You are on page 1of 47

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 1 of 47

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


(KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA)
KERTAS PENERANGAN
KURSUS

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1

KATEGORI

A1

DUTI

02 AKTA DAN PERATURAN ELEKTRIK

TASK

02.03 IEE WIRING REGULATIONS 16TH EDITION

OBJEKTIF
PENCAPAIAN PIAWAI

MEMBERI
PENGETAHUAN
BERKAITAN
PERATURANPERATURAN
PEMASANGAN
ELEKTRIK
IEE
DAN
PENGGUNAANNYA MENGIKUT PIAWAIAN ANTARABANGSA

TAJUK

1) Peraturan Pendawaian IEE

TUJUAN

Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pelajar kaedah


menggunakan
peraturan
IEE
dan
seterusnya
dapat
menggunakannya sebagai rujukan bagi pemasangan elektrik
serta rekabentuk pepasangan

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 2 of 47

Edisi

iii

Jawatankuasa Peraturan Pendawaian,


(Perlembagaan hingga Mac 1991)

Prakata

vii

Nota tentang rancangan bagi edisi ke 16

ix

BAHAGIAN 1 - SKOP, OBJEK DAN KEPERLUAN ASAS BAGI KESELAMATAN 1


BAB 11 Skop

Bab 12

Objek dan kesannya

Bab 13

Keperluan asas bagi keselamatan

BAHAGIAN 2 DEFINISI

BAHAGIAN 3 - PENILAIAN CIRI-CIRI AM

14

Bab 31

Tujuan, bekalan dan struktur

15

Bab 32

Pengaruh luar

16

Bab 33

Kesesuaian

16

Bab 34

Penyelenggaraan

17

BAHAGIAN 4 - PERLINDUNGAN UNTUK KESELAMATAN

18

Bab 41

Perlindungan terhadap kejutan elektrik

22

Bab 42

Perlindungan terhadap arus kesan-kesan terma

37

Bab 43

Perlindungan terhadap arus berlebihan

40

Bab 44

(Dikhaskan untuk kegunaan masa hadapan)

43

Bab 45

Perlindungan terhadap voltan rendah

43

Bab 46

Pemencilan dan pensuisan

Bab 47

Pengunaan langkah-langkah perlindungan bagi tujuan keselamatan

48

BAHAGIAN 5 - PEMILIHAN DAN PEMBINAAN PERALATAN

59

Bab 51

Peraturan-peraturan umum

62

Bab 52

Pemilihan dan pembinaan sistem pendawaian

70

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 3 of 47

Bab 53

Suisgear

82

Bab 54

Penyusunan pembumian dan konduktor-konduktor pelindung

88

Bab 55

Peralatan lain

98

Bab 56

Pembekalan untuk perkhidmatan-perkhidmatan keselamatan

104

BAHAGIAN 6 - PEMASANGAN KHAS ATAU LOKASI

106

BAHAGIAN 7 - PEMERIKSAAN DAN UJIAN

140

Bab 71

Penentusahan awal

142

Bab 72

Pengubahan dan tambahan pada pemasangan

146

Bab 73

Pemeriksaan dan ujian berkala

146

Bab 74

Pensijilan dan Laporan

147

LAMPIRAN
1 Institut Piawaian British yang dirujuk dalam Peraturan-peraturan ini

148

2 Peraturan-peraturan statutori dan memorandum yang berkaitan

155

3 Ciri-ciri masa/Arus peranti pelindung arus lebih

157

4 Kapasiti membawa arus dan penurunan voltan bagi kabel-kabel dan kod-kod
boleh lentur.

168

5 Klasifikasi pengaruh-pengaruh luar

236

6 Borang Sijil Pelengkap dan Pemeriksaan.

238

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 4 of 47

BAHAGIAN 1
SKOP, OBJEK DAN KEPERLUAN ASAS BAGI
KESELAMATAN
ISI
BAB 11

SKOP

110-01

Am

110-02

Tidak termasuk skop

110-03

Julat voltan

110-04

Peralatan

BAB 12

OBJEK DAN KESAN

120-01

Am

120-02

Hubungan dengan Peraturan-peraturan Statutori

120-03

Pemasangan dalam bangunan tertakluk kepada perlesanan

120-04

Penggunaan bahan-bahan tertubuh, peralatan dan kaedah-kaedah

120-05

Bahan-bahan baru dan rekaan

BAB 13

KEPERLUAN ASAS UNTUK KESELAMATAN

130-01

Mutu kerja dan bahan-bahan

130-02

Am

130-03

Peranti-peranti perlindungan arus lebih

130-04

Langkah berjaga-jaga terhadap kebocoran bumi dan arus kerosakan bumi

130-05

Peranti-peranti perlindungan dan suis

130-06

Pemencilan dan pensuisan

130-07

Kebolehgunaan peralatan

130-08

Langkah berjaga-jaga dalam keadaan buruk

130-09

Tambahan dan pengubahan kepada pemasangan

130-10

Pemeriksaan dan pengujian

BAHAGIAN 1
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan
Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 5 of 47

SKOP, OBJEK DAN KEPERLUAN ASAS UNTUK


KESELAMATAN
BAB ll
SKOP
110-01

Am

110- 01- 01 Peraturan ini melibatkan rekabentuk pemilihan, pembinaan dan ujian pemasangan
elektrik, selain yang tidak termasuk dalam Peraturan 110-02.
Keperluan tertentu adalah termasuk bagi pemasangan elektrik :
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

lokasi mengandungi 'kolah mandi' atau unit penyiram.


kolam renang.
lokasi mengandungi sebuah sauna udara panas.
tapak pembinaan.
premis pertanian dan hortikultur.
lokasi pengaliran terhad.
karavan dan taman keravan.
bekalan kuasa lebuhraya dan lampu jalan.

Peraturan-peraturan adalah bertujuan untuk digunakan kepada pemasangan elektrik amnya.


tetapi dalam kes-kes tertentu ia mungkin memerlukan penambahan oleh kehendak-kehendak atau
syor-syor Piawai British atau oleh kehendak-kehendak orang yang mengarahkan kerja itu.
Kes-kes seperti i itu termasuk yang berikut :
(ix)
(x)
(xi)
(xii)
(xiii)
(xiv)

tanda-tanda elektrik dan pemasangan tiub discaj kilauan voltan tinggi - BS559.
lampu kecemasan - BS5266
pemasangan dalam atmosfera letupan yang berkemungkinan - BS5345.
pengesan kebakaran dan sistem amaran dalam bangunan - BS5839
pemasangan lenakluk kepada Akta Telekom 1984-BS6701, Bahagian 1.
sistem pemanasan permukaan elektrik-BS6351.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

IKBN.A1.02.03(T)

Kod Kertas

Page 6 of 47

110 - 02

Pengasingan daripada skop

110-02-01

Peraturan-peraturan ini tidak melibatkan pemasangan berikut:

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)

'Keria pembekalan' seperti yang ditakrifkan dalam Peraturan Bekalan Elektrik, 1988
yang telah dipinda.
peralatan tarikan keretapi, stok guling dan peralatan isyarat.
peralatan kenderaan bermotor, kecuali yang memerlukan Peraturan mengenai karavan
digunakan.
peralatan atas kapal
peralatan mobil dan pemasangan luar pantai yang ditetapkan.
peralatan kapal terbang.
aspek-aspek lombong dan kuari yang diliputi khas oleh Peraturan-peraturan statutori.
peralatan penindasan gangguan radio, kecuali sejauh ia melibatkan keselamatan
pemasangan elektrik.
perlindungan kilat bangunan, kecuali yang berkaitan dengan penyambungan ikatan
sama upaya kepada pemasangan elektrik, BS6651.
aspek yang berkaitan pemasangan lif yang diliputi oleh BS5655.

110 - 3

Julat Voltan

110- 03- 01
dibincangkan:
(i)
(ii)

Pemasangan yang menggunakan julat voltan nominal yang berikut saja

voltan rendah lebih.


voltan rendah.

Peraturan-peraturanjuga termasuk bagi pemasangan tertentu yang beroperasi pada voltan


melebihi rendah.
110 - 04

Peralatan

110-04-01
Peraturan-peraturan digunakan pada item-item peralatan elektrik setakat pemilihan
dan penggunaan peralatan dalam pemasangan yang berkenaan. Peraturan-peraturan ini tidak
menangani kehendak-kehendak bagi pembinaan pasang siap peralatan elektrik, yang mana
diperlukan untuk mematuhi spesifikasi yang sesuai.

BAB 12
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan
Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

IKBN.A1.02.03(T)

Kod Kertas

Page 7 of 47

OBJEK DAN KESANNYA


120-01

Am

120- 01 - 01

Peraturan-peraturan adalah direka untuk melindungi:

(i)
(ii)
(iii)

orang.
harta benda dan
ternakan di lokasi yang dikhaskan untuk mereka, terhadap bahaya akibat pemasangan
elektrik yang digunakan dengan penjagaan yang sesuai dengan mengambil berat
tentang tujuan untuk apa pemasangan itu dilakukan.

Keperluan-keperiuan berkaitan kepada perlindungan terhadap :


(iv)
(v)
(vi)
(vii)

kejutan elektrik.
kebakaran.
melecur.
kecederaan daripada pergerakan mekanikal peralatan yang digerakkan secara elektrik
seandainya kecederaan seperti itu adalah dimaksudkan untuk dielakkan oleh
pensuisan kecemasan elektrik atau oleh bahagian-bahagian bukan elektrik peralatan
itu.

120- 01- 02 Peraturan-peraturan ini adalah dimaksudkan untuk disebut dalam kesempumaan
jika dirujuk dalam sebarang kontrak. la boleh dimaksudkan untuk mengambil alih sesuatu
spesifikasi yang terperinci atau untuk memberi arahan kepada orang-orang yang tak terlatih atau
untuk menyediakan bagi setiap keadaan. Pemasangan sesuatu yang sukar atau jenis yang
khusus akan memerlukan nasihat seorang jurutera elektrik yang berkelayakan.
120 - 02

Hubungan dengan Peraturan Statutori

120- 02- 01 Peraturan ini adalah bukan statutori. Bagaimanapun, ia boleh digunakan dalam
mahkamah sebagai bukti untuk menuntut pematuhan kehendak sesuatu statutori. Peruntukan
statutori yang berkaitan adalah disenaraikan dalam Lampiran 2 dan termasuk Akta Parlimen dan
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. Dalam sesetengah kes, Peraturan-peraturan
mungkin disertai oleh Kod Amalan yang diluluskan di bawah seksyen 16 Akta Kesihatan dan
Keselamatan Kerja 1974. Status undang-undang Kod ini diterangkan dalam seksyen 17 Akta
1974.
Bagi sesuatu bekalan yang diberi mengikut Peraturan Bekalan Elektrik 1988, seperti yang dipinda,
adalah dinyatakan bahawa sambungan dengan bumi bagi neutral bekalan adalah tetap.
Pengesahan adalah diperlukan daripada pembekal bahawa bekalan itu mematuhi kehendakkehendak sepadan dengan Peraturan Bekalan Elektrik 1988 seperti yang dipinda dalam hal ini.
Bahagian 3 hingga 7 Peraturan ini menyatakan secara terperinci tentang kaedah dan amalan yang
dianggap memenuhi kehendak-kehendak Bab 13. Sebarang perubahan daripada bahagianbahagian memerlukan ia sebagai perkara yang harus dipertimbangkan dan akan dicatat dalam
Sijil Pelengkap yang dinyatakan dalam Bahagian 7.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

120- 03

IKBN.A1.02.03(T)

Page 8 of 47

Pemasangan dalam premis tertakluk kepada pelesenan

120- 03- 01 Bagi pemasangan di premis di mana suatu pelesenan atau pihak berkuasa lain
yang melaksanakan kawalan statutori, maka kehendak-kehendak pihak berkuasa itu akan
ditentukan dan dipatuhi dalam reka bentuk dan pelaksanaanpemasangan itu.
120- 04

Pengunaan Bahan-bahan mantap, Peralatan dan Kaedah

120- 04- 01 Hanya bahan-bahan mantap, peralatan dan kaedah dipertimbangkan, tetapi ia tidak
bermaksud untuk ddak menggalakkan ciptaan atau untuk tidak memasukkan bahan-bahan lain,
peralatan dan kaedah yang memberi darjah keselamatan yang sama yang boleh dibina pada
masa akan datang.
120- 05

Bahan-bahan baru dan Ciptaan

120 -05-01
Di mana penggunaan sesuatu bahan baru atau ciptaan membawa perubahan
daripada Peraturan, darjah hasil keselamatan pemasangan hendaklah tidak kurang daripada yang
diperolehi dengan mematuhi Peraturan.
Penggunaan seperti itu hendaklah dinyatakan pada Sijil Pelengkap yang ditetapkan dalam
Bahagian 7.
BAB 13
KEPERLUAN ASAS BAGI KESELAMATAN
130-01

Mutu hasil kerja dan Bahan-bahan.

