You are on page 1of 1

Bincangkan sejauh manakah kepentingan memahami konsep budaya terhadap

seorang guru.

Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya.


Menurut Noriati A. Rasyid (2010) di dalam buku Budaya dan Pembelajaran,
dengan adanya pemahaman terhadap budaya ini, guru akan dapat
menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih
mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai-nilai
menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri mereka.
Seterusnya, mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang
tidak boleh dilakukan dalam masyarakat yang pelbagai budaya. Dalam
konteks profesional keguruan pula, dengan memahami budaya, seseorang
guru itu akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelajar daripada
pelbagai budaya. Tidak ada sifat prasangka atau prejudis terhadap diri
pelajar. Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan
budaya setempat.

You might also like