You are on page 1of 3

Anjuran

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN


TAHUN 2014

A. SYARAT-SYARAT UMUM PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua belia warganegara Malaysia yang berumur antara


18 hingga 40 tahun pada tarikh tutup pertandingan.
2. Penyertaan terdiri daripada :
i. Perseorangan atau lebih; atau
ii. Syarikat Enterprise, perkongsian dan syarikat Sdn. Bhd.
3. Pertandingan dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu :
i. Pengembangan Perniagaan (bagi syarikat yang telah beroperasi 3
tahun); dan
ii. Idea Perniagaan (bagi penyertaan perseorangan/lebih atau syarikat
yang beroperasi < 3 tahun).
4. Mengemukakan satu (1) salinan cetak dan satu (1) salinan digital dalam
cakera padat yang mengandungi borang penyertaan dan Rancangan
Perniagaan mengikut format yang telah ditetapkan.
5. Hanya Rancangan Perniagaan yang lengkap dan memenuhi terma dan
syarat serta format pertandingan sahaja akan dinilai.
6. Dengan penyertaan ini, peserta bersetuju untuk memenuhi terma dan
syarat

pertandingan

serta

keputusan

Jawatankuasa

Penyelarasan

Program RBC, KKLW.


7. Bukti penghantaran pos bukanlah bukti penerimaan penyertaan.
8. Tarikh tutup penyertaan : 30 April 2014 (Rabu) jam 5.00 petang.
9. Warga dan ahli keluarga terdekat warga Bahagian Pengupayaan Ekonomi,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak dibenarkan
menyertai pertandingan ini.
10. Semua keputusan pertandingan adalah muktamad dan segala bantahan
tidak akan dilayan.

B. PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN


1. Peserta pertandingan sama ada perseorangan/lebih atau syarikat
hendaklah dianggotai sepenuhnya oleh belia.
2. Rancangan Perniagaan hendaklah meliputi kriteria utama seperti berikut:i. Lokasi operasi perniagaan/projek terletak di kawasan luar bandar;
dan
ii. Perniagaan/projek adalah sah di sisi undang-undang serta peraturan
semasa Kerajaan.
3. Peserta mesti memastikan Rancangan Perniagaan yang dikemukakan
adalah asli.
4. Jika terdapat sebarang bahan atau imej milik pihak ketiga digunakan
dalam Rancangan Perniagaan atau semasa sesi temuduga, peserta perlu
mendapatkan

kebenaran

bertulis

daripada

pemilik

asal

sebelum

digunakan.
5. Rancangan Perniagaan yang disediakan dengan cadangan premis yang
telah dikenalpasti atau status tanah yang jelas sangat digalakkan.
C. HADIAH PERTANDINGAN DAN KAEDAH PEMBIAYAAN
Kategori 1 - Pengembangan Perniagaan
1. Pemenang akan dianugerahkan dengan hadiah

berbentuk

geran

perniagaan sehingga RM2 juta yang tertakluk kepada keputusan


Jawatankuasa Penyelarasan Program RBC, KKLW.
2. Pemenang yang dianugerahkan hadiah geran perniagaan akan disalurkan
peruntukan projek secara berperingkat oleh KKLW,tertakluk kepada
keputusan Jawatankuasa Penyelarasan Program RBC, KKLW.
Kategori 2 - Idea Perniagaan :
1. Bagi kategori idea perniagaan, sepuluh (10) idea Rancangan Perniagaan
terbaik akan menerima hadiah wang tunai sehingga RM10,000 setiap
satu.
D. PELAKSANAAN
PEMANTAUAN
PERNIAGAAN

PERNIAGAAN,
PELAPORAN
PROJEK
BAGI
KATEGORI

PRESTASI
DAN
PENGEMBANGAN

1. Pemenang kategori ini perlu menandatangani perjanjian pelaksanaan


projek dengan pihak Kerajaan.
2. Pemenang kategori ini juga hendaklah melaksanakan projek secara
sepenuh masa yang akan dipantau dan diselia oleh pihak KKLW.
3. Perniagaan tidak boleh dipindah milik kepada pihak lain.

E. MAKLUMAT DAN DOKUMENTASI


1. Pemenang pertandingan akan

dihubungi

oleh

pihak

Urus

Setia

Pertandingan.
2. Semua Rancangan Perniagaan yang menyertai pertandingan menjadi hak
milik KKLW dan tidak akan dikembalikan.
3. KKLW berhak menggunakan nama/gambar/maklumat asas peserta
pertandingan bagi tujuan periklanan, perdagangan dan/atau publisiti
Program RBC tanpa sebarang pemberitahuan kepada peserta. Peserta
yang menyertai pertandingan ini tidak layak menuntut pemilikan atau apaapa bentuk pampasan atas penggunaan tersebut.

Sekretariat RBC
Bahagian Pengupayaan Ekonomi
Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah
Dikemas kini pada 24 Mac 2014

Aras 19, No.47, Persiaran Perdana


Presint 4, 62100 PUTRAJAYA

Tel: 03-8891 5607/5622/5636/5613

Emel: sekretariatrbc@rurallink.gov.my