130-01 -01

Mutu hasil kerja yang baik dan bahan-bahan yang sempuma hendaklah digunakan.

130-02

Am

130-02-01
Semua peralatan hendaklah dibina, dipasang dan dilindungi dan berkebolehan
untuk dijaga, diperiksa dan diuji demi untuk mencegah bahaya seboleh yang mungkin.
130-02-02
Semua peralatan hendaklah sesuai untuk kuasa maksimum yang diperlukan oleh
alatan guna arus apabila ia berfungsi mengikut cara yang dikehendaki.
130-02-03
Semua konduktor elektrik hendaklah mempunyai saiz yang mencukupi dan kapasiti
membawa arus bagi tujuan yang dimaksudkan.
130-02-04
(i)
(ii)

Semua konduktor sama ada :bertebat, dan di mana perlu dilindungi secara efektif atau,
ditempatkan dengan lebih selamat, demi mencegah bahaya seboleh yang mungkin.

130-02-05
Setiap sambungan elektrik hendaklah dalam pembinaan yang sempurna
berhubung dengan pengkonduksian, penebatan dan kekuatan mekanik dan perlindungan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

IKBN.A1.02.03(T)

Kod Kertas

130-03

Page 9 of 47

Peranti Perlindungan Arus lebih

130-03-01
Di mana perlu untuk mencegah bahaya, setiap pemasangan dan setiap litar
hendaklah dilindungi terhadap arus lebih oleh peranti yang :
(i)

akan beroperasi secara automatik pada nilai arus yang sesuai kepada keadaan arus
yang selamat bagi litar,dan

(ii)

mempunyai kapasid memutus dan di mana sesuai, membuat kapasid, dan

(iii)

ditempatkan secara sesuai dan dibina sedemikian rupa bagi mencegah bahaya
daripada pemanasan lebih, pelengkungan atau penyerahan zarah-zarah panas apabila
ia beroperasi dan sedia membenarkan pemulihan semula bekalana tanpa bahaya.

130-04

Langkah mencegah Kebocoran Bumi dan Arus Kerosakan Bumi

130-04-01
Di mana kerja logam peralatan elektrik, selain konduktor membawa arus, boleh
bercas dengan elektrik dalam sedemikian cara yang akan menyebabkan bahaya:
(i)
(ii)

kerja logam akan disambungkan dengan bumi dalam sedemikian cara yang akan
menyebabkan nyahcas tenaga elektrik tanpa bahaya, atau
langkah mencegah efektif lain yang sama akan diambil untuk mencegah bahaya.

130-04-02
merbahaya.

Setiap litar akan disusun untuk mencegah penerusan arus kebocoran bumi yang

130-04-03
Di mana kerja logam disambungkan dengan bumi mengikut Peraturan 130-04-01(i),
litar berkenaan akan dilindungi terhadap penerusan arus kerosakan bumi yang merbahaya oleh:
(i)
(ii)

peranti pelindung arus lebih yang diperlukan oleh Peraturan 130-03-01 atau
peranti arus sisa atau peranti yang sama efektif.

Kaedah yang dihuraikan dalam (ii) di atas akan digunakan apabila arus kerosakan bumi yang
mungkin tidak mencukupi untuk menyebabkan pengendalian pantas peranti pelindung arus lebih
itu.
130-04-04
Di mana kerja logam alatan elektrik dibumikan bagi mematuhi Peraturan
130-04-0l(i) dan dihubungi secara serentak dengan bahagian logam terdedah perkhidmatanperkhidmatan lain, maka bahagian-bahagian terkemudian akan disambungkan secara efektif
kepada terminal pembumian pemasangan itu.
130-05

Peranti Perlindungan dan Suis

130-05-01
Fius kutub tunggal, suis atau pemutus litar hanya akan dimasukkan ke dalam
konduktor fasa sahaja.
130-05-02
Tiada suis atau pemutus litar, kecuali yang terpaut, atau fius, akan dimasukkan ke
dalam konduktor neutral terbumi dan sebarang suis terpaut atau pemutus litar terpaut yang
dimasukkan ke dalam sesuatu konduktor neutral terbumi akan diurus untuk memutuskan semua
konduktor fasa yang berkaitan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

130-6

IKBN.A1.02.03(T)

Page 10 of 47

Pemencilan dan pensuisan

130-06-01
Cara-cara berkesan, ditempatkan dengan sesuai untuk sedia dikendalikan akan
diberi supaya semua voltan diputuskan daripada setiap pemasangan, daripada setiap litar dan
daripada semua alatan, apabila perlu untuk mengelakkan bahaya atau menjauhi bahaya.
130-06-02
Setiap motor elektrik yang tetap akan disediakan dengan suatu cara efisen untuk
mematikan suis, sedia dihubungi, mudah dikendalikan dan ditempatkan sedemikian cara bagi
mengelakkan bahaya.
130.07

Kebolehcapaian alatan

130-07-01
Setiap keping alat yang memerlukan pengendalian atau perhatian oleh seseorang
akan dipasang sedemikian rupa supaya mudah dihubungi dan selamat.
130-08

Langkah-langkah Pencegahan dalam Keadaan Buruk

130-08-01
Semua peralatan yang terdedah kepada cuaca, atmosfera, karatan atau keadaankeadaan buruk yang lain akan dibina atau dilindungi seboleh yang mungkin bagi mengelakkan
bahaya hasil daripada pendedahan tersebut.
130-08-02
Semua peralatan di sekeliling yang mudah terpengaruh kepada risiko kebakaran
atau letupan akan dibina atau dilindungi, dan langkah-langkah khas lain akan diambil seperti yang
diperlukan untuk mengelakkan bahaya.
130-09

Tambahan dan pengubahsuaian kepada pemasangan

130-09-01
Tambahan atau pengubahsuaian, sama ada sementara atau tetap, tidak
seharusnya dibuat pada pemasangan yang sedia ada kecuali ia telah ditentukan bahawa kadaran
dan keadaan sebarang peralatan yang ada termasuk pihak pembekal terpaksa menampung
beban tambahan adalah mencukupi bagi keadaan yang diubahsuai dan susunan pembumian
adalah juga mencukupi.
130-10

Pemeriksaan dan ujian

130-10-01
Setelah sesuatu pemasangan atau pengubahsuaian kepada binaan yang sedia ada
siap, sama ada sementara atau tetap, ujian dan pemeriksaan yang sesuai akan dibuat, bagi
mengesahkan seboleh yang mungkin bahawa keperluan Peraturan 130-01 hingga 130-09 telah
dipatuhi. Orang yang menjalankan ujian dan pemeriksaan atau seseorang yang bertindak bagi
pihaknya akan memberitahu orang yang mengarahkan kerja mengsyorkan Pemeriksaan dan Ujian
Berjadual yang dihuraikan dalam Bab 73.

BAHAGIAN 2
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan
Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 11 of 47

DEFINISI
Bagi tujuan Peraturan definisi yang berikut akan digunakan. Sesetengah definisi ini adalah selaras
dengan yang diberi dalam BS 4727 - 'Daftar kata bagi termologi-termologi elektroteknik,
kuasa,telekomunikasi. lampu dan warna'. Termonologi-termonologi lain yang tidak didefinisikan di
sini adalah digunakan dalam erti yang didefinisikan dalam BS 4727.
Aksesori. Peranti, selain peralatan yang mengguna arus,bergabung dengan peralatan yang lain
atau dengan pendawaian peralatan.
Arus beban berlebihan. Arus berlebihan yang berlaku dalam litar yang selamal dari segi elektrik.
Anis berlebihan. Arus yang melebihi nilai kadar. Untuk konduktor. nilai terkadar adalah kapasiti
membawa arus.
Arus kebocoran bumi. Arus yang mengalir ke Bumi atau ke bahagian-bahagian konduktif
berlebihan, dalam litar yang selamat dari segi elektrik. Arus ini mungkin mempunyai komponen
kapasiti termasuk yang terhasil daripada penggunaan kapasitor dengan sengaja.
Arus kejutan. Suhu arus yang melalui badan manusia atau haiwan dan mempunyai ciri-ciri yang
boleh menyebabkan kesan-kesan yang merbahaya.
Arus litar pintas. Suatu arus berlebihan yang terhasil daripada impedans gelinciran yang boleh
diabaikan di antara konduktor hidup yang mempunyai perbezaan dalam keupayaan di bawah
keadaan pengendalian yang biasa.
Arus pengendalian baki. Arus baki yang menyebabkan peranti arus baki beroperasi di bawah
keadaan-keadaan tertentu.
Asal sesuatu pemasangan. Kedudukan yang mana tenaga elektrik dihantar kepada sesuatu
pemasangan elektrik.
Bahaya. Bahaya kepada manusia (dan ternakan di mana la berada) daripada: kebakaran, kejutan
elektrik. Melecur akibat penggunaan tenaga elektrik, dan pergerakan mekanikal bagi peralatan
yang dikawal oleh elektrik dalam mana setakat ini bahaya dirancang untuk dielakkan oleh
pensuisan kecemasan elektrik atau oleh pensuisan elektrik untuk penyenggaraan mekanikal bagi
bahagian-bahagian bukan elektrik peralatan tersebut.
Bahagian konduktif berlebihan. Bahagian konduklif yang boleh memberi keupayaan, biasanya
keupayaan bumi, dan tidak menjadi sebahagian pemasangan elektrik.
Bahagian konduktif terdedah. Suatu bahagian konduklif peralatan yang boleh disentuh dan
bukan bahagian hidup tetapi yang menjadi hidup di bawah keadaan yang tidak sempuma (rosak).
Bahagian hidup. Konduktor atau bahagian konduktif yang hendak diberi tenaga dalam
penggunaan biasa, termasuk konduktor neutral tetapi secara kelaziman, bukan konduktor PEN.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 12 of 47

Bahagian yang mudah dihubungi secara serentak. Konduktor atau bahagian-bahagian


konduktor yang boleh disentuh secara serentak oleh manusia atau yang mana mungkin oleh
haiwan ternakan. Bahagian-bahagian yang mudah dihubungi secara serentak terdiri daripada
-

bahagian-bahagian hidup

bahagian-bahagian konduklif terdedah

bahagian-bahagian konduktif berlebihan

konduktor-konduktor perlindungan

elektrod bumi

Bumi. Jisim konduktif Bumi, yang mana keupayaan elektriknya di sebarang titik biasanya diambil
sebagai sifar.
Dandang elektrod (alat pemanas air elek(rod). Alat untuk memanaskan air secara elektrik atau
secara elektrolit dengan pengaliran arus elektrik di antara elektrod yang direndam dalam air atau
elektrolit.
Diguguskan. Kabel-kabel dikatakan diguguskan apabila dua atau lebih kabel terkandung dalam
satu pembuluh, salur atau penyaluran atau jika tidak ditutup. tidak dipisahkan daripada satu sama
lain oleh jarak yang ditentukan.
Elektrod Bumi. Satu konduktor atau sekumpulan konduktor yang bersentuhan dengan dan
membekalkan penyambungan elektrik ke Bumi.
Elektrod bumi yang dipengaruhi oleh elektrik. Elektrod bumi yang lerletak pada jarak
bertentangan yang mana arus maksimum yang boleh mengalir melaluinya tidak secara nyata
mempengaruhi keupayaan yang lain.
Halangan. Suatu bahagian yang menghalang sentuhan tidak sengaja dengan bahagian-bahagian
hidup tetapi bukan menghalang sentuhan yang sengaja.
Impedans gelung kerosakan bumi. Impedans gelung arus kerosakan bumi bermula dan berakhir
pada titik kerosakan bumi. Impedans ditanda dengan simbol Zs..
Jangkauan lengan. Zon kebolehcapaian untuk menyentuh yang menganjur dari sebarang poin di
alas permukaan di mana orang-orang biasanya berdiri atau bergerak sehingga had yang mana
seseorang itu boleh mencapai dengan tangannya dalam sebarang arah tanpa bantuan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 13 of 47

Zon kebolecapaian adalah digambarkan oleh Rajah 1 yang mana nilai-nilai merujuk kepada
tangan kosong tanpa bantuan, misalnya daripada perkakas atau tangga.

