You are on page 1of 18

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU

PENGETAHUAN]
PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU PENGETAHUAN

1. PENGENALAN
Dalam karya PROF. DR. AWANG SARIYAN yang berjudul Memartabatkan
bahasa Melayu, beliau telah memetik kata Sarjana Belanda Francois Valentijn
yang telah mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16
sebagai yang berikut:
Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah
pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di
negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja
oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah,
atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas
tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah
mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di
Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehinggan
kepulauan Filipina.''
Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan
dengan kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa
antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik,
lingua franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama
besar dunia dan bahasa sastera.

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]

2.1

DEFINISI BAHASA

Ahli sarjan Jerman

Wilhelm Von Humboldt,

mendefinisikan bahasa

sebagai sintesis bunyi. Manakala Ferdinand de Saussure seorang sarjana


linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem
isyarat. Menurut Charles F. Hockett pula, beliau memperkatakan bahasa dari
sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit. John B.
Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem
bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi. Dan Bloch dan Trager
mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang
digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.
Manakala Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka terbitan keempat
menjelaskan

bahasa

sebagai

kenyataan

yg

ringkas

dan

padat

bagi

menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian
besar perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti;
berdefinisi

mempunyai

definisi,

bertakrif;

mendefinisikan

memberikan

definisi, men-takrifkan: ~ istilah; pendefinisian perihal (perbuatan dsb) mendefinisikan, pemberian definisi, pentakrifan.

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]

2.2

DEFINISI MAJALAH
Menurut takrifan Dewan Bahasa dan Pustaka, majalah bersinonim

dengan jurnal komik, risalah, brosur, akhbar, surat khabar, terbitan berkala,
mingguan, bulanan dan suku tahunan. Dalam Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka terbitan keempat juga mentakrifkan ia sebagai majalah ilmiah yang
mengandungi makalah yang bersifat ilmiah.
2.3

SENARAI MAJALAH ILMIAH DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai jenis majalah ilmiah yang diterbitkan dalam pasaran


Malaysia berdasarkan beberapa bidang antaranya adalah seperti berikut :
2.3.1 Majalah Kebahasaan dan Kesusasteraan

Jurnal Bahasa

Dewan Bahasa

Pelita Bahasa

Dewan Sastera

Tunas Cipta
3

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]
2.3.2 Majalah Komputer, Sains dan Teknologi

Dewan Kosmik

Majalah PC

CHIP

2.3.3 Majalah Kerjaya

Majalah Pendidik

2.3.4 Majalah Keislaman

Majalah At-Taqwa

Majalah JOM!

Majalah Al-Islam

Majalah Dewan Agama dan Falsafah

Majalah-i

Majalah Solusi

Majalah Tamaddun

Majalah VIC

Majalah Visi

Majalah Sinergi

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]

Majalah Gen-Q

2.3.5 Majalah Kanak-Kanak dan Pelajar

Majalah Ana Muslim

Majalah Sayang Muslim

Majalah Adik Muslim

Majalah Asuh

Majalah Bintang Kecil

Majalah e-baca

Majalah Fokus

Majalah Fokus SPM

Majalah Kawan

Majalah Kuntum

Dewan Pelajar

Majalah AQILAH

Dewan Siswa

2.3.6 Majalah Umum

Dewan Budaya

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]

Majalah Massa

Dewan Masyarakat

Majalah Minda

Majalah Pemikir

2.3.7 Majalah Ekonomi

Dewan Ekonomi

2.3.8 Majalah Keusahawanan

Majalah Usahawan Sukses

Majalah Buletin Perdasama

Majalah YourLivestock.com

Majalah SUKSES

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]

PENGGUNAAN BAHASA
Dalam bidang penyiaran dan media massa, bahasa merupakan elemen

penting

dalam

penyampain

maklumat

secara

berkesan.

Pemantauan

berterusan terhadap bidang penyiaran dan media massa dalam penggunaan


bahasa amat penting dilaksanakan.

Usaha ini perlu dilaksanakan untuk

memastikan bahawa media massa melaksanakan tanggungjawab sebagai


ejen pemantapan bahasa yang baik dan santun dalam penyiaran dan
penerbitan program atau bahan. Tindakan perlu dilaksanakan dalam bentuk
tindakan

pentadbiran

dan

juga

tindakan

undang-undang.

