You are on page 1of 7

Contoh-contoh ice breaking.

1. Mukaddimah
Aktiviti :
i.
Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan Surah AlFatihah bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program.
2. Wisel
Aktiviti :
i.
Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
ii.
Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
iii.
Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel
dibunyikan.
Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan
persekitaran
Ucapan Tahniah
Aktiviti :
1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada
rakan sebelah
2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika
tidak berbau busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan
3.

4.

Barang Amanah
Aktiviti :
Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada
setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program.
Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang
diberi, maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai).
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.

5.

Nyanyian Lagu Motivasi


Aktiviti :
Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan
pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
Contohnya lagu Warisan yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan
pemimpin negara di masa hadapan.
Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.

6.

Salam Semut
Aktiviti :

i.
ii.

i.
ii.

Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan
dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati).
Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil
mengucapkan tahniah (Bagi sama jantina).
Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut huuuuu
tanda kemesraan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal
aktiviti.

i.
ii.
iii.

7.

Senyum
Aktiviti :
Sebut perkataan tempey.
Latihan senyum :
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di
peringkat awal aktiviti.

8.

Kungfu Wacha (1,2,3,4)


Aktiviti :
Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki
(wacha!)
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

9.

Kelopak Jantung
Aktiviti :
Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
Kumpulan 1 akan menyebut perkataan kelopak
Kumpulan 2 akan menyebut perkataan jantung
Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga
menghasilkan bunyi kompang.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar

i.
ii.

1.
2.
3.
4.

10. Tepuk energy


Aktiviti :
Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa
Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit hooooo

Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit hooooo dan berdiri sambil bergerak


Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.
11. Gosok Tangan
Aktiviti :
1. Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau
tanah)
Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu
diciptakan dari tanah
12. Fokus
Aktiviti :
1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan
tangan ke dahi.
3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan
psikomotor)
13. Pegang Dagu
Aktiviti :
1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut
perkataan alololooo
2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat
14. Urutan
Aktiviti :
1. Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan
yang telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu,
belakang dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di
kalangan pelajar.
15. Sentuhan Kasih
Aktiviti :
1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang
belum dikenali dengan rapat)

Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu
sama lain.
3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan
sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.
2.

i.

ii.

16. Pengelompokan mengikut kriteria


Aktiviti :
Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti :
a. Sama jantina
b. Sama tahun lahir
c. Sama bulan kelahiran
d. Sama saiz kasut
e. Sama warna baju / seluar dll.
Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.

17. Group in
Aktiviti :
i.
Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi
arahan fasilitator.
ii.
Fasilitator akan menyebut Group in 2, 5, 10 atau 20..
iii.
Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan
mengikut bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
iv.
Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara
ringkas.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan
menggalakkan penerimaan dalam kumpulan.
18. Kerusi Panas
Aktiviti :
i.
Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
ii.
Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat duduk
dengan rakan-rakan yang lain.
iii.
Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di
tengah bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco
dll.)
iv.
Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya Siapa rasa dirinya lelaki
tukar tempat duduk. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk.
Setelah itu, pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah.

Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu


arahan sebelum bertindak.
19. Bunyi paling menarik
Aktiviti :
i.
Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan
mengarahkan mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta
dengan pergerakan yang menarik.
ii.
Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik.
iii.
Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam
kumpulan.
20. Pergerakan paling menarik
Aktiviti :
i.
Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah
ditetapkan untuk setiap kumpulan.
ii.
Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar.
iii.
Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu,
Hindustan, Cina dan sebagainya.
iv.
Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini
bagi menggalakkan penglibatan pelajar.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat
dalam melakukan sesuatu perkara.
21. Uji Bakat
Aktiviti :
i.
Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
ii.
Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
a. Ketua
b. Penolong
c. Setiausaha.
iii.
Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti
disuruh bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walkdan
sebagainya dengan diiringi muzik.
iv.
Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan
mencari :
a. Peserta yang paling comel
b. Peserta yang paling bijak berbicara
c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya.

Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri.
Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk
memimpin.
22. Aktiviti Keretapi
Aktiviti :
i.
Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masingmasing menngunakan masking tape.
ii.
Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang
positif untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak).
iii.
Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang
ada pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang
dll.
iv.
Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi
dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit 5 minit).
v.
Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
vi.
Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca
nilai-nilai yang diperolehi.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak
sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk
memimpin.

i.
ii.
iii.
iv.
v.

vi.

vii.
viii.

23. Brainstorming
Aktiviti :
Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral,
kotak kapur dll.
Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda
tersebut dan nyatakan secara bergilir.
Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh
menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain
contohnya kayu hoki, syampu dll.
Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai
dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang
selalu anda lakukan di bilik air dll.
Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih
ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan.
Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada
pada setiap pemimpin dll.

Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan


sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran
peserta akan lebih luas.
24. Aktiviti scanning (Strength and Weakness)
Aktiviti :
i.
Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan
kelemahan masing-masing.
ii.
Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam
kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator
kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru
penyelaras)
iii.
Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif
yang boleh mengaibkan pasangan.
Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan
serta memperbaiki kekurangan.

i.
ii.

25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark


Aktiviti :
Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan
bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan.
Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan
kumpulan bagi menaikkan semangat ahli kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.

You might also like