Rajah 1

Karvan. Sebarang struktur yang direka alau diubahsuai untuk didiami oleh manusia boleh
digerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain (sama ada ditarik atau diangkut di atas
kenderaan bermotor atau treler) dan sebarang kenderaan bermotor yang direka atau disesuaikan
tetapi tidak termasuk (a) sebarang stok yang berguling dalam keretapi yang berada di atas landasan yang
membentuk sistem keretapi;
(b) sebarang khemah.
Kapasiti membawa arus bagi konduktor. Arus maksimum yang boleh dibawa oleh konduktor di
bawah keadaan- keadaan tertentu tanpa keadaan tetap suhu melebihi nilai tertentu.
Kawasan karavan. Kawasan tanah di mana karavan diletakkan.
Kawasan rintangan untuk elektrod bumi sahaja. Luas permukaan bumi (di sekitar elektrod
bumi) di mana suatu kecerunan voltan bereti wujud.
Kejutan elektrik. Suatu kesan fisiologi merbahaya yang beriaku akibat pengaliran arus elektrik
melalui badan manusia dan haiwan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 14 of 47

Kelengkapan (lihat kelengkapan elektrik).


Kelengkapan elektrik. (Ringkasan: Kelengkapan) Sebarang peralatan untuk tujuan seperti
penjanaan. penukaran, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga elektrik seperti
mesin. transformer, radas. alatan ukuran. Peranti pelindung, bahan pendawaian, alatambah dan
perkakas.
Kelengkapan mudah alih. Kelengkapan yang boleh dibawa ke mana-mana semasa dalam
pengendalian atau yang boleh dibawa dari satu tempat ke tempat yang lain semasa ia disambung
kepada bekalan.
Kelengkapan pegun. Kelengkapan yang tetap atau yang mempunyai jisim melebihi 18 kg dan
tidak dibekalkan dengan pemegang.
Kelengkapan tetap. Kelengkapan yang diikat kepada suatu penyokong ataupun diikat pada
tempat yang tertentu.
Konduktor pelindung litar. Konduktor pelindung yang menyambungkan bahagian-bahagian
konduktif terdedah peralatan kepada terminal pembumian utama.
Konduktor pembumian. Konduktor pelindung yang menyambungkan terminal pembumian utama
bagi sesuatu pemasangan kepada elektrod bumi atau kepada pembumian yang lain.
Konduktor fasa. Konduktor sistem a.u. untuk penghantaran tenaga elektrik, selain konduktor
neutral.
Konduktor neutral. Konduktor yang disambung pada titik neutral sistem dan menyumbang
kepada penghantaran tenaga elektrik.
Konduktor pelindung. Suatu konduktor yang digunakan untuk suatu ukuran perlindungan
daripada kejutan elektrik dan bertujuan untuk menyambungkan bahagian-bahagian berikut:
-

bahagian-bahagian konduktif terdedah,


bahagian-bahagian konduktif berlebihan,
terminal pembumian utama,
elektrod bumi,
poin terbumi sumber tersebut, atau suatu neutral tiruan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 15 of 47

CONTOH SUSUNAN PEMBUMIAN DAN KONDUKTOR PELINDUNG


(lihat Bab 54)

Rajah 2
1, 2, 3, 4

= konduktor pelindung

= konduktor pelindung litar

= konduktor ikatan sama upaya utama

= konduktor pembumian

= konduktor ikatan sama upaya tambahan (di mana diperiukan)

= terminal pembumian utama

= bahagian konduktif terdedah

= bahagian konduktif berlebihan

= paip air logam utama

= elektrod bumi (sistem TT dan IT)

= cara lain pembumian (sistem TN)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 16 of 47

Konduktor PEN. Konduktor yang menggabungkan fungsi kedua-dua konduktor pelindung dan
konduktor neutral.
Kurungan. Suatu bahagian yang memberi perlindungan yang memadai terhadap pengaruh luaran
yaog tertentu dan perlindungan yang khusus terhadap sentuhan dengan bahagian hidup dari
mana-mana arah.
Lantai penebatan (atau dinding). Lantai (atau dinding) seperti ini, semasa sentuhan terus
dengan bahagian hidup, seseorang yang berdiri di alas lantai (atau yang menyentuh dinding) tidak
akan terganggu oleh arus kejutan yang mengalir ke lantai (atau dinding) ilu.
Litar. Himpunan peralatan elektrik yang dibekalkan daripada punca yang sama dan dilindungi
terhadap arus berlebihan oleh peranti pelindung yang serupa. Untuk tujuan Bab 52 bagi
Peraturan-peraturan ini. jenis-jenis litar yang tertentu dikategorikan seperti yang berikut :Litar kategori 1

Litar (selain litar penggera kebakaran atau litar lampu kecemasan) yang
beroperasi pada voltan rendah dan dibekalkan secara terus daripada sistem
bekalan utama.

Litar kategori 2

Dengan pengecualian daripada liiar penggera kebakaran dan litar lampu


kecemasan. Sebarang litar untuk telekomunikasi (contohnya radio, telefon,
pengagihan bunyi. penggera penceroboh, loceng dan panggilan, dan litar
transmisi data) yang dibekalkan pada voltan amat rendah.

Litar kategori 3

Litar penggera kebakaran alau lampu keselamatan.

Litar akhir. Litar yang disambung terus kepada kelengkapan yang menggunakan arus, atau
kepada satu alur keluar soket atau beberapa alur keluar soket atau poin alur keluar yang lain
untuk sambungan kelengkapan seperti ini.
Litar akhir gelang. Suatu litar akhir yang disusun dalam bentuk gelang dan disambung kepada
salu poin bekalan.
Lokasi beraliran tertutup. Lokasi yang mempunyai permukaan yang terdiri terutamanya daripada
bahagian-bahagian konduktif berlebihan dan oleh itu dimensi sedemikian menyebabkan
pergerakan terhad kepada takat yang mana hubungan dengan permukaan adalah sukar dielakkan
(misalnya dalam sebuah pendidih).
Orang yang diarah. Seseorang yang diarah atau diberi penerangan secukupnya oleh orangorang yang berkemahiran untuk membolehkan dia menjauhkan diri daripada bahaya elektrik.
Penebatan kembar. Penebatan yang terdiri daripada kedua-dua penebatan asas dan penebatan
tambahan.
Penebalan tambahan. Penebatan bebas yang dikenakan sebagai tambahan kepada penebatan
asas untuk memberi perlindungan daripada kejutan elektrik jika ada kegelinciran penebatan asas.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 17 of 47

Pengaruh luaran. Sebarang pengaruh luaran terhadap pemasangan elektrik yang mempengaruhi
rekabentuk dan operasi keselamaian pemasangan itu.
Pengesanan arus berlebihan. Suatu kaedah untuk menentukan bahawa nilai arus dalam litar
melebihi nilai yang ditentukan terdahulu untuk jangka masa yang tertentu.
Pengganding kabel. Kaedah/cara yang membolehkan sambungan atau pemutusan, apabila
dikehendaki, bagi dua kabel boleh lentur. la mengandungi penyambung dan plag.
Pengikatan sama upaya. Penyambungan elektrik yang mengekalkan pelbagai bahagian
konduktif terdedah dan bahagian konduklif terdedah berlebihan pada keupayaan yang sama.
Pensuisan kecemasan. Potongan secara pantas tenaga elektrik untuk menghalang bahaya
terhadap manusia, haiwan atau harta benda. yang boleh berlaku secara tidak sengaja.
Penyaluran. (Lihat penyaluran kabel).
Penyaluran kabel. Penutup logam atau bahan penebat, selain konduit atau penyaluran kabel,
yang bermaksud sebagai pelindung kabel yang mana lelah dipasang selepas pembinaan
penyaluran itu.
Penyaluran (untuk kabel). Sistem kurungan untuk perlindungan kabel, biasanya keratan rentas
segiempat sama atau segiempat tepat, yang mana satu permukaan boleh disingkirkan atau
diengselkan.
Penyambung. Bahagian pengganding kabel atau pengganding perkakas yang disediakan dengan
sentuhan betina dan dimaksudkan unluk dikepilkan kepada hujung kabel boleh lentur yang telah
disambungkan kepada bekalan.
Penyenggaraan mekanik. Penggantian, memperbaharui atau pembersihan lampu-lampu dan
bahagian-bahagian kelengkapan, loji dan jentera yang bukan elektrik.
Peralatan Kelas 1. Peralatan di mana perlindungan terhadap kejutan elektrik tidak hanya
berdasarkan penebatan asas, telapi termasuk cara-cara untuk penyambungan bagi bahagianbahagian konduktif terdedah kepada konduktor pelindung dalam pendawaian tetap bagi
pemasangan.
Sawar. Bahagian yang memberikan darjah tertentu perlindungan terhadap sentuhan dengan
bahagian-bahagian hidup, dari mana-mana arah masuk yang biasa.
Sistem lampu. Kelengkapan yang mengagih, menapis, atau mengubah cahaya daripada satu
atau lebih lampu dan yang mana termasuk sebarang bahagian yang sesuai untuk menyokong,
mengikat dan melindungi lampu. tetapi tidak lampu-lampu itu sendiri, dan bila perlu. tambahan litar
bersama-sama sesalur untuk menyambungkannya kepada bekalan.
Soket alur keluar. Suatu peranti yang mempunyai sentuhan-sentuhan betina, yang dimaksudkan
untuk dipasang dengan pendawaian tetap dan yang ditentukan untuk mendapat suatu plag. Suatu
sistem lampu runut tidak dianggap sebagai sistem alur keluar.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 18 of 47

Suis. Suatu peranti pensuisan mekanikal yang boleh membuat, membawa dan memutuskan arus
di bawah keadaan-keadaan litar biasa yang termasuk keadaan-keadaan pengendalian beban
berlebihan tenentu dan juga membawa arus untuk masa yang tertentu di bawah keadaan-keadaan
litar yang tidak normal seperti litar pintas. Suis juga boleh membuat, letapi tidak memutus arus litar
pintas.
Suis, terpaut. Suis yang mana sentuhan-sentuhannya disusun sedemikian rupa untuk membuat
atau memutuskan semua kutub secara serentak atau dalam turutan tertentu.
Suisgear. Satu susunan alat pensuisan utama dan suis tambahan dengan atau tanpa alat untuk
pengendalian. peraturan, perlindungan atau pemasangan kawalan elektrik yang lain.
Suhu embien. Suhu udara atau medium yang lain di mana peralatan akan digunakan.
Taji. Suatu kabel cabang yang disambung kepada gelang atau litar akhir jejarian.
Terminal pembumian utama. Terminal atau bar yang dilengkapkan untuk sambungan konduktor
pelindung termasuk konduktor ikatan sama upaya, dan konduktor untuk pembumian berfungsi. jika
ada, ke sesalur pembumian.
Titik (dalam pendawaian). Suatu penamatan pendawaian tetap yang bertujuan untuk
penyambungan kelengkapan yang menggunakan arus.
Unsur fius. Sebahagian fius yang direka untuk melebur apabila fius itu beroperasi.
Voltan, nominal. Voltan yang mana suatu pemasangan (atau sebahagian pemasangan)
ditandakan. Berikut adalah ukuran voltan namaan (nilai r.m.s. untuk a.u.) diberikan sebagai:
- Terlalu rendah. Biasanya tidak melebihi 50V a.u. atau 120V a.t. bebas riak. sama ada di antara
konduktor atau ke Bumi.
- Rendah. Biasanya tidak melebihi voltan yang terlalu rendah dan tidak melebihi 1000V a.u. atau
1500V a.t. di antara konduktor. atau 600V a.u. atau 900V a.t, di antara konduktor dan Bumi. Voltan
sebenar pemasangan boleh berbeza daripada nilai nominal oleh suatu kuantiti dalam normal
tolerans biasa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 19 of 47