Dalam

membicarakan hal ini, majalah ilmu pengetahuan akan dipilih sebagai bahan
analisis dalam mengkaji penggunaan bahasa dalam bidang tersebut. Dalam
melaksanakan usaha ini, adalah lebih baik untuk mengetahui jelas peranan
bahasa dalam majalah ilmu pengetahuan.
Dalam mengenal pasti peranan bahasa melayu dalam media massa
seperti majalah pengetahuan seperti Dewan Bahasa, Kosmik, Dewan Pelajar,
Dewan Siswa dan sebagainya,

Bahasa Melayu, didapati terlalu banyak

pengaruh beberapa bahasa asing dalam mana-mana media massa. Bahasa


Melayu juga adalah merupakan medium utama yang digunakan dalam media
massa

untuk

menyampaikan

maklumat

kepada

orang

ramai

di

Malaysia.Contohnya penggunaan Bahasa Melayu dalam media cetak seperti


surat khabar,majalah,artikel,buku rujukan dan sebagainya.Terdapat artikel7

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]
artikel atau buku rujukan serta buku ilmiah yang dikeluarkan dalam pelbagai
bahasa.Oleh

itu,ianya

diterjemahkan

masyarakat

Malaysia

dapat

kepada

memahami

bahasa

isi

melayu

kandungan

supaya

yang

ingin

disampaikan oleh pihak yang mengeluarkan artikel tersebut.

Sebagai media massa cetak yang paling digemari oleh masyarakat


Malaysia iaitu majalah ilmiah juga merupakan salah satu media yang sudah
wujud berpuluh-puluh tahun dahulu. Memang tidak dapat disangkalkan,
majalah juga masih memainkan peranan yang penting,walaupun kita sudah
menjejaki abad yang ke20 yang berteknologi canggih ini, berbanding
akhbar . Tidak dinafikan majalah juga merupakan wadah yang paling cepat
untuk menyampaikan maklumat terkini kepada orang ramai.

Sesungguhnya,majalah

juga

berperanan

sebagai

medium

menyebarkan maklumat yang berkesan dalam pentadbiran negara. Kerajaan


dan rakyat dapat berhubung melalui penerbitan makalah-makalah polisi
kerajaan.Rakyat dapat mengetahui segala proses yang dijalankan dalam
mesyuarat cabinet dan urusan politik kerajan.Secara tidak langsung segala
corak

pemerintahan

contoh,dalam

majalah

kerajaan
Pendidik,

dapat

difahami

dasar-dasar

oleh

rakyat.

kementerian

Sebagai

diperincikan

penjelasannya oleh pihak berkenaan bagi rujukan guru memahami polisi dan
dasar kerajaan.
Perhatian media massa terhadap pengembangan Bahasa Malaysia
cukup besar. Walaupun masih terdapat pelbagai kesulitan,itu adalah
disebabkan para wartawan hanyalah befungsi sebagai tape recorder dari apa
yang dikatakan sumber berita yang dikeluarkan oleh pihak pihak tertentu
umumnya daripada pihak pejabat. Jelaslah, sebenarnya kemajuan pesat
dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan
terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di
8

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]
dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah
pengajaran yang baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan
kaedah baru ini, para pendidik bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar
melalui

komputer

komunikasi.

yang

Pengajaran

dihubungkan
yang

dengan

menggunakan

modem

kaedah

dan

baru

ini

perisian
dapat

membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat


antarabangsa. Dalam usaha tersebut tidak dilupakan juga penulisan karya
ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai untuk
membicarakan

sesuatu

fakta

secara

objektif

dan

penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan

komunikatif.Sebuah
secara logik dan

sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau


kemungkinan ini. Biasanya penulisan dan penggunaan bahasa dalam
majalah ilmiah adalah daripada penggunaan bahasa yang digunakan untuk
penerbitan artikel ilmiah.

