You are on page 1of 6

HUBUNGAN ETNIK

MPU 3113

TOPIK: 13 Mei 1969


_________________________________________
PENSYARAH: CIK NABILAH BINTUL HUDA BINTI LUTPI
INTAKE: SESI SEPTEMBER 2014
SCHOOL: ENGINEERING
AHLI KUMPULAN:
1. ____________________________ (STUDENT ID: ________________)
2. ____________________________ (STUDENT ID: ________________)
3. ____________________________ (STUDENT ID: ________________)
4. ____________________________ (STUDENT ID: ________________)
5. ____________________________ (STUDENT ID: ________________)
6. ____________________________ (STUDENT ID: ________________)
7. ____________________________ (STUDENT ID: ________________)
8. ____________________________ (STUDENT ID: ________________)
9. ____________________________ (STUDENT ID: ________________)
10. ___________________________ (STUDENT ID: ________________)
11. ___________________________ (STUDENT ID: ________________)
12. ___________________________ (STUDENT ID: ________________)
MARKAH: ______________ / 20

13 Mei 1969
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan damai walaupun rakyatnya yang
berbilang kaum. Keharmonian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama terbesar
di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Kini kita dapat duduk bersama serta berbincang
tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman ini telah dicapai tanpa perasaan
curiga antara kaum. Namun begitu, terdapat sejarah hitam yang menakutkan yang telah
mengugat keharmonion dan kesejahteraan negara Malaysia. Peristiwa tersebut ialah Sejarah
Hitam 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah hari berlakunya rusuhan kaum
dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan
nyawa serta harta benda. Rusuhan kaum tersebut merupakan pergaduhan terutama antara kaum
Melayu dengan Cina. Sebenarnya, tragedi ini mempunyai kaitan rapat dengan Pilihan Raya
Umum 1969.

Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas Pilihan Raya 1969 di mana parti-parti pembangkang
terutamanya Parti Tindakan Raykat (DAP) dan Gerakan mendapat kemenangan yang
memberangsangkan. Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang terdiri daripada United
Malays National Organisation (UMNO), Malaysian Chinese Association (MCA), and Malaysian
Indian Congress (MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen. Walaupun Parti
Perikatan masih boleh membina kerajaan, namun kemenangan mereka merosot berbanding
dengan pilihan raya yang sebelumnya. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat
(parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti DAP dan parti Gerakan telah mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12
Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak mendapat keizinan daripada pihak polis.
Sebenarnya, perarakan ini merupakan kesinambungan daripada peristiwa perarakan jenazah yang
dilakukan oleh Parti Buruh pada 9 Mei 1969. Terdapat seorang pemuda Cina yang terbunuh
dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya. Perarakan tersebut sebenarnya
tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan
(identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu
perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. .
Perarakan yang dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan
Melayu sebagai simbol melontar penghinaan kepada Parti Perikatan. Dikatakan kaum Cina yang
menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang
kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang
mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu atau menyingkir orang-

orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif
iaitu sial. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
UMNO yang rasa tercabar kemudiannya turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka
menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya tersebut. Perarakan tersebut diketuai oleh Datuk
Harun Idris yang merupakan Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Orang Melayu berkumpul
di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala
Lumpur. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah bersiap sedia dengan membawa pedang
dan parang. Beberapa cerita pembunuhan yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah
terbangkit. Pada pukul tiga petang, terdapat satu berita kejadian pembunuhan orang Melayu di
Setapak. Pada pukul empat petang, dua penunggang motosikal Cina telah dipancung. Sebuah van
yang membawa rokok juga telah dibakar. Cerita-cerita tersebut telah menyemarakan api
permusuhan di antara Melayu dan Cina. Hal ini telah mengakibatkan perdaguhan dan rusuhan
yang menakutkan. Misalnya, jumlah kematian di negeri Selangor, seramai 196 orang. Orang
yang tercedera berjumlah 493 orang. Akibatnya, perusuhan kaum telah tercatat sebagai titik
hitam dalam sejarah negara kita.

Peristiwa 13 Mei telah meninggalkan kesan yang sungguh mengerikan. Peristiwa ini telah
membuka mata banyak banyak pihak. Pemimpin-pemimpin Negara telah sedar dan bermula
meneliti isu perpaduan dengan lebih serius. Demi mengelakkan kes keganasan ini daripada
berlaku lagi, tindak balas serta-merta telah diambil. Antaranya ialah penangkapan tokoh-tokoh
yang mendokongi rusuhan ini seperti: V.David daripada Parti Gerakan dan Lim Kit Siang
daripada Parti DAP. Selain itu, tindakan-tindakan seperti perintah berkurung, pengawalan beritaberita radio dan televisyen juga dilaksanakan. Kerajaan juga mengharamkan jurnal yang
diterbitkan oleh parti-parti politik supaya menghalang berlakunya penghasutan atau influence
terhadap rakyat Malaysia.
Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk dan Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai
pengarahnya. Majlis ini turut dianggotai oleh Tan Siew Sin dan V.T. Sambanthan, wakil bagi
MCA dan MIC. Tujuan utama pembentukan Mageran adalah untuk memulihkan keadaan negara
dan Tun Razak selaku pengarahnya mempunyai kuasa mutlak dalam melaksanakan tugasnya
untuk membentuk asas pembinaan negara yang lebih kukuh dan bagi tujuan mengelakkan
peristiwa 13 Mei berulang. Majlis Perunding Negara (MPN) telah ditubuhkan dan bagi
membincangkan polisi dan strategi bagi menangani masalah perkauman pada Januari 1970.

