You are on page 1of 3

Pertamanya: Persiapan sebelum ride, pastikan Eo, Coolant, Tayar dan Motor anda dalam

keadaan yang sesuai. Tukar ataupun top up apa apa yang patut.
Keduanya : Pastikan sebelum ride Anda dapat rehat yang secukupnya.
Ketiga: Pastikan ada peralatan kecemasan(seperti Spray Tin tampal bocor tayar dan tools) dan
juga Baju Hujan yang berkualiti.
Keempatnya: Rancang laluan perjalanan anda, pam minyak secukupnya sebelum mulakan
ride, Doa selamat pun baik.
Lepas itu, enjoy!!!!

Salaam,...
Mgkn bro MAX maksudkan Thread bertajuk
Sejauh Mana Anda Pernah Menunggang...
Thread tu tak HiLight solo ride...
Tapi tak tau ler kalau thread yg betul2 lama dulu...
-----------------------------------Eden tak ler jauh sangat bawak motor,
tapi dari Ipoh pegi Kuantan melalui Gombak,
adalah menjadi rutin hampir setiap bulan...
Ni plak dah ada bini, bini lak org besut(Terengganu),
pergi sana melalui Grik naik Bukit Antarabangsa..
Pernah gak dari Kuantan pergi JB melalui Pekan..
Balik melalui Muadzam Shah pun pernah...
------------------------------------Antara perkara yg kita kena buat sempena
nak solo sensorang ni adalah..
MOTOR KENA TIP TOP CONDITION..
Periksa : Enjin | Chains&Sprocket | Tayar | Bateri | Tools
Enjin :
Kalau ada apa2 bunyi tu, lebih elok mintak foremen
yg tggi ilmunya tolong check...
Kalau jenis pomen bedal saje lah ni... susah la kita di kemudian hari..
Sebaik2nya tukar la spark plug baru.. Rm5 je pon..
lain la kalo guna Iridium...
Biasa enjin akan sentiasa dalam keadaan baik selagi mana
yg guna motor selalu(ambil berat) check EO..
Guna EO yg mampu bertahan stress perjalanan jauh.
Jgn guna EO cikai2..
EO yg biasa disaran utk kegunaan dalam bandar,
biasanya kurg sesuai utk kegunaan jarak jauh..

Chain&Sprocket :
Chain tu ketatkan..
Sprocket tu tukar la jika perlu..
Kasi buh pelincir(lube)
Tayar :
Kena beragak tayar tu mampu atau tidak
menempuh perjalanan yg dirancang tu..
dan adakah tayar tersebut sesuai digunakan.
Sebaik2nya guna tayar tanpa tiub dan gunakan Tyre Sealant
atau bawa Tyre Sealant yg boleh isi angin sekali
utk kegunaan ketika kecemasan..
Bateri :
Kengkadang bateri ni, wayarnya tak dipasang elok..
Buat inspection.. buat kemasan wayar supaya aliran
elektrik sentiasa stabil.. check airnya...
Tools :
Dalam motor eden ada tools utk buka nat drain EO,
tools utk tegangkan chain, playar,
tools utk sumbat cacing (jika pancit; lebih elok jika ada Tyre Sealant)
Dan sangat penting utk ada TORCHLIGHT.
------------------------------------Persedian Diri :
01- Ringgit Malaysia ; sendiri kira
02- Minuman(air kosong/putih/sky juice)
03- Makanan utk dikunyah ketika emergency
04- Pakaian secukupnya
05- Dalam dompet perlu ada kad yg mengandungi maklumat org yg perlu dihubungi incase kamu
didapati pengsan.
06- Visor helmet kalau dah calar balar, tukar yg baru(visor sahaja)
07- Riding Gears : Pad Lutut | Pad Siku | Glove | Jacket Tebal
08- Baju hujan utk Rider(kalau tak kisah basah, abaikan je)
09- Mesti pakai Kasut (sebaiknya lebih tggi dari paras buku lali)
10- Alat2 self defense : Pisau(Pisau serbaguna adalah digalakkan, kang tak leh jawab lak kena
soal ngan polis) | Stun Gun
11- First Aid Kit
12- EO topup; mana tahu EO berkurg ke dalam perjalanan (eden nyer : 200/300mL)
-------------------------------Eden praktikkan :
Masa nak gerak baca doa,..

Pergi isi Petrol dahulu, dan masa tu baru isi angin.


Tidak gila throttle, kerja nak Max RPM je...
Agak setakat mana kemampuan enjin.
Isi Petrol sekerap mungkin jika tidak pernah melalui sesuatu jalan.
(tapi takder la baru jalan 10Km dah nak isi lagi)
Isi je walaupun hanya Rm2...

hehe

You might also like