3.1

RAGAM BAHASA ILMIAH

Dalam penulisan majalah ilmu pengetahuan, penggunaan ragam bahasa


ilmiah merupakan aspek penting yang menunjukkan tahap penggunaan
bahasa yang bertujuan menyebarkan ilmu seharusnya ditepati. Mengikut Nik
Safiah Karim (1986: 14), yang memetik pendapat Bernstein (1968)
membahagikan bahasa kepada dua variasi, iaitu bahasa terhad (restricted
9

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]
code) dan bahasa terbina (elaborated code). Untuk maksud penulisan ilmu,
variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu
bahasa ilmu tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau
digunakan dalam suasana yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa
terbina, pengguna BM perlu menguasai ragam bahasa dan laras bahasa.
Mengikut Asraf (1986: 69-73), ciri bahasa Melayu yang menjadi asas bahasa
ilmu mestilah:

Bukan loghat

Bukan bahasa pasar

Bukan bahasa orang yang baharu belajar bahasa Melayu

Bukan bahasa budak

Bukan bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa.

3.2

CIRI KHUSUS BAHASA ILMIAH

10

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]
Dalam penulisan atau penuturan bahasa ilmiah terdapat beberapa ciri
yang dikenal pasti dalam mengkatogerikan ciri khusus ilmiah ini, antaranya
ialah :

Tingkat bahasa rasmi

Nada formal dan objektif

Sudut pandangan orang ketiga

Ragam pasif

Istilah khusus

Wacana pemaparan

Nada bersahaja

Kata membazir

Ayat majmuk

Bantuan ilustrasi

Berdasarkan aspek-aspek yang telah dinyatakan diatas adalah penting


bagi penulis majalah ilmiah mematuhi perkara diatas bagi menghasilkan
penulisan ilmiah yang berkesan dan menarik.

11

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]
4

LARAS BAHASA
Mengikut Dell Hymes (1966), faktor yang mewujudkan sesuatu laras
bahasa ialah pemula, penerima, bentuk mesej, cara penyampaian, jenis
bahasa, tajuk/judul dan latar. Menurut Abdullah Hassan pula menyatakan
beliau menyatakan laras ialah ciri gaya penceritaan yang istimewa
digunakan untuk sesuatu jenis bidang.

Ciri-ciri istimewa itulah yang

membolehkan kita segera dapat menjangka apa-apa yang menjadi topik


atau tajuk utama sesuatu teks sebaik-baik sahaja kita membaca ayat
pertama.
Manakala Hymes dan Gumperz (1980:216) pula mendefinisikan laras
bahasa sebagai gaya percakapan dalam situasi tertentu.
berbeza,

maka

situasi

pun

turut

berbeza,

begitulah

Jika laras
sebaliknya.

Pandangan kedua sarjana ini menjelaskan bahawa laras bahasa adalah


penggunaan bahasa yang ditandai oleh ciri-ciri khusus dan setiap laras
berbeza mengikut bidang penggunaannya. Seperti penerbitan beberapa
majalah ilmiah di Malaysia adalah berdasarkan bidang-bidang yang dipilih
umpamnya majalah Dewan Sastera, laras bahasa yang ditonjolkan dalam
penulisan ilmiah majalah tersebut adalah berdasarkan laras bahasa yang
sesuai dengan bidang sastera.
Umpamanya majalah Pendidik, laras bahasa yang dirasakan sesuai
dalam

menghuraikan

isu

persekitaran

dunia

pendidikan

adalah

berdasarkan laras bahasa yang sesuai dengan jiwa pendidik dan mudah
difahami terbitan ilmiahnya oleh kalangan pembacanya khususnya para
pendidik.
Untuk memahami lebih jelas tentang laras bahasa yang sesuai adalah
dengan merujuk perbezaan laras bahasa dalam dua makalah yang
berbeza. Umpamanya perbezaan antara perbezaan laras bahasa majalah
akedemi dan majalah ekonomi. Laras bahasa akademik dan laras bahasa
perniagaan merupakan laras yang mengungkap ilmu. Ia merupakan
12

