You are on page 1of 1

Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah

negeri yang besar.

Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum
Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman
kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak
terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak di bawah
pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu
Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka. Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah
bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan
memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi
didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah
kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang
membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan
tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju
untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu
Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri
baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.

Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada
kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi
meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah
sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera
tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun
memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada
'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh
terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah
tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.

Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar
mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti perak.

Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagaibagai cerita lagi.

Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 'Negeri Perak' itu
menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan
khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan
sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah
pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau,
Belanda dan akhir sekali Inggeris di merata perairan Nusantara ini.

You might also like