You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

1.
2.
3.
4.
5.

Mohd. Idham Bin Mat Nong


Juluis Antodon
Kamariah Saidin
Madalina Juanis
Nurulain Abdullah
TAJUK
Isu penguasaan sebutan dan membaca sukukata KVK murid Tahun 3

1.1 PENGENALAN
Sekolah Rendah Bintang Kejora merupakan sebuah sekolah gred B luar Bandar dalam
daerah Keningau. Jumlah murid ialah 300 orang dengan bilangan guru seramai 40 orang.
Sekolah ini sering mendapat perhatian kerana pencapaian UPSR sentiasa konsisten dari segi
peratus. Walaubagaimana pun terdapat masalah yang dialami oleh sekolah ini, iaitu seramai 6
orang murid tahun 3 yang belum menguasai sebutan sukukata KVK. Hal ini dapat dikesan pada
ujian saringan membaca yang dilaksanakan oleh oleh guru LINUS.
Pihak sekolah melalui Panitia Bahasa Malaysia dan jawatankuasa LINUS amat
mengambil berat perkara ini dengan melakukan diagnosis dengan mefokuskan kepada masalah
penguasaan sebutan KVK. Mereka telah bersetuju untuk berusaha mengurangkan masalah ini
dengan melaksanakan kajian tindakan. Fokus utama ialah melaksanakan intervensi yang
benar-benar dapat

meningkatkan penguasaan kemahiran sebutan dan bacaan KVK.

Jawatankuasa LINUS juga ingin mengenalpasti bagaimana kaedah sedia ada yang digunakan,
mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan masalah tersebut dan melaksanakan program
intervensi untuk membantu murid-murid berkenaan. Dalam menentukan keberkesanan
intervensi yang dilakukan, jawatankuasa akan melaksanakan ujian pra dan emmbandingkan
dengan ujian pos.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kaijan ini dijalankan kepada 6 orang murid tahun 3 di SK.Bintang Keningau. Sekolah ini
mempunyai 2 kelas Tahun 3 iaitu kelas 3 Wawasan dan 3 Inovatif. 6 orang murid yang termasuk
dalam kajian ini berada di kelas 3 Inovatif. Murid- murid tersebut ialah :
i.
ii.
iii.

Salina Ahmad
Alexander Ryan
Amitah Bachan

iv. Rex Redyon


v. Savitoh Tahip
vi. Lusinda Ubin

Satu kajian perlu dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak ada lagi masalah

LINUS di sekolah ini. Daripada pemerhatian awal yang dilakukan oleh jawatankuasa LINUS di
Dapati masalah ini disumbangkan oleh masalah penguasaan membaca dan pengamatan. Ini
terbukti dengan pencapaian ujian saringan 1 dan 2 LINUS.
1.3 MASALAH KAJIAN
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia tahun 3 Inovatif

yang

dilaksanakan oleh guru bahasa Malaysia didapati seramai 6 daripada 25 orang murid kurang
minat untuk mengeja dan membaca. Hasil pemerhatian dengan menggunakan modul bacaan
LINUS yang dibekalkan oleh KPM juga mendapati mereka tidak boleh membaca kad perkataan
yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang memberi tumpuan terhadap apa
yang dibaca dan amat suka bermain-main ketika membaca. Sekiranya masalah ini tidak diberi
perhatian, maka mereka akan menjadi murid yang tercicir. Sehubungan itu, saya telah
menjalankan kajian tindakan ini.
1.4 TUJUAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengurangkan masalah murid yang tidak menguasai sebutan
KVK bagi 6 orang murid tahun 3 Inovatif di SK.Bintang Kejora Keningau.
1.5 OBJEKTIF
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:
i.
Untuk mengenal pasti bagaimana kaedah pdp yang dilaksanakan oleh guru dan
ii.

murid yang terlibat.


Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan 6 orang murid tahun 3

iii.

Inovatif tidak boleh membaca sukukata KVK.


Untuk melaksanakan program interensi agar dapat membantu 6 orang murid yang
terlibat ini.

1.6 PERSOALAN KAJIAN


Kajian ini dapat menjawab persoalan-persoalan