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]
kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa. Laras akademik
berusaha menghasilkan bentuk yang tepat dan mencerminkan
kejelasanpemikiran yang mengutamakan konsep serta urutan pemikiran
secara logik. Manakala laras bahasa perniagaan pula merupakan laras
yang lebih merujuk kepada bidang ekonomi. Kajian la ras

ba ha sa

pe rni ag a an da lam ba ha sa me la y u am at pe nti ng , k hus u s n ya


da la m a s p ek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang abad
ke-21 akan berasaskanperindustrian dan perusahaan.Perbezaan yang wujud
dalam laras akademik dan laras perniagaan dapat membezakan antara
kedua-dua laras tersebut. Berdasarkan perbezaan dan persamaan yang
wujud dapat menyerlahkan lagi ciri bagi kedua-dua laras tersebut. Dari
aspek ini, jelas melihatkan tentang kepentingan penggunaan laras
bahasa adalah penting dalam menampilkan gaya penulisan dalam
sesebuah majalah.
Penggunaan bahasa yang baik dari segi tatabahasa dengan laras
bahasa yang sesuai serta gaya yang berkesan amat penting dalam
sebarang penulisan sama ada dalam buku, majalah mahupun surat
khabar. Peri pentingnya penggunaan bahasa yang betul dalam penulisan
penulisan di akhbar telah mendapat perhatian daripada tokoh tokoh
bahasa

dan

ramai

yang

bersetuju

bahawa

akhbar

bukan

sahaja

penyampai berita dan maklumat semata-mata malahan merangkumi


aspek aspek bahasa. Hal ini ditegaskan oleh Awang Sariyan (1984) yang
mengatakan bahawa: Oleh sebab demikian pentingnya akhbar kepada
manusia, maka kaedah

penulisannya turut manjadi penting juga.

Sehubungan dengan itu, bahasa memainkan peranan yang penting sekali


untuk menjamin mutu berita yang baik.
Apabila membaca sudah dijadikan amalan, timbul pula keinginan
susulan kita untuk berkongsi ilmu dan pengalaman daripada pembacaan
itu. Justeru, kita cenderung pula untuk menulis. Gambaran ini tampaknya

13

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]
mudah untuk dinyatakan, tetapi untuk memahami dan melaksanakannya
sehingga menjadi kenyataan tidak semudah yang dijangka. Banyak
cabaran yang perlu dilalui dalam usaha ini.

ISU BAHASA DALAM MAJALAH ILMU PENGETAHUAN


Dalam penerbitan majalah, bahasa merupakan isu lapuk dan bukan

bersifat baru. Dalam apa jua penerbitan, isu ini sering diutarakan. Konsep
isu bahasa bermaksud segala masalah yang berpunca daripada
pengabaian terhadap tuntutan ke arah berbahasa dengan betul. Natijah
daripada timbulnya isu bahasa yang sering kita lihat dan baca dalam
media cetak termasuk majalah tahunan ialah berlakunya masalah
pencemaran atau kerancuan bahasa dalam makalah yang diterbitkan.
Punca terjadinya kerancuan ini mungkin kerana pengetahuan dan
pengalaman pengendali majalah (sidang redaksi) yang secara relatifnya
bersifat kurang dan belum matang. Berasaskan keadaan iniadalah lebih
baik edito atau penulis berusaha menyerlahkan sifat mesra bahasa. Ke
arah itu, satu mekanisme bagi meningkatkan pengetahuan bahasa dalam
kalangan
digerakkan

pengendali
oleh

majalah

tenaga

perlu

penggerak

dibina.
yang

Mekanisme

ini

berpengetahuan

perlu
dan

berpengalaman dalam arena penerbitan, dengan berfokuskan aspek


bahasa yang murni atau sebagai mesra bahasa.
Sidang redaksi sebagai pengendali majalah perlu disusun dengan
mengambil kira keperluan untuk menghasilkan majalah yang sesuai
dengan citra dan taraf pembaca. Susunan sidang redaksi majalah yang
mesra bahasa harus bermula dengan jawatan ketua pengarang selaku
14