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 20 of 47

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

2,

IKBN.A1.02.03(T)

Page 21 of 47

Dalam muka surat 11 sebelum difinisi ''Sistem lampu". sila masukkan definisi berikut:

"Sistem. Suatu sistem elektrik yang mengandungi sumber tunggal tenaga elektrik dan
pemasangan. Untuk tujuan peraturan tertentu. jenis-jenis sistem yang dikenalpasti adalah seperti
berikut, bergantung di atas hubungan sumber tersebut dan bahagian-bahagian pemasangan
konduklif yang terdedah ke Bumi.
Sistem TN, sistem yang mempunyai satu atau lebih poin tenaga sumber yang terbumi secara
langsung. bahagian-bahagian pemasangan konduktif yang tersedah itu disambungkan kepada
poin tersebut oleh konduktor pelindung,
Sistem TN-C, di mana sistem neutral dan fungsi pelindung bergabung dalam satu konduktor
tunggal pada keseluruhan system tersebut (lihat Rajah 3),
Sistem TN-S, sistem yang mempunyai neutral yang berasingan dan konduktor pelindung pada
keseluruhan sistem tersebut (lihat Rajah 4),
Sistem TN-C-S, di mana sistem neutral dan fungsi pelindung bergabung dalam satu kondukor
tunggal pada sebahagian sistem tersebut (lihat Rajah 5),
Sistem TT, sistem yang mempunyai satu poin tenaga sumber yang terbumi secara langsung,
bahagian-bahagian pemasangan konduktif yang terdedah ilu disambungkan ke elektrod bumi
yang bebas secara elektrik dari elektrod bumi sumber tersebut (lihat Rajah 6),
Sistem IT, sistem yang tidak mempunyai sambungan terus di antara bahagian hidup dan Bumi. di
mana bahagian-bahagian pemasangan elektrik konduktif yang terdedah dibumikan (lihal Rajah
7)."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 22 of 47

BAB 43
PERUNDUNGAN TERHADAP ARUS LEBIH
AM
431-01-01
Kecuali di mana arus lebih dihadkan mengikut Seksyen 436, setiap konduktor hidup
akan dilindungi oleh satu lebih peranti untuk gangguan automatik bekalan sekiranya berlaku arus
beban lebih (Seksyen 433) dan arus kerosakan (Seksyen 434), mengikut Seksyen 473.
431 -01 -02 Perlindungan terhadap arus beban lebih dan perlindungan terhadap arus
kerosakan akan dikordinasikan mengikut Seksyen 435.
431-01-03

Arus kerosakan tidak seharusnya dibenarkan berterusan selama-lamanya.

PERANTI PERLINDUNGAN
432-01

Am

432-01-01
Sesuatu peranti perlindungan hendaklah jenis yang sesuai yang dinyatakan dalam
Peraturan 432-02 hingga 432-04.
432-02

Perlindungan terhadap arus beban lebih dan arus kerosakan

432-02-01
Kecuali seperti yang dibenarkan oleh Peraturan 434-03-01. sesuatu peranti yang
memberi perlindungan terhadap kedua-dua arus beban lebih dan arus kerosakan hendaklah
berupaya memutus dan, bagi sesuatu pemecah litar, membuat sebarang arus lebih hingga dan
termasuk arus kerosakan yang prospektif pada takat di mana peranti itu dipasang. Selain itu,
setiap peranti akan memenuhi kehendak-kehendak Seksyen 433 dan Peraturan 434-01-01.43403-01,434-03-02 dan bagi konduktor-konduktor yang selari, 434-04-01.
432-03

Perlindungan terhadap arus beban lebih saja

434-03-01
Suatu peranti yang menyediakan perlindungan arus beban lebih akan mematuhi
kehendak-kehendak Seksyen 433. Peranti seperti itu mungkin mempunyai kapasiti memutus di
bawah nilai arus kerosakan perospektif pada takat di mana peranti itu dipasang.
432-04

Perlindungan terhadap arus kerosakan saja

432-04-01
Kecuali dibenarkan oleh Peraturan 434-03-01 sesuatu peranti yang memberi
perlindungan terhadap arus kerosakan akan memenuhi kehendak-kehendak Peraturan 434.
Peranii seperti itu akan berupaya memutus dan, bagi sesuatu pemutus litar. membuat sebarang
arus kerosakan sehingga kepada dan termasuk arus kerosakan prospektif.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

433-01

IKBN.A1.02.03(T)

Page 23 of 47

Am

433-01-01
Sesuatu peranti perlindungan akan diberi untuk memutuskan sebarang arus beban
lebih yang mengalir dalam konduktor-konduktor litar sebelum arus yang demikian menyebabkan
suhu naik yang menjejaskan kepada penebatan, sambungan, penamatan. atau sekeliling
konduktor tersebut. Seliap litar direka bentuk supaya suatu beban lebih yang kecil yang
mempunyai jangka masa panjang tidak mungkin berlaku.
433-02

Koordinasi antara konduktor dan peranti perlindungan.

433-02-01

Ciri-ciri setiap peranti perlindungan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :-

i)

arus nominalnya atau set arus (In) tidak kurang daripada arus rekabentuk (I b )litar, dan

(iii)

arus nominalnya atau arus (In) tidak melebihi yang terendah kapasiti membawa arus (I z)
sebarang konduktor litar.

(iv)

arus yang menyebabkan operasi berkesan peranti perlindungan (I z) tidak melebihi 1.45
kali terendah kapasiti membawa arus (I z) sebarang konduktor litar.

433-02-02
Di mana peranti tersebul adalah jenis tujuan am (gG) fius kepaa BS88 Bahagian 2.
fius kepada BS88 Bahagian 6. fius, BS 1361 atau pemutus litar BS3871 Bahagian l, pematuhan
syarat (ii) juga menghasilkan pematuhan syarat (iii).
433-02-03
Di mana peranti merupakan fius separuh tertutup kepada BS3036, pematuhan
syarat (iii) adalah mampu jika arus nominalnya (I ) tidak melebihi 0-725 kali kapasiti membawa
arus bagi konduktor berkadar terendah dalam litar yang dilindungi.
433-03

Perlindungan beban lebih konduktor selari

433-03-01
Kecuali bagi suatu gelang litar akhir di mana suatu peranti tunggal memberi
perlindungan terhadap arus beban lebih bagi konduktor selari, nilai Iz adalah jumlah kapasiti
membawa arus konduktor-konduktor tersebut yang mana hendaklah merupakan binaan yang
sama. luas keratan rentas, panjang dan pelupusan, tidak mempunyai litar cabang keseluruhan
panjangnya dan disusun supaya dapat membawa arus yang sama banyak.
434

PERLINDUUNGAN TERHADAP ARUS KEROSAKAN

434-01

Am

434-01-01
Suatu peranti pelindung akan diberi dalam suatu litar untuk memutuskan sebarang
arus kerosakan yang mengalir dalam konduktor litar yang sama sebelum arus sepertinya
menyebabkan bahaya kerana kesan terma atau mekanikal yang dihasilkan dalam konduktorkonduktor tersebut atau sambungan-sambungan sekutu.
Arus nominal peranti pelindung seperti itu mungkin lebih besar daripada kapasiti membawa arus
konduktor yang dilindungi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

434-02

IKBN.A1.02.03(T)

Page 24 of 47

Penentuan arus kerosakan prospektif

434-02-01
Arus kerosakan prospektif, di bawah keadaan litar pintas dan kerosakan bumi,
pada setiap poin relevan pemasangan lengkap akan ditentukan. Ini akan dilakukan dengan sama
ada perkiraan atau pengukuhan.
43443

Cirl-ciri peranti pelindung arus kerosakan.

434-03-01
Kecuali di mana perenggan yang berikut dipakai. kadaran kapasiti pemutusan
setiap peranti hendaklah tidak kurang daripada arus litar pintas prospektif atau arus kerosakan
bumi pada poin di mana peranti itu dipasang.
Suatu kapasiti pemutusan yang lebih rendah adalah dibenarkan jika peranti pelindung yang lain
yang mempunyai kapasiti pemutusan yang perlu, dipasang pada sebelah bekalan. Dalam situasi
ini ciri-ciri peranti hendaklah dikordinasikan supaya tenaga yang dibenarkan - lalu peranti-peranti
ini tidak melebihi yang boleh bertahan, tanpa rosak. oleh peranti-peranti pada sebelah beban.
434-03-02
Kecuali sebagai berikut (lihat Peraturan 434-03-03 dan 434-04-01), di mana suatu
peranti pelindung beban lebih yang mematuhi Seksyen 433 adalah untuk memberi perlindungan
arus litar pintas dan/atau perlindungan arus kerosakan bumi dan mempunyai kapasiti pemutusan
berkadar tidak kurang daripada nilai arus kerosakan prospektif pada poin pemasangannya. ia
mungkin dianggap bahawa Peraturan adalah memuaskan terhadap perlindungan arus kerosakan
konduktor pada sebelah beban poin tersebut.
Keesahan anggapan ilu hendaklah diperiksa, di mana terdapat kesangsian bagi konduktor selari
dan bagi jenis-jenis pemutus litar ltertentu, misalnya jenis-jenis bukan penghadan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

434-04

IKBN.A1.02.03(T)

Page 25 of 47

Perlindungan arus kerosakan konduktor selari

434-04-01
Kecuali bagi litar akhir gelang. di mana suatu peranti tunggal memberi perlindungan
terhadap arus kerosakan bagi konduktor-konduktor selari. konduktor-konduktor tersebut
hendaklah daripada binaan yang sama. luas keratan rentas. panjang dan pelupusan. tidak
mempunyai litar cabang keseluruhan panjangnya dan disusun supaya dapat membawa arus yang
sama banyaknya. Mematuhi Peraturan 434-03-03 akan disahkan secara pengiraan, dengan
mengambil kira keadaan yang akan berlaku sekiranya terjadi kerosakan yang tidak melibatkan
semua konduktor tersebut.
435

KOORDINASI ARUS BEBAN LEBIH DAN PERLINDUNGAN ARUS KEROSAKAN

435-01 -01
Ciri-ciri setiap peranti bagi perlindungan arus beban lebih dan perlindungan arus
kerosakan hendaklah dikordinasikan supaya tenaga 'let-dirough' oleh peranti pelindung arus
kerosakan tidak melebihi yang boleh bertahan tanpa rosak oleh peranti pelindung arus beban
lebih.
Bagi litar yang merangkumi pemula motor. Peraturan ini tidak menghalang jenis koordinasi yang
dinyatakan dalam BS4941, yang mana nasihat daripada pembual alat pemula itu mesti dirujuk.
436

PENGHADAN ARUS LEBIH OLEH CIRI-CIRI BEKALAN

436.1.1

Sesuatu konduktor dianggap dilindungi oleh arus lebih di mana kapasiti membawa
arusnya adalah lebih besar daripada arus yang boleh dibekalkan oleh sumber.
Bab 44
(Dikhaskan untuk kegunaan akan datang)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

IKBN.A1.02.03(T)

Kod Kertas

Page 26 of 47

Bab 45
PERLINDUNGAN TERHADAP VOLTAN RENDAH
451

AM

451-01-01
Langkah berjaga-jaga hendaklah diambil di mana penurunan dalam voltan atau
kehilangan dan pemulihan berikut voltan. akan menyebabkan bahaya. Peruntukan bagi sesuatu
litar yang membekalkan motor hendaklah mematuhi Peraturan 552.01-03.
451-01-02
Di mana alat menggunakan arus atau sebarang bahagian lain pemasangan itu
mungkin dirosakkan oleh kejatuhan voltan dan ia disahkan bahawa kerosakan itu tidak mungkin
membahayakan, satu daripada peraturan yang berikut hendaklah digunakan:
(i)

langkah berjaga-jaga yang sesuai terhadap kerosakan yang diramalkan akan


diberi. atau

(ii)

ia akan disahkan dengan merujuk kepada orang atau badan yang


bertanggungjawab bagi operasi dan penjagaan pemasangan bahawa
kerosakan yang diramalkan ilu adalah risiko yang boleh diterima.