Matlamat untuk membentuk sebuah negara bangsa diteruskan yang memberi fokus kepada isu
penyatuan rakyat. Salah satunya ialah galakan kepada penduduk berhijrah dari satu kawasan ke
kawasan yang lain. Penempatan penduduk berbilang kaum di sesuatu kawasan mempunyai
potensi menggalakkan pergaulan dan pertembungan yang lebih kerap. Tambahan pula,
penyeragaman system pendidikan juga dilaksanakan. Pada pendapat kumpulan 1, keseragaman
pendidikan amat mustahak kerana ia mendorong pemikiran dan persefahaman yang sama antara
golongan belia yang berbilang pelbagai kaum.

Kerajaan berpendapat bahawa Negara memerlukan peranannya untuk memastikan nilai yang
ingin diterapkan dalam memupuk perpaduan dapat dilaksanakan. Justeru, ideologi Rukun Negara
telah dicipta yang terdiri daripada kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan Negara,
kuluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan.

Ideologi tersebut digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN dan
Majlis Perundingan Negara (MPN) dalam mesyuarat pertama pada 27 Januari 1970.

Antara objektif rukun Negara ialah mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat,
memelihara cara hidup demokratik, dan membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran
dinikmati bersama secara adil dan saksama. Selain itu, membentuk masyarakat bersifat liberal,
terutama terhadap kebudayaan masing-masing, dan membentuk masyarakat progresif dengan
sains dan teknologi.

Pengajaran yang kita patut pelajari daripada peristiwa ini adalah kepentingan nyawa dan harta
benda. Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada kaum
Melayu dan kaum Cina. Hal ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan
banyak nyawa. Kejadian seperti ini meninggalkan kesan yang pahit dan getir kepada saudara
mara dan kaum keluarga yang terlibat. Selepas peristiwa itu, kerajaan terpaksa mengeluarkan
perintah berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum. Perintah
berkurung ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan
negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan
yang kurang harmoni antara kaum. Hal ini kerana ia menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari

punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan dan masalah berinteraksi antara kaum.Selain
itu, segala aktiviti harian masyarakat tersekat. Pengajaran yang kedua ialah kita harus
bekerjasama supaya mengelakkan keuntungan kepada musuh-musuh negara. Peristiwa 13 Mei
1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil
kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai
taklukan dan jajahan negaranya.
Di samping itu, semua kaum sepatutnya mengambil peluang dan berusaha untuk mengenali
antara satu sama lain. Secara tidak lansungnya, perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Setiap
kaum juga perlu saling bekerjasama dan menghargai antara satu sama lain. Kita sebagai rakyat
Malaysia juga harus memelihara keunikan Negara kita yang mempunyai pelbagai budaya dan
kaum. Pada masa yang sama, kita harus menjadi contoh kepada negara luar.
Kesimpulanya, kesejahteraan negara Malaysia dapat dipelihara atas kerjasama semua rakyat
negara ini. Pergaduhan antara satu sama lain tidak menggalakkan percampuran antara kaum yang
mengakibatkan kejadian 13 Mei 1969. Hal ini merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan
yang dialami oleh setiap kaum, terutama akibat daripada kekurangan persefahaman, tolak ansur
dan kasih saying. Jadi, kemakmuran yang dimiliki sekarang perlu dipelihara dan setiap kaum
perlu mengambil peluang ini untuk mengenali antara satu sama lain. Sebagai rakyat Malaysia,
kita perlu mempelajari dan meresap pengajaran daripada kejadian ini dan berusaha
merealisasikan konsep 1Malaysia sebenar. Demi merealisasikan konsep ini, generasi masa kini
perlu bersama-sama bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengekalkan keamanan negara
dengan menunjukkan sikap perpaduan yang sejati. Sikap prejudis sesama sendiri juga harus
dielakkan. Dengan ini, barulah kita berpeluang bertanding dengan negara-negara luar dari segi
ekonomi, sosial dan pendidikan.

Rujukan
Ramlah Adam. (2004). Biografi politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Tunku Abdul Rahman Putra,. (1969). Sebelum dan selepas 13 Mei. Kuala Lumpur: Utusan
Melayu.
Comber, L., & Omardin Haji Ashaari Haji,. (2007). Peristiwa 13 Mei. Petaling Jaya:
International Book Service.

Raja Petra Kamarudin. (2005). SILVER LINING IN A DARK CLOUD: MAY 13 WAS NOT
ALL BAD NEWS.Malaysia Today. Retrieved from http://www.malaysia-today.net/silver-liningin-a-dark-cloud-may-13-was-not-all-bad-news/