You are on page 1of 9

PENGENALAN...................................................................................................................

2
LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA.................................2
OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA..................................................3
PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA.........................3
KESIMPULAN....................................................................................................................4
PERATURANPERATURAN KELAB RUKUN NEGARA..............................................5
JAWATANKUASA............................................................................................................10

Romzi730

KELAB RUKUN NEGARA


SEKOLAH KEBANGSAAN KG BUKIT TUNGGAL

PENGENALAN
Kelab Rukun Negara (KRN) adalah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta di sekolah-sekolah rendah dan
menengah di seluruh negara. Seiring dengan namanya, maka aktiviti yang dijalankan
menerusi kelab ini adalah berlandaskan kepada kelima-lima prinsip Rukun Negara yang
bermatlamat agar ianya dihayati dan difahami malah dapat dibudayakan dlam kehidupan
seharian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia khususnya di kalangan warga muda.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA


Penubuhan kelab rukun negara telah diilhamkan oleh YAB Dato Seri Abdullah bin Haji
Ahmad Badawi semasa merasmikan sambutan hgari perpaduan peringkat kebangsaan
2000 di Melaka ( ketika itu beliau adalah selaku Timbalan Perdana Menteri). Beliau telah
menyarakan agar KRN ditubuhkan di sekolah-sekolah dan IPT supaya menerubi kelab ini
pelajar-pelajar / murid akan dididahkan mengenai latar belakang dan falsafah Rukun
Negara agar ianya benar-benar dapat diketahui, difhami, dihayati serta dibudayakan dlam
hidup seharian.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi
Nasioanl, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN,JPM) telah dipertanggungjawabkan oleh
kerajaan untuk mewujudkan kerjasama denan Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Romzi730

OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA


i.

Memperkenalkan latar belakang dan prinsip-prisip Rukun Negara

ii. Memberi pengertian dan kefahaman tengan kelima-lima prinsip Rukun Negara.
iii. Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian dakan kepentingan Rukun
Negara serta sebagai asas norma kehidupan
iv. Menjadikan prinsip-prinsup Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang
berterusan bagi melahirkan warga Malysia yang mempunyai jati diri yang unggul,
setia, bersatu padu , berwawasan, bermaruah, berrsikap terbuka dan beretika sejajar
dengan Misi Naional.

PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA


KRN yang diwujudkan di IPT dan sekolah-sekolah melaksanakan aktiviti yang
berteraskan kepada pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengalaman (4p) Rukun
Negara di kalangan pelajar dan murid. Selain itu, kelab ini juga dijadikan sebagai sala
satu strategi utuma ke arah pengukuhan semangat perpadauan dan integrasi nasioanl di
kalangan pelajar / murid pelbagai kaum.
Aktiviti-aktiviti KRN dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada kelima-lima
prinsip Rukun Negara. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan menerusi kelab ini
ialah :
1.

Lafaz ikrar Rukun Negara dalam perhimpunan dan majlis-majlis rasmi.

2.

Pameran Rukun Negara

3.

Forum dan ceramah mengenai kelima-lima pronsip Rukun Negara / Kenegaraan.

Romzi730

4.

Karnival Patriotik

5.

Bulan Penghayatan Rukun Negara

6.

Pengkisahan sejarah negara oleh tokoh-toloh negara

7.

Pertandinga Menulis Esei / Puisi tentang Rukun Negara, patriotisme dan perpaduan
nasioanal.

8.

Perkhemahan Kelab Rukun Negara

9.

Pertandingan Pidato Rukun Negara

10. Kempen Kibarkan Jalur Gemilang


11. Lawatan ke rumah-rumah ibadat, Parlimen Dewan Undanan Negari dan lawatan
kenegaraan.

KESIMPULAN
Bagi mencapai matlamat untuk membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras
dengan wawasan negara, maka penubuhan KRN akan menjadi pemangkin kepada proses
untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Dari semasa ke semasa peranan
KRN akan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan.
Justeru, sokongan padu dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak adalah faktor
terpenting bagi memastikan kelab ini dapat berperanan penting seiring penubuhannya.

Romzi730

PERATURANPERATURAN KELAB RUKUN NEGARA


1. PENDAHULUAN
1.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah diwajibkan kepada semua sekolah

rendah

dan menengah.
1.2 Pelaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan dikendalikan oleh murid
dengan bimbingan guru kelab/pihaksekolah.
1.3 Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu jawatankuasa yang
dibentuk di peringkat kebangsaan dan negeri. Selain memantau, jawatankuasa ini
juga bertanggungjawab kepada perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan
segala perkara yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.