451-01-03
Suatu tempoh lewat masa boleh disatukan dalam operasi sesuatu peranti
pelindung voltan rendah jika operasi alat kepada mana perlindungan itu berkait membenarkan
tanpa membahayakan penurunan singkat atau kehilangan voltan.
451-01-04
Sebarang kelewatan dalam membuka atau menutup semula sesuatu penyentuh
tidak akan menghalang pemberhentian serta-merta oleh peranti kawalan atau peranti pelindung.
451-01-05
Ciri-ciri sesuatu peranti pelindung voltan rendah hendaklah setanding dengan
kehendak-kehendak bagi permulaan dan penggunaan alat perlindungan yang berkaitan seperti
yang dinyatakan dalam piawaian British.
451-01-06
Jika penutup semula peranti pelindung ilu membahayakan, penutup semula itu
hendaklah bukan automatik.
Bab 46
PEMENCILAN DAN PENSUISAN
ISI
460

AM

461

PEMENCILAN

462

MEMATIKAN UNTUK PENJAGAAN MEKANIK

463

PENSUISAN KECEMASAN

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 27 of 47

Bab 46
PEMENCILAN DAN PENSUISAN
460-01-01
Suatu sesalur akan disediakan bagi pemencilan dan pensuisan bukan automatik
untuk mencegah atau menyingkir bahaya yang berkaitan dengan pemasangan elektrik atau alatan
berkuasa secara elektrik dan mesin. Sesalur yang demikian hendaklah mematuhi kehendakkehendak yang sesuai Bab ini dan Seksyen 476 dan 537.
460-01-02
Suatu suis utama sesalur atau pemutus lilar (terpaut) hendaklah disediakan
sedekat yang mungkin kepada asalan setiap pemasangan sebagai cara mengendalikan bekalan
atas beban dan suatu cara pemencilan.
Suis utama atau pemutus litar ini akan mengendalikan kedua-dua konduktor hidup bekalan fasatunggal dalam sebarang sistem dan bagi bekalan fasa-tiga, kehendak-kehendak Peraturan 46101-01 dan 461-01-03 akan dipakai. Bagi bekalan arus terus (d.c). semua kutub akan terganggu.
Di mana sesuatu pemasangan dibekalkan lebih daripada satu sumber. suatu suis utama akan
disediakan bagi setiap sumber bekalan dan suatu notis amaran akan dipasang secara tetap dalam
kedudukan yang demikian rupa supaya sebarang orang yang meminta umuk mengendalikan
sebarang suis sesalur ini akan diberi amaran tentang keperluan untuk mengendalikan semua suis
seperti itu bagi mencapai pemencilan pemasangan tersebut. Secara altemalif, suatu
sistem saling kunci yang sesuai hendaklah disediakan.
460-01-03
Kecuali seperti yang disediakan oleh Peraturan 460-01 -04, baik sesuatu pemencil
(pemutus) atau sesuatu suis tidak akan memutuskan konduktor pelindung atau konduktor PEN.
460-01-04
Di mana sesuatu pemasangan dibekalkan lebih daripada satu sumber tenaga, yang
mana satu daripadanya memerlukan satu cara pembumian tak bersandar (bebas) daripada
pembumian sumber-sumber lain dan adalah perlu untuk menentukan bahawa tidak lebih daripada
satu cara pembumian digunakan pada satu masa, satu suis boleh dimasukkan dalam sambungan
di antara poin neutral dan cara pembumian. dengan syarat suis tersebut adalah suis terpaut yang
disusun unluk memutus dan menyambung konduktor pembumian bagi sumber yang sesuai pada
masa lebih kurang yang sama dengan konduktor hidup yang berkaitan.
461

PEMENCILAN.

461-01-01
Setiap litar akan disediakan dengan cara-cara pemencilan mengikut Peraluran 46101-02 dan 461-01- 03. Adalah dibenarkan untuk memencilkan sekumpulan litar oleh cara-cara
biasa, penimbangan terlebih dahulu diberikan kepada keadaan-keadaan perkhidmatan.
461-01-02
Kecuali pada asalan pemasangan dimana Peraturan 460-01-02 dipakaiguna. dalam
sesuatu pemasangan yang membentuk sebahagian sistem TN-S atau TN-C-S, peruntukan akan
dibual bagi pemencilan daripada semua konduktor fasa.
461-01-03
Dalam sesuatu pemasangan yang membentuk sebahagian sistem TT atau IT,
peruntukan akan dibuat bagi pemencilan daripada semua konduktor hidup.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 28 of 47

461-01-04
Peruntukan yang sesuai akan dibuat supaya langkah berjaga-jaga boleh diambil
bagi mencegah sebarang alat daripada mentenagakan sama ada secara tidak disengajakan atau
tidak dirancangkan.
461-01-05
Di mana sesuatu item alatan atau kurungan yang mengandungi bahagaian hidup
yang tidak berupaya dipencilkan oleh suatu peranti tunggal, satu notis amaran hendaklah
disediakan secara tetap dalam suatu kedudukan yang sedemikian rupa supaya sebelum
seseorang itu menghampiri bahagian-bahagian hidup akan diberi amaran tentang perlunya
menggunakan peranti pemencilan yang sesuai kecuali sualu peraturan bercantum diberi supaya
semua litar yang berkenaan dipencilkan sebelum kesempatan diperolehi.
461-01-06
Di mana perlu untuk mencegah bahaya, cara-cara yang memadai akan disediakan
bagi mendiscas kapasitif atau induktif tenaga elektrik.
461-01-07
Setiap peranti yang digunakan bagi pemencilan akan dipastikan secara terang oleh
tanda tahan lama untuk menunjukkan pemasangan atau litar yang ia pencilkan.
462

MEMATIKAN SUIS UNTUK PENJAGAAN MEKANIKAL.

462-01-01
Suatu cara memaiikan untuk penjagaan mekanikal akan disediakan di mana
penjagaan elektrikal melibatkan risiko melecur atau risiko kecederaan daripada pergerakan
mekanikal.
462-01-02
Setiap peranti untuk rnematikan bagi penjagaan mekanikal akan ditempatkan
dengan sesuai dan ditandakan dengan tanda yang lahan lama di mana perlu.
462-01-03
Kecuali di mana cara rnematikan sentiasa di bawah kawalan seseorang yang
ditugaskan menjaga peruntukan yang sesuai akan dibuat supaya langkah berjaga-jaga boleh
diambil hagi mencegah sebarang peralatan daripada menjadi reaktif semula secara tidak sengaja
semasa penjagaan mekanikal.
463

PENSUISAN KECEMASAN

463-01-01
Sesuatu cara pensuisan kecemasan akan disediakan bagi setiap bahagian
pemasangan yang mana ia mungkin perlu diputuskan dengan cepat danpada bekalan untuk
mencegah bahaya.
Cara tersebut akan mengganggu kedua-dua konduktor hidup sesualu bekalan fasa tunggal dalam
sebarang sistem dan untuk bekalan tiga fasa, kehendak-kehendak Peraturan 461-01-02 dan 46101-03 akan dipakai. Bagi bekalan a.t. semua khutub akan terganggu.
Kecuali seperti yang disediakan dalam Peraturan 460-01-02, di mana risiko kejutan elektrik
terlibat, cara-cara itu akan memutuskan semua konduktor hidup.
463-01 -02
Sesuatu cara pensuisan kecemasan akan bertindak secara langsung yang mungkin
pada bekalan konduktor yang sesuai dan yang demikian hanya tindakan inisiatif sahaja yang
diperlukan.
463-01-03
Penyusunan pensuisan kecemasan hendaklah seperti demikian, iaitu operasinya
tidak mengemukakan bahaya selanjutnya atau mengganggu operasi secukupnya yang perlu untuk
menyingkir bahaya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan
Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

463-01-04
ditanda.

IKBN.A1.02.03(T)

Page 29 of 47

Setiap peranti bagi pensuisan kecemasan hendaklah sedia dapat dicapai dan

463-01-05
Suatu cara berhenti kecemasan akan disediakan di mana pergerakan mekanikal
alat yang digerakkan secara elektrik mungkin menimbulkan bahaya.
BAB 53
PERALATAN SUIS
(Untuk perlindungan, pemencilan dan pensuisan)
530

KEPERLUAN AM.

530-01-01
Di mana suatu item peralatan suis diperlukan oleh Peraturan untuk memutuskan
semua konduktor hidup dan sesuatu litar, ia hendaklah dari jenis konduktor neutral yang tidak
boleh diputuskan sebelum konduktor fasa dan disambung sebelum atau pada masa yang sarna
seperti konduktor fasa.
530-01-02
Tiada fius atau. kecuali di mana terpaut, suis atau pemutus litar hendaklah
dimasukkan dalam konduktor neutral pada sistem TN atau TT.
530-01-03
Suatu peranti yang mengandungi lebih daripada satu fungsi hendaklah mematuhi
dengan semua kehendak. Bab ini bersesuaian dengan setiap fungsi yang berasingan.
531

PERANTI UNTUK PERLINDUNGAN TERHADAP KEJUTAN ELEKTRIK

531-01

Peranti perlindungan arus berlebihan

531-01-01
Bagi sistem TN atau TT, setiap peranti pelindung arus berlebihan yang digunakan
juga bagi perlindungan terhadap kejutan elektrik (kontak tidak terus) hendaklah dipilih supaya
masa pengendaliannya:
(i)

sesuai dengan nilai arus kerosakan yang akan mengalir sekiranya berlaku kerosakan
impedans boleh abai antara suatu konduktor fasa dengan/dan bahagian konduktor
terdedah, supaya suhu akhir yang dibenarkan bagi konduktor fasa dan konduktor
pelindung yang berkaitan tidak melebihi (lihat juga Peraturan531-01-01) dan

(ii)

sesuai dengan pematuhan kehendak Peraturan 413-02-04.

531-01-02
Bagi sistem IT. di mana bahagian konduktif terdedah disambungkan bersama dan
suatu alat pelindung bagi arus berlebihan hendak digunakan untuk memberi perlindungan
terhadap kejutan elektrik dalam keadaan kerosakan kedua, kehendak bagi alat pelindung adalah
sama bagi sistem TN, seperii yang dikhususkan dalam Peraturan 531-01-01.
531-02

Peranti arus baki

531-02-01
Peranti arus baki hendaklah berkeupayaan untuk memutuskan semua konduktor
fasa litar pada masa yang sama.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 30 of 47

531-02-02
Litar bermagnet sesuatu transformer peranii arus baki hendaklah menulupi semua
konduktor hidup litar yang dilindungi, Konduktor pelindung yang berkaitan hendaklah di luar litar
bermagnet.
531-02-03
Arus pengendali baki peranti pelindung hendaklah mematuhi dengan kehendak
Bab 413 yang sesuai dengan jenis sistem bumi.
531-02-04
Peranti arus baki hendaklah dipilih dan litar elektrik dibahagi seterusnya dengan
sedemikian cara supaya apa-apa kebocoran arus bumi yang dijangkakan terjadi semasa
pengendalian biasa beban yang disambung tidak mungkin menyebabkan belantikan peranti yang
tidak dikehendaki.
531-02-05
Penggunaan peranti arus berlebihan yang dikaitkan dengan suatu arus yang
biasanya dijangkakan mempunyai konduktor pelindung hendaklah tidak dikirakan cukup bagi
perlindungan terhadap sentuhan terus, jika tidak ada konduktor sedemikian. Walaupun jika alatan
pengendali arus baki tidak melebihi 30 mA.
531-02-06
Peranti arus baki yang dikuasi oleh sumber tambahan dan yang tidak dikendalikan
secara automatis dalam kes kegagalan sumber tambahan itu hendaklah digunakan jika satu
daripada dua keadaan berikut dipenuhi:
(i)

Perlindungan terhadap kontak secara tak langsung dikekalkan walaupun kes


kegagalan sumber tambahan atau

(ii)

alatan disatukan dalam salu pemasangan bertujuan untuk penyeliaan, ujian dan
pemeriksaan oleh seseorang yang diarah atau seseorang yang berkemahiran.