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]
editor, diikuti penolong-penolong pengarang selaku penolong-penolong
editor (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris). Pasukan pengarang ini
berperanan memimpin redaksi untuk menghasilkan majalah yang mesra
bahasa. Maksud mesra bahasa dalam konteks ini ialah bahan-bahan yang
diterbitkan mestilah melalui proses penentuan reka bentuk (dummy),
persembahan kulit dan isi, penyuntingan makalah, pembacaan pruf
pracetak,

penjadualan

kerja,

penyediaan

naskhah

pracetak,

dan

pengedaran. Sidang redaksi bukanlah dibentuk dengan sewenangwenangnya tanpa mengambil kira merit kecemerlangan seseorang.
Demikian juga penasihat kepada sidang redaksi, mereka ini perlu
diberikan perincian tugas yang dapat membantu sidang redaksi, bukan
menjadi penjawat tanpa tugas. Tegasnya, kesemua proses penerbitan
perlu mengutamakan kepentingan untuk menjaga piawaian bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris.
Justeru, aura majalah secara keseluruhannya mencerminkan petunjuk
kecemerlangan itu, antaranyaketiadaan

ada penggunaan bahasa yang

menyalahi tatabahasa, penggunaan ragam dan laras bahasa yang sesuai.


Tidak dapat dinafikan bahawa kesilapan penggunaan bahasa Melayu dalam hasil penulisan juga
mungkin dilakukan secara tidak sengaja atau tanpa disedari. Namun begitu, kesilapan yang tidak
disengajakan inilah yang akan mempengaruhi pemantapan bahasa Melayu dan tahap penguasaan
bahasa di kalangan pembaca khasnya dan kalangan masyarakat amnya. Maka dengan itu,
seharusnyalah individu yang terlibat secara langsung dalam hasil penulisan di akhbar ini
termasuklah pengarang, penolong pengarang dan penyunting peka serta mengambil kira
penggunaan bahasa yang betul dari perspektif pemikiran dan juga kesempurnaan dalam hasil
penulisan mereka secara keseluruhan. Pemikiran yang dimaksudkan oleh pengkaji di sini ialah
melibatkan idea atau konsep atau objektif penerbitan majalh yang hendak disampaikan dan
diketengahkan oleh penulis manakala kesempurnaan pula merangkumi penggunaan bahasa yang
betul serta sempurna dari semua aspek penghasilan karya.Sesungguhnya kesalahan
penggunaan bahasa dalam akhbar tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan perhatian
serta pembacaan dari segenap lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, bentuk bahasa yang
15

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]
digunakan secara tidak langsung akan menjadi ikutan kepada pembaca. Kesan yang jelas yang
mungkin berlaku adalah gangguan bahasa serta tahap penguasaan bahasa di kalangan pembaca
Seterusnya, keutuhan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara akan
turut tergugat dan digugat dengan adanya permasalahan seperti ini. Justeru itu, masalah ini perlu
dibendung dan diatasi dengan segera agar tidak berterusan sekaligus menjejaskan imej bahasa
Melayu itu sendiri. Saranan-saranan yang dikemukakan oleh pengkaji diharapkan dapat
membantu dan memberi manfaat khususnya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa.

Selain itu, keadaan ini juga berlaku disebabkan kemahiran yang tidak seimbang dalam
penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seseorang penutur bahasa. Pada pandangan
pengkaji, kemahiran bahasa Melayu penutur tersebut masih lemah dalam bidang tertentu dan ini
digantikan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Namun begitu, pengkaji juga tidak menafikan
bahawa adakalanya penggunaan bahasa Inggeris dalam iklan-iklan yang dipaparkan tersebut
memang disengajakan sebagai gimik dan bertujuan untuk menarik perhatian pengguna.
Hal ini diperkukuhdengan pendapat yang dikemukakan oleh Abdullah Hassan (1989) yang
menjelaskan bahawa hal utama menyebabkan berlakunya keadaan ini ialah kemahiran bahasa
yang tidak seimbang dalam kedua-dua bahasa tersebut iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Secara ringkasnya, kemahiran bahasa seseorang individu dalam bahasa pertamanya iaitu bahasa
Melayu hanya meliputi bidang-bidang tertentu sahaja khususnya pertuturan.

16

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]

KESIMPULAN
Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasanya dihasilkan berdasarkan

sesuatu kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa


perbezaan kecil dan pandangan pelbagai pihak tentak penulisan ilmiah
dengan yang lain. Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang
formal dan tepat serta sesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara
objektif dan komunikatif. Sebuah penulisan disebut komunikatif apabila
dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu
sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan

17

[PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU


PENGETAHUAN]

18

You might also like