2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA


2.1 Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah
masingmasing.
2.2 Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan
Kelab Rukun Negara di sekolah masingmasing.
2.3 Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, Jawatankuasa
ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara
dan memilih ahliahli jawatankuasa.
2.4 Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya Jawatankuasa Kelab
Rukun Negara sekolah melalui mesyuaratagung.
2.5 Jawatankuasa hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Pengetua/Guru Besar
dalam tempoh 14 hari laporanlaporan seperti berikut:
i) Perlembagaan kelab;

Romzi730

ii) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;


iii) Senarai aktiviti utama kelab; dan
iv) Laporan Kewangan.
2.6 Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang
kurangnya 3 kali setahun.

3. PERATURAN
Peraturan 1: Nama Pertubuhan
1.1 Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam
Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.
1.2 Nama pertubuhan ini ialah Kelab Rukun Negara dan diikuti dengan nama sekolah
masingmasing.
1.3 Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut ditubuhkan.

Peraturan 2 : Objebtif
2.1 Objektif Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:
2.1.1 Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat
mengetahui dan memahami falsafah serta prinsipprinsip Rukun Negara;
2.1.2 Menyemai prinsipprinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan
murid;
2.1.3 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan
Rukun

Negara kepada negara;

2.1.4 Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun

Romzi730

Negara;
2.1.5 Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid
berasaskan sikap saling percayamempercayai,hormatmenghormati, toleransi
dan kerjasama antara kaum;
2.1.6 Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;
2.1.7 Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya,adat resam dan
pantang

larang kaumkaum di Malaysia.

Peraturan 3 : Keahlian
3.1 Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan menjadi ahli Kelab
Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan

aktiviti

aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.


3.2 Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak
boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali bagi sekolahsekolah yang muridnya
terdiri daripada satu kaum sahaja.
3.3 Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji mentaati perkara
perkara berikut:
3.3.1 Saling hormatmenghormati di antara satu kaum dengan kaum yang lain sama
ada

dalam kelab mahupun di manamana sahaja dan dalam apa jua keadaan.

3.3.2 Setiap ahli dikehendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan
oleh

kelab;

3.3.3 Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain membuat propaganda
yang

Romzi730

boleh memecahbelahkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai

kaum;
3.3.4 Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum dan seterusnya
memantau agar amalan tersebut tidak diamalkan.
3.3.5 Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara terbuka perkara yang
sensitif bagi sesuatu kaum;
3.3.6 Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga
menjadi satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Peraturan 4 : Aktiviti
4.1 Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan aktivitiaktiviti
berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:
4.1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan
Program/aktiviti yang berbentuk keagamaan;
4.1.2 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
- Program/aktiviti yang berbentuk patriotisme;
4.1.3 Keluhuran Perlembagaan
- Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;
4.1.4 Kedaulatan UndangUndang
Program/aktiviti yang berkaitan dengan undangundang;
4.1.5 Kesopanan Dan Kesusilaan
Program /aktiviti yang berbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan
kebudayaan sesuatu kaum.

Romzi730

JAWATANKUASA
KELAB RUKUN NEGARA
SK KG BUKIT TUNGGAL
PENAUNG

: ENCIK MUHAMMAD FADZLI BIN SHAARI @ YUSOFF

PENASIHAT

: PUAN HAFISHAH BINTI ABDUL HADI

PENYELARAS

: ENCIK MUHD BASYIR BIN MANSOR

PENGERUSI

: MUHAMMAD ALIMI BIN AHMAD ZUHDI

TIM.PENGERUSI

: NOR ATHIAH BINTI SARIPAN

SETIAUSAHA

: SITI NURFATEHAH BINTI JAAFAR

PEN.SETIAUSAHA : NURUL AFIQAH AUNI BT MD DAUD


BENDAHARI

: AULIA NABILA BT JASNI

AHLI JAWATANKUASA:
1.

NOR AZWANI AINSYAH BT MUHD RADI

2.

MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN MOHD SURAYA

3.

MUHAMMAD AKIF BIN ABDUL SALAM

4.

NUR ALIA SYAMIMI BIN MOHD JAFRI

5.

MUHAMMAD SADAM BIN ARIF FADHILAH

6.

JAMILAH BINTI ZAKIUDDIN

7.

AIDA NABILA BT AZMAN

8.

MUHAMMAD AKMAL BIN BIDIN

9.

MUHAMMAD HAMIZAN BIN AZMAN

10. NAZATUL AIN BIN GHAZALI

Romzi730