531-02-07
Peranti arus baki hendaklah ditempatkan demikian supaya operasinya tidak akan
diganggu oleh medan magnet yang disebabkan oleh lain-lain peralatan.
531-02-08
Di mana peranti arus baki bagi perlindungan terhadap kontak tidak terus
digunakan, tetapi berasingan dari alat perlindungan arus berlebihan, ia hendaklah disahkan
peranti pengendali arus baki berkemampuan bertahan, tanpa kerosakan, tekanan terma dan
makenik yang mana ia berkemungkinan terjadi dalam kes berlakunya kesilapan pada beban
sampingan pada poin di mana ianya dipasang.
531-02-09
Di mana pematuhan kehendak-kehendak Peraturan bagi perlindungan terhadap
kontak tidak langsung ataupun sebaliknya untuk mengelak dari bahaya. dua atau lebih peranti
arus baki bersiri. dan di mana diskriminasi dalam pengendaliannya adalah perlu untuk mengelak
bahaya. ciri-ciri peranti ini hendaklah yang bertujuan mencapai diskriminasi ini.

531-03

Peranti arus baki dalam sistem TN

531-03-01
Dalam suatu sistem TN di mana bagi peralatan tertentu, dalam bahagian tertentu
pemasangan, satu atau lebih syarat dalam Peraturan 413-02-08 tidak boleh dipenuhi, bahagian itu
boleh dilindungi oleh peranti arus baki.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan
Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 31 of 47

Bahagian-bahagian konduktif terdedah pada bahagian pemasangan itu boleh disambung kepada
konduktor pelindung sistem bumi TN atau kepada elektrod bumi yang berasingan yang mampu
suatu impedans. sesuai dengan arus pengendalian peranti arus baki.
Dalam kes yang terkemudian ini litar hendaklah dikendalikan sebagai sistem TT dan Peraturan
413-02-17, dipakai.
531-04

Peranti arus baki dalam sistem TT

531-04-01
Jika sesualu pemasangan yang menjadi sebahagian sislem TT dilindungi oleh
peranti arus baki yang tunggal, ini akan diletakkan pada tempal asal pemasangan kecuali
bahagian pemasangan antara asal dan peranti mematuhi kehendak-kehendak perlindungan
dengan penggunaan peralalan kelas II atau yang bersamaan dengan penebatan (Peraturan 41303 dan 417-09). Di mana terdapat lebih daripada satu asalan maka kehendak im terpakai
pada setiap asalan.
531-05

Peranti arus baki dalam sistem IT

531-05-01
Di mana perlindungan adalah disediakan oleh peranti arus baki dan pemutusan
berikutan kerosakan pertama yang tidak dibayangkan atau diramalkan, arus baki tak kendali
peranti itu hendaklah sekurang-kurangnya bersamaan dengan arus yang mengalir pada
kerosakan pertama ke bumi inpedans yang melibatkan konduktor fasa531-06

Peranti pengawasan penebatan

531 -06-01
Peranti pengawasan penebatan hendaklah direkabentuk atau dipasang sedemikian
cara yang membolehkan pengubahsuaian susunan hanya dengan penggunaan kunci atau alat.
533-01

Peranti perlindungan arus lebih

533-01-01
Bagi setiap fius dan pemutus litar akan disediakan pada atau bersebelahan
dengannya petunjuk arus nominal yang dimaksudkan seperti yang sesuai dengan litar yang
dilindunginya. Bagi fius yang separuh tertutup. Arus nominal yang dimaksudkan untuk ditunjukkan
adalah nilai yang hendak dipilih mengikul Peraturan 533-01-04.
Suatu fius yang mempunyai kaitan suis yang berkemungkinan diganti oleh seseorang selain
seseorang yang mahir atau seseorang yang telah diarahkan hendaklah dipilih daripada jenis tidak
boleh diganti secara tidak sengaja dan sesuatu yang mempunyai arus nominal yang lebih tinggi.

BAB 54
SUSUNAN PEMBUMIAN DAN KONDUKTOR PELINDUNG
541-01-01
Setiap cara pembumian dan setiap konduktor pelindung hendaklah dipilih dan
didirikan untuk memenuhi kehendak Peraturan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 32 of 47

541-01-02
Sistem pembumian bagi pemasangan boleh disubbahagikan di mana setiap
bahagian yang telah terbahagi akan mematuhi dengan kehendak-kehendak Bab ini.
540-01-03
Dalam sesuatu pemasangan di mana terdapat juga sistem perlindungan daripada
petir, pertimbangan sewajamya hendaklah diambil berkaitan dengan kehendak-kehendak yang
dinyatakan dalam BS 6651. Di mana ikatan kepada sistem perlindungan petir diadakan mengikut
perakuan BS 6651, ia hendaklah tidak mempunyai kawasan rentas lintang yang lebih besar
daripada konduktor pembumian.
542

SAMBUNGAN KE BUMI.

Susunan Pembumian
542-01-01
Terminal pembumian utama hendaklah disambung dengan Bumi oleh salah satu
kaedah yang diterangkan dalam Peraturan 542-01-02 hingga 542-01-05 sebagai yang
bersesuaian dengan jenis sistem yang mana pemasangan akan menjadi satu bahagian (lihat
bahagian 321 dan difinasi 'sistem') dalam mematuhi Peraturan 542-01-06 hingga
542-01-08.
542-01-02
Bagi sistem TN-S, cara akan disediakan bagi terminal pembumian utama
pemasangan yang hendak disambung kepada poin terbumi sumber tenaga. Sebahagian daripada
sambungan mungkin terbentuk oleh garisan pembekal dan peralatan.
542-01-03
Bagi suatu sistem TN-C-S di mana pelindung Pelbagai Pembumian disediakan.
cara akan disediakan bagi terminal pembumian utama pemasangan yang hendak disambung oleh
pembekal kepada neutral sumber tenaga.
542-01-04
Bagi suatu sistem TT alau IT, terminal pembumian utama hendaklah disambung
melalui suatu konduktor bumi kepada elektrod bumi yang mematuhi Peraturan 542-02.
542-01-05
Bagi sistem TN-C. cara akan disediakan bagi penyambungan konduktor gabungan
Pelindung dan pengecuali kepada terminal pembumian utama.
542-01-06
Di mana susunan pembumian digunakan bersama untuk perlindungan dan tujuan
berfungsi, mengikut kehendak-kehendak pemasangan, keperluan unluk langkah-langkah
perlindungan hendaklah diutamakan melebihi lain-lain keperluan berfungsi.
542-01-07

Susunan pembumian hendaklah sedemikian rupa supaya:

(i)

nilai impedans dari terminal pembumian utama pengguna ke poin terbumi bekalan bagi
sistem TN, atau ke bumi bagi sistem TT dan IT, adalah mengikut kehendak-kehendak
perlindungan dan fungsi pemasangan dan dikira efektif berterusan. dan

(ii)

arus kerosakan bumi dan arus bumi yang bocor yang mungkin berlaku dijalankan
tanpa bahaya, terutama dari terma. mekanik dan elektro mekanik, dan

(iii)

ia adalah tahan lasak secukupnya atau mempunyai perlindungan mekanikal tambahan


sesuai dengan keadaan yang dinilai dan pengaruh luaran.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 33 of 47

542-01-08
Kewaspadaan hendaklah diambil terhadap risiko kerosakan kepada lain-lain
bahagian yang berlogam melalui elektrolisis.
542-01-09
Di mana beberapa pemasangan mempunyai susunan pembumian yang
berasingan, sebarang konduktor pelindung yang lazim kepada mana-mana pemasangan
hendaklah sama ada mampu membawa arus kerosakan yang maksimum yang berkemungkinan
mengalir melaluinya atau dibumikan dahun satu pemasangan sahaja dan ditebat
daripada susunan pembumian dari mana-mana pemasangan yang lain. Dalam keadaan yang
terkemudian jika konduktor pelindung menjadi sebahagian daripada talian, konduktor pelindung
bolehlah dibumikan hanya dalam pemasangan yang mempunyai peranti pcrlindungan yang
berkaitan.
542-02

Elektrod bumi

542-02-01

Jenis-jenis elektrod bumi yang berikut adalah diiktiraf bagi tujuan Peraturan:

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)

Rod bumi atau paip


Pita bumi alau dawai
Plat bumi
Kerja-kerja logam struktural bawah tanah yang tertnam dalam tapak
Tetulang konkrit kimpalan logam (kecuali konkrit pra tegasan) yang tertanam dalam
bumi.
Sarung timah dan lain-lain logam penutup talian di mana tidak dihalang oleh Peraturan
542-02-05
Lain-lain kerja logam bawah tanah yang sesuai.

542-02-02
Jenis dan kedalaman elektrod bumi yang lenanam hendaklah bahawa kekeringan
tanah dan pembekuan tidak meningkatkan rintangannya dan mengatasi nilai yang dikehendaki.
542-02-03 Reka bentuk yang digunakan dan pembinaan elektrod bumi hendaklah yang
sedemikian yang boleh bertahan terhadap kerosakan dan mengambil kira kemungkinan
meningkatnya rintangan disebabkan hakisan.
542-02-04
Kerja logam untuk gas, air dan lain-lain perkhidmatan hendaklah tidak digunakan
sebagai pelindung elektrod bumi.Keperluan ini tidak menghalang ikatan kerja logam sedemikian
seperti dikehendaki oleh Peraturan 413-02.

542-02-05
Penggunaan sarung timah atau lain-lain logam penutup talian sebagai elektrod
bumi hendaklah tertakluk kepada semua syarat berikut:
(i)
(ii)
(iii)

sarung atau penuiup hendaklah dalam konlak berkesan dengan bumi,


persetujuan dengan tuanpunya kabel hendaklah didapati, dan
peraturan hendaklah wujud bagi tuan punya pemasangan elektrik untuk diingati
tentang apa-apa cadangan pindaan kepada kabel yang mungkin memberi kesan
kepada kesesuaian sebagai elektrod bumi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

542-03

IKBN.A1.02.03(T)

Page 34 of 47

Konduktor pembumian

542-03-01
Setiap konduktor pembumian hendaklah mematuhi Seksyen 543 dan sebagai
tambahan yang di tanam dalam bumi, hendaklah mempunyai kawasan rentas lintang tidak kurang
daripada yang dinyatakan dalam Jadual 54A, Bagi konduktor pita atau konduktor jalur, ketebalan
hendaklah sedemikian supaya boleh bertahan terhadap kerosakan mekanikal dan berkarat. (lihat
CP 1013)
BAB 55
LAIN-LAIN PERALATAN
551-01

Autotransformer dan transformer persediaan

551-01-01
Di mana auto transformer disambung kepada litar yang mempunyai konduktor
neutral, terminal lazim lilitan hendaklah disambung kepada konduktor neutral.
551-01-02

Transformer persediaan hendaklah tidak disambung kepada sistem IT.

551-01-03
Di mana transformer persediaan digunakan, suis bersambung hendaklah diadakan
bagi memutuskan transfomer daripada semua konduktor hidup bekalan.
552

MESIN BERPUTAR.

