidak terkecuali iklan akhbar. Umpanan
bermaksud merancang strategik untuk menarik atau memperdayakan pelanggan. Contoh laras iklan
yang berbentuk umpanan ini adalah seperti yang berbunyi 'Beli Satu, Percuma Satu' iaitu iklan
berkenaan dengan peraduan minuman Vitagen dan Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET
RUANG TAMU YANG LENGKAP, dengan syarat mengumpulkan seberapa banyak mungkin bukti
pembelian minuman berkenaan.
Selain itu, dalam iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif, ada dinyatakan kata umpanan
yang berbunyi 'Penghantaran Pos Percuma'.
(e) Pesanan (Menyertakan Borang)
Terdapat juga iklan yang menyediakan kemudahan pesanan barangan dengan menyediakan borang
pesanan. Misalnya, iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif yang menyediakan borang
pesanan. Dalam borang itu mengehendaki pembaca mengisikan butir-butir peribadi, seperti nama
penuh, umur, jantina, bangsa, alamat, nombor telefon dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan,
iklan peraduan minuman Vitagen dan Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU
YANG LENGKAP juga turut menyediakan borang penyertaan yang juga memerlukan pembaca yang
ingin
menyertai
pertandingan
itu
untuk
mengisi butir-butir peribadi yang dikehendaki. Tetapi dalam peraduan itu, ditambah dengan beberapa
syarat penyertaan yang berupa sebuah wacana lengkap mengenai pertandingan tersebut.
(f) Bandingan
Iklan yang berbentuk sebegini dibuat dengan cara membandingkan sesuatu barangan dengan
barangan lain. Umpamanya akan dinyatakan serbuk pencuci Dynamo lebih berkuasa daripada serbuk
pencuci berjenama X.
(g) Gesaan
Laras iklan sebegini menggesa pengguna atau pembaca untuk mengambil perhatian perkara atau
barangan yang diiklankan.Contohnya, dalam iklan makanan segera ala barat Mc Donald di atas ada
menyatakan dengan klausa "Cubalah Nasi Ayam McD hari ini "
(h) Pertanyaan
Penggunaan penanda "?" kerap didapati dalam iklan-iklan akhbar. Teknik ini adalah salah satu lagi
cara dalam penggunaan laras bahasa iklan. Dalam iklan cairan pencuci pakaian DYNAMO ada
dinyatakan dengan ayat "LEBIH MUDAH!
Penggunaan tanda tanya "?" dapat menguatkan hujah / laras iklan. Erti kata lain ia seolah-olah
memaksa pengguna menyahut cabaran iklan berkenaan. Contoh frasa lain yang digunakan ialah
seperti,"Sakit Kepala? Sapulah Dengan Minyak Angin ABC".

You might also like