You are on page 1of 2

Punca-punca kejadian tanah runtuh

Belakangan ini, isu berkaitan kejadian tanah runtuh pernah menggemparkan negara
kita. Kejadian tanah runtuh bermaksud kawasan tanah di lereng bukit dangunung
jatuh atau menggelongsor. Tanah runtuh mengakibatkan kemusnahan dan mengancam
keselamatan. Kejadian tanah runtuh misalnya pernah berlaku di Bukit Antarabangsa
yang telah mengorbankan nyawa penduduk di situ. Terdapat pelbagai punca
berlakunya kejadian tanah runtuh di negara ini.
Kejadian tanah runtuh berpunca daripada aktiviti pembangunan yang dilaksanakan
di lereng-lereng bukit. Aktiviti pembangunan tersebut seperti mendirikan rumah
kediaman atau kegiatan pertanian. Aktiviti ini menyebabkan pokok-pokok di lereng
bukit ditebang dan tumbuhan tutup bumi dibersihkan. Kesannya, air hujan akan
mengalir dengan deras di kawasan lereng bukit tersebut. Keadaan ini akan
menyebabkan tanah dengan mudah dibawa oleh arus air yang mengalir deras dan
mengakibatkan kejadian tanah runtuh berlaku.
Kejadian tanah runtuh juga berlaku apabila pokok-pokok hutan ditebang dengan
tidak terkawal. Perbuatan ini dilakukan oleh syarikat-syarikat pembalakan terutama
yang dijalankan oleh pembalak haram. Penebangan yang tidak terkawal menyebabkan
berlakunya tanah runtuh semasa hujan turun dengan lebat. Kejadian tanah runtuh telah
menyebabkan sebuah perkampungan orang asli di Kuala Dipang, Perak musnah.
Kerakusan manusia untuk mendapat kekayaan telah mengakibatkan penderitaan
kepada manusia yang lain.
Seterusnya, kegiatan ekonomi juga boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh.
Sebagai contoh semasa masyarakat menjalankan kegiatan melombong pasir
khususnya di kawasan sungai. Pasir-pasir sungai dikaut dengan banyaknya untuk
mendapatkan keuntungan yang berganda. Apabila pasir sungai dikorek tanpa kawalan,
aliran air sungai akan menjadi lebih deras. Aliran air yang deras menyebabkan tebing
sungai runtuh. Kesannya, rumah-rumah yang dibina berhampiran tebing-tebing sungai
terdedah kepada bahaya tanah runtuh.
Selain kesan daripada aktiviti manusia, tanah runtuh juga berlaku disebabkan oleh
aliran air bawah tanah. Hujan lebat yang menakung air bawah tanah akan
membentuk aliran menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Struktur tanah
yanglonggar akan memudahkan tanah runtuh dengan sendirinya. Perkara ini biasanya
berlaku di kawasan-kawasan yang bercerun. Kita selalu terbaca berita tentang tanah
runtuh di kawasan-kawasan lebuh raya yang diakibatkan kewujudan aliran air bawah
tanah.

Kejadian tanah runtuh yang lebih besar terjadi akibat kejadian gempa bumi.
Walaupun Malaysia tidak mengalami kejadian gempa bumi, negara jiran seperti
Indonesia telah mendapat akibatnya. Gempa bumi akan mengakibatkan gegaran di

muka bumi. Gegaran ini menyebabkan struktur bumi menjadi lemah. Gegaran yang
kuat, walaupun dalam masa yang singkat telah menyebabkan kejadian tanah runtuh
yang besar. Gempa bumi telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan .
Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh telah mengakibatkan banyak kemusnahan
harta benda dan kehilangan nyawa. Oleh itu, kita perlu bersiap sedia untuk mengatasi
masalah ini. Pihak berkuasa perlu mengawal kegiatan-kegiatan manusia yang boleh
menyebabkan kejadian tanah runtuh. Pihak yang melakukan kegiatan yang
memungkinkan berlakunya tanah runtuh perlu diambil tindakan yang tegas supaya
tidak mengulangi perbuatan mereka. Sebaik-baiknya kita hendaklah mencegah
kegiatan ini kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubat

You might also like