552-01-01
Semua peralatan termasuk kabel, setiap litar yang membawa permulaan.
peningkatan kelajuan dan beban arus suatu motor hendaklah bersesuaian dengan arus setidaktidaknya bersamaan beban penuh kadar arus motor apabila kadar ini mengikut kesesuaian
Piawaian British. Di mana motor dimaksudkan untuk tugas terputus-putus dan
unluk menghidup dan mematikan enjin secara kerap. pertimbangan hendaklah diberi tentang
sebarang kesan kumulaif menghidup atau memutuskan arus ke alas peningkatan suhu peralatan
litar.
552-01-02
Setiap motor elektrik yang mempunyai kadar melebihi 0.37 kW hendaklah
disediakan dengan alatan kawalan yang menggabungkan cara perlindungan daripada beban
berlebihan motor. Kehendak ini tidak terpakai kepada motor yang bergabung dalam item peralatan
menggunakan arus yang mematuhi secara keseluruhan dengan kesesuaian Piawaian British.
552-01-03
Kecuali di mana kegagalan untuk menghidupkan (to start) mesin selepas gangguan
singkat kemungkinan akan menyebabkan bahaya yang lebih besar, setiap motor hendaklah
disediakan cara untuk mengelak menghidupkan kembali motor secara automatik selepas terhenti
disebabkan penurunan voltan atau kegagalan bekalan, di mana menghidupkan semula motor
yang tidak dijangkakan boleh menyebabkan bahaya. Kehendak-kehendak ini tidak menghalang
peraluran unluk menghidupkan motor pada sela masa oleh alat kawalan aulomalik, di mana lainlain kewaspadaan sewajarnya diambil terhadap bahaya menghidup semula motor yang
diluarjangkaan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

553-01

IKBN.A1.02.03(T)

Page 35 of 47

Flag dan soket alur keluar

553-01-01
Setiap plag dan sokel alur keluar hendaklah memaluhi dengan kehendak item (i)
dan (ii)di bawah.dan kehendak yang bersesuaian dengan Peraturan 553-01-02 hingga ke 553-0202:
(i)

kecuali bagi litar SELV. adalah mustahil bagi mana-mana pin plag untuk membuat
kontak dengan mana-mana kontak hidup sekutu soket alur keluar sedangkan lain-lain
pin plag itu terdedah sama sekali.

(ii)

adalah tidak mungkin bagi mana-mana pin plag membuat kontak dengan sebarang
kontak hidup dengan mana-mana soket alur keluar dalam pemasangan yang sama
selain jenis soket alur keluar yang mana plag itu direka bentukkan.

533-01-02
Kecuali bagi SELV atau litar istimewa dari Peraturan 553-01-02, setiap plag dan
soket alur keluar hendaklah daripada jenis yang tidak alihbalik, dengan peruntukan bagi
penyambungan konduktor pelindung.
553-01-03 Kecuali di mana Peraturan 553-01-05 terpakai, litar bervoltan rendah setiap plag dan
soket alur keluar hendaklah selaras dengan Piawaian British yang disenaraikan pada Jadual 55A.
JADUAL 55A
Jenis plag dan soket alur keluar
Plag berfius dan soket alur keluar tertutup

Kadar (amperee)
13

2 khutub dan bumi, bagi a.u


Plag berfius dan tidak berfius dan soket alur
keluar, 2 kutub dan bumi.
Plag, berfius dan tidak berfius dan soket alur
keluar, jenis dilindung, 2 kutub dengan kontak
pembumian.
Plag dan soket alur keluar ( jenis industri)

2,5,15,30

5,15,30

16,32,63,125

Piawaia British
Terpakai
BS 1363 ( fius ke
BS 1363)
BS 546 ( Fius, jika
ada ke BS 6462)
BS 196

BS 4343

553-01-04
Setiap soket alur keluar untuk kegunaan rumah dan penggunaan yang serupa
hendaklah daripada jenis tertutup dan bagi pemasangan a.u., hendaklah daripada jenis yang
mematuhi BS 1363.
553-01-05
Plag dan soket alur keluar yang tidak mematuhi BS 1363, BS 546, BS 196 atau BS
4343 bolehlah digunakan dalam a.u. fasa tunggal atau litar a.t. dua wayar yang beroperasi pada
voltan nominal tidak melebihi 250 voltan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan
Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 36 of 47

(i)

sambungan jam elektrik, dengan syarat plag dan soket alur keluar direka bentuk khas
bagi maksud itu dan setiap plag menggabungkan fius pada kadar tidak melebihi 2
ampere yang mematuhi BS 646 atau BS 1362 mengikut kesesuaian.

(ii)

sambungan pencukur elektrik, dengan syarat plag dan soket alur keluar sama ada
digabung dalam suatu unit bekalan pencukur yang mematuhi BS 3535 atau di dalam
sebuah bilik selain bilik mandi, adalah jenis yang mematuhi BS 4573.

(iii)

suatu litar yang mempunyai ciri-ciri khusus untuk mengelak bahaya - atau adalah perlu
untuk mengenal atau membezakan fungsi litar tersebut.

553-01-06
Soket alur keluar pada dinding atau struktur yang serupa hendaklah dipasang pada
ketinggian melebihi lantai atau sebarang permukaan kerja untuk meminimumkan risiko kerosakan
mekanik atau kepada plag bersekutu dan kord boleh lentumya yang mungkin terjadi semasa
memasukkan, penggunaannya atau mengeluarkan plagnya.
553-01-07
Di mana peralatan mudah alih mungkin digunakan, persediaan hendaklah dibuat
supaya peralatan itu boleh dibekalkan dengan arus dari soket alur keluar yang bersebelahan dan
mudah dipasang, dengan mengambil kira panjangnya kord boleh lentur yang biasanya terpasang
pada perkakas-perkakas mudah alih atau sistem lampu.
553-02

Pengganding kabel

553-02-01
Kecuali bagi SELV atau litar kelas II, kabel hendaklah mematuhi di mana sesuai
dengan BS 196, BS 4343, BS 4491 atau BS 6991, hendaklah yang tidak alih balik dan mempunyai
kemudahan untuk sambungan suatu konduktor pelindung.
553-02-02
Suatu pengganding kabel hendaklah disusun supaya penyambung pengganding
dipasang di hujung kabel jauh dari bekalan.
553-03

Pemegang Lampu

553-03-01
Kecuali di mana pemegang lampu dan wayar dimasukkan dalam logam terbumi
atau bahan bertebat yang mempunyai ciri-ciri pencucuhan "P" seperti yang ditetapkan dalam BS
476 atau di mana periindungan arus lebih yang berasingan disediakan atau diadakan, pemegang
lampu hendaklah tidak disambung kepada mana-mana litar di mana kadar arus alat pelindung
arus lebih melebihi kesesuaian nilai yang tersebut dalam Jadual 55B.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 37 of 47

JADUAL 55B
Perlindungan arus lebih pemegang lampu
Jenis pemegang lampu ( seperti yang ditetapkan dalam BS 5042, BS 6776 dan Bs 6702)

Bayonet ( BS 5042)

Skru Edison (BS 6776)

Kadar maksimun amperee bagi peranti pelindung arus


lebih yang melindung litar.

B15

SBC

B22

BC

16

E14

SES

E27

ES

16

E40

GES

16

553-03-02
Suatu pemegang Iampu bagi Iampu berfileman hendaklah tidak dipasang dalam
litar yang beroperasi pada voltan melebihi 250 volt.
553-03-03
Pemegang Iampu Bayonet B 15 dan B22 hendaklah mematuhi BS 5042 dan
mempunyai kadar suhu T2 yang diterangkan dalam piawaian British.
553-03-04
Bagi sistem litar TN atau TT.kontak luaransetiap skru Edison atau pusat tunggal
pemegang lampu jenis penutup bayonet hendaklah disambung kepada konduktor neutral.
Peraturan ini terpakai sama pada sistem pemasangan trak.
553-04

Poin Iampu

553-04-01
digunakan:

Pada setiap poin Iampu yang letap, satu daripada eksesori yang berikut bolehlah

(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Ros siling ke BS 67.


Sistem Iampu yang menyokong pengganding ke BS6972 atau BS 7001.
Pemegang Iampu berpasak ke BS 5042 atau 6776
Sistem Iampu yang direkabentuk untuk disambung secara terus kepada pendawaian
litar.

Aksesori Iampu atau sistem Iampu hendaklah dikawal oleh suis atau gabungan suis. Suis ke BS
3676 dan/atau BS 5518 dan dimana sesuai bagi mengeluarkan litar lampu/cahaya.
553-04-02
Rose siling hendaklah tidak dipasang dalam mana-mana liiar yang beroperasi pada
voltan yang biasanya melebihi 250 volt.
553-04-03 Rose siling tidak boleh digunakan bagi melekatkan lebih daripada satu kord boleh
lentur yang keluar kecuali ia direkabentuk khusus bagi pelbagai pendan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 38 of 47

553-04-04
Sistem Iampu yang menyokong pengganding adalah direkabentuk khusus bagi
sokongan mekanikal dan elektrik sistem Iampu dan tidak boleh digunakan untuk lain-lain
peralatan.
554-01

Sistem Iampu

554-01-01
Di mana sistem Iampu pendan dipasang, aksesori yang berkaitan adalah sesuai
untuk Jisim terampai.
(lihat juga Peraturan 522-08-06).
554-01-02
Sistem Iampu dengan voltan yang lebih rendah tanpa peruntukan bagi sambungan
konduktor pelindung hendaklah dipasang sebagai bahagian sistem SELV.
554-02

Pemasangan Iampu nyahcas bervoltan tinggi

554-02-01
Seitap tanda elekitrik bervoltan tinggi dan pemasangan tiub nyahcas bervoltan
tinggi hendaklah dibina, dipilih dan didirikan mengjkut kehendak BS 559.
BAB 71
PENGESAHAN AWAL
711-01-01
Setiap pemasangan hendaklah semasa pembinaan dan/atau penyiapan sebelum
diguna untuk perkhidmalan diperiksa dan diuji untuk mengesahkan, sejauh yang pratik bahawa
kehendak Peraturan dipenuhi.
Kaedah menguji hendaklah yang sedemikian supaya tidak ada bahaya kepada manusia. binatang
ternakan atau harta benda atau kerosakan kepada peralatan boleh berlaku walaupun jika litamya
yang diuji itu rosak.
711-01-02
Hasil dari penilaian ciri-ciri ani yang dikehendaki oleh Bahagian 211, 312 dan 313,
bersama dengan maklumat yang dikehendaki oleh Peraturan 514-09-01 hendaklah boleh didapati
oleh orang atau orang-orang yang menjalankan pemeriksaan dan ujian.
712-01-01
Pemeriksaan terperinci hendaklah mendahului ujian dan hendaklah dijalankan
(biasanya) dengan bahagian pemasangan diputuskan dari bekalan.
712-01-02
Pemeriksaan terperinci hendaklah dibuat unluk mengesahkan bahawa peralatan
elektrik yang dipasang adalah:
(i)
(ii)
(iii)

mengikut Bahagian 511 (ini hendaklah dipastikan melalui tanda alau melaiui sijil yang
ditunjukkan oleh pemasang atau oleh pengilang), dan.
dipilih dengan betul dan dibina mengikut Peraturan, dan
tidak kelihatan rosak sehingga mencacatkan keselamatan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 39 of 47

712-01-03 Perincian pemeriksaan hendaklahtermasuk sekurang-kurangnya penyemakan itemitem berikut, di mana yang relevan dengan pemasangan dan di mana perlu, semasa pembinaan.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

sambungan konduktor
pengenalan konduktor
penghalaan kabel dalam zon keselamatan atau perlindungan mekanikal, mengikut
Bahagian 522
pemilihan konduktor untuk keupayaan membawa arus dan kejatuhan voltan mengikut
reka bentuk.
sambungan peranti berkutub lunggal untuk perlindungan atau pensuisan dalam
konduktor fasa sahaja
sambungan yang betul soket alur keluar dan pemegang lampu.
kehadiran rintangan api dan perlindungan terhadap kesan haba.
kaedah perlindungan terhadap sentuhan langsung (termasuk ukuran jarak di mana
sesuai), iaitu:
(a)
(b)
(c)
(d)

(ix)

perlindungan melalui penebatan bahagian hidup.


perlindungan melalui halangan atau kepungan.
perlindungan melalui rintangan
perlindungan dengan meletak jauh dari jangkauan.

kaedah perlindungan terhadap sentuhan tak langsung.


(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
(g)
(h)
(i)

kehadiran konduktor pelindung.


kehadiran konduktor bumi
kehadiran konduklor ikatan sama upaya utama
kehadiran konduktor ikatan sama upaya lambahan
susunan pembumian bagi gabungan perlindungan dan tujuan berfungsi.
penggunaan peralatan kelas II atau penebatan yang bersamaan.
lokasi bukan konduktor (termasuk ukuran jarak di mana yang sesuai)
ikatan sama upaya tempatan bebas bumi.
pemisahan elektrik.

(x)
(xi)
(xii)
(xiii)
(xiv)
(xv)

pencegahan daripada pengaruh bahaya bersama.


kehadiran peranti bersesuaian untuk pemencilan dan pensuisan.
kehadiran peranti perlindungan bervoltan kurang.
pemilihan dan susunatur peranti pengawasan dan perlindungan
melabelkan litar, fius, suis dan terminal
pemilihan peralatan dan langkah perlindungan yang bersesuaian kepada pengaruh
luaran,
(xvi) pendekatan yang mencukupi kepada peralatan suis dan peralatan.
(xvii) mempamerkan papan tanda bahaya dan lain-lain papan tanda amaran.
(xviii) mengadakan gambarajah. arahan dan maklumat yang serupa.
(xix) kaedah pembinaan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

713-01

IKBN.A1.02.03(T)

Page 40 of 47

Am

713-01-01
Ujian Peraturan 713-02 hingga ke 713-09 di mana relevan hendaklah dijalankan
dalam urutan itu.
Dalam keadaan sebarang ujian yang menunjukkan kegagalan mematuhi, ujian itu dan yang
sebelumnya, yang mana hasil atau keputusannya telah dipengaruhi oleh kerosakan yang
ditunjukkan, hendaklah diulangi setelah kerosakan itu dibetulkan.
Kaedah rujukan ujian adalah diterangkan dalam Nota Panduan mengenai Peraturan Pendawaian
yang dicetak oleh Institut Jurutera Elektrik. tetapi penggunaan lain-lain kaedah yang memberi hasil
yang tidak kurang berkesannya tidaklah boleh ditolak.
713-02

Kesinambungan konduktor pelindung

713-02-01
Setiap konduklor pelindung hendaklah diuji untuk mengesahkan bahawa ianya baik
dari segi aliran arus elektriknya dan disambung dengan betul.
713-03

Kesinambungan konduktor litar gelang akhir

713-03-01
Suatu ujian hendaklah dijalankan untuk mengesahkan kesinambungan setiap
konduktor termasuk konduktor pelindung setiap gelang litar akhir.
713-04

Rintangan penebatan

713-04-01
Rintangan penebatan antara konduktor
pemasangan disambung kepada bekalan.

hidup

bendaklah

diukur

sebelum

713-04-02
Perhatian tertentu hendaklah diberi kepada kehadiran alat elektrik yang disambung
kepada pemasangan dan di mana perlu, peranii sedemikian hendaklah dipencilkan supaya ianya
tidak dirosakkan oleh ujian voltan dan selepas itu diuji mengikut Peraturan 713-04-06,
713-04-03
Rintangan penebatan hendaklah juga diukur antara setiap konduktor hidup dan
bumi, konduktor PEN dalam sisiem TN-C dikira sebagai sebahagian bumi, Di mana sesuai,
semasa pengukuran ini, konduktor fasa dan konduktor neutral bolehlah disambung.
713-07
Perlindungan terhadap sentuhan langsung melalui halangan, atau kepungan yang
disediakan semasa pembinaan
713-07-01
Di mana perlindungan terhadap sentuhan langsung dimaksudkan untuk diberi oleh
halangan/sekatan atau kepungan yang disediakan semasa pembinaan mengikut Peraturan 41203 ia hendaklah disahkan melalui ujian bahawa setiap kepungan atau halangan menanggung
tahap perlindungan tidak kurang daripada IP2X alau IP4X
mengikut kesesuaian, di mana Peraturan itu mengkehendakinya demikian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

713-08

IKBN.A1.02.03(T)

Page 41 of 47

Penebatan lantai dan dinding bukan konduksi

713-08-01
Di mana perlindungan terhadap sentuhan langsung hendak disediakan oleh lokasi
bukan konduksi yang dimaksudkan untuk mematuhi Peraturan 413-04 dan 471-10, rintangan
lantai dan dinding lokasi kepada konduktor pelindung utama pemasangan hendaklah disukat/ukur
tidak kurang tiga takat pada setiap permukaan yang relevan, yang mana satu daripadanya
hendaklah tidak kurang 1 m dan tidak lebih 1.2 m dari mana-mana bahagian konduktor
luar lokasi tersebut. Ukuran dua yang lain hendaklah dibuat pada jarak yang lebih jauh.
713-08-02
Sebarang penebatan atau susunan penebalan bahagian konduktor berlebihan yang
dimaksudkan untuk memenuhi Peraturan 413-04-07 (iii):
(j)
(iii)
(iv)

apabila diuji pada 500 V a.l. hendaklah tidak kurang dari 0-5 megohm, dan
hendaklah mampu menahan suatu ujian volian sekurang-kurangnya 2kV r.m.s. a.t. dan
hendaklah tidak meluluskan kebocoran arus melebihi 1 mA dalam keadaan
penggunaan biasa.

713-09

Kekutuban

713-09-01

Ujian kekutuban hendaklah dibuat dan ia hendaklah mengesahkan bahawa:

(i)
(ii)
(iii)
713-10

setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan peranti pelindung disambung dalam
konduktor fasa sahaja.
bayonet sentuhan pusat dan pemegang lampu skru Edison kepada BS 6776 di dalam
litar yang mempunyai konduktor neutral terbumi mempunyai kontak luaran atau yang
diskru kepada konduktor neutral.
Pendawaian telah disambung dengan betul kepada soket alur keluar dan aksesori
yang serupa.
Impedans gelung kerosakan bumi

713-08-01
Di mana langkah-langkah pelindungan digunakan yang memerlukan pengetahuan
tentang impedans gelung kerosakan bumi, impedans yang relevan hendaklah disukat untuk
menentukan kaedah altematif.
Di mana kaedah altematif yang diterangkan dalam Peraturan 413-02-12 (lihat Jadual 41C)
digunakan, impedans litar konduktor pelindung yang berkenaan hendaklah disukat/ukur.
713-11

Rintangan elektrod bumi

713-11-01
Di mana langkah-langkah perlindungan digunakan yang memerlukan pengetahuan
tentang rintangan elektrod bumi, ini hendaklah disukat/ukur.
713-12

Operasi peranti kendalian arus baki.

713-08-01
Di mana perlindungan terhadap sentuhan tak langsung hendak disediakan oleh
peranti arus baki. kekesanannya hendaklah disahkan melalui ujian yang menyerupai keadaan
kerosakan yang sesuai dan bebas daripada mana-mana kemudahan ujian yang digabungkan di
dalam peranti.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 42 of 47

BAB 72
PINDAAN DAN TAMBAHAN KEPADA PEMASANGAN
721-01-01
lambahan.

Kehendak-kehendak relevan Bab 71 hendaklah dipakai kepada pindaan dan

721-01-02
la hendaklah disatukan bahawa setiap pindaan dan tambahan mematuhi Peraturan
dan tidak merosakkan keselamatan yang sedia ada.
BAB 73
PEMERIKSAAN DAN UJIAN BERKALA
731-01-01
Pemeriksaan dan ujian berkala setiap pemasangan di mana diperlukan. hendaklah
dijalankan mengikut kehendak-kehendak Bab ini.
731-01-02
Pemeriksaan yang terdiri daripada pengawasan pemasangan yang cermat
hendaklah dijalankan tanpa membuka atau membuka sebahagian seperti yang diperlukan,
ditambah dengan ujian untuk mengesahkan pematuhan dengan Bahagian 731 dan 732 dan
sejauh mungkin untuk menyediakan:
(i)
(i)
(ii)
(iii)

keselamatan orang dan binatang ternakan terhadap kesan kejutan elektrik dan
kebakaran, mengikut Peraturan 120-01, dan
(li) perlindungan terhadap kerosakan kepada harta-benda oleh kebakaran dan haba
ekoran kerosakan pemasangan, dan
mengenalpasti yang pemasangan tidak rosak atau merosot hingga boleh menjejaskan
keselamatan, dan
mengenalpasti yang kerosakan pada pemasangan alau ketidakpatuhan kepada
kehendak-kehendak Peraturan yang boleh meningkatkan bahaya.

732-01-01
Kekerapan pemeriksaan berkala dan ujian sesualu pemasang hendaklah
ditentukan oleh jenis pemasangan, kegunaannya dan operasinya, kekerapan penjagaannya, dan
pengaruh luaran yang ianya tertakluk
732-01-02
Pemeriksaan dan ujian hendaklah yang tidak mendatangkan bahaya kepada
manusia atau binatang ternakan dan yang tidak menyebabkan kerosakan kepada harta-benda
dan peralatan walaupun litarnya rosak.
732-01-03
Hasil Pemeriksaan dan Ujian Berkala hendaklah dicatat pada salu laporan. dan
ditandatangani oleh mereka yang menjalankannya atau orang-orang yang diberikan kuasa
berbuat demikian yang bertindak bagi pihak dan disampaikan kepada pemula yang memohon
pemeriksaan mengikut Bahagian 744 Peraturan yang berkaitan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 43 of 47

BAB 74
PERSIJILAN DAN LAPORAN
741-01-01
Berikutan pengesahan awal yang dikehendaki oleh Bab 71 atau Bab 72. Sijil
Penyempurnaan dan Pemeriksaan dalam bentuk borang yang dikemukakan dalam Lampiran 6
hendaklah diberi kepada orang yangmengarahkan kerja.
741-01-02
Berikutan Pemeriksaan dan Ujian Berkala yang diterangkan dalam Bab 73 suatu
laporan ke atas dapatan pemeriksaan dan ujian berkala hendaklah diberi oleh orang yang
menjalankan pemeriksaan atau orang yang diberi kuasa bertindak bagi pihaknya kepada orang
yang mengarahkan kerja.
741-02-01
Pemeriksaan hendaklah mematuhi dengan kehendak-kehendak Bab 71 dan
sebarang kerosakan atau tinggalan yang didedahkan oleh pemeriksaan hendaklah dibetulkan
sebelum Sijil Penyempurnaan dan Pemeriksaan dikeluarkan.
741-02-02
Sijil Penyempumaan dan Pemeriksaan hendaklah ditandatangani oleh orang atau
orang-orang yang cekap yang menyatakan bahawa pemasangan telah direkabentuk, dibina dan
diperiksa dan diuji mengikut Peraturan.
744-01-01
Kehendak-kehendak Bahagian 742 bagi pengeluaran Sijil Penyempurnaan dan
Pemeriksaan hendaklah meliputi semua kerja pindaan dan tambahan. Apa-apa kerosakan
ataupun tinggalan yang didedahkan dalam kerja itu hendaklah dibaiki atau dibelulkan sebelum
laporan Penyempurnaan kerja dikeluarkan.
Kontrator atau orang-orang lain yang bertanggungjawab bagi kerja-kerja baru itu. atau orang yang
diberi kuasa untuk benindak bagi pihaknya. hendaklah melaporkan secara bertulis kepada orang
yang mengarahkan kerja pembaikan atau pembetulan akan sebarang kecacatan yang didapati
berkaitan dengan bahagian-bahagian pemasangan yang ada.
744-01-01
Hasil dan tempoh Pemeriksaan dan Ujian Berkala mengikut Bab 73, sesuatu
pemasangan atau mana- mana bahagian darinya, hendaklah direkodkan dan diberi kepada orang
yang membuat pemeriksaan atau kepada orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya.
atau orang yang mengarah pemeriksaan itu dijalankan.
744-01-02
Keadaan merbahaya yang timbul dari ketidakpatuhan Peraturan bersama dengan
sebarang penghadan. Pemeriksaan dan Ujian mengikul Bahagian 732 hendaklah direkodkan.

RUJUKAN : 1 ) PERATURAN PENDAWAIAN IEE EDISI KE-16


Lampiran:- Dari petikan buku IEE edisi ke 16.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 44 of 47

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 45 of 47

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 46 of 47

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.02.03(T)

Page 47 of 47

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 02- Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)